Sekolah 1988

Assalamualaikum….bertemu lagi kita. Andai admin approve la posting aku ni…sayang admin hihi….

Ada yang reply dalam cerpen-cerpen sebelum ni, apasal banyak sangat kisah mistik yang libatkan aku? Nak buat macam mana….memang sejak dari sekolah rendah dah terdedah dengan benda-benda mistik ni. Sabar sajalah . Kalau dikumpulkan dan buat secara detail memang boleh siap 1 novel kompilasi seram edisi aku.

Kali ni nak cerita pengalaman masa darjah 5. Dulu-dulu family aku ni nak kata susah tu, taklah juga. Sederhana saja. Sempatlah juga merasa masak nasi lauk pauk semua pakai dapur kayu api. Pergi balik sekolah yang dekat 8 kilometer jalan kaki. Zaman tu hanya orang yang ADA ADA SAJA yang pergi balik sekolah. Kami tak mampu. Jadinya, arwah emaklah yang jadi tukang jemput aku balik sekolah. Kalau pergi sekolah emak tak kisah aku pergi sendiri. Tang balik ni dia risau sikit. Sebab masa balik dah dekat pukul 6 petang. Dah nak gelap.

Dijadikan cerita. Satu hari ni emak jemput aku luar sekolah macam biasa. Macam biasalah, jalan kaki. Masa itu sebenarnya tengah heboh kes orang p****g-p****g kepala @ pengait. Lagilah semua ibu bapa risau. Untuk balik ke rumah, kena lewati area pekan dulu…lepas tu mula masuk ke kawasan kebun koko dan kelapa. Mulanya semua seperti biasa saja. Aku besarkan langkah kaki kejar langkah kaki ibu. Sempat berpeluh dahi. Aku mula tercungap bila masuk ke kawasan kebun koko. Aduh rumah jauh lagi. ” cepat…mau gelap sudah ni” ibu membebel sambil tarik tanganku.

” anak mau ke mana tu cepat-cepat sampai tidak perasan nenek di sini” satu suara menegur kami. Aku berpaling mencari dari mana arah suara itu. Ibu turut berhenti melangkah. Turut mencari.
” oh nenek, kami mau cepat ni, gelap sudah ni, kami duluan ya” ibuku berlaku sopan pada nenek yang tiba-tiba muncul dari balik pokok koko. Perasaanku dah lain macam masa tu. Bukan juga takut. Curiga. Ya curiga. Siapa nenek ni. Aku pandang dari atas kebawah, keadaan masih sedikit cerah, belum gelap seluruhnya. Rambutnya terlepas begitu saja. Pakaiannya tidak terurus. Bertongkat. Sedikit bongkok. Wajahnya berkedut seribu. Senyum memandang kami. Aku perasan, ibuku makin kuat genggamannya. Pandang wajah ibu. Sedikit pucat. Ibu bergerak sedikit. Mahu berlalu segera.

” boleh nenek ikut sekali, nenek takut jalan sendiri….rumah nenek depan tu saja” nenek tu melangkah perlahan bagaikan siput. Slow sangat.
” tapi kami mahu cepat ni nek. Rumah jauh lagi, kami duluan lah ya? ” kata ibuku sambil bergerak cepat sambil tarik aku. Cepat saja kami tinggalkan nenek tersebut. Aku naik hairan, selalunya ibuku ni peramah orangnya. Biar orang baru kenal, dia yang akan terlebih ramah. Tapi kali ni lain, bagai mengelak. Langkahku perlahan berubah jadi lari anak. Ikut gerak ibu. Semakin tercungap cungap jadinya. Ibu langsung tidak pandang ke belakang lagi.
Dalam keadaan tergopoh gapah begitu, naluri ingin tahuku semakin tebal. Sambil melangkah aku palingkan kepala ke belakang.
Asatagfirullah!!! Nenek tadi sudah berada dibelakang kami!! Langkahnya tidak selayaknya dia memakai tongkat. Bagaikan tenaga muda. Terlihat dia senyum padaku.
” Makkkk!!!” Tanpa sedar ku jerit suara.
” diam! Jangan pandang lagi!!”
Ibu bersuara tanpa pandang aku. Langkahnya tetap lari anak. Ibu bagai ada mata yang tahu nenek itu ikut kami.

Sebaik sampai kawasan lapang, barulah ibu berhenti melangkah tiba-tiba. Aku terjatuh terlanggar ibu. Ibu bongkok cari batu. Aku terkejut. Ibu baling ke arah nenek tadi. Bila pandang belakang nenek tadi sudah hilang.
” kau jangan ganggu aku anak beranak. Kami tidak kacau kamu….carilah orang lain!!” Ibu bercakap sendiri. Sepi. Tiada suara. Sepantas kilat aku bangun tarik tangan ibu sambung lari anak. Jarak rumah dah tak jauh dalam 500 meter saja lagi. Sampai rumah saja ayah bising, kenapa lewat sangat, dah lepas magrib. Ibu ajak ayah masuk bilik. Mungkin terangkan apa yang berlaku tadi. Adik dan kakak pandang aku semacam.
” ko dah kenapa pucat macam tu? Nampak hantu eh?” Kakak menyakat. Aku diam saja. Malas melayan.

Besoknya jumaat, hari paling di tunggu-tunggu budak sekolah hehehe. Sebab sabtu dah cuti. Aku macam biasa tengah lepak dengan kawan kawan bawah pokok asam jawa sambil saling meniru kerja rumah yang tak sempat siap hahaha. Sesi petang lewat masuk. Tengah khusyuk saling meniru tu, tiba-tiba semua bertempiaran lari keluar dari kawasan sekolah. Pengetua buat pengumuman lalu pembesar suara yang sekolah tutup hari tu. Semua kerah balik. Aku dengan kawan lain terpinga pinga. Ikut keluar.

Selepas cuba risik sana sini dengan budak sesi pagi, rupanya salah seorang budak telah hilang tidak di temui sebaik pergi tandas di hujung sekolah. Polis pun datang masuk sekolah. Semua tunggu luar pagar sekolah. Last sekali pak guard halau kami balik. Dengar khabar hilang sebab kes pengait. Sampailah ke hari ni budak tu langsung tidak di temui. Tandas yang budak tu pergi terus kena palang pintunya. Semua 5 pintu tandas kena palang. Tak dibenarkan digunakan lagi. Terus teringat kisah kelmarinnya, terbayang nenek tu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.9]

2 thoughts on “Sekolah 1988”

  1. Bila bc part nenek kejar tu,meremang 1 bdn.rase mcm aku pulak kena kejar.penceritaan yg best.tulis la lg pengalaman2 mistik kalau ada

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.