santau angin

salam kepada semua pembaca FS. Terima kerana sudi membaca kisah saya ni. kisah ini mengisahkan dari pengalaman yang kami sekeluarga lalui. kisah ini berlaku lebih kurang 10 ke 11 tahun lepas. kejadian berlaku kepada arwah datuk saya,…

Datuk saya seorang pengamal perubatan alternatif, kalau di kampung ramai yang mengenali beliau, seorang yang baik dan sangat disayangi oleh orang sekelilingnya. beliau juga seorang guru seni persilatan. oleh sebab itu beliau sangat dikenali….

Pada usia yang semakin tua, banyak ilmu yang dipelajari waktu muda telah dilepaskan atau dibuang. Mana mungkin untuk seusia beliau untuk memegang ilmu yang berat seperti itu. Nak dijadikan cerita pada setiap petang atuk kan pergi ke kedai minum, biasalah orang tua-tua, petang-petang lepak minum dengan kawan-kawan. Tapi hari itu nasib atuk tidak baik. semasa berada di kedai minum tiba-tiba ketika sedang minum atuk tersedak seperti ada yang tak kena, atuk dapat merasai ada yang tak elok pada minumannya. lepas itu atuk cepat balik kerumah…

tatkala sampai dirumah atuk jatuh tidak sedarkan diri, dan juga atuk meracau – racau. arwah nenek tiri saya panic, nenek tiri segera menghubungi arwah abah memberi tahu atuk tidak segarkan diri.
kami sekeluarga cepat-cepat pergi rumah atuk. melihat atuk. masa itu atuk sangat lemah sekejap di pengsan sekejap lagi dia meracau-racau, batuk-batuk.

Arwah abah cuba mengubati atuk, tetapi tidak berjaya, sepertinya ada sesuatu yang menghalang abah dari mengubati atuk. kemudian abah meminta saya dan adik saya pulang ke rumah untuk mengambil air ubat yang diberi oleh kawan abah. air tu yang sering abah gunakan untuk mengubati orang yang terkena sihir atau gangguan mahluk halus. berkenaan air ubat itu sebenarnya hanya air putih(air mineral) biasa. yang telah dibacakan ayat-ayat al quran.

Tanpa membuang masa saya dan adik terus balik kerumah untuk mengambil air yang telah diminta oleh abah, semasa perjalanan pulang ke rumah kami baik-baik saja, tidak ada apa-apa yang pelik. Cume kami berdua merasa takut yang tak dapat nak digambarkan bila melihat keadaan atuk.

Tetapi dalam perjalan pulang semula ke rumah atuk saya merasa seperti ada yang mengikuti kami, badan saya sudah seram sejuk. Rasa takut tadi yang masih boleh dikawal kali ini memang sudah tidak dapat dikawal lagi. Saya merasa sangat ketakutan. Rumah saya dengan rumah atuk tak lah jauh sangat, lebih kurang 10 minit je, semasa lebih kurang dalam 2 ke 3 minit nak sampai rumah atuk tiba saya ternampak satu lembaga putih terbang di sebelah motor motor yang kami naiki.

Saya merasakan motor saya bergerak sangat perlahan, saya sudah merasa sangat takut, bila nampak macam itu saya terus tekup muka saya kebelang badan adik saya, saya baca apa saja ayat yang terlintas dalam kepala saya masa tu, adik masa tu rasa benda yang sama, tapi dicuba tenang sebab masa itu saya dah ketakutan.

Mak saya di rumah atuk sudah tak sedap hati, merasa seperti ada yang tak kena pada saya dan adik masa itu, mak minta abah hantar sesiapa untuk melindungi perjalanan kami ke rumah atuk. Alhamdulillah kami selamat sampai kerumah atuk, walaupun sampai dirumah atuk muka pucat lesi sebab terlalu takut. Abah ambil air yang kami bawa tadi sapu ke muka saya, baru lah saya kembali normal semula.   

Tanpa membuang masa, abah terus bagi minum dan sapu air tadi kebadan atuk, tidak lama selepas itu atuk pun kembali sedar seperti biasa, walaupun keadaan nya masih lemah.

Setelah keadaan kembali normal, mak tanya pada abah, apa yang berlaku, abah beritahu ada mengamal ilmu santau lepas ilmu yang diamalkan tu. dan terkena pada arwah atuk. Orang panggil santau angin.

Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya, kisah tidaklah seram, cuma hanya untuk berkongsi pengalaman saya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Misz Coco

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.3]

1 thought on “santau angin”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.