santau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terima kasih buat admin kerana sudi siarkan cerita aku nie. aku nak bercerita kisah mak saudara aku lah pasal dia kena santau dengan kawan rapat dia sendiri. Sebabnye, kawan dia tu gilakan suami dia dan sakit hati dengan mulut celupor mak saudara aku nie..perghh..nak tau celupor ke idok.korang cuba la kenal dia..nak cakap ape main lepas je…tak fikir perasaan orang langsung.

Ok!nak di jadikan cerita masa tu kami sekeluarga aku ,adik laki aku 2orang dah tu ayah n umie aku lah. Masa tu ade buat kenduri 100 hari arwah datuk aku. Masa boleh dikatakan arwah datuk aku nie ada la jugak amalkan ilmu2 lain. Faham kan aje lah tapi “benda” yang atuk aku tu tak ada pape. Tapi malam tu memang dah rasa lain macam. Nak kata aku nie ada kelebihan dalam tengok dan ubat tu,aku tak pasti. Kalau aku nampak apa2, memang aku tak yakin tapi bila dah orang lain kena baru aku yakin aku nampak “benda” tu..

So,malam tu lepas kenduri sume kami pon nak balk lah. Lupa nak cakap. Kawasan rumah arwah datuk aku tu hutan tapi dibangunkan dan ade rumah dua tiga ketul. Ade yang dah siap ade yang belom.  Korang bayang camnie..rumah datuk aku hujung hutan. Lepas tu otw nak kuar rumah datuk aku tu ade 2bijik rumah. Tu pun yang tengah2 tu xsiap tapi dah ade la tiang rumah. So,malam tu dalam nak balik mak saudara aku nie dia dengan suami die jalan dlu.

Kami folow dari belakang (dengan kereta la) dah tu aku entah macam mana nak tengok rumah yang tak siap tu…sekali tgk..Mata dua bijik keluar tengah intai. Masa tu kereta slow je. Jalan tak cantik sangat, jalan batu2 gitue. Aku makin tak sedap hati. Aku senyap je. Baca apa yang patut. Sampai cabang tiga kampung tu. Kiri kanan dah ade rumah dengan kedai minum lah. Tiba2 bapak saudara aku berhentikan kereta dia, dah tu turun amik yasin. Aku dah pelik dah. Dalam hati dah kenapa tetiba..

Kejap dalam 2 minit, mak saudara aku pulak turun masuk dekat tempat duduk belakang. Masa tu aku yang arah ayah aku suruh turun tengok..(masa aku tengah taip nie. Tangan aku rasa dah beku. hahaha. Sebab aku penakut…). Aku pun ikut turun skali la. Aku pergi tengok mak saudara aku. Menangis. Aku dah lain macam. Aku baca ape yang patut dan usap belakang dia. Dia cakap “aku nak Junaidi!aku nak Junaidi”.

Aku mane tahu bapak saudara aku nama Junaidi. Aku tanya sapa Junaidi. Dia tunjuk suami dia. Aku dah tau dah ada benda lain nie bakan benda tadi je nie. Aku kuar kereta, tengok umie aku dah macam kaku dah.. Aku cakap suh naik kereta. Umie aku terus nangis. Aku jerkah adik aku suruh bawak umie aku masuk kereta. Laju je dia tarik umie aku. Masa tu umie aku dah kena macam lintasan yang kat rumah tadi tu. Aku biarkan je sebab mak saudara aku lagi parah. Aku ingat nak settle kan. Abis datang pakcikang ada kat kedai tu suruh bawak jumpa makcik yang boleh ubat orang2 macam nie la…

Aku masa tu memang duduk dengan mak saudara aku la kat belakang..Aku tutup mata dia..uikss seram kalau tetiba dia buka mata. Aku yang mencarut nanti. Aku tak abis2 baca ayat suci al-quran. Aku masa tu riba kepala dia dan duduk belakang bapak saudara aku. Dah dia yang drive kan. Entah macaam mana aku rasa dekat duduk penumpang depan macam ada muka yang entah. Hodoh gila sambil pandang aku dengan lidah terjelir. Allahurabbi! seram aku. Terus aku cuit bapak saudara aku suruh baca ayat kursi. Aku cakap dengan “benda” tu cakap jangan ganggu umie aku! Aku terkah. Terperanjat pakcik aku, bagi amarah apa semua jangan kacau. Benda tu pandang aku sampai rumah makcik tu. Mak saudara aku senyap je la. Tak gerak2. Masa sampai tu. Mungkin “benda” tu tahu kan. Makcik aku bangun tetiba nak lari. Nasib ayah aku ada. Cepat2 pegang dah tu pengsan nak angkat tu. Berat gila…

Naik atas rumah tu semua, makcik tu suruh baringkan dia. Kaki dekat pintu rumah…baca2…makcik pun cakap kenapa aku tak tolom. Aku senyap je la. Orang tua yang ada amal nie. Dia tahu apa kebolehan kita. Dia dah baca ayat yang dalam yassin aku lupa ayat no berapa. Dalam tu berkenaan orang ketiga. Aku cuba jugak kat tepi tapi “benda” tu kuat. Asal siam. Makcik tu suruh aku yang cuba. Aku cuba. Kau tau apa benda tu buat bila aku tanya “mana kelemahan kau!” dia bangun sambil tangan dia buat macam tak ade. Lepas tu dia senyum. Aku geram dah masa tu. Aku baca ayat kursi terus dia menjerit…

Lepas tu dah makcik tu tak boleh pangil makcik yang sorang lagi. Sekali makcik sentuh terus keluar bahasa siam. Masa dia dah ok tu, makcik tu marah makcik aku “kau nie mulut tak pandai nak jaga,bodoh, lain kali jaga bukan kau saje ada hati” Makcik aku diam dah masa tu. Penat bersilat. Masa dia bagi air bacaan dia tu, dia suruh amik kan botol. Dia cakap” jaga2 yang aku tengok tadi ada lagi dekat dalam kereta” korang rasa? perghh. Pakcik dah tengok aku dah. Dah tu kereta semua kena pagar. Rupanya sebelom dia balik kampung dai dah kena dekat tepi jalan tapi masa tu makcik aku boleh control…

Balik rumah semua, pakcik aku dengan ayah aku pulak soal aku pasal yang jadi tadi. Aku just cakap “tak tahu lah…mungkin tu kebetulan”.

Ayah aku pesan macam dekat aku. If ade yang mintak tolong ubatkan tolong je. Tak perlu minta balasan. Cite nie tejadi masa aku umor 22. Baru kot…hea…Pape pon tq sebab sudi baca…hehehe

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

31 thoughts on “santau”

  1. Hadoooiiii jugaaaakkkk…
    Berpinor mate hakak dik nk pahamkan citer ko ni…
    Typonye…perkataan ilangnye…tanda bacaannye…ayat tunggang langgangnye…dengan makcik dan makciknye…
    Adeeehhh…
    Panadooolll…panadooolll…

    Reply
    • Mata akak x tentu arah sbb asyk nk kena bace atas smle nk pastikan watak dan situasi sebenar…
      Akk xdelah reject terus, masih gigih nak membace sbb org dh bersungguh menaip share citer kan…
      Tapi udahnye fenin sdri…
      Huhuhuhuu…

      Reply
      • Kita taleh baca abis…
        Mana pangkal mana ujung pon tak tau.
        Dia nak citer pasal antu ke, pasal santau?
        Bak sini mintak dua bijik Panadol Kak Yulie tu. Terbaring dah ni…berat otak mikir citer antu.

        Reply
    • Haha… maafkan kami semua yer writer… mmg serius xfham.. kelam kelibut… kejap penakut… tp kejap blh ubatkn org.. mcm ada 2 org y taip citer ni…

      Tang mak cik tu lg pening… sbb ada bnyk mak cik… pastu bab kna rasuk.. tp citer kna santau tu rsa mcm xde cross over lak kt entry ni.. ke saya y xpersan sbb da pening baca.. hahaha…

      Reply
  2. Tulisan ko lagi hantu dari citer yg ko nak citerkan ni.
    Senak plak otak aku tetiba. Ko ni darjah berapa dik? Adessss…
    Aku kena gi jumpa doktor lepas ni, amik pain killer.

    Reply
  3. Tak paham la nek jah! Knpa dia turun amik yasin? Knpa makcik ko pindah dok belakang? Kjap ko kata pakcik kedai kopi datang tolong, pastu apa jadi? Pastu ko cakap ko dok ngan makcik ko kat belakang kereta pastu ko cakap jangan kacau ummi ko. Pastu akk terus skip baca. Ish serius tak paham…

    Reply
    • Haha… mmg btul tu… ni la point2 y kritikal sgt bg aku jga… sgt2 la aku xfhm knapa bnda smua tu trjadi… knapa pkcik kedai kopi pn trlibat dlm kes ni… knapa ko takut klu pk cik ko amik yasin????

      Reply
  4. Hasil dari siasatan,saye dapat rumuskan cite ni xde kaitan pun dgn hantu kak limah.. Jadi anggap saja kes ini sudah selesai.

    Reply
  5. tajuk dengan isi cerita macam tak ade kesinambungan je…ni cerita santau ke cerita kene rasuk..?sebabnye dalam isi cerita tak ade langsung sebut cerita pasal santau…musykil la…hurmmm..ke aku yang tak faham dgn cerita ni?

    Reply
    • hahaha. bce cte ni stp perengan pengsan. pening nk fhmkn cte die. sblm anto tu tgk la btol ke x ayt yg digunakan kannnn. jri n otk die sme beku mse type cte ni

      Reply
  6. Maaf, jalan cerita agak bersepah . Mula mula susunan dah cantik masa nak minta pembaca faham susun atur jalan keluar dari rumah arwah atuk tapi lepas je makcik awak kena rasuk habis susunan cerita tu macam gopoh gapah nak habiskan, teruskan menulis ye. Boleh dibaiki.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.