Sayang Abah (Bahagian 1)

Perut aku yang dari tadi berkeroncong tidak lagi mampu untuk aku biarkan. Walaupun ini bukan kali pertama aku menahan diri dari makan malam, tapi malam ini aku tewas jugak. Aku bingkas bangun dan segera ke dapur. “Nak makan apa malam ni?”bisikku sendirian. Apa yang terlintas di fikiranku cuma menu maggi kari telur yang ringkas. Malas aku nak berperang di dapur menggoreng nasi tengah malam buta ni. Khuatir mengganggu waktu tidur jiran-jiran.

Tokk..tokk..

Bunyi seperti ketukan halus pada tingkap dapur mengganggu konsentrasiku. Bunyinya seperti dengar tak dengar pada telingaku. Agak halus bunyinya. Ah! Bunyi ekor cicak kot! Aku meneka. Rumahku memang banyak cicak. Terutamanya di bahagian tingkap dapur ku ini. Malas aku nak menyelak langsir yang menutupi tingkap ku itu.

Bau maggi kari yang telah masak menaikkan selera ku. Aku segera menghidangkannya ke dalam mangkuk dan makan perlahan-lahan. Sesekali aku meniup maggi ku untuk mengurangkan panas. Slurrppp… Sluurrpp… Enak sungguh menyedut kuah maggi panas.

Tokkk..tokkk..tokk..

Aku terganggu lagi dengan bunyi ketukan halus di cermin tingkapku. Kali ini bunyi ketukannya lebih banyak. Bunyinya seragam dan perlahan. Aku buat tak dengar je dan cepat-cepat habiskan baki maggi ku.

Sambil membasuh mangkuk maggi ku tadi, aku mendongak melihat jam. “Dah dekat 2 pagi ni.” Aku menyegerakan urusanku dan berjalan masuk ke bilik. Aku berseorangan saja di rumah selama 3 hari kerana orang tuaku balik kampung. Baru malam pertama berseorangan sudah cukup buat aku kebosanan. Pulang kerja dari petang tadi aku hanya menghabiskan masa dengan tidur sehingga ke isyak. Terpaksa aku qodho solat maghrib kerana tertidur. Kini aku tidak boleh melelapkan mata gara-gara tidur awal siang tadi. Aku membelek-belek facebook di handphone ku dan berharap agar aku mengantuk. Walaupun esok aku cuti, aku tetap kena bangun awal pagi kerana telah berjanji untuk jogging bersama kawanku.

Kkkrrrkk…kkrrrkkk….

Bunyi kerusi seperti di alihkan di dapur mengejutkanku. Ia seperti di alih beberapa kali. Ah! Sudah! Siapa pulak yang mengalihkannya? Walaupun bilikku di tingkat atas, keadaan yang sunyi pada malam ni membuatkan bunyi yang perlahan boleh kedengaran jelas.

Ktinggg…ktinngg…

Kali ni bunyi sudu seperti berlaga dengan pinggan. Ah! Apa sebenarnya kat dapur aku malam ni? Sebelum ni tak pernah pulak ada bunyi macam ni. Bunyinya berterusan. Walaupun aku seorang yang berani, bila aku berseorangan tetap ada perasaan takut.

Tapp..tapp…tapp…tappp..

Bunyi tapak kaki seperti orang sedang berlari di sekitar dapur pula kedengaran. Ah! Makin menjadi-jadi pula bunyinya ni! Bilik aku di tingkat atas yang terletak betul-betul di atas dapur membuatkan setiap bunyi kedengaran jelas. Aku pasti itu bukan manusia. Aku menyelubungkan diri dengan selimut dan memakai earfone di telinga sambil membuka mp3 ayat suci al-quran. Aku berharap agar malam ini cepat berlalu.

Aku tersedar pada pukul 7.30 pagi kerana bunyi alarm handphone ku berbunyi. Aku tidak pasti pukul berapa aku terlelap malam tadi. Aku turun ke dapur dan terkejut kerana dapurku tidak ada kesan apa-apa barang di alihkan. Semua tersusun rapi seperti biasa. Aku bayangkan mungkin dapurku habis berselerak kerana bunyi malam tadi macam ada pesta kat dapur. Bingung jugak memikirkan apa yang berlaku. Ah! Nantilah aku fikir. Aku segera mandi dan bersiap untuk jogging.


“Kau nampak macam tak cukup tidur je ni. Dengan mata sembabnya.” Din membuka bicara.
“Ha’ah! Aku tak boleh tidur malam tadi. Petang aku dah tidur lama” balasku.
“Jarang kau tidur petang. Banyak kerja ke kat ofis?”tanya Din.
“Tak ada lah. Mak dengan abang aku balik kampung. Ziarah pakcik aku masuk hospital. Bosan tak ada siapa aku nak borak, aku pun tidur je lah.” Din sekadar mengangguk faham.

Kami meneruskan larian beberapa pusingan dan berhenti berehat seketika di kerusi rehat di atas bukit. Suasana tempat joging di atas bukit ini sangat nyaman dan menyegarkan.

“Bila lagi kita nak pergi mandi sungai kat kampung kau tu? Seronok pulak mandi kat situ!”tanya Din.

“Ish! Kau ni. Kan baru lagi Sabtu lepas kita mandi. Takkan nak pergi lagi minggu ni. Budget tu macha! Jenuh la nak balik Perak minggu ni nak layan perangai kau lagi,”kata ku sambil menjeling ke arah Din.

“Hahahaa..aku saja je. Bulan depan pun boleh. Hehee..” Din tersengih.

“Jom lah sambung joging”, kataku sambil menarik tangan Din. Kami meneruskan joging sehingga lebih kurang pukul 10 pagi.

Kebushhhh…gebushhhh…

Meninggi percikkan air sungai itu gara-gara aku dan Din terjun dari atas jambatan. “Wuhuuuu..sejuk weii…”jerit Din. Sungai dekat kampung aku ini memang jernih. Ada kawasan-kawasan yang dalam yang tak sesuai untuk kanak-kanak mandi telah di letakkan tanda amaran oleh jawatankuasa penduduk. Hanya tinggal beberapa orang yang mandi dekat tempat kami mandi. Ramai yang telah pulang kerana waktu dah lewat petang. Kami masih leka mandi. Aku dan Din bergilir-gilir memanjat ke atas jambatan dan terjun ke dalam sungai.

Gebushhh… Kebushhh…
Tiba-tiba aku ternampak sesuatu benda hanyut di bawah jambatan…..

“Weiii Lan..dengar tak aku cakap ni?” Lamunanku terhenti. Jeritan Din mengalihkan fikiranku. “Apa yang kau fikirkan sangat tu? Sampai aku panggil kau buat tak tahu je!” Aku tidak segera menjawab. Aku cuma memikirkan mungkin ada sesuatu yang tak kena dari sungai tu yang berkait dengan gangguan malam tadi. “Tak ada apa lah. Aku fikir nak buat apa sorang-sorang malam ni? Bosan duk rumah.” Din seperti tidak puas dengan jawapanku. Sengaja dia menekan lagi pedal minyak agar kereta lebih laju. Kereta myvi full loan nya itu berdesup laju di atas jalan raya.

“Nak terus balik ke ni? Kau tak lapar ke? Perut aku dah berkeroncong ni. Banyak tenaga keluar joging tadi. Nak kena topap energy balik”kataku.

“Hahaa..tu lah. Tadi aku tanya kau nak makan kedai mana kau senyap je!”balas Din.

“Mana aku dengar!”

“Memang la kau tak dengar. Dah kau termenung je tadi. Entah fikir apa entah!”

Aku hanya tersengih kelat. Kami menyinggah di warung Pak Aziz yang tak jauh dari rumah ku. Roti canai dan kuah karinya memang padu beb! Kami memenuhkan isi perut semahunya.

Kami bergerak pulang setelah kenyang. “Petang nanti kita lepak. Aku pun tak ada apa projek petang ni”, kata Din. Aku sekadar mengangguk. Din kawan yang ku kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Masih solo dan kadang-kadang gila sikit. Aku memerhatikan Din sehingga keretanya membelok ke simpang.

Aku masih berdiri di luar rumahku. Terasa berat kakiku ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Walaupun waktu masih lagi siang, perasaan takut sudah mula menjalar perlahan-lahan ke dalam hatiku. Aku tak tahu kenapa aku harus setakut ini. Aku rasa seakan-akan rumah ku semakin lama menjadi semakin besar dan ingin menelanku. Ah! Aku terlalu ikutkan perasaan. Kau anak jantan Lan! Kena berani! Aku menarik nafas dalam-dalam dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Assalamualaikum… Aku memberi salam sebaik saja melangkah masuk melalui pintu utama. Keadaan rumah ku sunyi seperti biasa. Aku meninjau keadaan dapurku. Kemas seperti biasa. Aku segera mandi dan baring di bilik. Badanku terasa begitu letih.

“Jomlah balik. Dah nak maghrib ni. Kau nak buat rumah kat sini ke?” Din seperti tidak mendengar ajakkan ku. Dia masih berendam di dalam sungai. Aku masih menunggunya dari atas tebing. “Woiii..!! Jom la balik. Bahaya mandi time nak maghrib ni!” Tiba-tiba satu aliran air yang sangat deras mengalir pantas dari atas bukit. Aku dengan tidak semena-semena terbang mendapatkan Din yang sedang leka mandi. Dia seperti tidak mengendahkan air sungai yang mengalir deras ke arahnya. Aku mencapai tangannya dan menariknya ke atas tebing.

Apa yang lebih menakutkan, dengan tiba-tiba muncul sesosok budak perempuan dengan wajah yang ngeri di seberang sungai. Pakaiannya lusuh berwarna putih. Dia makin lama makin membesar dan tinggi menjadi seperti pontianak setinggi 2 kali manusia dewasa.Keadaan di sekeliling kami tiba-tiba semakin gelap. Aku dan Din lari selaju mungkin ke arah tempat terang. Keadaan sekeliling kami seolah-olah gelap seperti dalam terowong. Hanya penghujungnya yang terang. Pontianak itu terbang di belakang kami dan mengilai. Din berada di belakang aku dan berlari agak perlahan. Pontianak itu semakin menghampiri Din lalu menangkapnya dan membawanya terbang ke dalam hutan dan hilang..

Diiinnnnnnnnn….!!

Truutt..truutt.. Truuuttt…truuuttt..

Bunyi panggilan di handphoneku mengejutkanku dari lena. Aku bermimpi rupanya. Badanku berpeluh-peluh. Aku segera mengangkat panggilan yang masih berdering. “Waalaikumsalam, aku baru bangun ni. Nak lepak pukul berapa? Ok..ok.. Aku nak mandi dulu. Jap lagi aku whatsapp kau. Ok.. Bye.” Din menelefonku. Aku termenung seketika memikirkan mimpi buruk tadi. Ah! Mainan tidur je kot sebab aku letih sangat tadi. Ku lihat jam di handphone Lenovoku sudah hampir pukul 6 petang. Aku segera mandi dan solat Asar.

Aku ke dapur dan menjerang air sementara menunggu Din sampai. Aku mencapai frame kayu yang aku gantungkan di pintu peti ais. Aku seorang penggemar kraftangan. Aku suka mengumpul kraftangan dari kayu. Frame kayu ini sangat cantik. Hasil kerjanya sangat halus. Walaupun sudah sedikit lusuh, ukiran asalnya masih baik. Di atasnya terukir gambar seorang lelaki tua yang sedang duduk di atas basikal tua. Ada ukiran tulisan jawi di bahagian bawah yang bertulis ‘Sayang Abah’.

Assalamualaikum… Kedengaran suara Din memberi salam dari luar rumah. “Waalaikumsalam. Masuk laa.. Pintu aku tak kunci… Aku kat dapur nii…” jeritku dari dapur. Din berjalan masuk dan terus ke dapur. Din sudah biasa dengan rumahku. Dia sudah beberapa kali datang bertandang ke rumahku apabila cuti. “Duduk dulu. Aku tengah masak air ni” kataku sambil menarik keluar kerusi di sebelahku. “Cantik frame kayu tu. Mana kau dapat?” Din juga tertarik dengan ukirannya. “Ada lah. Nanti aku cerita.”

Bunyi siren dari cerek air menandakan air telah masak. Aku segera membancuh air teh o panas ke dalam jug. “Aku teringin la nak makan jagung bakar special kat kampung kau tu. Sedap weii!!” Din memula bicara. “Tak puas mandi sungai tu. Kita pergi lewat. Tak dapat mandi lama. Kalau bukan sebab dah nak maghrib tu, memang aku berendam lagi!”sambungnya lagi. “Kau la punca. Pukul 3 lebih baru bangun. Tidur mati betul! Bangun-bangun je terus ajak pergi mandi sungai. Mengigau ke apa? Nasib baik la sungai tu tak jauh dari rumah aku”, balasku sambil membersihkan frame kayu dengan kain.

“Eh! Baru aku teringat. Ada benda yang aku nak cerita kat kau ni. Seminggu aku simpan cerita ni. Masa kat kampung kau lagi. Aku bukan tak nak cerita time tu, tapi aku tak nak kau takut je”, kata Din sambil memegang tanganku. Wajah tak hensemnya nampak serius.

“Cerita apa pula ni?” aku menjadi tertanya-tanya.

“Kau ingat tak masa kita sampai kat sungai tu?” Din mula mengerutkan dahi.

“Ingat. Masa tu ramai orang lagi kat pondok sebelah. Tak ada yang pelik pun”, balasku.

“Kau tau tak, masa kita terjun atas jambatan tu, aku ternampak kelibat budak perempuan kat celah pokok buluh kat tepi tebing. Betul-betul dekat pokok buluh yang merimbun tu. Aku tak tau kau nampak ke tak.” Raut wajah Din begitu serius ketika bercerita.

“Aku tak perasan pulak. Budak perempuan tu pakai baju putih ke?” tanyaku.

“Ha’ah.. Dia pakai baju putih. Muka dia tak berapa jelas sebab rambut dia tutup muka. Macam mana kau tau dia pakai baju putih? Kan kau kata kau tak nampak?”

Aku tidak segera menjawab. Aku bangun dan menggantung kembali frame kayu ku di pintu peti ais. “Aku mimpi masa tidur tadi. Mimpi kita mandi dekat sungai kampung aku. Lepas tu ada budak perempuan muncul kat tepi tebing dengan muka ngeri. Dia pakai baju putih. Tiba-tiba dia jadi pontianak. Dia terbang pastu tangkap kau bawak masuk hutan.”

“Pergghh…!! Mimpi kau tu macam ada kaitan je dengan masalah aku ni.”

“Masalah apa tu?” kataku sambil menuangkan air teh.

“Malam tadi aku kena tindih masa tidur. Seumur hidup aku baru first time kena tindih malam tadi. Dekat 10 minit jugak aku bergelut nak lepaskan diri.”

“Pelik la! Aku pun kena kacau semalam. Kat dapur aku ni dah macam pesta. Bunyi pinggan mangkuk. Bunyi kerusi meja beralih. Tak pernah aku kena macam ni sebelum ni!” Aku kemudian menghirup air teh dengan sekali hirup.

“Kau rasa sebab apa kita kena kacau? Padahal lepas balik dari kampung kau, ok je kan. Lepas seminggu pulak kena kacau.” Din sedikit gelisah.

Aku memandang ke arah frame kayu yang tergantung di pintu peti ais. Tak kan la sebab frame ni? Bisikku. “Aku pun tak pasti. Kita kena siasat dulu punca nya. Kita kena tunggu malam ni.” Aku masih samar-samar mengenai gangguan ini. Bagi ku walaupun gangguan nya masih di tahap terkawal, pasti akan ada gangguan gelombang kedua dan seterusnya sehingga punca sebenarnya di ketahui.

Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami duduk menonton tv. Kami menonton berita sementara menunggu waktu isyak untuk solat berjemaah di masjid.

Paannggg…
Kami terkejut dengan bunyi mangkuk jatuh ke lantai di dapur. Aku segera bangun dan berjalan dengan berhati-hati ke dapur. Din mengekori belakangku. Aku sempat mencapai kayu golf yang berada di bucu dinding ruang tamu.

Sampai di dapur, aku lihat mangkuk besi tertiarap di atas lantai. Pelik! Mangkuk besi ni aku simpan dekat dalam kabinet. Macam mana boleh terkeluar dan jatuh kat lantai?

Din meninjau di sekitar luar dapur melalui tingkap. Clear! Memang tak ada orang katanya lalu cepat-cepat menutup tingkap. Aku menyimpan kembali mangkuk besi tu ke tempat asalnya. Aku sudah mula syak ada sesuatu yang datang menumpang di rumahku. Kami kembali duduk di ruang tamu. Aku mengisyaratkan pada Din agar nanti berbincang di luar saja. Aku khuatir nanti ‘benda’ tu dengar dan tahu apa rancangan kami.

Selepas isyak kami lepak ‘mengeteh’ di restoran bistro di pekan. “Aku pelik la. Dah dekat seminggu kita balik dari kampung kau tak ada apa-apa gangguan pun. Tiba-tiba pulak mula semalam kena kacau! Kau tak pelik ke?” Din masih bingung. “Ni dah pukul 9 lebih. Jap lagi kita nak balik rumah kau nak hadap benda apa entah kat rumah tu. Goyang beb!!” sambung Din. “Semalam kau ada pergi mana-mana tak? Mana la tau kau ada pergi lalu kawasan kubur ke, depan tokong ke, lorong belakang mati ke? Mana la tau kot-kot ada benda tak puas hati ke?” Pertanyaan Din mengenai ‘ada benda tak puas hati’ seperti satu pintasan current ke otak ku. “Sahhh!! Mesti sebab benda tu!!” Aku pasti! Walaupun bukan 100 peratus, tapi 80 peratus mesti berpunca dari benda tu! “Dah kena rasuk pulak ke member aku ni?? Tiba-tiba sahh pulak! Kau kenapa? Kena sampuk hantu tok kadi ke?” Din agak terkejut dengan responku.

“Balik rumah nanti baru kita tahu puncanya. Kau kena tidur rumah aku malam ni. Aku kalau berdua aku berani sikit”,balasku dengan yakin.

“Apa puncanya? ‘Benda’ tu whatsapp kau bagi tau ke? Konfiden tinggi kau ni.”

“Kat rumah nanti aku tunjuk kat kau. Ada lagi sebenarnya cerita yang kau tak tau.”

“Cerita apa?”

“Cerita masa kita mandi sungai tu la.”

“Pasal apa tu? Kau nampak hantu gak ke?” Din begitu teruja nak tau.

“Nanti aku cerita dalam kereta jap lagi. Selesa sikit ada aircond.”

“Lecehh.. Nak suruh cerita pun susah. Kang aku tak nak teman kau baru tau. Kau tidur la dengan kawan baru kau kat rumah tu.” kata Din geram.

“Aku cerita la jap lagi. Air aku kau bayarkan sekali ye. Aku lupa bawak dompet,” kataku sambil tersengih.

“Dah agak dah. Aku tengok kau keluar pakai kain pelikat, confirm tak bawak dompet.”

Kami terus berjalan ke kereta dan bergerak pulang ke rumah…

(Tamat bahagian 1)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CenCorot

10 comments

  1. Perut lapar dah tahap senggugut…Time aku baca ni ujan lebat kat luar…dan intro cerita ni bermula dengan maggi kari…stok maggi aku dah abis!…apesal intro ko pasal maggi?!!!!…ujannn lebat ko tau takkkk?!!!!…

  2. Adoyai.. cepat sambung weh.. cerita dah best.. sambung… sambung.. sambung.. X de menda Len ke yg bergetar selain rahim ko tu Diva?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *