Santau Buruk Muka

Assalamulaikum admin dan pembaca. cerita saya ini tidak la seram tetapi niat saya bercerita adalah untuk kita sama sama berhati-hati. terutama untuk golongan wanita.

Saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya terkena santau buruk muka. ketika saya terkena santau itu pada tahun 2016-2017. setahun saya menderita terkena santau tersebut. seksa nya hanya Allah yang tahu. saya berusia 21 dan masih bujang.

Pada tahun awal 2016 muka saya sering naik j*****t dan gatal, pada asalnya saya sangka kan cuma alahan biasa kerana saya memang mempunyai alahan dan alergic tetapi setelah makan ubat kulit saya akan kembali normal. tapi pada tahun 2016 tu TIDAK. sehingga kan saya terpaksa menukar ubat lain, produk lain dan sebagainya.

Rernyata segala usaha saya tidak berjaya. makin hari kulit saya makin teruk. muka saya hampir ke seluruhnyaa ditumbuhi j*****t yang merah-merah dan besar. sehingga tiada ruang pun dikulit muka saya yang bersih dan bebas dari j*****t.

Pada masa itu, makin ramai mula menegur saya kenapa muka saya semakin teruk. pada masa itu saya cuba juga untuk cover dengan makeup dan sebagainyaa tetapi tidak berasil kerana makin saya makeup makin nampak j*****t- j*****t dimuka saya. sedih dan terseksanyaa saya ketika itu hanya tuhan saja tahu kerana muka saya bukan saja j*****t penuh tetapi sering gatal, pedih serta mata saya sering jadi merah kerana gatal.

Saya hampir putus asa, kerana ketika itu segala produk telah saya cuba tetapi tidak berasil malah makin teruk dan j*****t semakin penuh di muka saya. dengan mata-mata yang memandang saya ketika tu pun seperti geli dan jijik melihat saya menambahkan lagi rasa sedih dan putus asa saya.

Pada ketika itu saya tidak terfikir langsung saya disantau atau sebagainyaa kerana kita sedar kita cuma manusia biasa yang tidak punya apa-apa. siapa la kitaa orang nak dengki dan sebagainya kan?. saya sentiasa doa dan mohon pentujuk Allah untuk sembuhkan kulit saya.

Entah kenapa satu hari tu hati saya terdetik sangat nak pergi jumpa satu ustazah yang tinggal tidak jauh dari rumah saya. pada ketika itu saya berasa malu juga untuk bertemu ustazah tersebut, yelaa kita pergi sekadar ingin bertanya mengenai kulit yang teruk ni?

Tetapi segala pra-sangka saya itu salah. sampai saja dirumah ustazah. ustazah tenung saja muka saya dan kemudian dia sentuh muka saya sambil membaca surah. kemudian secara tiba-tiba ustazah menarik tanganya dan berkata “panasnyaa kulit kamu ni nak, berapa lama dah kulit kamu jadi macam ni?” ustazah bertanya pada saya. kemudian saya menjawab “hampir setahun ustazah” .

Ustazah hanya beristifar panjang kemudian diaa berkata “kesian kamu” sambil dia mengambil sebotol air yasin dan minta saya minum dahulu dan minta saya datang pada esok hari hanya membawa sirih dan telur.

Pada esoknya saya membawa segala yang diminta bersama ibu saya. kemudian ustazah hanya mengosok telur dan sirih pada muka saya dan membaca surah , pada ketika tu memang muka saya rasa panas seperti terbakar tapi saya diam kerana takut. tetapi secara tiba-tiba ustazah sendiri berkata. “panas ye? tahan sikit, kamu kena santau buruk muka ni, ada orang benci tengok kamu dan berniat buat kamu buruk”.

Saya dan ibu hanya diam sehingga selesai. kemudian ustazah pesan pada saya, jangan makan atau minum makanan orang beri buat masa ni termasuk dari ahli keluarga atau sahabat sendiri sebab tak mustahil orang yang dengki tu akan buat lagi dan minta saya amal kan cuci muka dengan air yasin serta sirih, solat jangan tinggal sebab itu laa pendinding kita paling kuat.

Alhamdulilah, dalam masa sebulan segala j*****t yang saya tanggung selama setahun hilang begitu saja dan kulit saya kembali normal.

Saya ingin berpesan pada semua wanita. berhati-hati la dengan siapa kamu kawan dan percaya. boleh jadi orang yang paling kita rapat tak suka tengok kita bahagia walaupun kita selalu rasa kita tidak punya apa-apa untuk orang dengki tetapi hati manusia kitaa tidak tahu kan. terima kasih pada semua yang sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

mia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

13 thoughts on “Santau Buruk Muka”

  1. Rambut sama hitam hati lain2..hehe..ntah2 sis ada tercakap/tersindir/terkutuk sapa2 ke?atau ada tercakap riak ke?beware dgn org dan diri sndiri pn kena jaga juga..lidah dan pndangan pun sama..

    Tp kalau y buat tu mmg saja2,berasakn hasad dengki dia saja,elok lah dijauhkn..

    Reply
  2. Sya pun mengalami benda yang sama. Pelbagai ubat d pakai dimuka n di makan tp tiada kesan langsung.. Malu jugak bila kakakĀ² skeja tegur. Dulu muka sy takde j*****t langsung. Awl 2019 j*****t attack sampaai sekarang blm sembuh..

    Reply
  3. Teman udah pernah kena mcm tu…mmg siksa…terasa mcm ada benda dok merayap kt muka…gatal…pedih usah cakap…apa ubat pon mmg x lut…sampaikan ada yg suruh teman berubat pakai seluar dlm anak dara lah…yg jd ubatnya hanya ayor sembahyang….lps dok amalkan alhamdulillah terus hilang…lansung bersih muka teman…cuma parut jer yg tinggal…kalo idak dah rupa muka bajang jer….santai ni mcm2 jenis…tu sumer kojer org yg dok berseteru ngan setan iblis …semoga Allah lindungi kita dr segala dengki khianat ni….

    Reply
  4. Pernah kena. Waktu tu elok2 tgh tgk tv. Tiba2 ade rase percikan air kat muka. Mcm org ludah kt muka. Tiba2 tempat terkena percikan air tu rse panas sgt n gatal. Lepas tu j*****t tumbuh kat bhgian tu. Makin merebak. Sampai kulit nampak buruk sgt. Org pandang jijk. Sy masih ingt ketika sy terserempak dengan seorg wanita yg berjln dgn pasangannya, dia menarik tgn psgnnya, smbil menunjukkan rupa yg menunjukkan dia berasa tkut n jijik melihat kulit muka sy..

    Reply
  5. Kita pun kena benda yg sama juga dari tahun 2018 sehingga skrg..dah mcm2 product cuba tp bukan j*****t biasa2 yg naik..
    Sapa tahu ustaz/ustazah yg mahir utk ubatkan masalah ni boleh la share

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.