SEBELUM MATA TERPEJAM

Telah menjadi kebiasaan aku dan rakan rakanku setiap malam sabtu untuk menonton televisyen di bilik TV, maklumlah budak asrama, tidak dapat pulang bermalam, jadi kami menghabiskan waktu hujung minggu kami untuk menonton rancangan di TV yang disiarkan.

Malam itu, seramai 8 orang pelajar tingkatan 5 termasuk aku, berada di bilik TV, ngam pula cerita yang disiarkan cerita seram iaitu ” the ring”. Sedang asyik aku menonton cerita itu, mataku terasa berat, aku ingin melelapkan mata. aku beritahu awal kepada rakanku.
” Alif, kalau movie dah habis nanti gerak aku, aku nak tidur sekejap dekat sini” Alif pun mengiyakan saja. Tidak lama kemudian, mataku terpejam, aku tidur.

2 PAGI
Aku tersedar dari tidur, aku melihat TV dihadapanku dalam keadaan gelap, “celaka punya kawan, tinggalkan aku sorang kat sini” rakan rakanku semuanya sudah pergi, tinggal aku sorang saja dalam bilik TV. Aku pun bangun dari sofa ingin cepat cepat tinggalkan bilik TV itu.

Belum lama aku memulas tombol pintu untuk keluar, TV kembali hidup, mengsiarkan movie “the ring”. Yang lebih menakutkan, TV dihadapanku itu memaparkan hanya watak hantu dalam movie tersebut, tepat matanya pandang ke arahku. Aku pun tidak teragak agak menutup semula TV tersebut, dan beredar dari bilik itu.

PINTU TERKUNCI DARI LUAR.
” aduh apa pulak ni” TV kembali terbuka, memaparkan watak hantu yang menyeramkan itu. Aku dah rasa hairan dan seram sejuk. Ini memang ada yang tak kena. Tidak menunggu lama, aku tutup kembali TV itu. “hihihihihih kenapa tutup, cerita kan belum habis~~~” aku menangkap suara yang menyeramkan itu di sudut bilik, mataku terus melihat sosok wanita berambut panjang tinggi sehingga siling bilik itu, dengan wajah yang pucat dan menyeramkan.

Aku terus terduduk, kaku tidak mampu bergerak. Makhluk yang menyeramkan itu masih tepat memandang kearahku sambil senyum. Iringan ketawa nya membuatkan aku semakin takut. Aku terus menjerit meminta tolong, meronta ronta membuka pintu. Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Aku melihat rakanku Alif di depan mata. Aku terus memeluknya sambil menangis. ” Kenapa korang tinggalkan aku dekat bilik berhantu ni hah!!!” Aku melihat kembali sosok makhluk di dalam bilik itu sudah hilang. Keadaan menjadi reda.

” siapa tinggalkan kau, hihihihi, aku masih ada dekat sini~~~” Alif yang aku lihat tadi kini berubah menjadi satu mahkluk yang berbulu lebat, matanya merah menyala melihat kearahku. Aku menjerit meminta tolong, langkah kaki ku mulai berlari laju tinggalkan tempat tersebut.

Aku terus berlari ke bilik, sambil aku menoleh kebelakang, makhluk itu masih mengejarku pantas. ” nak pergi mana,movie kan belum habis hihihihih ~~ ” makhluk itu berlari ke arahku. Aku mengendahkan saja dan terus masuk kedalam bilik tidurku. Rakan rakanku yang lain sedang nyenyak tidur, aku terus membuka lampu bilik, dan menjerit meminta pertolongan. Semua bangun terjaga dari tidur. ” kau okay tak rahman? , alif dan hazim merapat ke arahku. Aku kelelahan, malam itu aku pengsan.

Aku tersedar dari tidur, aku melihat sekelilingku dan sedar bahawa aku ditempatkan di bilik warden.
Di hadapanku ada alif, hazim dan ustaz rozli. ” kamu dah sedar? ” tanya ustaz. ” apa jadi dekat saya ustaz, macam mana saya boleh ada dekat sini? ” tanyaku dengan risau. ” kamu pitam semalam, lebih teruk lagi kamu kerasukan, saya nak tanya, macam mana kamu boleh ada dekat bilik TV semalam, sedangkan saya dah kunci bilik tu hari jumaat lepas” aku kehairanan.

” Ustaz boleh tanya alif dan hazim, kami semua ada dalam bilik itu semalam, yang lain pun ada, bukan saya seorang ustaz, saya sedar dari tidur, mereka semua dah pergi dulu tinggalkan saya seorang dalam bilik itu. “Rahman, kami semua tak masuk pun bilik itu, yang kami hairan, macam mana kau boleh ada dalam bilik TV, sedangkan bilik tu terkunci. Aku terus termenung, memikirkan apa yang baru saja aku dengar, adakah aku bermimpi ketika itu, atau makhluk itu saja ingin bermain denganku.

Setelah kejadian itu, bilik TV di asrama kami telah dibersihkan dan dibuka semula. Namun setiap kali aku kembali ke dalam bilik itu. Terasa seperti ada sesuatu yang melihatku. sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

atifasyrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 42 Average: 4.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.