Terima kasih kepada admin FS sudi menyiarkan cerita saya. Piza dah lama tak kongsi cerita dalam ni disebabkan sibuk dengan pelbagai urusan. Ini ada masa terluang, Piza nak cerita pengalaman raya tahun lepas. Yang suka cerita dari Piza terima kasih ye. Yang suka kondem cerita Piza, sila kongsikan pengalaman sendiri ye. Tak kuasa Piza nak layan hahahhaaaaa.
Raya 2016, aku beraya di kampung ayah di Utara. Kebetulan aku ada kawan di Sg Petani, Kedah. Jadi sebelum balik ke selatan, aku pergi beraya rumah kawan terlebih dahulu. Aku pergi sorang je masa tu. pergi pulak pukul 3 lebih petang, jalan jem sampai rumah kawan aku pukul 4 lebih petang. Dah jumpa kawan aku, berborak macam2 cerita, jam dah pukul 6 lebih. Aku minta diri nak balik. Tapi kawan aku ni, tahan aku balik. Aku bukan apa, nak balik cepat sebab jalan masuk kampung aku tu, agak keras. Macam2 cerita ada. Tu sebabnya aku nak balik awal.
Sebab permintaan kawan aku, yang tak nak memahami situasi aku nak balik nanti, aku pun beralah stay lagi untuk beberapa jam di rumah dia berborak dengan dia. Maklumlah, tak sampai hati nak tolak permintaan ibu mengandung. Lagipun kita orang susah jumpa. Masing2 duduk jauh. Jam pun dah pukul 11 lebih malam, aku minta izin balik dulu. Kampung aku di Sik, Kedah 1 jam lebih juga nak sampai rumah. Malam perjalanan rasa sunyi. Aku memang tak berani nak masuk kampung aku sorang diri waktu pukul 12 lebih malam macam2 boleh berlaku. Sampai je kat tol Gurun, aku telefon adik lelaki aku, suruh dia tunggu aku kat Pekan.
Sampai kat area pekan, adik aku telefon, dia cakap dah nak sampai. Dia datang dengan adik ipar dan sepupu lelaki aku. Bermakna diorang dalam satu kereta tu bertiga. Dalam hati aku dah berkata, “bolehlah sekejap lagi suruh sepupu aku naik dengan aku”. 10 minit aku tunggu, adik aku sampai, dia honnnn je, suruh aku ikut kereta dia dari belakang. Dahlah aku perempuan sorang2, bawa mpv pulak tu, dia pulak tak nak turunkan salah sorang dari kereta dia temankan aku dalam ni, tak ke rasa seram aku sorang2 kat belakang??
Bermulalah perjalanan aku. Nak balik rumah di kampung aku ni, kena lalui kawasan pokok getah. Dahan pokok getah punyalah merimbun menutupi jalan sampai jalan jadi gelap gelita. Nampak lorong jalan je. Kiri kanan pokok getah dan hutan. Selalunya dengar cerita orang kampung kena ganggu dengan kakak cantiklah, jumpa harimaulah, hantu bungkus lah. Aku doa dalam hati banyak2, supaya aku selamat tak kena ganggu. Aku ikut saja adik aku dari belakang.
Sampai kat satu selekoh, aku panggil ‘selekoh maut’ sebab kat situ ramai orang yang selalu terbabas. Dan aku pernah tengok dengan mata sendiri orang bawa kereta terbabas kat situ. Adik aku yang jalan depan ni boleh pulak matikan lampu kereta dalam beberapa saat kat kawasan tu. Dalam hati aku dah sumpah seranah dia, sebab aku tau dia saja buat macam tu nak tengok suasana gelap kat kawasan tu. Beranilah dia buat macam tu, sebab dia 3 orang lelaki dalam kereta. Yang aku ni sorang2 perempuan drive kat belakang. Aku dah rasa something macam tak selesa. Rasa lain macam pulak, bulu roma merinding lepas lalu selekoh maut tu.
Tiba2 dalam kereta aku ada bunyi pelik. Bunyi macam orang sesak nafas. Macam orang semput macam tu lah. Senang kata bunyi nafas tercungap2. Seram gila, aku tak tau nak gambarkan pada korang macam mana. Bunyi sesak nafas tu makin kuat, aku rasa macam nak menjerit sebab terkejut. Dah lah tengah terkejut, tengah takut, tiba2 radio pulak boleh terbuka sendiri. Bergema suara lelaki mengaji AL-Quran beserta tafsiran dalam kereta. Kuat pulak tu. Speaker macam nak pecah bunyiknyer.
Dalam hati aku rasa pelik. Tertanya2 sendiri, “macam mana radio ni boleh terbuka sendiri??? Sedangkan pergi dan balik, aku langsung tak buka radio, sebab aku tak suka dengar radio”. Telinga aku fokus dengar bacaan lelaki mengaji Al-Quran tu, aku tak nak tengok kiri kanan, sebab aku rasa kalau aku toleh kiri kanan, mungkin aku akan nampak sesuatu yang tak diingini. Mata fokus tengok jalan raya. Dan di dalam hati aku tuhan saja yang tau, penuh pertanyaan yang tiada jawapan.
Sampai je betul2 depan pintu rumah, suara radio orang mengaji tadi terus sebut “sadokallahu azim”. Lepas tu radio bunyi muzik tanpa lagu. Aku cepat2 turun kereta. Tak tutup enjin, terus pergi ke kereta adik aku. Panggil diorang semua cepat turun, yang diorang ni pulak, dah sampai rumah tak reti nak turun. Aku suruh diaorang dengar radio yang sedang berbunyi dalam kereta tu. Aku cerita kat diorang yang radio terbuka sendiri bacaan orang ngaji lepas selekoh maut tu. Disebabkan aku guna kereta adik ipar aku, adik ipar aku pergi check kereta, tengok radio tu. Dia cakap dia tak pernah buka radio orang mengaji, dia pun jarang buka radio. JADI SIAPA YANG BUKA RADIO TU???
Baru aku tau kenapa diorang bertiga dalam kereta, tiada sorang pun nak teman naik kereta dengan aku, rupanya diorang takut sebab waktu perjalanan nak ambil aku di pekan diorang dah bercerita pasal hantu2 dalam kampung tu. Sepupu aku ni memang duduk kampung tu, so dia bercerita kisah hantu malam tu.
Ingatkan seram tu habis kat situ, tapi yang ni sambung pulak kisah diorang bertiga di hari yang sama. Setel ambil aku. Diorang ni semua nak memerut. Jamban kampung ni kan, kat luar rumah. Jamban takde. Dah kena roboh nak buat jamban baru. Diorang malas nak pergi rumah pakcik aku kat atas sebab jam dah pukul 1 lebih. Diorang tak nak ganggu orang tidur. So diorang ni semua, pergi ke jamban surau. Surau ni dekatlah juga dengan rumah. Tapi belakang surau tu tanah perkuburan.
Masing2 dah lepas hajat. Giliran terakhir giliran adik aku orang terakhir, adik aku boleh mandi sekali kat situ sebab dia belum mandi.
Tengah dia mandi yang adik ipar dan sepupu aku tunggu depan pintu. Sekali dengar bunyi orang mintak “tolong” sayup je suara. Sepupu aku tanya bunyi apa tu? Adik ipar aku cakap tak dengar apa2. Padahal dia dengar suara orang minta tolong, tapi dia cakap tak dengar bunyi apa2 sebab tak nak sepupu aku tu takut, lari balik rumah. Dah adik aku siap mandi, dengar lagi bunyi orang mintak “tolong…..” suara datang dari kubur, yang sepupu aku ni, tak habis2 nak menegur.
Dia tanya lagi buunyi apa tu? Adik aku cakap bunyi lembu… Lepas tu masing2 lari balik rumah… sampai rumah masing2 terus berselubung. Besok pagi baru masing2 bercerita. Esoknya kita orang semua kena marah dengan ayah aku. Aku kena marah sebab balik lewat, ayah aku telefon banyak kali, aku silent phone. Padan dengan muka aku kena marah. Yang diorang bertiga pun kena marah pagi2 buta pergi surau cari penyakit hehehehee. Thank you sudi baca pengalaman Piza.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ingatkan adik2 ko nmpak ‘benda’ dlm kete dgn ko sebb tu x nak naik..huhu
baca smpai habis x de pulak. kalau aku la mmg aku paksa salah sorang naik kete ngn aku hahaha
haha aku pon pikir benda yg sama
jin islam nak dgr siaran mengaji tu
ermmm..boley lah