Assalammualaikum, Selamat Pagi/Petang/Malam semua warga FS dan admin. Terima kasih admin sebab post 3 cerita aku sebelum nie Gurauan Manja, Gurauan Manja II dan Siapa Aku. Maaf kalau ada kekurangan dalam cerita-cerita sebelum nie and cerita akan datang nie, hehe. Untuk pembaca baru, nama aku Ast umur 28. Okey cerita aku kali nie lebih berkisarkan tentang bapa aku dan kalau berkesempatan aku akan selitkan cerita yang aku sendiri alami. Maaf kalau cerita nie tak capai target seram yang korang semua inginkan. Moga terhibur dengan cerita seram-seram suku nie. Enjoy the story!
Kepada pembaca baru mungkin akan pening dengan cerita aku nie. Jadi kalau pembaca nak lebih faham boleh la baca cerita aku yang sebelumnya. Maaf lagi sekali kalau cerita aku berbelit-belit dan susah nak faham…
–––––––––––––––––––––––––––––––––– MULA –––––––––––––––––––––––––––––––––––
Pada entri sebelum nie aku ada sebutkan pasal bapa aku yang boleh melihat, mendengar serta berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib nie. Ada beberapa kisah yang terjadi sepanjang aku duduk dengan parents aku sepanjang 25 tahun nie. Aku akan pecahkan cerita nie pada bahagian-bahagian.
Kisah 1.
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu sama ada keluarga besar aku nie ada saka ke pendamping ke, tapi yang aku tahu ada benda yang tak kena dengan keluarga aku nie. Pernah satu hari tu, masa bapa aku nak masuk rumah dia nampak ada 1 figura nie dekat sudut rumah. Yang tak best nya sudut yang dia nampak tu pulak port aku lepak main komputer.
Selalunya bapa aku akan cerita apa yang dia alami dekat mak aku, lepas tu mak aku akan cerita dekat aku. Nampak tak cerita tu ada susunan dia? haha
Kiranya cerita nie aku dapat dari mak aku la. Begini ceritanya :-
(Perbualan bawah nie antara mak dan bapa aku)
Bapa : Yang, apa benda yang dekat luar tu? Marah nau nampak aku.
Mak : Apa bendanya? Tak ada apa pun.
Bapa : Lupa pulak, kau mana nampak.haha (Bapa aku memang guna kata ganti nama “kau aku” dengan mak aku. Kadang-kadang jela).
Mak : Abg nie saja jela.
Tu jer cerita untuk kisah 1 sebagai pembuka bicara.
Kisah 2.
Masa nie kami duduk dekat area balakong lagi. Rumah dua tingkat, bilik semua dekat bahagian atas. Rumah nie dah lama juga bapa aku duduk, so bilik aku tu memang dah lama kosong. Bilik master depan bilik aku jer, sebelah bilik aku ada satu bilik tapi kosong jer bilik tu. Dalam bilik kosong tu ada rangka katil, meja yang satu set dengan cermin solek, almari baju dengan beberapa kotak. Jadi bilik dah tak kosong la kan? Sebab dah ada barang-barang kan? Cuma takda orang duduk jer dalam bilik tu dan bilik tu berhabuk.
Mak aku memang selalu tidur dalam bilik master tu, bapa aku kadang-kadang tidur dekat bawah jer. Mungkin sebab malas nak naik atas kut.
Nak dijadikan cerita, satu hari masa tengah makan tengah hari bapa aku tanya aku satu soalan maut yang membuatkan aku terfikir dan ragu-ragu dengan diri sendiri.
Bapa : Dik, malam semalam kau masuk bilik sebelah kau cari apa?
Aku : Huh? Bila masa orang masuk bilik sebelah? (Aku memang bahasakan diri aku dengan family “orang”, semua salah kakak aku. Sebab aku ikut cara dia cakap masa kecik-kecik dulu.hahaha)
Bapa : La, pukul 2 ke 3 pagi semalam aku nampak kau masuk bilik sebelah. Tak percaya tanya mak?
Aku cuma pandang mak aku jer minta kepastian. Mak aku anggukkan kepala, mengiyakan kata bapa aku.
Aku : Tah. Tak kan orang tidur berjalan pulak?
Bapa : Tak tau la kau. Kau berdiri jer depan katil tu menghadap cermin meja solek tu. Apa yang kau tengok?
Aku : Tah la, orang tak ingat. (Jawab sambil lewa, sebab aku malas nak fikir.)
Lepas makan tu aku naik bilik (aku memang suka duduk dalam bilik), aku baru teringat yang pagi tadi masa aku bangun tidur nak gi mandi, tapak kaki aku berhabuk macam aku ada jalan dekat tempat yang dah lama orang tak jejak.haha
Dah tamat kisah 2.
Kisah 3.
Kalau di ikutkan, nie kira cerita pertama yang aku betul-betul nampak rupa bentuk hantu nie. Macam yang kita semua sedia maklum, hantu/jin/syaitan nie kan ada bermacam-macam bentuk dan rupa? Jadi dalam cerita kali nie penampakan yang terlihat secara zahir nie adalah daripada bentuk/figura bayangan hitam yang lebih gelap daripada warna hitam. (korang boleh faham tak? Kalau tak faham pun korang buat-buat faham jela)
Satu malam nie, aku tidur dalam bilik macam biasa. Pintu aku kunci, lampu bilik pulak aku tutup semua. Cuma kebiasaannya orang belakang nie akan buka lampu belakang rumah dia, jadi bilik aku terang la sikit. Nak dijadikan cerita, malam tu dia tutup semua lampu rumah dia. Tak tau la aku kalau dia pergi bercuti ke apa kan.
Jadinya malam tu gelap gelita tambah pulak sunyi sepi. Malam tu aku terbangun pukul 3 lebih pagi, dan-dan la waktu tu anjing semua nak menyalak berjemaah. Disebabkan bising, aku celikkan mata sikit untuk riki suasana bilik. Hmmmmm, semua nampak normal sampailah aku terpandang dekat suiz lampu yang terletak bersebelahan dengan pintu bilik.
Ohhhh… Tuhanku..! What is that?! Pada awalnya aku hanya ternampak seperti ada dua biji bebola merah dekat dengan suiz lampu. Lepas tu aku celik mata lagi sekali untuk pastikan apa yang aku nampak tu. Cuba teka apa yang aku nampak?! Yer kawan-kawan, dia masih di situ memerhatikan aku tidur dan aku terus membeku atas katil sebab tak berani nak bergerak walaupun seinci.haha
Aku dah tak boleh tidur lepas tu, jadi aku terus keraskan diri atas katil tu sambil berfikir samada perlu untuk aku bercakap dengan benda tu atau tidak?
Dan keputusan aku adalah untuk terus membatu dan tidur semula..hahaha
Memang sebelum nie aku ada terfikir untuk cuba bercakap dengan benda-benda nie. Tapi bila aku fikir balik yang suara benda tu garau namati, aku hentikan niat aku tu..kahkahkah
Keesokkan hari, waktu makan tengah hari juga, bapa aku tanya aku pasal malam semalam dan dialognya lebih kurang macam nie :-
Bapa : Semalam ada apa-apa berlaku ke?
Aku : Hum? Tak der apa-apa. (sebenarnya aku dah lupa pasal penampakan tu.)
Bapa : Eh, semalam takda orang jenguk kau ke?
Aku : Huh? Sapa pulak nak datang jenguk orang? Mana ada sesiapa datang semalam kan?
Bapa : Cuba kau engat balik. Ada pape jadi ke tak semalam?
Aku : …….. (Makan dalam diam sambil fikir apa yang tak kena dengan bapa aku sampai tanya aku soalan macam tu?) Oh, semalam pukul berapa tah orang nampak macam ada benda dalam bilik tepi pintu.
Bapa : Hah! Kan ada. Tu la tu yang aku cakap tadi. Dia nak berkenalan dengan kau la tu dik. Nama dia Aiman. Dia duduk dalam rumah nie. Dia dengan mak dia jer dalam rumah nie.
Aku : (What the heck is this geng?) Yela tu. Mana tau?
Bapa : Laaa, sebelum dia jumpa kau dia jumpa aku dulu. Dia cakap dia nak naik atas, nak tengok kau. Nak berkenalan katanya.
Aku : Pehal lak nak jumpa orang? Bukan kenal pun.
Bapa : Yela, dia dah lama tak nampak budak sebaya dia dalam rumah nie. Tu yang dia excited tu. Tapi dia tak kacau kau kan?
Aku : Tak.
Bapa : Okey la. Semalam aku dah cakap dekat dia kalau nak tengok, tengok jer jangan kacau. Dia baik budaknya.
Dan perbualan tu terhenti di situ.hahaha
Kan dah cakap, aku memang minat benda-benda macam nie tapi cara aku macam endah tak endah jer kalau cerita pasal benda-benda nie. Sebab apa aku jadi macam nie, aku rasa mungkin sebab bapa aku dah biasakan aku tengok cerita-cerita hantu kut.
Cerita kisah 3 dah habis.
Kisah 4.
Masa kejadian nie berlaku family aku dah pindah rumah. Kami duduk rumah flat dah. Orang ada-ada kata dah turun pangkat.hahaha (gurau-gurau)
Sejak aku duduk rumah baru nie, aku selalu dengar bunyi orang ketuk-ketuk, main guli, bayi menangis, oran berbual dan beberapa bunyi lagi la. Kalau korang pernah atau memang duduk rumah flat mesti korang tahu kan yang rumah flat nie walaupun dinding tak tebal tapi patutnya kalau bunyi orang berbual tu takda la dengar sampai rumah jiran. Kan? Ke aku salah?
Ada satu malam nie aku dapat satu mimpi. Mimpi yang pada aku seram jugak la berbanding mimpi-mimpi yang pernah aku alami sebelum nie. Jujurnya aku dah tak berapa ingat mimpi tu, yang aku ingat cuma bahagian akhir mimpi tu jer.
Yang aku ingat dalam mimpi tu ada sorang nenek tua bagi salam dekat aku tapi sebenarnya bukan dia yang bagi salam dia jawab salam. Faham tak korang? Maknanya, dalam mimpi tu kira macam aku yang bagi salam jadi dia yang jawab salam. Tapi kalau ikut mimpi tu dia yang bukak mulut dulu. Nie lagi satu masalahnya, salam yang dia bagi tu dari dalam mimpi sampai keluar dari mimpi aku leh dengar suara dia dan aku jawab salam dia dalam keadaan mamai (maknanya aku dalam keadaan 50-50 antara sedar dan tidak. Faham tak? Pandai-pandai la korang faham sendiri). Kiranya aku dan sedar dari mimpi tu baru aku jawab salam dia.
Yang membuatkan aku takut bila aku dah celik mata aku nampak macam ada orang berdiri dekat penjuru bilik aku. Aku tak tunggu lama, aku intai bawah pintu tengok bapa aku dah tidur ke belum sebab masa tu dah dekat nak masuk subuh. Sekali bapa aku tak tidur lagi, aku dengan segera bangun angkat talipon dan blah masuk bilik mak aku.hahaha
Masa aku lari bilik mak aku tu bapa aku tengok aku semacam jer.haha (peduli apa aku, janji aku selamat.hahaha)
Masa makan malam tu bapa aku tanya kenpa aku lari pagi tu.
Bapa : Kau kenapa lari bilik mak kau pagi tadi? Kena kacau ke?
Aku : Haah. (Aku ceritakan semula mimpi tu dekat bapa aku. Masa aku cerita nie, pintu bilik aku tu aku biarkan terbuka sikit. Bagi udara sejuk masuk.
Bapa : Hahahaha. Yang kau mimpi tu lelaki ke perempuan?
Aku : Perempuan tua.
Bapa : Yeke? Kau salah tengok kut.
Aku : Betul la, orang yang mimpi.
Bapa : Dia tak tunjuk muka dia dekat kau la tu. Yang kau mimpi tu bunian. Lelaki. Pakai jubah serba putih dan berkopiah/ketayap (tak sure la yang mana satu). Hensem orangnya. Dia hensem sikit daripada wan (bukan nama sebenar. a.k.a dah jadi laki aku sekarang.).
Aku : Huh? Pehal lak dia ada dalam bilik orang? (masa nie aku dah maki hamum dalam hati. Takda la, bilik tu bilik aku kan? So suka hati aku la nak pakai seluar pendek ke nak pakai singlet ke kan? Dah kalau dia duduk dalam bilik, tak ke dia tengok apa aku buat semua tu? Kan? Ke aku salah?)
Bapa : Aku dah perasan dia dalam bilik kau dekat seminggu lebih dah kut. Aku dah cakap dengan dia kenapa duduk dalam bilik kau? Tak elok lelaki duduk dalam bilik perempuan.
Aku : Tau tak per. Pehal duduk dalam bilik pulak? Duduk la dekat ruang tamu.
Bapa : Kalau kau nak kawen dah bagitau aku, nanti kita pergi darul syifa berubat. (aku tak pasti, aku agak jer tau nie. Bapa aku mungkin risau dengan keadaan nie, yela biasa kita dengar cerita pasal bunian dah berkenan nie kan mesti ada masalah.)
Dan bapa aku terus tukar cerita lain.
Cerita kedua yang bapa aku cerita nie buat aku terkejut lalu terkentut. Ehhh, salah-salah. Aku terkejut sikit la dengan cerita kedua nie sebab aku dah dapat rasa dulu, tapi sebab aku tak pernah kena kacau (ke aku yang tak tahu sebenarnya aku kena kacau) jadi aku biarkan. Cumanya aku tak sangka dia ikut aku balik. Cerita kedua dari bapa aku nie aku sambung dekat kisah 5 yer?
Kisah 5.
Bulan December 2017, aku ada pergi trip ke pulau pinang dengan adik angkat aku sorang nie. Kami pergi berempat, sebab memasing bawak partners. Adik angkat aku nie aku bagi nama dia Ain la yer. Masa proses merancang trip nie kami rancang nak jenjalan dekat pulau pinang 2 malam (kalau tak silap). Kami mula-mula rancang nak amik 1 bilik jer sebab ingat pergi bedua, sekali ain kata nak bawak adik dia. Aku okey jer kalau dia nak bawak adik dia, jadi aku bawak anak buah aku yang sulung sekali nak bagi genap 4 orang.
Nak dijadikan cerita, kami amik 2 bilik sebab tak muat nak sumbat 4 orang dalam 1 bilik standard room, tapi yang malangnya bilik dapat lain aras. Hotel yang aku booking nie dekat sebelah darat tau, bukan dekat dalam pulau. Jadi kalau nak berjalan dekat sebelah balik pulau ke apa kena sewa kereta la. Malam pertama tu ain cakap tiket bas dia dari Kelantan ke pulau pinang takda. Esok pagi ke malam tu jer ada tiket. Kiranya malam pertama tu aku dengan anak buah aku berdua jela keluar cari makan.
Aku memang sewa kereta siap-siap supaya mudah kami nak berjalan. Malam tu lepas maghrib aku bawak anak buah aku keluar pergi cari makanan. Sebab masa aku nak datang pualu pinang nie aku ada dengar ke baca dekat mana-mana aku tak ingat, katanya ada orang jual-jual dekat batu ferringhi. Aku pun gigih la bawak kereta lalu jalan bukit-bukit semata nak pergi sana. Mula-mula aku tak pakai maps sebab aku rasa jalan dekat sini boleh jumpa kalau ikut signboard jer. Ternyata anggapan aku salah belaka bila mana aku sesat.
Aku dah malas nak fikir lagi aku guna maps, tapi guna maps pun aku tak jumpa jalan juga. Sudahnya maps bawak aku pergi sampai hujung kampung betul-betul dekat tepi laut. Aku pun tak tau la kampung tu dekat mana, dengan perut yang lapar lagi. Sudahnya aku patah balik pergi pekan dia. Sorry na intro panjang sangat, kalau tak karang korang tak faham
Okey dah nak masuk part seram nie. Sepanjang perjalanan aku mencari kedudukan batu ferringhi nie, aku ada perasan satu benda tapi aku diamkan jer. Sebab anak buah aku tu penakut nau. Kang tak pasal malam dia suruh tidur buka lampu.hmmm
Yang aku perasan, sepanjang perjalanan tu kereta belakang asyik bagi lampu tinggi jer. Sepanjang perjalanan, tak kira la tempat yang kami lalu tu ada lampu ke takda lampu. Mula-mula tu aku ingat mungkin kereta hilux belakang nak p****g kut, kira dia bagi signal dekat aku. Aku pun bagi la ruang untuk kereta hilux tu p****g, tapi dia tak juga p****g. Lepas tu ada satu kereta saga baru masuk jalan yang sama dan duduk belakang kereta aku. Kereta saga tu pun bagi lampu tinggi jugak, dengan kereta dari arah lawan pun siap bagi aku high beam lagi. Entah la, mata aku dah naik silau dengan kereta-kereta dekat sini. Sudahnya aku makan fastfood kalau tak silap malam tu.
Balik bilik tu pulak aku rasa semacam jer, anak buah aku pun rasa jugak. Tapi bila dia tanya aku jawab takda apa-apa la, perasaan dia jer tu.
Berbalik pada penghujung cerita kisah 4 yang ada aku nyatakan bahawa bapa aku ada buka cerita baru tu pasal nie la. Perbualan dia macam nie lebih kurang:-
Bapa : Dalam bilik kau ada lagi satu benda dik.
Aku : Apa benda lagi dalam bilik tu?
Bapa : Dalam bilik kau ada “Kak Pon”.
Aku : Hahhhh.! Sudah, berkampung ke apa dalam bilik tu?
Bapa : Tah la, tapi yang Pontianak tu dah lama aku nampak. Kalau tak salah lepas kau balik dari pulau pinang tu lagi. Masa kau dekat sana ada apa-apa jadi ke dik?
Aku : (Aku pun ceritakan semula sinopsis bahagian 5 tu dekat bapa aku). Orang ada juga rasa semacam masa tu, tapi malas nak fikir. Dekat tempat orang kan, biasa la benda-benda macam tu. Mungkin teruja agaknya jumpa orang luar.
Bapa : Hahahaha. Nasib la dik. Hari tu masa kau dengan mak pergi kerja, pontianak tu ada kacau aku.
Perbualan dia macam nie lebih kurang, aku tak ingat sangat yer.
Pontianak : (Lalu Lalang belakang kerusi ruang tamu).
Bapa : Kenapa kau ikut anak aku?
Pontianak : Ada orang hantar aku.
Bapa : Siapa yang hantar kau?
Pontianak : …….. (Dia diam dan menghilang)
Begitu la kisahnya.
Selepas daripada kejadian tu baru aku ingat satu cerita nie. Aku rasa aku pernah cerita benda nie dekat mak aku dan mungkin mak aku yang ceritakan dekat bapa aku pulak.
Ceritanya macam nie, satu malam tu aku tidur lambat daripada kebiasaanya. Biasanya kalau aku tidur lambat tu mesti aku tengah tengok cerita korea tak pun running man ataupun anime.
Jadi, dalam aku tengah khusyuk tengok cerita korea tu tiba-tiba aku dengar suara orang menangis. Menangis yang mendayu-dayu tu, macam sedih sangat la bunyinya. Aku berhentikan cerita aku sekejap lepas tu aku cabut earphone dari telinga untuk dengar dengan lebih jelas dari mana suara orang menangis tu datang. Masa nie bilik aku dah gelap semua sebab aku memang suka tidur dalam gelap.
Aku cari punca bunyi tu sambil mata aku perhati setiap pejuru bilik kalau-kalau ada benda yang out of ordinary. Tapi semua nampak seperti biasa kecuali di satu sudut bilik berhampiran dengan pintu bilik. Masa nie aku baru tukar kedudukan katil aku yang asalnya dekat tempat punca suara tu.hahaha
Tiba-tiba aku teringat ada orang pernah cakap, kalau kita dengar suara tu jauh/sayup-sayup maknanya dia ada dekat jer dengan kita tapi kalau kita dengar suara dia kuat/nyaring maknanya dia jauh daripada kita. (betulkan aku kalau aku salah yer)
Hah masa tu mula la berpeluh celah ketiak, lutut ketaq semua la datang secara tiba-tiba. Aku tengah berfikir, nak lari ke tak? Kalau lari, nak lari dekat mana sebab bapa aku tidur dalam bilik? Dia ikut aku tak kalau aku lari? Semua benda la nak fikir masa nie. Last-last aku cucuk earphone dalam teling, buka full volume dan sambung tengok cerita korea aku.hahahaha
Lantak hang la nak buat apa dalam bilik nie. Tempat nie pun aku pinjam dengan allah juga. Hang jangan kacau aku sudah.
Habis dah kisah 5 nie.
Kisah 6.
Okey nie last aku cerita pasal pengalaman aku masa duduk dengan parents aku yer. Aku tak ingat sangat cerita nie bulan berapa punya, tapi yang pasti cerita nie berlaku selang seminggu dua daripada cerita bahagian 4.
Satu hari nie aku ada mimpi, sebenarnya aku pun tak tau nak kata nie mimpi ke realiti sebabnya benda nie berlaku masa aku dalam keadaan minda separa sedar. Maksudnya masa kejadian nie aku baru bangun tidur tapi belum celik mata lagi. Masih bermalas-malasan diatas katil, tiba-tiba aku dengar macam ada orang berborak dalam bilik aku. Aku macam “apa bendanya pulak nie? Siapa dalam bilik aku nie? Aku tak dengar pun orang buka pintu bilik tadi?”hmmmm
Isi perbualan singkat tu macam nie lebih kurang. Disebabkan aku tak tahu apa benda yang dalam bilik aku tu dan jantinanya, jadi aku letakkan kata ganti nama dorang nie sebagai no.1, no.2 dan no.3 jela yer. Lagi satu, kalau aku tak silap dengar butir bicara dorang nie macam ada slang Bahasa melayu baku sikit.
No.1 : Hah, inilah orang nya.
No.2 : Iya ka? Macam mana kamu tahu?
No.1 : Iya la. Hari tu ….. (tak jelas butir bicaranya)
No.3 : Shuuusshhhh. Dia dah bangun tu. (sambil ketiga mereka melihat kearah aku.)
Semua senyap jer lepas tu dan aku terus bangun dan buat rutin harian aku macam biasa.
–––––––––––––––––––––––––––––––––– TAMAT ––––––––––––––––––––––––––––––––––
Okey setakat ini, itu sahaja cerita yang aku ada untuk di kongsikan bersama pembaca FS semua. Semua benda yang berlaku dalam cerita-cerita aku adalah kisah benar yang aku sendiri alami. Mungkin ada sedikit penambahan atau kekurangan sepanjang penceritaan aku. Biasa lah aku juga manusia biasa yang banyak buat salah dan silap.
Moga semua terhibur dengan cerita-cerita pendek nie. Tengok lah, kalau ada kesempatan di lain hari mungkin aku akan ceritakan sikit cerita semasa aku megandung dan selepas bersalin.
Semua salah silap, terkasar bahasa atau ada cerita-cerita aku yang menyinggung perasaan pembaca atau mereka yang terlibat dalam cerita aku tu aku mintak maaf banyak-banyak yer kawan-kawan.
Moga pembaca semua dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia dunia dan akhirat hendaknya.
Hingga bertemu lagi.
Akhirulsalam dari Astrophile.
Assalammualaikum..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Wah , bestnya. Smbung la lgi!
Admin… cerita ni dah pernah post la huhu
nice
aku ingatkan ni cerita baru dari writer sebab aku follow dari 1st story dia kot.. tapi rupanya ulangan..untuk kali ketiga pulak tu! apa ni min..buat harapan palsu la -.-
kalau korang nak follow story ni, search je keyword nama writer, nanti keluar la semua story dia..tapi untuk ulangan ni tajuknya lain-lain: “Dalam Bilik Kau Ada Pontianak! & Singkapan Memori Semalam”