Santau Umi

Assalamualaikum FS. Nama aku Cik Pia. Aku merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Umi dan abah aku berkahwin pada tahun 1998. Abah ada seorang adik yang aku panggil sebagai maksu. Walaupun cuma pangkat ipar, umi dan maksu sangat rapat. Ibarat seperti adik beradik.

Apabila Maksu meningkat dewasa, beliau akhirnya berkahwin dengan jejaka pilihannya yang berasal dari Kelantan, Azri namanya. Maksu ingatkan semuanya indah selepas berkahwin, namun semuanya musnah apabila Maksu mendapat tahu Azri seorang yang panas baran. Akan tetapi, disebabkan sayang, diteruskan jua perhubungan.

Bukan sekali dua Azri naik tangan menyakiti Maksu. Tetapi berkali-kali.Oleh kerana Maksu dan Azri tinggal di bangunan yang sama dengan apartment kami tinggal, maka kisah tentang Maksu didera suaminya sampai ke telinga umi. Umi dan anggap maksu macam adik sendiri, maka dia adakalanya akan datang ke rumah maksu dan cuba mempertahankannya supaya tidak disakiti.

Pernah sekali, maksu dan suaminya bergaduh besar. Dahlah waktu itu maksu sarat mengandung. Azri, suami maksu memukul maksu dengan helmet. Semuanya dibsebabkan maksu tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada suaminya. Azri ni pantang  jika meminta duit, dan dikatakan tiada, memang habis semua benda yang ada disekeliling menjadi senjata memukul isteri.

Berulang kali juga umi menyuruh maksu membuat report polis, akan tetapi maksu tak nak. Ini kerana dia masih sayang suaminya.

Pada tahun 2012, aku mula bersekolah menengah. Umi pula mendapat kerja sebagai ketua chef di berdekatan hotel di area Pudu. Umi menaiki LRT untuk pergi daan pulang dari kerja.

Kejadian pelik mula menimpa umi. Umi seringkali melihat kelibat wanita serba hitam berdiri di laluan pejalan kaki dari LRT ke rumah. Wanita serba hitam itu tidak nampak mukanya. Seakan seseorang yang berselimut dengan selimut hitam.

Penampakan wanita ini terjadi ketika pukul 6 pagi ketika umi pergi kerja, dan juga pada pukul 6 petang sewaktu balik dari kerja.

Sejak peristiwa ternampak kelibat hitam ini, umi mulai berubah seratus peratus. Umi yang dulunya penyayang, kini menjadi pemarah. Semua orang dia akan marah termasuk Abah sendiri dan juga anak-anaknya.

Umi juga mula mengadu kaki sakit yang amat sangat. Dah berkali-kali jumpa doktor,doktor cuma memberitahu kemungkinan letih berjalan kaki jauh.

Semakin hari, sakit kaki umi semakin teruk. Nenek dari Kedah juga datang melawat Umi di KL. Nenek mengambil keputusan untuk membawa umi balik ke kampung di Kedah untuk berubat.

Lama juga umi berada di kampung. Apabila aku menefon umi, katanya dia sihat-sihat sahaja di kampung.Sehinggalah apabila tiba cuti, kami pergi ke kampung untuk melawat umi. Alangkah sedinnya rasa hatinya apabila melihat keadaan umi.

Kaki umi membesar bagaikan kaki gajah.Dan di setiap pelipat-pelipat kulit kaki meleleh cecair busuk. Menangis aku melihat umi. Umi memberitahuku, mungkin ada orang dengki dan tidak berpuas hati kepada umi sehinggakan diperlakukan sebegitu.

Maka tugasku ketika di kampung adalah menjaga ibu. Sepanjang di kampung ini jugalah pelbagai penampakan makhluk menjelma.

Beberapa hari selepas itu, datang Ustaz Naz pada waktu malam bersama isterinya. Tujuan adalah untuk mengubat Umi.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Ustaz tu memberitahu rumah ini sangat panas, padahal waktu itu musim hujan dan memang sejuk.

Sesi rawatan pun bermula dengan isteri Ustaz tu memgang ibu jari kaki Umi. Dengan bacaan yang dilakukan oleh Ustaz, tiba-tiba Umi menjerit kesakitan.

Isteri ustaz ni pun beritahu, Umi terkena sihir kerana menganggu urusan rumah tangga orang. Waktu itu, tiada nama lain yang terlintas di benakku, semestinya Azri, suami maksu.

Rawatan diteruskan lagi, dan tiba-tiba ibu bercakap pula dengan bahasa Thailand, seraya menjerit memanggil nama “Azri!!!”, kemudian ibu muntahkan paku, rambut dan kaca.

Ustaz memberitahu bahawa orang yang menghantar ni menggunakan sihir bomoh siam dari Kelantan.

Beberapa hari selepas selesai rawatan dengan Ustaz, Umi aku masih tak sembuh, sehinggakan aku pun kena gangguan.

Pernah sekali tu aku baru hendak solat magrib, tiba-tiba Umi datang ke depan sejadah aku dan buang najis di depan. Allahu. Aku pelik, kenapa Umi tiba-tiba dapat jalan pula, kan sebelum ini Umi nak bangkit pun agak payah. Tiba-tiba Umi cakap ” Mu jange nok sembahye dale rumah ni, kalau dok, aku kaco mu.”. Umi cakap benda tu dengan muka bengis, kemudian kembali ke tempat tidurnya.Selepas aku bersihkan semuanya, aku sambung solat.

Malam tu aku teman Umi disebelahnya, sambil umi tidur, sambil tu aku bacakan Yassin. Selesai baca Yassin, aku baring dan tiba-tiba Umi menyentak keras rambut aku. Aku lihat Umi menggelupur sambil pandang ke atas. Bila aku dongak kepala, aku lihat seorang perempuan serba hitam melekat atas bumbung rumah.

Terkejut bukan kepalang aku. Aku jerit. “Ya Allah, Allahu Akbar!” Tokwan pun terkejut terus meluru masuk tengok keadaan Umi dan Tok Wan juga melihat makhluk di atas bumbung tu. Aku membaca ayat kursi, dan tiba-tiba makhluk tu meluru ke lubang celahan bumbung dan hilang begitu sahaja.

Cuti dah habis, akhirnya aku pulang ke KL. Berat rasa hati tinggalkan Umi di kampung. Sebelum balik, Umi pesan kepadaku supaya jaga diri, maruah, dan adik-adik.Berkali Umi pesan supaya utamakan adik-adik dahulu daripada orang lain. Rasa sebak cara Umi bagi pesanan tu, seolah itu kali terakhir kami akan berjumpa.

Sewaktu di sekolah, berkali-kali juga aku nampak kelibat makhluk perempuan serba hitam yang muncul di kampung tempoh hari. Tapi aku gagahkan diri juga untuk berani.

Jam dah menunjuk kan 12.00 malam aku tido dengan adik aku yang bongsu, disebab kan aku perempuan aku tido berasingan dengan adil kedua aku ,aku tido di dalam bilik , baba tidak pulang kerana ada catering so dia overnight di tempat kerja.Aku yang bertanggungjawab untuk menjaga kedua-dua adik aku, lepas aku baru sahaja terlelap aku bermimpi Umi kejutkan aku dengan memakai telekung putih tapi dia tak bercakap hanya tersenyum luas dan mengajak aku pergi bersamanya. Aku terjaga selepas telefon berbunyi tapi aku pelik kenapa pipi aku basah dengan air mata.

Aku terus angkat panggilan. Alangkah terkejut apabila Pakndak aku memberitahu yang Umi baru sahaja di jemput oleh penciptanya, aku terkaku dan merasakan semua ini tidak benar aku telefon baba ku aku beritahu yang Umi dah takda,Abba terus pulang dengan keadaan yang sangat pilu.

Aku ke rumah maksu dan beritahu yang Umi telah meninggal dia terus terduduk dan cakap ” kak ida, ayang minta maaf”sambil mennagis.Maksu telah memarahi dan menengking Umi sebelum Umi sakit disebabkan paksu yang memfitnah Umi.

Aku pulang dengan ahli keluarga ku ke Kedah dan aku dapat melihat sekujur tubuh di atas katil. Tapi mata aku perasan ade suusk tubuh bewarna hitam di penjuru katil Umi aku. aku terus ambil wuduk dan membaca yassin sebab waktu itu belum ada yang menziarah Umi.

Lepas pukul 7 pagi baru orang datang untuk menyelesaikan tugasan menguruskan jenazah.Aku tidak sangka yang tergamak orang buat Umi macamni. Umi masih ada anak kecil, aku dan adik aku membesar dengan ketiadaan ibu di sisi.

Sekarang aku sudah 20 tahun. Semuanya aku ambil jadikan pengalaman untuk aku pelajari semua itu. Maksu dan Azri kini sudah bercerai.Itu pon disebabkan aku yang report polis semasa maksu dipukul.

Sekarang Allah telah membalas segala kelakuanya. Pakcik Azri sekarang menghidap penyakit yang sama dengan Arwah Umi.Aku bukan nak aib kan keluarga sendiri tapi hanya untuk perkongsian untuk kita bersama, nama-nama untuk watak ini semua hanya rekaan semata-mata maaf jika cerita ini tidak menyeramkan terima kasih kerana membaca. salam sejahtera.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

cikpia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

13 thoughts on “Santau Umi”

  1. Sedih cerita ni walaupun tak seram best jugak, semoga tabah dengan apa yg dihadapi, dan diberikan kekuatan dalam segala hal, semoga aruah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman

    Reply
  2. tetiba sedih baca kisah ni sebab mama saya pun terkena sihir buatan ahli keluarga sendiri. skrg masih dlm rawatan. bertahun juga mama sakit.

    Reply
  3. Tu jantan keparat tak guna…kaki kuda kot perangai mcm bajang camtuh…Isle paler banar….sikit2 dok bomoh Siam…lain kali usah buat laki rupa gitu…

    Reply
  4. Klau aku mmg dh kena ganyang smp telan gigi nate cam azri tu.neraka jahanam tempat nate kaki sihir tu dan geng2 sibatnya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.