Sengkak

Assalamualaikum, ni first time aku nak share kisah seram aku kat FS. harap korang faham la apa yang aku nak sampaikan.

kisah ni berlaku 2 tahun lepas, masa aku nak balik kampung. Pada hari tu, aku dan mak aku bercadang untuk balik ke kampung pada pagi esoknya. Tapi tidak jadi sebab, ye la sebelum balik tu, kemas rumah dulu sambil-sambil tu masak untuk ayah aku. Nak jadi kan cerita sampai lah tengah hari.. Lepas solat zohor kami gerak.

Masa dalam perjalanan tu, memang aku dan mak aku diam je. Aku adalah rasa pelik sikit. Dan, jenis mak aku kalau jalan jauh dia akan standby zikir sambil tasbih kat tangan. So aku takda la rasa janggal sangat bila tengok mak aku macam tu.

Mak aku bahasakan aku ‘anak´. Lepas beberapa minit tu mak aku buka mulut ” anak apa kata kita singgah rumah mak tam? kot-kot dia nak balik sekali”. Mak tam ni adik mak aku. Aku pun setuju je la, sebab rumahnya pun sekali jalan nak menghala ke kampung.

Dah sampai rumah mak tam aku, kami borak-borak, rehat jab. mak aku bagi tau yang mak tam pun nak balik kampung sekali. Mak tam ni ada 3 orang anak, semua lelaki, dua kembar. Kami cadang nak gerak sebelum maghrib, tapi disebabkan suami mak tam lambat balik, so kitaorg tunggu lah.

Ok. Sebelum gerak tu, anak mak tam yang first dgn sorang kembar ni naik kereta aku. Disebabkan barang penuh kat seat belakang, si abang je la yang boleh duduk. Si adiknya duduk atas riba mak aku. Sebelum gerak, mak tam pesan kat aku hati-hati bawak. Kereta mak tam jalan dulu, sebab aku tak tau jalan keluar rumah dia nak hala kampung.

Tinggal lagi berapa minit je nak sampai kampung. Tak jauh pun dah. Tiba-tiba, tengah khusyuk aku memandu ni, kereta aku terlanggar sesuatu. Dia punya henjutan kereta tu umpama terlanggar bonggol tinggi. Yang peliknya aku focus kot kat jalan sambil tengok kereta mak tam aku kat depan tu. Tengok kereta mak tam biasa je. Takda pulak terhenjut ke. Sempat lagi aku fikir tu.

Lepas tu baru aku tersedar. Aku fikir balik, aku toleh mak aku kat sebelah, ” umi, apa benda tu?” eee.. aku yang taip ni pun rasa seram lagi. Mak aku kat sebelah dah mengucap dah, aku dengan jantung bagai nak gugur. Ok, kami cool down dulu. Dah lepas deretan kedai tu, kami berhenti tepi jalan, sebab mak aku suruh tunggu mak tam singgah kedai.

Mak aku punya tak sedap hati tu, sampai dah nak sampai tu pon masih lagi rasa was-was.

Sementara menunggu tu, aku cakap la dengan mak aku “umi nampak sesuatu tadi?”aku tanya. “entah, nampak macam kayu putih” mak aku jawap. “akak nampak rupa dia, akak nampak seluruh tubuh dia sampai hujung jalan”. “apa dia?” tanya mak aku. “POCONG” jawab aku. Mak aku istifar banyak-banyak, sambil tengok-tengok anak mak tam. “Ni macam sengkak ni anak, mesti ada yang tak kena kat kampung tu”. Lagi la aku tak keruan dengar macam tu. Dengan suasana malam gelap tu.. Sampai sekarang aku masih ingat lagi, bentuk, rupa, ikatan dia. Allahu.

Atok lelaki aku (ayah mak) ada bela saka. Semenjak berapa bulan ni dia asyik sakit, nyanyuk semua. Pada malam tu kisahnya, adik-adik mak aku yang lainnya bercadang untuk berubat dengan darul syifa’.

Kebetulan ustaz tu buat di masjid terdekat. kiranya, atok aku ni tak tau lah yang anak-anak dia nak bawak dia buang saka tu. So dia ikut lah. Sebahagian adik beradik mak aku ikut pergi berubat, sebahagian tinggal di rumah.
Selepas diorang balik, masing dok bercerita dengan nangisnya. Aku ni tercengang la dengar diorang cerita. Yang aku faham, ustaz yang diorang bawa tu yang power punya, means yang boleh buang saka kebal-kebal ni.

Alhamdulillah, rezeki atok aku meninggal bulan puasa. Kita tak tau walaupn dia melakukan syirik, tapi mungkin ada amalan dia yang Allah angkat. Yang aku puji Atok aku ni, hingga akhir hayat ayat hafazan al-quran dia tak lupa, walaupun masa tu dia dah nyanyuk.
itu je la, daripada aku. Ada banyak lagi pengalaman aku dengan dunia mistik ni. Kalau cerita aku yang ni ok, aku akan cerita lagi yang lain..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik Zaf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Sengkak”

    • Mksud Sengkak..= kite Klau nk naikkan.rahim kita(terutama org pmpuan)dipangil SENGKAK

      Mksud SANGKAK =akan berlaku SESUATU

      Reply
  1. Jap..jap..hakak nk tnyer nie ea..cik Zaf..sengkak..ke..SANGKAK nko nie??Klau sengkak..MAKSUDnyer..ibarat kita mengurut org pmpuan supaya naikkan rahim,Klau SANGKAK..mcm kes awakler..ada benda yg tk elok berlaku..😅

    Reply
  2. Sesetengah orang2 tua dahulu bkn atas kemahuan diorang nk bela saka ni semua…tp sbb dh perjanjian dr datuk nenek moyak diorang suatu ms dahulu yg dok jdkan mereka ni pewaris walaupon diorang sendiri pon x merelakannya…semoga Allah mengampuni dosa2 nenek moyang kita yg mengamalkan perkara ni…Allah hualam…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.