Assalammualaikum. Aku Iman. Di sini aku ingin menceritakan suatu pengalaman aku bertemu dengan seorang perempuan yang bernama Cempaka. Seri Cempaka namanya. Tapi aku lebih suka panggil dia dengan nama Cempaka tetapi tidak dia. Dia lebih suka orang menggelar dia dengan gelaran Seri.
Di mana dan bila aku berjumpa dengannya? Ya ini misteri sekali dan dengan nama Allah ini betul betul berlaku dalam hidup aku. Disebabkan aku tersangatlah sibuk dengan tugas aku sebagai jurutera yang semuanya nak mengharapkan aku sorang je yang buat, maka aku selalu menghabiskan masa di pejabat dan kadang kala balik lambat dalam pukul 9,10 malam.
Nampak seperti normal je kan balik kerja lambat macam tak ada apa. Tapi aku nak cerita yang aku baru tiga bulan lebih kerja kat sini. Masa aku masuk je kerja sini memang aku tak ada dengar apa apa yang tak best dari sesiapa pun pasal tempat kerja baru aku ni.
Maka pada suatu malam lebih kurang 8:15 malam macam tu tengah je sedap aku menghirup secangkir kopi di pantry dan berseorangan pulak tu tiba tiba….
“Iman. Lu selalu sini malam hari hari lu tak takut ka? Lu tada kena apa apa ka? Lu sorang sorang ma. Manyak hebat ma.”
Tamparan yang agak hebat melekat kat bahu aku. Terkejut punya pasal aku tampar budak cina ni balik.
“Takut apa pulak? Aku okay je. Asal tanya aku tak ada kena apa apa? Aku tak faham.”
Maka Acong pun memulakan cerita yang buat aku tersengih sorang sorang dan tak percaya cakap dia. Dia dah lah cina lepastu dia seakan fanatik dengan cerita cerita misteri melayu. Memang beria lah dia bercerita tu.
“Sini tempat banyak keras. Orang kata lah. Dulu aku tak percaya sebab aku tak kena lagi. Bila sudah kena aku baru percaya. Sampai langsir pun wa ingat langsuir ma!”
Budak Acong ni nak cerita pun tak kena tempat. Yelah dia cerita kat dalam tempat ni jugak kot! Aku memang cuak habislah tapi aku cuba chill sehabis mungkin. Aku nak tahu jugak ada apa apa yang misteri ke pasal tempat kerja dekat sini?
“Manyak orang ah selalu terjumpa itu perempuan jalan sorang. Katanya itu puteri. Lu caya tak? Lu kena caya ma! Tapi dia bukan hantu pakai baju putih. Aiyaa susahlah mahu jelas. Dia tiada kacau orang punya. Tapi dia misteri ma dia tiada muka scary ma. Muka dia biasa biasa saja ma macam orang biasa.”
Nak percaya ke tak? Aku ambil pendekatan dengarkan sahajalah. Memang aku sedia maklum dan percaya kewujudan makhluk halus ni. Perempuan jalan seorang diri? Hantu ke orang? Tapi kenapa macam tak popular sangat cerita pasal ni?
Ke sebab benda ni normal dan dah biasa orang kena sampaikan orang nak cerita pun macam tak ada function je? Lebih lebih lagi Acong cakap muka “dia” tak seram.
“Wa ah ada itu satu hari dalam itu toilet, wa mau masuk toilet sebelah yang tidak boleh buang air besar tu ah..lu tau wa nampak apa dalam itu toilet?.. wa nampak itu kain hitam tapi tiada kaki sedang cangkung macam mau berak. Kaki tiada ma! Apa lagi wa terus cabut lah!”
….
Pada suatu malam dijadikan cerita cermin mata aku ranap disebabkan kecuaian dari diri aku sendiri. Kerana risau akan diri sendiri aku ambil keputusan untuk tidur kat pejabat malam tu memandangkan dah pukul 10 lebih malam dan mata aku agak berat untuk berjaga. Masa tu jugaklah hujan lebat.
Aku mula melentok kat kerusi pejabat sebab ada saki baki kerja yang masih tertangguh. Mata memang dah berat habis lalu aku pun pergi ke tandas untuk basuh muka. Pun tak jalan jugak. Akhirnya aku ambil keputusan lepak surau untuk lelapkan mata kononnya tapi mana tau kot kot tertidur terus.
Malam tu aku rasa lain dari yang lain. Dan malam itu jugaklah dan kali pertama jugaklah aku bermimpi sesuatu yang pelik dan tersangatlah mengarut. Suara seorang perempuan yang kedengaran baku melayunya.
Suara perempuan itu jugak seakan tepat mengenai lubang pendengaran aku. Suara tu samar samar mendayu dayu seperti berpantun. Seperti dia ada bersebelahan dengan aku.
“Panggil aku Seri. Aku Seri Cempaka. Kau tidak percaya akan kewujudan aku? Apa kau ingin aku muncul di hadapanmu? Kau geleng kekiri aku andaikan kau tidak mahu menemuiku. Kau geleng ke kanan aku akan muncul di hadapanmu.”
Papp!
Mimpi tersebut benar benar buat aku kebasahan yang agak teruk serupa macam kau lepas main bola. Peluh dingin membasahi segenap ruang dahi aku. Mimpi apa ni? Apa ke pelik sangat mimpi aku ni? Mengarut! Disebabkan mimpi yang aku anggap mengarut itulah satu hempasan dari pintu surau yang agak kuat mengejutkan aku dari lena. Lena ke?
“Astagfirullahalhazim. Mimpi mainan syaitan. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Jagakan hambamu yang lemah ini. Jauhkan lah dari sifat menyimpang yang ke arah yang bukan bukan. Sesungguhnya aku ini manusia biasa yang tidak betah dari melakukan kesilapan duniawi.”
Aku abaikan mimpi aku dan aku anggap itu mainan syaitan semata mata. Aku memang tak fikir langsung tentang mimpi tu. Tapi acap kali aku bermimpikan benda yang sama. Mimpi itu datang setiap malam.
Tidur malam aku dah tak normal macam biasa. Benda ni berlarutan untuk sebulan. Aku memang frust habis doh masa ni. Mana taknya bila aku terjaga je lepas mimpi benda tu aku terus tak boleh nak tidur. Memang sakit kepala aku memikirkannya.
Setiap malam dia akan datang menghantui aku dengan menuntut jawapan dari aku. Adakah aku patut menggeleng ke kiri atau ke kanan? Aku tanyakan akan soalan ini kepada diri aku.
“…Iman hang okay dak?”
“…Kau tak cukup tidur ni Iman.”
“…Kuat kerja sangat. Ambillah mc nampak penat sangat muka kau ni.”
Rata rata komen dari budak office yang aku dapat semua merujuk kepada aku yang dikatakan nampak penat dan tak bermaya nak meneruskan kehidupan. Tapi masalahnya aku dah kurang kerja lewat malam dan dalam seminggu dua kali je aku balik lambat, itu pun pukul 7 malam aku dah chow dari pejabat.
Dorang tak tahu punca aku jadi macam ni disebabkan apa aku malaslah nak cerita macam mengarut pulak kan. Entah digelakkan aku berjemaah agaknya kalau aku cerita pasal mimpi aku yang bukan bukan ni.
Dan pada suatu malam aku rasakan yang aku dah lepas dari sengsara mimpi perkara yang berulang. Aku dapat tidur yang lena untuk seminggu dua itu. Aku bersyukur yang segalanya sudah berakhir tapi jangkaan aku meleset sama kali sebab tak lama tu mimpi tu datang lagi menuntut jawapan dari aku.
“Panggil aku Seri. Aku Seri Cempaka. Kau tidak percaya akan kewujudan aku? Apa kau ingin aku muncul di hadapanmu? Kau geleng ke kiri aku andaikan kau tidak mahu menemuiku. Kau geleng ke kanan aku akan muncul di hadapanmu.”
Diulang ulangnya ayat yang sama dalam sebulan dua itu. Aku dah muak dengar suara tersebut dan ya aku memang ingat bulat bulat apa yang dia sampaikan dalam mimpi aku. Mana taknya dah tiap malam hampir sebulan dua dia datang dalam mimpi aku. Memang aku hafal lah apa benda dia cakapkan tu.
Siapa Seri Cempaka ni? Apa benda dia yang dia nak?
Maka dijadikan cerita disebabkan aku dah stress dengan mimpi yang sama aku dapat tiap malam dan disebabkan benda ni aku nampak seakan tak bermaya, aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung untuk bertemu dengan Ustaz Mael. Aku ceritakan segalanya kat Ustaz Mael sebelum aku disahkan gila dan seterusnya disumbat masuk ke hospital gila.
Aku memang dah tak serupa orang hanya disebabkan aku kerap mimpi pasal Seri Cempaka. Aku solat tak pernah sekali pun aku tinggalkan dan aku memang menjauhkan diri aku dari melakukan perkara yang tak elok. Tapi aku tetap tak faham kenapa.
“Apa kata kamu Iman? Kamu tak geleng ke ke kiri atau ke kanan? Sebabkan perkara itulah dia selalu datang singgah ke kamu.”
Aku macam apa benda ni eh? Serius lah sebab aku tak bagi jawapan antara dua tu dia kerap datang kacau aku? Dia betul betul wujud ke? Aku kena bagi dia jawapan ke? Mustahil! Masa ni kepala aku dah nak pecah.
“Maksudnya ustaz nak saya bermain dengan soalan dia tu jugak ke? Dia… Seri.. Cempaka ni wujud…. ke Ustaz?”
Lambat lambat je aku nak tanya Ustaz Mael pasal Seri Cempaka ni. Ustaz hanya tersenyum lalu memegang bahu kanan aku. Ustaz Mael macam tahu sesuatu tapi dia tak nak rungkaikan apa benda yang aku harus tahu.
“Kamu siap sedia lah malam ini. Baca surah Yassin malam ni sebelum tidur dan tenangkan diri. Jika dia datang menghadap kamu malam ini, kamu permudahkan lah urusan dia. Maka dia akan permudahkan urusan kamu Iman. Sama ada kau mahu atau tidak itu bergantung kepada jawapan kamu. InsyaAllah semua baik baik sahaja. Tak ada apa yang tidak baik mengenai mimpi tentangnya.”
Malam itu aku standby macam biasa dekat office. Dan aku buat keputusan. Apa nak jadi, jadilah. Sama ada aku nak dia hilang terus dari aku atau pun aku nak tahu apa benda dan kenapa dia kerap datang dalam mimpi aku. Dan siapa diri dia Seri Cempaka itu sebenarnya.
Yang mana satu harus aku putuskan untuk mendapat keputusan yang seakan dilema ketika ini.
Mengingatkan kembali kata kata Ustaz Mael tidak ada yang tidak baik mengenainya. Maka aku pun telah selesai membuat keputusan….
“Engkau telah menpelawa aku kemari. Aku Seri. Seri Cempaka. Engkau panggil aku Seri.”
Dalam tak sedar rupanya aku telah mempersetujui untuk Cempaka muncul di hadapan aku melalui jawapan terus dari mimpi yang kerap kali Cempaka datang menuntut jawapannya.
Saat aku terdengar suara itu memperkenalkan dirinya aku tergumam. Lidah aku kelu untuk seketika. Asyik sekali bait bait kata yang keluar dari mulutnya.
Dan ketika itu jugaklah perasaan seram sejuk mula menerpa satu badan aku. Lutut aku dah mula longgar dan beri isyarat yang aku tak betah nak berdiri lama lagi. Tapi aku gagahkan jugak dalam takut takut ketika itu. Aku pun tak pasti dah kenapa aku nak takut dengan seorang perempuan?
“Apa engkau takut dengan aku ya?”
Selendang jernih keemasan bertatahkan batu yang berkilauan jatuh melepasi bahu Cempaka. Rambut hitam pekatnya dibiarkan disiput bersahaja. Pakaian yang disarungnya tak ubah seperti lagak seorang puteri yang digelar pahlawan kerana dia menyarung seakan seluar baju melayu lelaki yang longgar tetapi singkat.
Seri Cempaka memperlihatkan wajahnya kepada aku. Sebagai seorang lelaki yang normal… ya aku terus terpikat dengan rupanya! Allahu. Kejadian pelik apakah ini? Berulang kali aku mencubit pipi dan bahagian badan aku yang lain. Aku tak mimpi kan?
Maaf semua. Aku tak dapat nak gambarkan dia punya cantik tu macam mana. Rupa dia biasa tapi menawan yang mengasyikkan yang boleh buat kau tak keruan. Dia punya wangi fuhh jangan cakaplah memang wangi bunga bunga segar yang buat kau nak duduk lama dekat situ sampai ke subuh. Tapi aku masih tahu menjaga batas pergaulan hakikatnya….
“Aku menjelma kerana engkau tidak percaya akan diriku. Apa engkau sudah percaya akan diri aku? Ambillah ini seutas berlian dan letaklah ia di suatu bekas keramat milik orang tua moyangmu. Ini sahaja pemberian yang ada ada dariku. Ketemu kita besok ya!”
Deep. Disebabkan aku merasakan bahawa mimpi itu mengarut dan tidak berapa nak percaya akan cerita cerita yang aku dengar maka sang Puteri lah yang menawarkan akan suatu tawaran untuk aku mempercayai akan kewujudan diri dia.
Hari berganti hari. Aku semakin kerap “berjumpa” dengan Seri Cempaka. Tapi tidaklah aku melihat keseluruhan dirinya kerana aku malu dengan kaum hawa. Kata Cempaka aku seorang je yang panggil dia dengan nama Cempaka walaupun kerap kali dia menggelarkan dirinya sebagai Seri.
“Kalau engkau mahu bertemu dengan aku. Aku hanya ada di sini sahaja. Aku punya banyak rahasia tentang dirimu dan cerita cerita yang engkau perlu tahu. Jangan khuatir aku tidak akan menyimpangkan dirimu.”
Maka dalam dua tiga minggu itu kerap jugaklah aku jadikan bilik office aku sebagai rumah kedua aku. Sehingga benda ni sampai ke pengetahuan Ustaz Mael.
……
“KALAU benar kau jumpa puteri itu. Apa tanda yang kau lihat di lengan kirinya.”
“Aku tidak melihatnya. Kerana Seri Cempaka itu pakaiannya sopan sekali. Tidak lah dia ingin memperlihatkan lengannya kepada yang bukan bukan.”
Ada yang pelik pasal aku masa ni. Ya memang pelik. Dah kenapa aku berbahasa baku dan menggelar diri sebagai AKU kepada Ustaz Mael? Tetapi Ustaz Mael hanya bersahaja saja tapi tidak aku.
“Apa mahumu dari dia puteri bangsawan Seri Cempaka? Apa engkau mahu membawanya ke alam mu?”
Ustaz Mael seakan berkata kata dengan seseorang yang seseorang itu sebenarnya adalah aku. Ya aku merasakan yang ustaz Mael bercakap dengan seseorang yang jasadnya adalah aku tapi dalamannya bukan lah aku.
“Tidak aku sudah selesai melawatnya. Akan aku datang melawatnya lain hari. Janganlah engkau khuatir aku tidak menyakiti dirinya. Sesungguhnya dia sebaik baik Adam yang diciptakan untuk seorang Hawa.”
Masa ni Ustaz Mael ceritakan segalanya kat aku. Aku memang separuh sedar dan ada part yang aku ingat tapi samar samar. Masa Cempaka guna badan aku tu dia menangis sedih seperti tak nak lepaskan aku. Kata Ustaz lagi Cempaka ni baik dan disebabkan itulah Ustaz Mael tidak ragu ragu jika aku tahu akan kewujudan dia.
Menurut kata Ustaz Mael lagi, penempatan kerja yang aku berkerja sekarang ni adalah kawasan di mana kerabat diraja bunian dahulu kala menetap sehingga sekarang. Ia adalah sebuah perkampungan dan masih dalam sebuah perkampungan yang pesat di alam itu.
Mereka telah bertukar janji dengan manusia untuk menjaga sama sama kawasan yang diambil alih oleh manusia untuk penempatan ini. Kata Ustaz Mael lagi puteri bangsawan itu berkenan melihat aku yang tak henti mengagungkan Allah yang Esa dalam cara aku sendiri.
Lebih lebih lagi katanya aku ini tidak mudah percaya omong kosong orang tentang kewujudan yang mereka katakan. Hakikatnya aku jelas dan percaya kehadiran makhluk ini semuanya memang wujud.
Oleh sebab itu Seri Cempaka suka benar mengganggu aku dan dia meminta maaf kerana disebabkan dia aku seakan hilang fokus dan tak tentu arah untuk seketika tapi masih tetap beribadat kepadaNya.
Sambung Ustaz Mael lagi. Seri Cempaka ada berpesan kepadanya..
“Katakan padanya lagi aku tidak akan mengganggu dia lagi tetapi aku akan datang melawat sebelum itu. Dan sehingga itu aku hanya akan perhatikan dia dari jauh. Aku tidak boleh selalu bertemu dengan dirinya. Kita lain lain. Aku khuatir jika aku tidak mampu melepaskan seorang manusia. Selagi boleh dipatahkan aku minta untuk undur diri.”
Allahu. Bergenang kelopak mata aku bila dengar je Ustaz Mael cerita kat aku balik tentang apa yang Cempaka sampaikan pada aku. Aku jadi sedih tiba tiba. Sedih seakan akan kehilangan sesuatu yang bernilai. Dan aku masih disini lagi menunggu dirinya.
Seri Cempaka? Apa kita akan bertemu lagi?
Wallahualam.
(Tamat bahagian pertama. Aku akan sambung dengan cerita tentang rahsia diri aku dan perkara misteri yang disampaikan oleh Seri Cempaka.)
Assalammualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Cepatt sambungg next story ..
bestnya cerita ni!
Sebak hatiku.
Best. Best. Jangan tunggu lama2 untuk sambung ya
next…cpt skit smbung wahai penulis…x sbr rasenye nk tahu next episod
layan teroxx wey cerita
wey da macam cerita buniannnnn hahahaha
#imanarsyasxsericempaka 💪💪💪
Please sambung!!
Seutas berlian????
Betul ke dapat???
Bior betol???
Berlian tuuuuu…
Terbaik bro cerita ni..kirim salam pada seri cempaka ye kalau jumpa dia hehe
Continue pls..
wow puteri kerabat bangsawan,,, bagaimana kah rupa nya ya..
bukan mudh nak karang crita. sgt hargai cerita dri pnulis x kira la fiksyen ke real ke. janji best n ada pegjaran. Smbug lg aku tgu, srnok baca. Nice la penulis
Ok best.. harap akn ada sambungannya
CERITA NI YA ALLAH BESTNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! takde sambungan lagi ke ?