Aku berasal dari selangor. Cita-citaku sedari darjah 6, tahun 1993 ketika itu, antaranya ialah memasuki sekolah pondok. Dan impian itu tercapai ketika aku berumur 20 tahun.
Atas semangat ‘travel’ dan ‘mencari pengalaman’, aku berkelana ke sekolah pondok bersama seorang rakanku yang sekepala bernama Lutfi ketika itu.
Setelah sampai di salah satu Pusat Pengajian Pondok di Kelantan, aku dan Lutfi ditempatkan oleh penyelia pondok itu, Ustaz Bunyamin, di satu pondok yang berada di ‘kawasan pelajar selangor’.
Terdapat puluhan pondok yang berkeluasan ‘dua depa darab dua depa’, sebagai ‘tempat tinggal’ bagi pelajar pondok. Keseluruhan dinding dan lantainya diperbuat dari papan lapis, muat untuk 1 atau 2 orang di dalam satu pondok.
Umur pelajar disini? Flexible. Seawal usia 7 tahun sehinggalah usia 80 tahun. Tiada sistem peperiksaan, kerana konsepnya adalah ‘menuntut ilmu ikhlas kerana Allah, dan ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’. Tempoh masa menuntut agar mahir kitab2 asas yang digalakkan adalah sekurang2nya 5 tahun. Namun ada juga yang memutuskan untuk tinggal di pondok sehingga akhir hayat.
Di dalam kawasan pondok juga, terdapat sebuah masjid dan beberapa bangunan kelas yang terbuat dari papan kayu. Kebiasaannya pengajian akan bermula setiap hari, setiap kali sesudah waktu solat. Umpamanya, pengajian selepas subuh, selepas dhuha, selepas zohor, selepas asar, selepas maghrib dan pengajian selepas isya’, secara berjemaah. Selesai pengajian, pelajar boleh pulang ke pondok masing2 untuk melakukan aktiviti masing2.
Di dalam pondok inilah pelajar2 pondok akan menghabiskan masa terluang dengan berehat, memasak, mengulangkaji ‘kitab kuning’ atau kitab jawi lama atau kitab arab lama yang berjumlah beratus – ratus buah, merangkup pelbagai judul serta pelbagai cabang illmu. Ada ilmu ‘nahu saraf’, ilmu ‘fiqh’, ilmu ‘usuluddin’, ilmu ‘tasawwuf’ beserta pelbagai pecahannya, dan berpuluh lagi bidang ilmu yang berharga. Setiap kitab memiliki judul masing2, ditulis oleh ulama2 besar Arab atau ulama2 besar Nusantara sejak dahulu kala, dan diajarkanlah ia turun temurun, kepada murid ke murid, tangan ke tangan akan setiap bait dan rangkap baris ayat, sehinggalah ke hari ini.
Pelajar pondok mengistilahkannya sebagai ‘menadah kitab’ atau mengaji kitab. Oleh kerana itu, di dalam sudut2 pondok mereka akan terdapat selapis papan para2 atau rak yang dibuat sendiri, di letakkan bersusun2 kitab diatasnya. Manakala di sudut lain pula ialah dapur gas, kuali, sebagai tempat memasak.
Paip air tidak disediakan di dalam pondok. Pelajar2 terpaksalah turun ke kolam atau perigi untuk mengambil bekalan air yang ditimba di dalam baldi setiap hari, untuk melatih diri berdisiplin dan hidup dalam keadaan susah payah. Di situlah mengulangkaji, di situlah makan, di situlah tidur.
Pondok aku dan Lutfi agak ‘special’ sikit. Pondok kami berada di tingkat 2. Tingkat paling atas. Bukak je pintu, ada lorong koridor berlantai papan dan berpagar kayu separas pinggang. Terpampang pemandangan bumbung2 pondok lain dari situ.
Toleh pulak ke kiri, arah matahari terbenam (kiblat), hujung koridor papan yang pendek ni, menghala ke kiri ada tangga kayu untuk ke bawah, yang bercantum dengan sisi dinding pondok.
Tangga dan koridor papan ni, ‘ngam2’ ikut bucu pondok.
Kalau kami turun tangga petang2, jika menoleh kekanan, nampaklah pemandangan mentari terbenam senja dan atap2 pondok lain. Indah.
Bermulalah episod rutin harian mengangkut air naik tangga, memasak dan menadah kitab. Aku dan Lutfi yang aku mesra dengan panggilan ‘Lut’ atau ‘Alut’ itu, berasa suka dan teruja dengan ke’survivor’an kehidupan pondok. Sampailah peristiwa berlaku di suatu petang.
Petang itu, selepas pengajian kitab selepas asar, aku diajak oleh seorang pelajar pondok lain, seorang muallaf bernama Firdaus, untuk curi2 ke sebatang sungai di belakang, luar kawasan pondok.
Mungkin sebab dia dah kebosanan. Aku agak serba salah juga, sebab ada juga pesanan dari pelajar2 lama pesan bahawa tok guru tak benarkan pelajar pondok ke sungai di belakang. Mungkin bimbang kejadian tak diingini seperti lemas atau sebagainya.
Tapi sebab hasutan amat kuat, dan aku pun minat mancing, aku tak boleh dengar sungai2 ni. Mesti nak tengok. Konon2 nak usya pemandangan je la, pastu balik. Haha. Jangan tiru perangai aku, tak baik ye adik2.
Lalu bermulalah komplot suci ke sungai, tak jauh pun, redah denai belukar 5 minit, dah sampai. Setelah hilang belukar, sampai sahaja, rupanya kawasan sungai tu agak luas juga. Depan aku ialah padang rumput lapang. Sungainya berada pada jarak 15-20 meter di depan. Di darat yang sebelah sana juga adalah padang rumput.
Terlihat beberapa ekor lembu dan kerbau di padang itu. Sungai luas yang kekuningan airnya itu, namun tidaklah beberapa dalam. Aku lihat ada 2-3 kelompok orang dalam sungai itu. Separas peha mereka. Aku dengan Firdaus bergegas ke situ. Aku pun menyapa dari tebing pada seorang ‘brader’ yang asyik meranduk sungai tu dengan guni.
“Assalamualaikum bang, cari ike ko (cari ikan ke)?”. Aku orang selangor terkulat2 praktis cakap kelantan, haha.
Brader tu menyahut salamku dan mengatakan beliau mencari ‘etok’. Sejenis krustasia sungai bercengkerang, seakan2 remis, kupang atau kerang di laut.
Aku pun minta diri. Terlihat juga ada seorang pakcik menjala ikan. Di tebing ada seekor dua ikan ‘kekek’ sebesar ibu jari yang telah m**i. Agaknya bekas dari menjala tu. Ada juga pakcik yang memancing, menaikkan seekor ikan lampam dan jauh sedikit ada beberapa budak sedang mandi di dalam sungai.
Aku amat teruja dan suka. Jiwa alam semula jadi aku puas. Lalu aku menyusur lebih jauh ke hilir tebing dengan Firdaus. Firdaus memberitahu, budak2 yang sedang mandi tu, adalah pelajar2 pondok juga, yang ‘senyap2’ keluar.
Aku mengiyakan dan kami terus menyusuri tebing darat, sehinggalah sampai ke suatu kawasan seperti teluk. Kawasan itu agak sedikit gelap dikelilingi pokok2 hutan yang tinggi di tepi sungai. Air sungai juga kelihatan tak seberapa berarus, seperti paya bertakung. Firdaus pun berkata kepadaku : “Aku dengar ada pelajar pondok cakap, di tengah sungai berpaya ni ada istana jin.” Aku sekadar mendengar dan berkata : “Oh, ye ke..”, takde rasa takut, tapi memang ada rasa meremang2 tu adalah sikit, mungkin sebab waktu dah petang dan aku risau lambat balik ke pondok.
Sedang melilau2 cari kelibat ikan konon2, aku nampak siput besar dlm air. 2-3 ketul.
Aku memanggil Firdaus. Firdaus terus kata : “Ini Siput Gondang ni, sedap, boleh makan”, katanya. Dia terus mengutip dua tiga ketul, sambil bagi kat aku. Aku kata tak nak sebab aku tak makan siput dan tak reti makan. Selesai mengutip siput tu, kami pun balik.
Petang itu juga, Firdaus menyiang ‘siput gondang’ nya itu, dan memasaknya. Selepas habis pengajian isya’, Firdaus membawa hidangan siput gondangnya itu datang ke pondokku lalu mempelawa aku dan Alut untuk makan lauk siput gondang yang dimasak sup itu.
Aku jamah sedikit untuk mengambil hati Firdaus, dan selebihnya aku makan nasi dan kuahnya sahaja.
Keesokan harinya, ketika aku sedang bersila menadah kitab pengajian selepas isya’ di tepi pintu (sebab pelajar ramai dan padat, tiada tempat), tiba2 datang dari luar seorang pelajar dari belakangku mencuit badanku. Aku menoleh dan dia berbisik kepadaku : “Firdaus minta kamu tolong dia, cepat, sekarang!” Aku yang pada mulanya enggan, sebab ingin menumpukan menadah kitab, akhirnya terpaksa mengalah sebab didesak berkali2.
Kami pun bergegas ke arah tempat yang dikatakan Firdaus minta tolong. Sampai sahaja di sebuah rumah lama (rumah orang kampung) berdekatan dengan belakang masjid pondok, di dalam rumah itu gelap. Hanya ada cahaya lampu kuning samar2 dari dapur. Aku lihat Firdaus duduk bersila di ruang tamu, tetapi gayanya seperti kerasukan. Ada juga seorang dewasa yang bersila di hadapan Firdaus, sambil bercakap dengan kasar dalam bahasa yang tidak difahami seolah2 mentera.
Mereka seolah2 mahu menerkam antara satu sama lain. Aku yang berada dalam keadaan panik dan berdebar2, cuba menenangkan diri. Memohon apa sahaja doa yang aku tahu dalam hati, memohon perlindungan diri daripada Allah.
Selang beberapa ketika keadaan bergeruh antara Firdaus dan ‘brader’ tu, masing2 kelihatan agak reda, dan aku dengan pantasnya memohon izin untuk pulang ke pondok, memikirkan kelas belum tamat (tertinggal separuh pengajian, kene ulang balik dengan pelajar lain gamaknya). Lagipun aku agak tidak suka perkara2 berkaitan jin iblis / kerasukan yang berlebih2an, sebab aku tak tahu nak hadap situasi tersebut. Dan aku taknak masuk campur dengan perkara2 sebegitu.
Sampai sahaja di kawasan pondok, rupanya kelas pengajian telah tamat, dan aku terus naik ke pondokku sambil memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi.
Keesokan harinya, Firdaus datang ke pondokku. Aku bertanya khabarnya dan apa yang berlaku malam semalam. Dia berkata : “Lepas ‘ana’ (saya) makan sup siput gondang semalam, tak berapa lama, ana rasa tekak ana macam tersumbat dan tersekat, kerongkong ana sakit.., lepas tu ana tak ingat apa dah”, katanya.
Aku syak dia dah kerasukan masa tu, tu yang dia tak ingat apa2.
Aku berkerut dahi mendengar ceritanya sambil kata dalam hati, “aku makan takde apa apa pun, alhamdulillah, nasib baik”. Apa pun aku bersyukur Firdaus macam dah ok nampaknya. Takde perangai2 pelik unsur2 kerasukan. Setelah seketika berbual2, Firdaus mohon diri untuk beransur ke pondoknya.
Malam itu, seperti biasa aku berdua dengan Alut di dalam pondok. Setelah mengulangkaji kitab lebih kurang, Alut menyiapkan bahan masakan dan masak. ‘Turn’ dia masak malam ni, gilir2. Setelah makan nasi bersama Alut, berlaukkan sayur kangkung dan ikan masin, kami pun berborak2 sambil mengopi dalam pondok.
Setelah berborak lebih kurang tentang masa’il2 pengajian, kami bentang alas untuk tidur atas lantai saja seperti biasa. Ruang tamu dan dapur dibahagi dengan ‘partition’ dinding ‘plywood’. Kami berdua tidur, dengan kepala di arah kiblat. Kaki menghala ke dapur. Alut kemudian menutup lampu ruang tamu dan lampu dapur.
Setelah beberapa waktu terlelap, malam itu dalam tidurku, aku bermimpi pelik. Dalam mimpi itu, kelihatan dalam keadaan samar2 gelap, dalam jarak 3 meter, satu lembaga berkelubung kepala ala2 ‘death angel’ yang memegang sebilah pedang, berjubah merah kecoklatan, dihadapanku.
Aku tidak nampak mata atau mulut di mukanya, namun adalah seperti serat2 jerami padi.
Macam patung orang2 di jelapang padi. Ia menggertakku ingin melibas pedangnya terhadapku. Ia berkata : “Aku pancung kau, aku libas kau!”.
Aku menyahut sambil mengejeknya : “Celaka iblis setan”.
Ia melibas2 pedangnya ingin memancungku.
“Tak takut, tak takut”, kataku.
Kemudian makhluk syaitan/iblis itu bertambah marah dan memekik umpama suara nenek kebayan yang nyaring, lalu melompat dengan ingin menetak libasku!
“DAMMMMM..!!”. Serentak aku terbuka mata terkejut dari tidur berdebar2. Bunyi tadi adalah satu bunyi hentakan di atas atap. “DAMMMM….gedeguk…gedeguk..gedegukkk…”, lagi sekali atap zink pondok berbunyi bingit bising hentakan kuat diselangi bunyi golekan/benda bergolek. Kuat bunyinya, macam bunyi buah kelapa jatuh dan bergolek. Aku menoleh pandang Alut. Alut tidur memejamkan mata.
Aku kuis pehanya gerakkan dia, Alut pun menoleh kepadaku. Laa tak tidur lagi rupanya si Alut ni. Aku pun berbisik kat Alut, “Lut, kau dengar tak?”, Alut menjawab perlahan, sepatah, “Dengar,”.
Aku tanya Alut perlahan : “Takkan buah kelapa jatuh. Pokok kelapa jauh belakang sana kan”?
Alut senyap, terkebil2.
“DAMM..gdk..gdk..grrrr..”, bunyi lagi.. kali ni goleknya bukan macam bunyi buah kelapa yang keras, tapi macam bunyi benda menggelongsor.
Alut dengan pantasnya bingkas bangun dan hidupkan lampu dapur. Cahaya kuning lampu dapur di sebalik langsir pembahagi pun samar2 menerangi.
Kami berjaga dengan keadaan berdebar2. Setelah beberapa waktu tidak kedengaran apa2 bunyi di atap, kami pun membaca apa2 doa yang patut dan menyambung tidur dalam keadaan berjaga2. Tak lena pun.
Dalam jam 2-3 pagi lebih kurang, belum sempat nak lena, tiba2 ‘blackout’. Lampu dapur terpadam. Alut yang masih belum lena pun tersedar perkara itu. “Blackout lah”, bisiknya padaku.
Kemudian dalam keadaan baring tu, aku bangun sedikit menjengah papan dinding di atas belakang kepalaku. Mengintai melalui celah2 lubang dinding papan.
“Lut, cuba kau tengok. Pondok2 bawah ada lampu elok je”, aku berbisik kat Alut.
Alut memandangku. Kemudian dia bingkas bangun dan check suis lampu dapur. Suis ‘off’. Dia pun pelik. Dia pun petik ‘on’ semula, dan terus baring. Baru 2-3 saat baring, “pap”, gelap balik.
“Ada suis tendang ke ni, problem letrik atau suis kot”, ngomel Alut.
Dia bangun buka lampu semula, kemudian baru nak baring, suis off semula. Alut dan aku mcm blur. Dalam keadaan gelap tu, kami dengar ada bunyi tapak kaki di belakang atas kepala kami (tangga luar dinding). Bunyi tu slow2 terhinjit2, ‘krett’…’krett’.. dari bawah ke atas, memijak tangga kayu uzur. Aku dan Alut terkedu.
Setan mana pulak naik tangga ke pondok kami 2-3 pagi ni. Aku dan alut memang dah syak bukan manusia. Tapi makhluk2 ghaib lain. Sampai sahaja bunyi tu di belakang kepala kami, bunyi tu senyap terhenti.
Beberapa ketika senyap, dalam keadaan kami berbaring tu, kami menoleh pulak ke arah pintu masuk utama. Pintu memang kami tak kunci, ‘just’ tolak ketat rapat je.
Pandangan aku dan Alut tertumpu di pintu. Nak tengok dia berani masuk tak.
Aku dalam seram2 berani tu pun, nak jugak tengok macam mana muka natang tu kalau dia jengah. Takpe, Alut ada, berdua berani sikit. Haha.
Kemudian dengan tak semena2 selambanya Alut sound benda tu, “Masuklah kalau berani, pintu tak kunci”, haha, pergh. Aku pun kira macam dah berani la ‘standby’.
Tunggu punya tunggu, pintu macam tu jugak. Tak berkuak. Masih terkatup.
Tiba2. . ‘pap..’. ‘tup’.. ‘pap’. .’tup’… ‘pap’
Dia main lampu bro.
‘Bende alah’ tu main bukak tutup suis lampu banyak2 kali. Selang2 1-2 saat gitu.
Aku dan Alut dah terpaku. Dan cuba bertindak ‘cool’ dengan tetap baring. Padahal berdebar2 dah. Aku cakap dlm hati : “Ahh sudah, die betul2 masuk. Tp tak ikut pintu. Siap main suis.”
Sampai la satu masa tu dia ‘fedup’ sebab takde respon dari kitorang. Mungkin sebab kitorang berdua jadi tak berapa takut sangat, acah2 berani, maka ‘dia’ pun blah..
Kami sempat terlena tidur2 ayam kejap, sampai la bunyi ‘mengaji tahrim’ tanda nak masuk waktu subuh.
Paginya, kami bercerita dengan pelajar2 lama/senior pondok, mengenai apa yang terjadi. Kata mereka, perkara itu biasa juga berlaku di pondok2. Anggap saja ianya untuk menguji keberanian pelajar pondok. Mereka menggelar ‘si pengacau’ itu adalah ‘hantu beruk’. Matanya bulat merah besar. Gigi taring bersilang2.
Ada juga pelajar pondok yang demam ‘dikacau’ setelah ‘nate beruk’ itu yang dengan selambanya menjengah di tingkap2 pondok yang terbuka tengah malam ketika mengulangkaji kitab. Menyeringai dengan mata terbuntang.
Jadi, waspada selalu, pertingkat ilmu, pertingkat keberanian. Kerana Allah akan selalu akan menguji hamba2Nya yang beriman.
“Takut hanya kepada Allah itu”, adalah satu ‘slogan’ yang amat besar. Bukan calang2 orang yang mendapatkannya. Semoga kita semua tergolong dalam ‘golongan yang sedikit’.
Allah telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut: 2-3).
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah.
– AC Mohammad –
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit