Assalamualaikum dan selamat sejahtera. First of all, aku nak ucapkan terima kasih pada yang memberi komen tentang gaya penulisan aku sebelum nih. Aku akan cuba sehabis yang baik. Bagi pengetahuan semua, pengalaman aku ini bukan direka. Ini adalah benar. Ye, ada yang mengatakan pengalaman aku macam drama. Dan aku sedar aku tak dapat puaskan hati semua orang. Maaf jika aku ada singgungkan hati korang. So, let’s start!
Kali nih, aku mahu ceritakan mengenai pengalaman di sekolah.
First, semasa aku di tingkatan lima, aku ada seorang kawan yang mempunyai kelebihan ini. Yang bernama, Fiqah. Dia kata dia dapat kelebihan ini sejak kecil. Dan dia kata, semakin lama dia membesar, penampakan makhlus halus makin kabur. Jadi, apa yang dia nampak adalah bayangan kabur saja. Tapi itu tidak membuatkan aku senang hati dengan segala teguran dia. Rasa macam nak cabut saja mulut dia.
Ketika itu, guru Bahasa Melayu baru saja keluar daripada kelas apabila sesi mengajar sudah tamat. Terus kawan aku itu memanggil aku ke tempatnya yang dua langkah saja di belakang aku. Aku menghampiri dan dia kata dia nampak satu bayangan putih berdiri tegak di belakang aku dengan rambut panjang mengurai. Serta merta, bulu roma aku naik. Terus aku pukul bahu dia. Aku marah dia sebab dia tegur selamba badak dia jek. Kang makhluk tuh ada lagi, niaya kelas kitorang kena histeria. Tapi dia kata makhluk tuh tak ganggu orang, lagipun makhluk tuh dah tak de di situ. Mungkin makhluk tuh nak belajar sekali dengan aku katanya. Eiii, rasa nak humban kepala dia jek dalam meja nih. Boleh pula nak buat lawak macam tuh.
Kedua, semasa aku di tingkatan tiga pula. Kawan aku yang bernama Atul memang lemah semangat. Kalau ada aktiviti seperti perkhemahan di waktu malam memang family dia tak benarkan sertai sebab takut ada sesuatu yang berlaku. Lagipun, Atul boleh dikatakan kerap kena histeria. Jadi, sebelum mula pembelajaran, Atul pergi ke tandas seorang diri.
Tandas itu memang berada di hujung sekali. Untuk pengetahuan semua, tandas tuh memang keras sikit. Tapi dia pergi juga, sebab kelas dia dekat dengan tandas itu. Bila dia balik ke kelas, semua orang rasa pelik sebab cara dia jalan tuh memang menyeramkan. Bayangkan dia jalan dengan kepala ditundukkan ke bawah dengan senyuman sinis yang menyeramkan. Kau rasa?
Semua orang tak berani nak tegur. Atul hanya diam dan duduk ke tempatnya. Kawan sekelas dia rasa lain macam jadi salah seorang kawan dia bergegas panggil ustaz. Nasib baik ustaz di sekolah kami pandai berubat. Apabila ustaz datang, automatik Atul angkat kepala pandang ke arah ustaz. Semua orang dah mengundur ke belakang sebab takut. Ustaz mula baca ayat al-Quran dengan kuat.
Yang lemah semangat boleh pergi ke kelas lain untuk sementara waktu. Time tuh memang kecoh sangat. Atul mula menjerit kuat, sehingga dia mahu mengangkat meja, nak baling pada ustaz. Kekuatan dia memang tak boleh dijangka. Sepuluh orang kawal dia pun tak mampu nak tahan dia daripada meronta.
Tiba-tiba ustaz mula bercakap dengan Atul. “Kau nak apa dengan budak nih!”
Atul mendengus kasar. Dia pandang ustaz dengan tajam. “Aku nak cari anak aku!” suara Atul bertukar garau.
“Kau boleh cari anak kau sendiri! Kenapa kau nak gunakan budak nih?!”
Atul ketawa mengilai. “Aku suka budak nih! Dia sama macam anak aku!”
Ustaz tidak tunggu lama. Dia terus membaca doa yang sepatutnya. Dihembus berulang kali ke arah Atul. Atul apa lagi, meracau, menjerit dan ada juga dia menepis kawan sekelasnya sehingga tercedera. Semakin lama semakin kuat Atul menjerit dan dia jatuh pengsan. Sebelum ustaz pergi, dia sempat berpesan. Jangan pergi tandas tuh seorang diri. Sebab ustaz kata bukan satu yang ada di situ. Tapi banyak!
Dan aku dengar cerita, sekolah aku tuh dulu adalah tempat kubur tentera jepun. Lagi satu, sekolah aku tuh dulu pernah ada orang b***h diri. Sejauh mana cerita itu aku pun tak pasti. Cuma aku nak pesan, setiap sekolah mesti ada ceritanya sendiri, kan. Jadi, mulut jangan acah-acah berani. Jangan pula buat spirit of the coins dalam sekolah. Memang cari nahas tuh namanya.
So, aku nak cakap terima kasih pada admin jika cerita aku disiarkan. Kalau ada masa lapang, aku akan ceritakan pasal pengalaman akak aku. Dan, have a nice day. Duduk di rumah! Jangan keluar rumah tau.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Asal sekolah je mesti tentera jepun
π₯Ίπ