Semoga Tenang Disana Kawan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Semua . Terlebih dahulu aku nak mintak maaf disebabkan kelewatan aku untuk menyambung kisah hari tu . Yelah Sekarang Ni musim corona jadi aku agak sibuk sikit .

Seperti yang aku janjikan kepada korang nak sambung cerita arwah hakim sebulan sebelum meninggal . Sebelum aku mulakan aku mintak korang sedekahkan al fatihah untuk arwah hakim .

3.00pm
Hakim call kitorang dan ajak lepak di kedai nasi lemak hujung kampung . Aku apik dan tengku tak banyak bicara terus kesana kerana hakim cakap dia kene kacau oleh benda yang tak terlihat dan daripada lirik suara dia kitorang tahu si hakim tidak bergurau . Sesampai aku tengku dan apik di kedai kami terlihat satu susuk yang amat kami kenali iaitu ex tunang hakim dan kami menyapanya . Rupanya dia datang kesini untuk melawat hakim tapi betol ke melawat ? selepas 5 minit kami menyembang akhir ex hakim meminta diri untuk pulang dan kami mengiakan nya . setelah 10 minit menunggu akhirnya sampai juga si hakim .

Dengan bermuka pucat dan berbadan kering hakim melangkah ke arah kami . Kami menyapa nya dan dia hanya berdiam diri . Aku bertanya kepadanya . “kau kenapa kim “? ad masalah ke ? ni apa yang kacau kau ? . bertubi tubi persoalan yang aku lontarkan kepada hakim dan dia menjawab “sabar dulu bagi la aku order air ke apa dulu “. Aishh . Hahahaha aku hanya senyum mendengar jawapan si hakim .

Sesudah smpai minuman . hakim membuka cerita . sebenarnya dari minggu lepas aku mimpi dan aku rasa aku diperhatikan sejak tu . mimpi aku tu mcm ni . ada seorang perempuan datang ditemani dengan sesuatu di sebelah dia . aku tak tahu apa benda tu dan aku tak kenal perempuan tu . Kami mencelah “aku rasa perempuan tu sha ” (ex tunang hakim) dan dengan serta merta hakim menafikan benda tu . terus dia sambung lagi dalam mimpi tu perempuan tu cakap aku takkan lepaskan kau . kau akan jadi milik aku selamanya .

Selepas saja ayat itu didengari oleh hakim dia terjaga dari tidurnya . Ye dia bangun dalam keadaan berpeluh tetapi bukan berpeluh kepanasan tetapi berpeluh kesejukkan dan serta merta semasa dia terjaga dia terbau sesautu yang lebih busuk dari bangkai dan sampah . Sambung hakim lagi mimpi ni dh seminggu berulang sama juga dengan bauan yang mendatang tu .

Hakim juga menyatakan setiap kali dia hendak mandi atau melakukan apa sahaja dia seperti diperhatikan . dan yang lebih dahsyat semalam . tengah tengah rancak dia bermain game dia terdengar seperti orang mengetuk tingkap biliknya dan apabila dibuka dia hanya nampak seorang perempuan tidak berkaki dan serta merta ditutup kembali tingkap . Seraya menutup tingkap dia terdengar suara mengilai yang sayu . Nak ckp mcm ketawa tak nk ckp menangis pon tak . aku tak tahu nk describe bende ni camne.

Tu jela yang aku nak cerita kat korang . Kata si hakim tetapi semenjak hakim membuka cerita si apik hanya diam dan memerhati si hakim seperti sedang merenung sesuatu dan perkara tu disedari oleh kami bertiga . Aku menyapa “kau tenung apa je pik “? dan terus si apik tersentak dari lamunan nya dan terus mengajukan soalan kepada hakim . “Kim kau ada makan atau ambik apa2 barang dari orang yang tak dikenali ? Tak ada pik . sebab selama ni hanya sha je yang datang melawat aku kat rumah tu pon time mak ngan ayah aku ada jawab si hakim . dan apik membalas “ohh . kim aku nasihatkan kau pergi berubat dengan ustaz din dulu ” . Serta merta hakim bertanya kau kenapa ni pik ? Dan apik menjawab tu benda sebelah kau tu dah la burok . pandang aku pon macam nak ajak gaduh je . Aku tak leh nak tolong kalau bab ni kim sebab aku tak pandai nk ubat orang . Aku hnya boleh tengok . Dan terus hakim bertanya kirenye betol la benda ni ikot aku ? Dengan pendek apik menjawab ye dia ikot daripada kau masuk kedai lagi dia dah ikot .

Tengah sedap kami menyembang akhirnya kami terdengar azan dilaungkn dan melihat ke arah jam sudah jam 7.20pm . masing2 meminta diri untuk pulang ke rumah terlebih dahulu . sebulan berlalu

Akhirnya hakim call kami bertiga dan suruh datang ke rumahnya . Sesampainya kami disana kami melihat adik beradik hakim dan ibu bapanya sudah berada di ruang tamu . kami dipelawa masuk oleh abang si hakim dan akhirnya aku bertanya kenapa ajak kitorang datang dan kenapa semua ada . dan abang si hakim cakap ada seorang perawat yang akan merawat hakim dan kenapa kami diajak adalah disebabkan permintaan si hakim yang mahu kami ada sekali seperti janji kami susah senang sentiasa bersama .

Hakim keluar daripada bilik dengan mengenakan pakai jubah berwarna putih dan dengan serta merta kami bertanya “kau bukan tak suka ke warna putih kim “? Dan hakim menjawab “ye memang aku tak suka tpi malam ni aku terasa macam nk pakai sangat . Setelah 10minit menunggu akhirnya perawat sampai .

Proses merawat dimulakan dengan perawat membaca surah ke atas buah limau nipis dan limau d******g dua . Lalu dipegang ibu jari kaki hakim dan tidak semena mena hakim meraung bagaikan hilang anak .

Perawat membuka bicara dengan bismillah dan bertanya siapakah gerangan yang berada di dalam tubuh hakim sekarang . tetapi hakim hanya mengilai . Perawat bertanya lagi apa yang kau mahu dari budak ni dan serta hakim menjawab tuan aku nk budak ni m**i . kami bertiga terkedu terdengar ayat itu .

Perawat bertanya lagi siapa tuan kau dan si hakim hanya mendiamkan diri . suasana di dalam begitu tegang sehingga kami tiada kekuatan untuk bersuara . Perawat bertanya kepada hakim apa kau mahu keluar dari badan budak ni ? dan hakim menjawab taknak dan dengan bongkaknya dia berkata kalau aku keluar budak ni pon m**i haahahaahhahaahhahah seluruh rumah kedengaran hilaian tawa itu dan perawat terus membaca surah al jin dan hakim meraung kepanasan .

Sekali lagi perawat bertanya kau nak keluar tak ? dan hakim menjawab aku dah cakap bodoh aku keluar budak ni pon m**i . Perawat terdiam sejenak memikirkan cara . Akhirnya ibu dan ayah si hakim bersuara, takpe ustaz kalau itu ketentuan tuhan, ustaz keluarkan sahaja benda yang menumpang di dalam badan hakim dan serta merta perawat menyatakan kepada hakim . kau dengar tak ? mak dengan ayah budak ni dah cakap walau apa pon terjadi diorang nak keluarkan kau . dan lagi sekali aku tanya kau nk keluar tak ? dan jawapan hakim tetap sama iaitu taknak , dan sekali lagi ustaz tnya siapa tuan kau . Dan hakim berkata kau dh tahu jangan buat2 tak tahu . hahahahhha . sekali lagi terdengar hilaian tawa di setiap penjuru rumah .

Perawat terus memulakan bacaan surah2 al quran dan hakim terbaring dia atas kain batik yg terbentang luas . Dan akhirnya hakim memuntahkan segala isi dari perutnya diantaranya ialah nanah, bangkai anak tikus, ulat dan cacing, paku dan kaca . kami hanya diam semasa proses rawatan dijalankan sehingga selesai . Akhirnya hakim sedar namun masih dalam keadaan lemah kerana hilang bnyak tenaga dan ibu dan ayah hakim terus bertanya kepada perawat siapakah gerangan yang menghantar benda syirik ni dan jawapan nya ialah sha . Si hakim terkejut mendengar nama Sha dan perawat berkata semua sudah selesai jadi saya minta diri dulu .

Perawat meninggalkan rumah jam 4.40pagi . Dan kami bertiga beserta emak dan ayah hakim di tepi hakim sambil berkata hakim kau maafkan lah sha mungkin ada sebab dia buat semua ni , dan serta merta hakim menangis sambil berkata ye aku maafkan dia smbil mata tertutup dan suara mengangis nya semakin lama semakin perlahan dan si apik terus mengajar hakim 2 kalimah syahadah . selesai hakim mengucapkan kalimah syahadah dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas paha si apik . ye kitorang menangis . Aku yang taip ni pon still menangis lagi .

Sampai disini dahulu ya guys . Nanti dikesempatan lain aku sambung lagi selepas upacara pengebumian arwah hakim . Semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman wahai sahabat . Assalamuaalaikum dan jumpa lagi ye semua 🙂
Kita Baik Ramai Sayang…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Acik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.2]

6 thoughts on “Semoga Tenang Disana Kawan”

  1. best cite ni.. tapi tulah, sebak part akhir . arwah tetap maafkan sebelum dia mghembus nafas terakhir . kita baik ramai sayang . alfatihah untuk arwah .

    Reply
  2. ko mst bukan org kmpg kn ETI sbb ko kte xpena dego ayt hujung kmpg tue ..ayt tue bese jea org sbut dn bukan mcm dlm drama ptg² yg ko tgk tue ..ape ar kn. .nme pn dh mcm alien..
    semoga arwah hakim ditmptkn dikalangan org² yg beriman..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.