SERAM Gangguan Penghuni Hutan

Apa khabar semua pembaca? Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dilindungi daripada wabak yang tengah melanda di seluruh dunia pada masa ini. Sebelum saya meneruskan penceritaan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin serta para pembaca sekalian atas masa anda yang diluangkan untuk menghayati kisah pada kali ini.

Singkat cerita, saya akan menceritakan satu kisah yang dialami oleh sekumpulan anak muda yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung. Mereka adalah Jamil, Adi, Zarul dan Hakim yang merupakan rakan sejak satu sekolah. Pada masa itu usia mereka sekitar dalam 24 tahun namun masing-masing masih lagi berstatus bujang.

Diteruskan cerita, mereka berempat telah bersetuju untuk berkumpul pada pukul 3 petang di depan rumah Hakim namun disebabkan kereta Adi mengalami kerosakan kerana tayarnya pancit dan dia datang lambat. Oleh kerana Adi tadi tidak dapat pergi kerana keretanya rosak dia pun meminta si Jamil mengambilnya dipersimpangan jalan di mana keretanya ditinggalkan. Sekitar jam lebih kurang 4 petang barulah semua dapat berkumpul. Sebelum meneruskan perjalanan mereka singgah di kedai yang berdekatan untuk mengisi perut. Adi tidak ikut makan sekali atas alasan sebelum datang dia sudah terlebih dahulu menjamu selera dirumahnya.

Jam pun menunjukkan pukul 5:15 petang, mereka pun mula berangkat ke lokasi pendakian yang mengambil masa dalam 30 minit dari tempat mereka berkumpul. Sesudah sampai merekapun berdoa supaya perjalanan mereka sampai kepuncak dalam keadaan yang selamat. Pendakian kali ini agak sedikit jauh dah itu tidak menjadi masalah kepada mereka berempat kerana sudah menjadi kebiasaan.

Dari point pertama sepanjang perjalanan berjalan dengan lancar disebabkan trek yang dilalui kelihatan kosong seperti hanya mereka berempat sahaja yang mendaki pada hari tersebut. Keadaan cuaca yang sangat membantu turut menyempurnakan misi mereka untuk sampai ke atas puncak gunung.

Didalam perjalanan seketika mereka sempat berbual-bual, semakin lama mereka berjalan mereka mula memasuki ke hutan yang tebal. Pokok-pokok yang tinggi dan tebal mengelilingi kiri dan kanan dengan suasana hutan yang cukup indah menjadi titik inspirasi kepada pendakian mereka. Sedang berjalan kedengaran sayup-sayup bunyi azan maghrib dari perkampungan yang berdekatan.

Mereka mengambil keputusan untuk berhenti seketika kemudian meneruskan pendakian. Di tengah perjalanan Adi tiba-tiba bersuara.

“Tadi rugi gila tak makan sekali dengan korang”

Rasa menyesal dan keluhan itu kerana masih jauh lagi perjalanan untuk sampai di puncak gunung sempat ditegur oleh Jamil yang sedang berjalan di depannya.

Jamil pun berkata. “Huiss.. jangan cakap macam tu. Ni kat dalam hutan tau”

Dengan memaksakan dirinya, mereka pun sampai dekat point perhentian ke 2 dan mereka mengambil keputusan untuk sembahyang tahlil, maghrib dan isyak sekali. Masa ni jam dah nak masuk sekitar pukul 8:30 malam. Suasana memang sunyi dan hanya kedengaran bunyi haiwan-haiwan hutan serta tiupan angin malam sahaja.

Sesudah selesai sembahyang, mereka pun meneruskan perjalanan terakhir. Sambil-sambil jalan, Hakim mengajak kawan-kawannya untuk berbual agar suasana tidak sunyi. Dia berharap agar malam itu dipenuhi perbualan mereka berempat.

Sedang berjalan, Jamil meminta untuk berhenti kerana ingin membuang air kecil. Mereka pun berhenti memandangkan si Adi turut minta perkara yang sama. Mereka berdua pun pergi masuk ke semak yang tidak jauh dari situ. Setelah masuk ke dalam semak sekitar 10 meter mereka pun berpecah. Jamil ke kiri dan Adi pun ke kanan, mereka saling membelakangi antara satu sama lain.

Sesudah Jamil selesai, dia meminta izin untuk pergi terlebih dahulu kerananya dekat dengan tempat mereka berhenti dan Adi yang sedang khusyuk membuang air kecil pun mengiyakan permintaan Jamil. Dah lebih kurang 10minit berlalu, mereka kehairanan kerana Adi tidak muncul-muncul lagi.

Disebabkan kejadian itu, Hakim pun memutuskan untuk pergi mencari Adi. Setelah sampai di tempat terakhir Jamil dan Adi berpisah, Hakim pun mula memanggil nama Adi sambil menoleh ke kanan dan ke kiri sekiranya dia ada disekitar situ. Namun tiada suara yang membalas panggilannya. Hakim pun meneruskan pencariannya disekitar semak-semak berdekatan. Kemudian dia mula menyuluh ke arah atas pokok disebelah kanannya dan terkejut apabila Adi yang tadi hilang ada di atas pokok itu.

Apa yang lebih mengejutkan si Hakim adalah dia ternampak sosok tubuh berbaju putih serta rambut yang panjang atau lebih dikenali sebagai Pontianak sedang memangku Adi yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Wajahnya yang hancur dengan tangan seakan terbakar hitam membelai rambut Adi yang lena itu. Hakim pun menguatkan dirinya lalu membaca doa sambil memejamkan mata dan tiba-tiba sosok itu terus menghilangkan diri.

Adi yang tadi didalam pangkuan Pontianak itu terjatuh ke bawah. Untungnya pokok itu tidak terlalu tinggi dan keadaan Adi biasa sahaja cuma ada calar dibahagian tangan kesan dari jatuh ke tanah. Lebih kurang 20 minit berlalu, Adi pun terjaga dari pengsannya. Hakim menyedari keadaan itu cuba membangunkan Adi lalu bertanya kepadanya.

“Apa yang jadi tadi?”

lalu Adi pun berkata

” Tadi time aku kencing, rasa macam ada orang tarik dari belakang. Aku ingat si Jamil yang tarik aku. Itu je aku ingat. Bangun je tengok engkau kat depan”.

Mendengar jawapan itu sudah cukup membuat Hakim terdiam seketika. Dia tidak menceritakan kepada Adi apa yang baru sahaja dihadapinya ketika Adi tidak sedarkan diri kerana takut nanti Adi jadi terbawa-bawa. Hakim pun bergegas membawa Adi keluar dari situ menuju ke tempat mereka berhenti tadi. Setelah mereka sampai Zarul dan Jamil mula mempersoalkan kenapa mereka mengambil masa yang begitu lama berada di situ, lalu Hakim pun menjelas yang dia meminta Adi untuk menunggunya kerana ingin membuang air besar sebagai alasan untuk menutup cerita yang terjadi.

Kerana tidak ingin membuang masa, Hakim pun meminta untuk meneruskan pendakian mereka. Pendakian itu diawali oleh Zarul dan diikuti oleh Jamil, Adi dan yang terakhir adalah si Hakim. Walaupun malam itu kelihatan cerah kerana sinaran bulan yang terang namun disebabkan oleh pokok-pokok yang tinggi mengelilingi kiri dan kanan mereka menjadikan keadaan samar-samar. Masing-masing membawa lampu suluh untuk melihat jalan.

Sejenak jalan mendaki, terlintas dimata Hakim memandang ke arah satu pokok pisang yang seakan-akan bergerak dengan tidak wajar. Ini kerana biasanya kalau mana-mana pokok hanya bergerak sedikit ketika ditiup angin tetapi pokok yang satu ini kelihatan bergerak seperti beralih tempat walaupun hanya angin sepoi-sepoi sahaja yang terasa.

Keadaan terasa lebih mengencamkan apabila pokok pisang yang dilihat Hakim itu berubah wujud menjadi bungkusan seakan pocong kemudian melompat-lompat lebih kurang jarak 10 meter dari tempat mereka berjalan. Baunya yang busuk terasa dihidung dengan muka yang tidak berbentuk kelihatan samar-samar. Kejadian ini hanya dilihat oleh Hakim seorang sahaja namun dia tidak memberitahu kepada kawannya yang lain sebaliknya dia cuba untuk meneruskan perjalanan sambil membaca doa didalam hati. Dia takut kalau dia memberitahu ketiga orang kawannya, mereka akan jadi turut berasa takut dan dia risau apabila semua orang mula ketakutan pada masa itu boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal serta pendakian mereka akan terjejas. Lama-kelamaan bungkusan yang seakan pocong itu tadi menghilangkan diri disebalik pokok-pokok yang besar.

Cerita yang pertama ini saya akan tulis sampai disini sahaja. Saya akan sambung semula cerita ini dikisah kedua yang bertajuk SERAM: Misteri Hutan Tebal. Semoga anda boleh bersabar yee.. Terima Kasih….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rizal Anaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

1 thought on “SERAM Gangguan Penghuni Hutan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.