Hai assalamualaikum semua. Terima kasih aku ucapkan kepada admin fiksyen shasha kalau cerita aku ini disiarkan . Dulu, aku pernah hantar satu cerita “ditindih atau mimpi” , alhamdulillah disiarkan . So, kalini aku nak berkongsi kisah arwah abah aku disantau .
Arwah abah aku bekerja sebagai pengurus jualan . Kerjanya, mecari sales , tender, dan macam macam lagi . Masih segar diingatanku , hari raya tahun lepas, kaki ayahku bengkak , tapi kami satu keluarga tak terfikir kearah benda benda mistik . Apa yang kami fikir , abah mungkin ada gout atau masalah buah pinggang . so apa yang kami buat adalah refer kepada hospital dan jawapan yang diberi ” kaki pakcik banyak air” .
Sampailah satu hari , ayahku tiba tiba jatuh sakit . Maaf kalau perkataan yang aku gunakan ini mungkin sedikit tidak sopan . kemaluan ayah aku , bahagian telurnya tiba tiba menjadi besar sebiji saiz buah kelapa sehingga menyukarkan ayah aku untuk bangun . Dan sekali lagi ayahku diuji, kontrak kerjanya tidak disambung …
Semenjak kejadian itu , ayah aku akan sakit seperti dicucuk cucuk pada waktu maghrib , dan waktu 12 tengah malam keatas yang menyebabkan yah aku tak boleh tidur , meraung sakit sakit , tapi dalam rumah aku, tidak berlaku kejadian kejadian yang menyeramkan seperti penampakan , dirasuk atau sebaliknya ..
semenjak itu, ayah aku berkeras untuk ulang alik ke hospital , sehingga kami refer kepada pakar di salah satu specialist hospital , semua tes sudah dibuat, tapi jawapannya ” Maaf encik, saya taktahu encik sakit apa” , semua test menunjukkan semuanya normal . NAH ! mulai saat itu , terus aku katakan pada ayahku , ” Abah, ni bukan sakit hospital lagi dah , ni sakit benda lain ni” . ayah aku cuma diam . mungkin sedih atau mungkin dia redha….banyak kali ayah aku menangis kenangkan nasib diri dia .. dia nak sangat tengok aku kahwin…..
maka , bermulalah episod ayah aku berubat. terlalu ramai yang kami jumpa, sampai tak tahu mana satu harus kami percaya. sini , aku kongsikan perkara yang berlaku semasa ayah aku berubat di perak , kedah dan subang .
semasa di perak, orang yang mengubat ayah aku, kata ayah aku disantau menggunakan khidmat orang asli dan orang siam . Maka , semasa proses rawatan itu, keluarlah seperti kaca , paku karat , kain hitam yang dililit dengan dawai yang dalamnya mempunyai abu mayat, ALLAHUAKBAR . pertama kali aku dengar . aku tak ikut sebab aku penakut yang amat ! .
Semasa di kedah pula, perawat yang ni minta macam macam . kain kuning, paku, telur 2 papan , air mawar , pisau, rambut, kemenyan , macam macam lagi . jenuh nak listkan . so masa ayah aku berubat, suasana tegang. seolah olah, pihak disana berlawan dengan perawat yang mengubat ayah aku sehingga aku menyaksikan sendiri , telur yang dipegang meletup seperti ditembak dari jarak jauh .. perawat tu golekkan telur dekat kaki ayah aku naik sehingga ke badan . Oh lupa nak cakap, masa ni badan ayah aku dah bengkak sampai perut . Ingat tak aku cakap masa hari raya, kaki je yang bengkak ? haaa masa ni bengkak dah naik sampai perut . ayah aku dari kurus jadi gemuk sebabkan bengkak . Then , perawat tu suruh aku pegang telur tu, try pecahkan , ALLAHU memang tak pecah . punya kuat aku genggam , langsung tak pecah . Takut aku masa tu fikirkan apa ada dalam telur tu . badan ayah aku makin lama makin bongkok macam katak sebab orang tu kata pihak disana pakai katak betung.
macam macam perawat kami jumpa . ada yang minta duit semata mata . haih stress aku . benda ni berlarutan sampai 6 bulan , sampailah satu hari pakngah aku , kenalkan dengan satu pakcik. dia tukang urut . dia cakap saraf ayah aku semua dah m**i dan tak berfungsi. dia suruh mak aku, baca surah surah yang dia bagi setiap kali lepas solat , 330 x kali , niat semoga akan ada orang yang betul betul boleh sembuhkan ayah aku .
Dengan izin Allah , esok nya, tiba tiba kawan lama ayah aku tergerak hati nak datang rumah . saja nak melepak . dia tak tahu ayah aku sakit teruk . so dia cakap, dia kenal satu ustaz dekat subang yang In Sha Allah boleh sembuhkan . so , haritu jugak dia bawak ayah aku pergi sana . jumpa je ayah aku, ustaz tu pegang peha ayah aku , terus dia geleng kepala, “ASTAGHFIRULLAHALAZIM . dah teruk sangat ni bang . semua saraf dah m**i . kita kena ubat secepat mungkin” . Ustaz tu listkan barang untuk berubat . kelam kabut semua carikan bahan sebab memang nak buat secepat dan sepantas yang boleh . Ustaz tu kata nak buat esok jugak walau macam mana pon sebab keadaan ayah aku dah terlalu teruk . So malam tu , tengah elok ayah aku tengok tv , tiba tiba dia mengadu dia sesak nafas and sejuk . Aku call ambulance . sejam baru ambulance sampai and dalam masa sejam tu lah ayah aku punya bibir dan kaki dah jadi biru , muka pucat . Allah .. aku lemah tengok ayah aku macam tuu… sampai hospital terus pergi red zone . and guess what ? Dalam pukul 12 malam ayah aku masuk red zone , pukul 6:55 pagi dia dah takda ……..depan mata aku…. depan mata adik aku… depan mata mak aku…..betulah ustaz tu cakap ” orang tu nak buat ayah aku sampai m**i “.
sebabkan ‘DENGKI” .Seolah olah “pihak dia sana tahu yang ayah aku nak berubat and berkemungkinan ayah aku boleh sembuh dengan izin ALLAH . Ayah aku kata dia tahu siapa yang buat , dia pernah mimpi, nampak badan tapi mukanya samar samar …. Umur aku baru 22, dah hilang ayah ….. seminggu lepas ayah aku takda, aku graduate . majlis graduation aku ……. sedih takpayah cakap lah ….. ni aku taip ni pon menangis macam air terjun hahahaaha …… doakan aku kuat ye semua pembaca .. sebelum tu , ada tak siapa siapa pembaca fiksyen shasha yang tahu surah surah apa yang perlu dibaca untuk kita tahu siapa pelakunya ? mak aku cuma nak tahu je siapa yang buat . mak aku nak tengok dalam mimpi. tapi aku sendiri taktahu cara dia macam mana .. kalau ada diantara kalian yang tahu , kongsi pada komen ya . aku pasti baca ..mana yang masih ada ayah , hargailah .. terima kasih sudi baca . lain kali aku kongsi cerita lain pulak eh . salam rindu buatmu disana , ayahku………..dari anakmu, yang sentiasa merinduimu……..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
buat solat hajat… doa minta nak tengok
Assalamualaikum… Cuba setiap mlm buat sembahyang tahajud, kemudian sembahyang hajat & istiqharah, niat tunjukan siapa juga jgn lupa yassin x 7 mubin beserta doa Nabi Yunus waktu dlm perut ikan NUN selebihnya Tawakkal… In Sha Allah… Salam TAKZIAH…
Baik mampus je org yg buat tu!!!!!
Takziah…memang berat dugaan ko…setiap dugaan hadapi dengan sabar, percayalah banyak hikmahnya…mungkin dengan dugaan ini, dipermudahkan segala urusan ayah ko kelak, dipercepatkan segala hitungan dan bahagia di tempat yang abadi…
Sebaiknya, tak perlu lah ko cari siapa pelakunya…bimbang ada yang mengambil kesempatan, menyebabkan lebih banyak kerosakan (hubungan dengan manusia & hubungan dengan Allah)…hati-hati permainan iblis, jin & syaitan…perancangan diorang terlalu halus…elakkan terjebak…
Terima dengan redha…move on…kumpul amal, jumpa ayah ko di sana…semoga semua dipermudahkan…
Cuba amalkan yaasin 7mubin.. Niat yg baik2 mudah2an Allah makbulkan..
Aku xphm org yg sggup buat bnde bodo bmoh2 ni ek .untk ape.mendsyirikan Allah .. Neraka tmpatnyee.
Disebab kan dendam Dan amarah semua benda boleh jadi ape² pon semoga penulis ni tabah menghadapi dugaan
Srs aku nangis baca benda ni 🙁😢😢😢… Salam takziah pada keluarga kau… Dapat menerima dengan tabah…. Insyaallah.. Si pelaku akan balasan yang setimpal… Allah Maha Adil… Sabar yee 😊
kenapa eh dengki kat org sampai santau sihir org..Allahu..mmg busuk sgt hati org tu..sedih baca..moga Allah tempatkan roh ayah awk dlm syurga aamiin….
Sedihnyaaa tak dapat bayangkan kalau ada di tempat awak tengok abah sakit teruk. Hmm kebanyakan cara yg org guna utk tau sape yg buat onar tu solat hajat dan yassin 7 mubin.
Sis. Emel kt saya contact no ust kt subang tu. [email protected]
Buat solat hajat 7 hari 7 malam beturut turut . Insya allah . Doa org yg terananya ni tanpa hijab .
Selawat sebanyak 1000 kali sehari sebelum tiba mangrib kena habiskan 1000.sambil buat kerja apa pun boleh berselawat.kira la dgn digital tasbih.sebelum nk berselawat tu baca bissmilah dan niat dalam hati apa yg kita hajat.solat jgn tinggal….in shaa allah allah akan beri petunjuk dan mempermudahkan semua urusan.jgn mengharap 2 atau 3 hari anda buat nk dapat petunjuk dgn cepat.NO!!!! Buat smpai jumpa jawapan yg sahih.anda akan bersyukur dgn allah selepas tu.caya la…allah ni ada ja dgn kita.kita ja lupa kat DIA. ALLAH…
Saya harap awak terus kuat. Ingat,orang yang dianiaya akan mendapat ganjaran dan tak akan disia-siakan Allah.
Saya pon 22 tahun dah kehilangan ayah disbbkan santau juga . Yang sedih nye, tengah² sakit tu pon ayah sempat pesan ke saya, “walau apa pun yang jadi, habis kan belajar”. Sekarang saya final year students dah last sem. Kadang² tengah study, buat kerja assignment masih menangis bila terkenangkan ayah. Mohon doakan utk saya juga ye untuk terus kuat dan tabah.
masyaallah .. kuatnya kau . aku doakan orang ii mcm kau ni berjaya dunia akhirat amin 🙂
Saya kongsikan cara utk diberi petunjuk siapa yang menyihir kita…semua ini bgantung kepada keikhlasan hati kita dan niat dlm hati tiada ingin bdendam atau membalas perbuatannya.Ia juga bgantung kpd keizinan Allah S.W.T.
Sebelum tidur, lakukan solat sunat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Lakukan 7 hari atau lebih.
Ikhlaskan hati kerana Allah Taala sebelum solat sunat hajat dan istikharah doa agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan dalam membuat rawatan disamping itu mohon tunjukkan apakah masalah yg anda hadapi.
Sebelum tidur pastikan anda berada dalam keadaan air sembahyang, maafkan semua orang dan tidur mengikuti sunnah2 ketika tidur.
Sekiranya anda tidur dan bermimpi wajah seseorang dalam keadaanya marah, hodoh atau menakutkan yang berulang-ulang kali hanya wajahnya sahaja dan apabila terjaga segeralah sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau dan doa mohon kepada Allah agar ia bertaubat serta berikanlah ia hidayah dan petunjuk kejalan orang-orang yg beriman.
Lakukan berulang2 kali dan perlu diingatkan jgn ada sebesar zarah sekali pun untuk membalas. Kita perlu ingat, setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.
Sedihnya baca kisah awk ni, saya percaya arwah ayah adik terpilih utk menerima ujian seberat ini krn Allah ingin mengangkat darjatnya dan menempatkannya bsama almujahidin…
apa yg penulis alami , aku tgh alami skrg .. ayah masih dlm proses berubat , doakan ayh aku cpt sembuh ..
takziah pada mia. dan pada sesiapa yang baca. kuatkan semangat. aku takpernah hadapi macam korang jadi aku mampu bagi kata semangat dan insya allah doa dari jauh je. korang memang kuat. ingat. korang jangan pernah tunduk dengan syaitan dan hawa nafsu. lawan selagi boleh. percaya dengan allah. jangan sentiasa mengeluh. dugaan ni ada reward bukan free2 allah nak uji. semoga yang dah terkena akan semakin memulih dan ikhlaskan hati dengan ujian. sama2 kita doa agar hati kita kuat dengan allah walau apa dugaan pun. amin..
apa yg awak alami sama dengan apa yg sy alami, tapi sy tahu sapa yg buat arwah ayah saya….perkara ni dah dekat 16 tahun dah…pemergian arwah sampai sekarang kami x bleh lupa, sedih sangat… x bleh lupa, bertabahlah dan selalu sedekah al fatihah kepada arwah ayah awak…
bende mcm ni la yg aku plg tkt..ayah aku brniaga.slalu aku ckp hati2..kt xtau hati org mcm mna..sblm ni setkt org suruh toyol depa p rembat duit ayah aku tu.dia igt byk sgt la duit kami ni.semoga adik penulis ni tabah ok.buat la solat hajat tahajud setiap mlm insyallah terkabul.doa org teraniaya ni senang dikablkan dgn izin allah
Mnurut saye tk payahlah nak ambik tau,kerna klau dah tau rase dendam akn timbul sehingga mudah d rayu syaiton.cukup bayakan doa utk abah,smoga sikse didunie dpat gugurkan dose sehingge dpt merase nikmat kubur dn mmbrtkn timbangan amal d akherat kelak
Salam mia… semoga tabah… pada pendapat saya mia dan ibu patut berdoa agar hilang keinginan utk tahu siapa pelaku santau tu… redha lah… tambah baik kalo mia dapat maafkan pelaku tu… bukan apa… semua itu mainan syaitan… mulanya mmg sekadar ingin tahu… takut syaitan iblis mencelah tipu daya mereka… Allahu… ada hikmah yg telah Allah tetapkan untuk mia dan keluarga agar tidak pernah atau akan tahu kebenarannya…
Sis, blh x email sya contact no ust dkt subang? send dkt [email protected]
Masa pegi hospital dah buat scan semua ke.. klu betol la kena sihir..Menanggung la kt akhirat buat si pelaku.
Assalamualaikum..
Mia,tabahkan hati..sejujurnya hati sy terkesan,sebak dan sy menangis selepas baca nukilan awak. Sungguh hanya orang yg melalui ujian ini tahu betapa seksanya disihir..dan sy masih lagi berjuang setiap saat dianiaya dengan sihir santau orang yg sampai sekarang sy tak tahu siapa..mia,sy mohon tolong emailkan sy alamat dan nombor telefon ustaz itu.sy jauh duduk di sabah,dan dah hampir 20 tahun sy disihir. Setakat ini ustaz yg sy minta rawatan,bagitahu bukan seorang yg hantar sihir kat sy, ada yg hantar sihir kat sy dr umur sy masa sekolah menengah disebabkan sakit hati dan dengki,dan ada sihir yg dihantar terbaru dr orang yg berbeza.
Sakit tak tertanggung..
Rasa hidup ni hampir tak bermakna..
Dibenci & membenci..
Rezeki disekat..
Hidup ibarat disumpah penuh malang angkara sihir..
Setiap hari dirasuk..
Setiap hari sakit lemah, saraf tulang bermasalah..kepala rasa nak pecah..Allah..perit
Tolong dan bantulah sy, sy takut iman sy dah tak kuat,jasad sy dah tak kuat,dan akhirnya sy pergi begitu saja..
[email protected]