Santau Makan 2
Assalamualaikum Fs, Bersambung lagi kita Dalam siri Santau Makan. Untuk kali ini, Aku akan menghabiskan Kisah yang berlaku pada Aku Dan Minah. Dimana Kisah ini berlaku pada Malam Ke-2, Malam Ke-3 dan Penamat pada malam ke-4. Dalam Kisah kali ini Ada 6 Makhluk
iaitu Aku, Minah, Lily, Mail, Perawat, Jin.
Selamat Membaca.
Keesokan hari Malam Ke-2, Minah berkerja seperti biasa, kerana ibu nya tidak diberitahu tentang apa yang berlaku. Aku diminta Oleh Perawat untuk membawa 7 bunga Raya Mekar bersama 7 helai daun untuk Minah mandi pelepas pada malam Itu. ianya Salah satu Ikhtiar Masyarakat Melayu dari Orang tua dahulu. Aku buntu dan hanya Menurut niat ku berikhtiar untuk menolong si minah dengan Izin Allah. Selepas menjemput minah kerja dan mandi bungalah si minah pada malam itu dan sepanjang proses mandi bunga sehingga minah Pulang ke rumah berjalan dengan lancar tanpa gangguan.
Malam Ke-3, Seperti biasa Aku menjemput minah balik kerja , Sungguh bertenaga Si minah pada malam itu mulut nya Tak berhenti bercakap. Ada kelainan disitu, Ketika dalam perjalanan pulang, untuk sampai kerumah minah ada satu tempat sememang nya Titik panas bualan orang kampung mengatakan Tempat itu keras dan tempat itu adalah laluan utama ke rumah minah.
Pada Malam itu, kami bertiga si Lily kawan minah naik bersama kami. Sedikit perincian tentang laluan itu, Jalan Tar Seperti jalan kebun getah disebelah sungai dan ada Pohon Buluh tua, 6 meter sepanjang jalan diatas tebing Menjadi dinding antara jalan dan sungai.
Ketika melalui jalan tersebut, Minah yang kuat bercakap terdiam memandang ku. Minah toleh kebelakang dan menjerit. “Bie Dia duduk Dalam kereta.” Terus minah dakap lengan ku dengan ketar-ketir nya. Aku memberitahu nya Lily sahaja duduk dibelakang menyedapkan hati, padahal aku sudah Meremang menandakan dia memang ada dibelakang tempat duduk ku.
Aku terus memandu mencari tempat yang boleh Pusing kereta untuk pergi kerumah perawat. Jarak kerumah Perawat Memakan masa 15minit. Setelah pusing kereta dan laluan itu juga lah terpaksa Aku lalui. Minah mula tak sedarkan diri. Aku menelefon Perawat dan terus kerumah nya, alangkah baik nya pada malam itu tidak melarat menjadi lebih buruk, Aku pulang hantar minah pada pukul 4:30am.
Malam Ke-4
Malam ke-4 juga malam yang paling panjang berlaku. Aku menjemput minah pulang seperti biasa, lily menaiki motor dan Malam itu kami Singgah Bungkus makan Dikedai yang sama dalam santau makan 1.
Sepanjang jalan menuju kedai tersebut, minah bercerita semasa dikedai nya, dia terlelap dan bermimpi. Dalam mimpi itu ada Orang bertelanjang bulat mundar Mandir dibelakang kedai si minah. Minah juga berkata Ada makhluk berbulu duduk merenung dia atas bukit di jalan rumah nya bagi menyedapkan hati nya aku kata ia mainan tidur.
Setiba nya kami di kedai, kami order melalui Telefon dan menunggu didalam kereta. Sementara menunggu, si minah Dan aku layan Movie Pontianak Harum SM. Minah ni dia berani cuma ketika itu Dia Period, tubuh dalam keadaan penat . Ketika sedang melayan movie tersebut, minah tertidur. Tiba-tiba minah bangun terkejut seperti jatuh bangunan dalam mimpi. Lalu Terus Di ajukan soalan pada ku “Bie tak percaya sayang ke?. Aku hanya Membalas “Percaya jah kenapa? berulang kali ditanya padaku, Minah pejam mata kembali. Seusai Makanan siap, minah terjaga dan menampar ku sambil mendengus menjerit.
Jam pukul 1:30am, Seluruh pelanggan menoleh kearah kereta. Dengan Kalut, Aku menyuruh si lily naik kereta bersama kami. Nasib baik Tuan kedai itu kawan ku sendiri dan dia memahami apa yang terjadi.
Minah meronta dan menjerit, Si lily pula terus Duduk diatas minah menahan nya dari meronta. Aku menelefon si perawat dan terus ke rumah nya. Dalam perjalanan minah berdiam diri tidak meronta hanya melihat Pandangan Sisi kiri.
Dipertengahan jalan, Ada Anggota MPV polis melakukan sekatan, setiba nya Aku disekatan tersebut. Si minah tiba-tiba Menjerit, Aku memberitahu Orang hysteria pada anggota tersebut tanpa berhenti. kerana kereta kami bergerak secara perlahan melalui sekatan itu, Anggota itu memanggil Kami HOI!! Aku menjerit memberitahu mereka “Nak Pergi Berubat Masuk Hantu” terus mereka laung , Pergi-Pergi!.
Tiba di rumah siperawat, Minah meronta Dan Perawat membaca Ayat Pelepas dan minah pun diam seakan tertidur. Aku mengangkat Minah masuk kedalam Rumah perawat. Sambil Menarik nafas lega, perawat memberi tahu Aku bahawa dia sudah Dimaklum kan lebih awal lagi Tentang aku Ingin kemari. lantas dia terus pulang ke rumah dan menungguku.
Minah dibaringkan dilantai, beralas kan paha ku sebagai bantal. Tiba-tiba, minah sedar dan berpusing Kaki ke arah ku, Dia menendang dada ku, Menampar muka ku. Tiba-tiba dia berkata “Aku tokse Nikoh (Kahwin) nga Mu, Aku beci Ko mu.” Loghat kelantan. Sekali lagi nafasku tak terkawal, perawat menyuruh ku sabar kerana itu bukan minah. Perawat juga berkata ini Santau guna Jin terus. Merasuk si minah, Minah meletakkan kepala diatas paha lily, berbelakang kan aku Sambil menangis.
Minah berpaling ke arah ku dengan mata tajam, Aku ditendang nya Berulang kali sambil menangis berkata, “Aku Tokse(taknak) tengok Muka Mu, Aku tokse nikah(Kahwin) nga Mu, Mu gi Cari Ore lain lah, Tolong Lah Pehe”. Minah terlelap di Pangku Lily. Aku sememangnya mengerti dan Kemarahan Membuak-buak dihati ku, Aku takkan menyerah minah mudah-mudah.
Aku meminta si perawat memberitahu secara terperinci siapakah manusia yang sanggup melakukan syirik ini. Ketika Itu, Dalam kepala ku hanya ingin berhadapan dengan Manusia yang lebih teruk dari Iblis itu. Si perawat tak memberitahu sedikit pun tentang si pelaku itu hanya Berkata Orang Dekat Aku Sahaja, Perawat berkata Kita Lawan Cara Santau juga, aku tidak bersetuju kerana Perbuatan itu hanya membuatkan Aku Sama dengan Si durjana itu, dan si perawat cadangkan untuk rawat Pulihkan Minah dahulu.
Dibuatkan air Bacaan Ayat suci Al-quran, dan Aku sapukan Air Itu kemuka Minah, Minah pun sedar dalam menangis Merapat pada Ku. Akan tetapi, santau kali ini Amat kuat namun Tiada yang lebih kuat Hebat dari Allah s.w.t, merapat pada ku itu hanya lah Sandiwara, minah menggigit bahagian kanan dada ku antara bahu sehingga pecah d***h ku. Perawat melibas lembut minah menggunakan sejadah.
Minah sedar dan menangis dipangkuan ku, sambil berkata “Nak Balik bie, Sakit Bie” Amat menyedihkan keadaan minah ketika itu. Aku memberi minah Minum Air Bacaan yang dibuat tadi, dan minah kembali seperti biasa dan Stabil tapi lemah. Jam 4:30am, selesai semua nya Aku pulang dari rumah Si perawat, Sebelum pulang Aku Singgah mengambil Kawan ku iaitu mail yang menemani ku Tempoh hari. Mail yang Bekerja Di Pondok SRS perumahan ku.
Aku meminta Mail menemani ku menghantar minah pulang dan dia bersetuju. Selepas mengambil Mail, Aku Memandu sesampai di Susur naik Highway, Aku membaca Surah An-nas dan Tidak Habis Ayat pertama, Minah menampar ku. Muka Nya marah, Aku berdialog “Eh Ado Lagi Mu ni.” Minah ketawa, Aku uturn dan Terus kerumah perawat.
Dalam perjalanan itulah Aku berdialog Dengan Minah, Dia menyuruhku meninggalkan Si Minah. Dia berkata, “Mu Tinggal lah dia, Mu Putus lah dengan dia”.
aku membalas, “Aku Ambil minah susah-susah dengan cara Baik, Mu nak Suruh aku tinggal dia mudah-mudah dengan syirik mu ni? Dia membalas
” tinggal Lah Minah, Putus lah, mu tak Kesian ko dia? Mu nak Tengok dia M**i Ke? Mu nak M**i ke?
Aku membalas “Ajal Maut dengan Tuhan, buke dengan Mu, Mu Tak boleh buat Gapo pun, Aku Tak Takut Ko mu.”
Dia Diam dan terus mengulangi dialog sama menyuruhku meninggalkan atau putus dengan minah. Aku berkata,”Boleh mu nak Aku putus dengan dia, Mu kena Baca Ayat Qursi 5x, Malam ini jugak Aku tinggal si Minah”. Dia Berdiam, Aku terus mengulangi Boleh baca tak qursi? Pandai baca tak? Dia Hanya diam.
Tiba kami Dirumah perawat dan Ketika diatas kereta dia masih Menyuruhku meninggalkan Si Minah, Aku pula tetap dengan syarat ku. Menyuruh nya Membaca qursi. Kemudian Aku sambungkan aux line Ke phone aku dan menyuruh nya Menuruti Ayat kursi yang aku mainkan, Bila aku main kan ayat Qursi meronta lah Dia Kepanasan dan menangis.
Perawat menghampiri dan menyuruhku Pergi ke perumahan Ku untuk sambung merawat disana kerana Isteri perawat Meniaga nasi pagi dikawasan perumahan ku.
Dalam perjalanan KeTempat aku, Benda itu berubah layan aku cara lembut, Dia Bermanja dengan ku, siap pakej usap perut ku, dia Berkata “Jom lah Balik Bie, Sayang Ok dah, Sayang tak sakit dah”. Aku membalas “Baguslah Ok dah Gak, Bie pun nak balik esok kerja”. Aku memakaikan Nya SeatBelt serta lock Pintu kereta. Sepanjang Jalan dia memujuk ku untuk hantar dia balik.
Dalam tak sedar, Seatbelt nya telah dibuka, terdengar Bunyi handle pintu ingin dibuka, Nasib baik sudah Lock kalau tak Mesti dia cabut lari.
SeSampai di Susur turun ke perumahan ku. Dia Bertanya “Bie Nak G Mana? aku berkata nak Hantar mail, dia kerja tak boleh ikut. Dia memandang ke arah mail, Muka nya marah dan ingin menerkam mail. mail kata muka Minah berubah, Mail turun kereta Sambil menutup telinga, Aku pun Tak faham. Aku tinggal kan Mail di Pos SRS, Perawat melintas kami dan aku terus mengikut kereta perawat.
Ketika itu lah Dia marah pada ku. “Mu Nak Bawa Aku G Mana? Aku Nak Balik lah! Aku membalas “mana boleh balik lagi Mu tak keluar lagi” Dia Marah, “aku nak balik, aku Taknak kat mu, Hantar la Aku balik” Aku tetap Sama nak Balik Kena Baca Qursi Dulu, Sampai Di tempat merawat, Aku sambung Aux buka Lagi Qursi, Menjeritlah dia Meronta Panas.
Perawat membaca ayat pelepas dan minah Terlelap, aku mengangkat minah masuk ke dalam. Meletakkan Minah diatas Tilam Single di ruang tamu Rumah tersebut. Minah bangun dan Benda itu tak mengalah terus meronta menjerit berkata benci dan Tak mahu minah Kahwin dengan ku. Aku baringkan Minah dan Aku naik atas minah dengan lutut ku Diatas lantai, minah ditengah kangkang ku. Aku Memegang tangan minah keatas, Dia tak mahu pandang sikit pun muka ku, betul-betul benci kat aku.
Aku Menyuruh Lily Memegang Tangan minah, dan Aku Memegang muka Minah Supaya pandang Aku, Benda tu tetap berkeras Sehingga dia pejam mata, Aku membuka Mata minah guna dua jari sambil Berkata tengok Aku sahaja. Ketika Itulah Dia Berkata dalam Loghat Indonesia, “AKU BENCI KAMU”. Ketawalah aku sambil berkata Ooo Indon rupa nya time ni tak tahu kenapa aku excited sangat kenakan Benda tu.
Aku membaca Kursi dan merontalah Benda tersebut, Perawat duduk Disamping ku Membaca Ayat Suci Al-quran dan Menghembus pada minah, Panggg Sejadah dilibas Ke lantai Terus pulih Si minah, Aku mengajarkan 3qul dan Ayat kursi. Alhamdulillah, minah kembali. Santau itu benar-benar menyakitkan, Banyak Kesan Lebam Ditubuh minah, Lily yang check Bukan aku. Perawat, membuat satu balutan kain putih diikat Seperti Mayat. Kemudian diletakkan di tempat membakar sampah. Perawat mengatakan barang santau itu sudah dipasung sipembuat Santau itu takkan dapat balik Jin Dia.
Pukul 6:30am, Kami semua beransur pulang. Kejadian Malam ke-4 lah yang paling teruk sekali, dan Apa yang berlaku ini tidak pernah sampai ke pengetahuan ibu bapa kami. Tidak semua orang boleh terima yang ghaib, Allah yang mengizinkan dan yang melalui saja akan mengerti. Selang beberapa minggu hubungan Aku dan Minah retak. Aku mengerti Bahawa Aku berhubungan Dalam Keadaan Haram. Tiada Yang halal antara bukan muhrim melainkan Perkahwinan dan Matlamat Tidak menghalalkan cara.
Sebulan kemudian, Aku mengetahui bahawa Minah telah bersama Rakan ku sendiri(Bukan Mail). Ironi nya, Rakan ku itu tahu bahawa Aku dan minah berhajat untuk kahwin. Akan Tetapi, kita umat islam dianjurkan Untuk Bersangka baik. walaupun Dalam Hati ku kuat mengatakan Ia benar kerana Rakan ku itu tidak sanggup untuk berhadap dengan ku dan Berdasarkan Tanda-tanda Nya. Wallahualam Semoga Allah memberi petunjuk pada sipembuat.
Ketika itu jugalah Aku mula sedar bahawa Allah memberi petunjuk kepada Hamba yang memohon petunjuk.
Nasihat Ku pada wanita, sebelum tidur Ambil Air Wuduk, Bacalah 3qul dan Kursi Kerana Tidurlah yang melemahkan kita. berhati-hati lah memuat naik gambar selfie anda. Barangan Peribadi, Sikat rambut, Pakaian dalam, Baju Kotor. Percayalah Manusia lah Paling jahat tetapi bukan semua. Santau ini selalunya Antara orang dekat dengan kita,
Sentiasa dekatkan diri pada Allah, Kita akan lebih dekat dengan Allah bila Kita Solat. Apabila Kita Sakit seharus nya Kita berikhtiar dan Allah lah yang menyembuhkan. Semua yang berlaku dengan Izin allah. Allah tidak memerlukan hamba yang menyekutukan Nya. Allah tidak memerlukan kita, Hakikatnya Kita perlukan Allah.
Santau itu Benar,
Terima Kasih Admin Dan Pembaca FS
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI