SESAT DI IOI CITYMALL

Hi semua. Thanks admin and Terima kasih kepada semua yang bagi comment dekat previous story aku about parking KLIA tu. And sorry lah banyak hahahahah tu. Sebab takut. Aku haha je la. Maaf ye. Tu la, aku memang sesat pun. Tapi aku memang dah biasa dengan KLIA, sebab sebelum ni selalu sangat ikut family pergi KLIA. Dari kecik sampai ke besar, cuma kali ni je drive sendiri. Aku tahu je setiap wing dalam KLIAΒ tu, yang cuma peliknya, laluan aku lalu masa pergi and balik memang exactly the same, macam mana boleh terlajak ke block C?

And aku lupa nak cakap yang masa aku nak balik ke kereta tu, signboard memang tunjuk block B. Bukan block C. Haa, tu memang tak masuk akal langsung lah. Dah sampai ke tempat bayar parking tu baru ada signboard tunjuk tu block C. And sesiapa yang dah hafal laluan situ, mesti tahu kan sepanjang laluan nak ke mesin tiket block B tu ada kedai-kedai. And masa tu, kitaorang tak perasan pun kedai-kedai tu. Sebab nak balik cepat punya pasal. Tu salah kitaorang jugak lah. Huhu.

Ok sekarang aku nak cerita pasal sesat kat parking IOI Citymall. Aku pun hairan. Asyik sesat je dekat parking, yang peliknya, dekat KLCC tak pernah pulak sesat. KLCC parking dia besar bukan main. Tapi kali ni aku terpilih untuk sesat di parking IOI Citymall. Malam tu, aku, Wawa (roommate) and Rina (kawan sekolej) plan nak tengok wayang. Last minute punya planning sebab aku baru habis test petang tu, jadi malam tu lepas maghrib kitaorang gerak dari Nilai ke Putrajaya. Kitaorang tengok movie around pukul 10 macam tu, pukul 9 lebih dah sampai dah kat IOI. Malam tu aku guna kereta aku sendiri.

Dah sampai parking, aku memang park dekat dengan kawasan lif and escalator. Biar senang aku nak nampak kereta aku kalau nak balik nanti. Masa tu banyak lagi kereta. Jadi kitaorang naiklah escalator tu, dua kali naik sampai lah foodcourt. Jadi cara aku hafal tempat parking; escalator belakang watson, naik dua kali escalator and huruf blok . Jadi kawan-kawan aku pun hafal macam tu jugak lah. Aku dah tak ingat dah aku block apa masa tu. Huhu

Jadi kitaorang pun naik lah, tengok wayang apa semua, around 12 dah habis movie. Masa tu IOI dah gelap gelita. Orang lain semua guna lif. Kawan-kawan aku ni taknak berebut, jadi nak guna escalator yang tak bergerak tu. Entahla kenapa nak exercise malam-malam buta, dahlah gelap. Jadi kitaorang nak gi balik lah. Nampak je watson, terus pergi escalator terdekat dengan watson, and guna 2 escalator untuk turun (parking dah bayar).

Then, dah turun tu, aku tengok kereta aku tak ada. Aduhai, apa pulak lah kali ni, takkan sesat lagi kot. Then Rina ni pun cakap, “kita keluar dulu lah, mana tahu kereta you menyorok”. Jadi kitaorang keluar lah, pusing pusing pusing, tak ada. Eh, mana pulak kereta aku pergi ni, takkan salah level kot. Jadi si Wawa ni pun bersuara, “kita pergi setiap level lah, cuba turun lagi sekali”. Jadi kitaorang turun yang paling bawah, rasanya ada tiga basement. Masa tu memang tak ada orang langsung. Dah turun tu, masih tak jumpa kereta aku, memang pusing lah satu kawasan tu, memang tak jumpa, padahal aku parking dekat kot dengan escalator, memang boleh nampak dari dalam.

Jadi Rina as yang paling tua antara kitaorang tiga pun bagi cadangan suruh naik dulu, jadi kitaorang naik lah balik dekat area foodcourt. Then dia cakap, kita cek satu satu. Kitaorang pun cek lah setiap basement. Memang tak nampak sikit pun kelibat kereta aku! Aku dah risau, macam mana ni, esok ada class, takkan nak tido kat IOI kot sebab tersesat. Lepas tu, aku bagi suggestion lah suruh cuba tempat lain, mana tahu kitaorang tadi excited nak tengok wayang sampai tak perasan parking kat mana kan. Kitaorang naik balik. And pergi ke escalator sebelah Seoul Garden kalau tak silap aku. Haaa, masa tu lahhh rasa macam ada orang ikut kitaorang dari belakang. Masing-masing dah pegang tangan masing-masing. Aku ni pun cakap lah, “security guard tengah buat rondaan senyap senyap kot tu”.

Then, mulalah misi kami mencari kereta aku yang hilang. Cari setiap basement memang tak ada langsung. And setiap basement yang kitaorang pergi, satu kereta pun tak ada. Memang semua kosong. Lepas tu aku nampak lah ada sorang guard ni naik basikal, dia meronda kot, lepas tu aku tanya lah dengan kawan aku, “apa kata kita tanya guard yang meronda tu”. And diaorang boleh tanya aku macam ni, “mana guard Qis? Tak nampak pun?”. Lepas tu aku jawab lah, “yang berkayuh lalu kita tu tadi siapa, takkan tak nampak kot”. Rina terus jawab “ehh, mana ada Qis, ya Allah, dah dah, kita naik balik”. Aku dah rasa lain macam.

Rina pun suruh kitaorang bertenang, dia kata kereta memang ada, takkan ke mana, kena cari betul-betul, jadi kitaorang patah balik pergi escalator belakang watson tu. Dalam hati aku memang tak berhenti baca ayatQursi, takut gila kot. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa kereta aku dekat basement 2. Tempat yang kitaorang dah pusing tadi. Secara tiba-tiba boleh ada balik. Kitaorang dalam kereta memang diam membisu lah masa tu. And masa tu jugaklah baru nampak ada sebuah kereta myvi yang on the way nak keluar dari tempat tu. And tengok jam pun dah almost pukul 2. Fuhh lama gila kitaorang sesat. Masing-masing macam dah faham apa yang jadi. Kira bersyukur lah dapat keluar. Tak habis lagi, ada pulakkk kejadian lepas tu. Aku nak balik college memang pakai waze daripada IOI tu.

Then dah keluar, aku ikut lah waze, boleh pulakkk waze tu bawa aku pergi jalan m**i. Ya Allah, dah lah gelap. Aku pulak yang drive. Memang kena kuat semangat lah. Jadi aku patah balik, aku ikut kata hati aku dan cadangan kawan-kawan la keluar dari tempat tu. Memang sepanjang keluar dari tempat tu nak ke highway memang gelap gelita tak ada lampu. Dah nak masuk highway, tiba-tiba ada satu kereta Volkswagen hon kuat kuat banyak kali. Kitaorang dalam kereta dah risau, kenapa orang tu hon, ada benda pelik pelik ke dekat kereta aku. Lepastu Wawa tiba-tiba bersuara…

“QIS TAK ON LAMPUUU KERETAA LAHHH”. Patutlaaah orang tu hon, lahhh aku ingatkan apa, ni la terlalu bawak perasaan takut sampai lampu kereta tak on pun aku tak perasan. Macam mana entah bokeh drive tempat gelap dengan lampunya tak ada.

Then aku drive lah ke Nilai yang mengambil masa hampir setengah jam. Kawan-kawan aku pakat tidur dah masa aku drive, maklumlah penat sesat cari kereta kan. Jadi aku nak pesan kat korang, yang student, terutama perempuan, berhati-hatilah walau di mana pun anda berada. Aku rasa sampai sini je lah kisah sesat aku kali ni. Sorry kalau tak berapa seram, tapi kalau korang yang kena, fuhhh, rasa dia takyah cakaplah. Till then, byee.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

98 thoughts on “SESAT DI IOI CITYMALL”

  1. pelik la ko ngn kwn ko ni..ckp jln tu gelap gelita..xkn la x bukak lmpu x prasan..gile ko drive gelap2 tu..xkan sbb volkswagen tu hon bru prasan..jilake menipu

    Reply
    • Lol. Sumpah tak tipu do. Awak memang tak tahu lah sebab awak tak rasa macam mana rasa dia. Memang macam tak logik. But that is what happened to me that day, nak cakap macam mana memang itu yang jadi. takkan saya masih nak deny? mungkin masa tu ada samarsanar cahaya? who knows?

      Reply
      • Kalau dah takut, apaapa pun tak perasan dooo. Awak mungkin orang kuat semangat, so mungkin lebih peka πŸ™‚ thanks for reading!

        Reply
      • Cerita awak ni ada yang dah pernah kena. Firstly, parking IOI memang mengelirukan. Ada yang sesat. Tapi tak boleh dinafikan, kes hilang arah dalam mall ni pun ada jugak. Saya kerja kat mall ni dari dia baru sebulan operasi sampai sekarang, its not impossible. Even contractor yang memang dah lama kat sini pun ada yang kena macam ni. Contractor beb, dia yang paling arif kawasan ni. Dia pun kena sampai nampak macam-macam. Haha. Chill yo.

        Reply
    • Hi πŸ™‚ i am the one yang kena rasa semua ni. memang tak ada orang langsung, even mcd yang slalu sy tengok masih buka waktu waktu macam tu pun dah tutupbuat apa saya nak mereka cerita kalau saya tak lalui semua tu? nak bulak kadang kadang pike bah benda ya antap ka sik. thanks sebab baca πŸ™‚

      Reply
      • Jalan cerita awak meragukan. Umum tau mana-mana mall yang ada wayang tak kan tutup lampu..pukul 12 tu ada yang dalam wayang lagi. So macam meragukan..tah la..cerita lain please..sesat dalam mall ni macam clichΓ©. Okay bye.

        Reply
        • Yes i agree with you. Kalau lampu area lif memang terang, and area foodcourt ada kot cahaya macam emergency lamp. Yang tak terlalu terang, samar samar je. Thank you by the way! πŸ™‚

          Reply
          • kau chill je qis. orang yang mengata cerita kau tak betul ni semua acah acah bagus je padahal takde pengalaman nampak benda halus and lagi satu bajet power tak takut hantu. kalau kau tak takut hantu pun, jangan ah jadi bebal taknak percaya langsung cerita orang lain. lain orang, lain pengalaman.

        • La…dh nama pun dia dibawa ke dimensi lain..so of coz lah aktiviti di dimensi tu x sama..means kedai yg bukak di dimensi nyata xda la dlm tu…gelap sbb dia bukan berada di mall tu yg sebenar…benda basic kot…kalau kena ‘usik’ maknanya kita or ‘benda’ tu tembus ke dimensi masing2…. org yg ada dlm wayang n lampu kt mall tu dh xsama dimensi dgn penulis ni dh pada waktu tu….ngek btui la….pengalaman dia…dia tau lah….kondem je x abes2…. buka sikit minda tu…bagi bersambung sama….

          Reply
    • klaka la comment diatas nie.. mungkin korg kerap/ selalu lalu sana mmg xde pape tp korg kne fikir gak situasi yang dialami oleh penulis…. korg alami situasi biase tp penulis alami kejadian seram (pandangan dikaburi oleh syaitan)… cbe korg bace elok2 dan letakkn situasi penulis pada korg…

      Reply
    • Kau tak rasa memang leeee. kawan aku pernah kena lah. Pukul 11 lebih parking dah kosong, lampu satu2 tutup. Kalau kau kena, padan muka kau jela

      Reply
  2. Hi πŸ™‚ kepada semua pembaca. Kalau anda rasa cerita saya tak logik and saya menipu, terima kasih πŸ™‚ ini apa yang saya lalui and apa yang saya rasa masa tu πŸ™‚ kalau anda rasa anda dapat control. Apa yang terjadi masa tu, saya tak kisah. Tapi bukan anda yang menentukan apa yang terjadi masa tu πŸ™‚ fikirkan macam mana orang boleh hilang sekelip mata padahal tempat yang dilalui semua sama? Bukan ada yang menentukan semua tu, and cuba lah terima cerita orang πŸ™‚ Allah can do everything yang boleh diterima akal and yang tak boleh diterima akal πŸ™‚ terima kasih atas comment anda semua πŸ™‚

    Reply
    • I understand your situation.. saya selalu jgk lepak tengok wayang memalam kat sana..maybe cleaner tu tak cleaning kat tingkat tu..then rasa macam mmg dah xde sapa kat mall..saya prnah jgk ada di situasi awak but bila lepak ngn memb xde la takot sangat laki plk tu..but i belom pernah lagi la hilang kereta kat parking lot ioi tu..dont worry iam trust you..

      Reply
      • Thank you sebab faham πŸ™‚ well, it is okay, ada orang dapat terima cerita ni, ada yang tak. Tak apa. I cerita semua ni sekadar perkongsian apa yang I rasa and apa yang I lalui. Once again, thank you so much. Have a great day ahead! πŸ™‚

        Reply
    • abaikan apa yang orang nak kata. i love the way you story. benda ni nak mengacau dia tak kira masa dalam gelap atau tak tetap boleh kacau.

      Reply
    • Tahu tak awak, sejak IOI tu dibuka, pihak IOI ada sediakan satu mesin, ‘Find Your Car’ berdekatan dengan setiap autopay. Kenapa tak guna mesin tu bila tak jumpa kereta awak?

      Reply
    • Hi Qis. Terima kasih berkongsi pengalaman sesat di ioi city mall. Untuk makluman Qis, lokasi Qis park kereta tu memang keras dan pernah berlaku perkara2 pelik. Pernah sekali ada pengunjung bawa kereta tapi tak jumpa jalan keluar. Sehingga saya bantu dia keluar dengan selamat.

      Yang benar,
      Guard naik basikal

      Reply
  3. Sya okey je cite awak. Dah org panik kan.
    So pengajaran dia bila kita nk pergi manaΒ² biasakan sebelum keluar rumah atau sebelum kerera bergerak baca ayat kursi dan doa kenderaan serta bismillahi tawakkal tu ‘alallah…baca la hawla wala quwwata Illahi billah… Doa spya dilindungi Allah pergi dan balik. Baca apaΒ² yg patut spya jauh dr perkara x diingini. Berlindung kpd Allah… In syaa Allah selamat.

    Reply
    • a’a…panik satu…or mungkin pandangan kene tutup masuk alam lain…sbb tu nmpk gelap je…org yg x kena mmg nmpk normal…

      Reply
      • Qis ni org sarawak…tu yg saya pasti…hahahahahahha…

        black..betul..melalui pmbacaan kt FS ni, byk pencerita yg kata dia nmpak lain tp org sekitar nmpak lain/normal..

        Reply
        • Ha’a, memang dari Sarawak hahaha.

          Yes, betul. Sebab tu ada orang pertikaikan apa yang orang alami tu sebab diaorang tengok normal. Memang tak masuk akal. Even me pun, kadangkadang tak boleh terima, but then, memang dah benda tu jadi. Tapi, ni just sharing πŸ™‚ even I dah clearkan everything, readers tak dapat terima, so I cannot do anything hehehe. By the way thank you! πŸ™‚

          Reply
    • Yes you may condemn those writers if you think you are right πŸ™‚ no worries. πŸ™‚ i am here just to explain everything yang tak kena. Have a great day aheadddd! πŸ™‚ thank you

      Reply
  4. Lepas nI snap gambar tiang parking

    Tapi,qis sorang je nampak pak guard berbasikal..itu scary,creepy..huhuhu

    Kamek tauk kitak sik bulak..dah nebes,macam2 boleh jadi bah

    πŸ™‚

    Reply
    • Ha’a, tu yang seram. πŸ™

      Aok menaya, mun dah nebes sik pat aie nak pike apaapa, semua sik tentu. By the way maksehhh! πŸ™‚

      Reply
  5. Salam,
    Secebis nasihat utk sesetgh pembaca2 FS,jgnlah nk bash si penulis. Penulis hanya mencerita apa yg mereka alami ketika itu. Pengalaman seram kita semua lain2. Sebagai contoh,mungkin keadaan mall selepas pkl 12tghmlm management akan buat cleaning servis tp bukan setiap mlm ye. Atau mungkin, masa si penulis alami,ketika itu mmg sudah diuji keadaan mall gelap utk ‘benda’ tu mengusik. Anyway, pengalaman yg menarik Qis.

    Reply
  6. I know how it feels.Sebab tu I prefer pengalaman sebenar cuz hanya org tu yg alami benda tersebut dan nk share dgn kita, so jgnla kondem.
    Just my two cents , ini antara sbb orang tua2 ckp jgn keluar malam.Especially ladies pulak tu

    Reply
  7. Its okay. Your story seems logic to me. Benda kita x leh nk kawal n jangka. Bukan semua org have the same experience right. Keep it up ?

    Reply
  8. Mungkin kita dibuka ke alam lain..siapa tahu..alam ni luas..bukan kita je hidup atas muka bumi ni..banyak lagi makhluk lain..macam orang nampak bunian dalam hutan..mungkin dia je yang nampak..orang lain mungkin masih ditutup hijabnya..
    So far…agak menggerunkan jika sesat dia area parking..walaupun tempat luas dan banyak ruang..tapi keadaan itu jugalah boleh mengundang level sunyi & seram melampau..

    Reply
  9. Hmmmm lek lahhh..ini kan fiksyen shasha..misteri nusantara pon kdg2 betul kdg2 dak..layan citer sudah..hahahha ape punya kondem laaa

    Reply
  10. Sunway carnivall mall pkul 10 semua kedai dah tutup okay. Wayang bahagian atas jaa yg menyala lampu. Turun escalator semua mmg gelap dah sbb tdak satu pun kdai bkak. And yes nmpak samar cahaya sahaja. Bukan semua mall dalam dunia sama. Saya faham situasi qis. Yg rasa saja blh tau keadaan cemas tu mcm mana even kdang tak terima akal prkara tu. Tolak tepi dah semua tu.

    Reply
  11. Patern akk sbb zmn skrg zmn selpi kan, sooo suke snap gambor tiang parking keta tu…
    Snap gambor tiang ngan keta skali, pueh hati…
    Kot jd pape sonang akk nak carik atau mtk tlg org carikkan…

    Cumenye pasni anak2 dara jgn amalkan kuor lewat2 mlm dh yer…
    Bahaya…
    Makhluk halus blh lawan ngan ayat kursi…
    Kot makhluk kasar yg suke main kasar tu yg dikhuatiri…

    Reply
  12. come on guys, dia nak share je, tak percaya skip story lah. orang kene kacau mata dia tertutup dari dunia luar, biasa lah kalau nampak mall gelap ke apa. anyway kalau aku first thing first dah terfikir kereta hilang dah bukan sesat, confirm cari bilik management suruh tgk cctv. huhuhu

    Reply
  13. Aku pn pnah je sesat kat tmpt parking ni… seyes.. msa blm kawen aku pling xsuke parking2 tmpt shopping y besar sbb mmg aku pening… hahaha… lg2 kat mall2 mutiara dmansara tu.. bercntum2 parking… lpas kawen aku bergntung pd e.somi utk ingt parking…

    Tp pnah la aku kna berejam2 sesat… tp msa kna tu aku xterpikir mende usik, aku pikir keta aku hilang kna curik sbb ada e.somi. Aku cari guard and dia cdg tgk cctv.. elok plak keta aku ada… hahahaha… xsempat aku nk seram masa mende tu usik.. msa kna tu aku lpas tgk late night movie… mgkn somi aku ni trlmpau positif smpikn kami xpersan kna usik..

    Reply
  14. “And sesiapa yang dah hafal laluan situ, mesti tahu kan sepanjang laluan nak ke mesin tiket block B tu ada kedai-kedai”

    yg ade kedai-kedai sepanjang laluan nak ke mesin tiket block C, bukan block B. Maaf ya, saya dah biasa sgt dgn KLIA, sebab saya kerja sini. Block C tu memang xsunyi, orang akan sentiasa ada lalu lalang plus, situ ada jalan menghubungkan ke hotel sama-sama.

    btw, cerita IOI ni baru saya rasa ada logiknya, sebab awak dah periksa setiap level tp kereta awak takde, biasa lah, tengah malam memang benda tu sedang aktif. jadi pengajaran untuk saya jugak lepas ni. sebab saya pun penakut!. thanks !

    Reply
    • thanks for correcting me πŸ™‚ i am sorry, typing error πŸ™‚ sy maksudkan blok c, sebab tu lepas tu saya mentioned “and masa tu, kitaorang tak perasan pun kedai-kedai tu. Sebab nak balik cepat punya pasal. Tu salah kitaorang jugak lah. Huhu.” sebab nak cepat sampai saya pun tak perasan ada kedaikedai sepanjang jalan ke blok c tu, sedangkan di blok b tak ada pun kedai kedai tu πŸ™‚ by the way thanks for reading πŸ™‚

      Reply
  15. Next time kalau park kereta tangkap gambor tau! Jangan ingat saja dalam kepala, sebab kadang-kadang manusia biasa la lupa… Lagi satu, iOi City Mall ada macam mesin untuk kita carik kereta yang hilang, masukkan number kereta nanti dia tunjuk area mane… πŸ™‚

    Reply
  16. Saya dlu pon slalu gak gi ioi putrajaya tapi alhamdulillah xde pape yg seram berlaku…Tapi skang saya dh pindah ipoh, and kna kacau kat toilet ipoh parade waktu pkul 12:30 am camtu..baru je habis tgok movie…Tapi kan qis, org mmg slalu x percaya kat kita sbb diorang x rasa apa yg kita rasa..And saya pham story qis ade pengajaran supaya suma org hati hati especially pompuan bile kluar mlm..Abaikan jer org yg condemn tu okay? bye love u

    Reply
  17. kat ioi mall tu mmang de bnde2 mcm tu.xkire la ioi ke tau mne2 mall pon mmang de bnde2 mcm tu…….dlu sy prnah jd guard kt ioi tu….mmang de bnde2 halus kt situ…lbeh2 pg kt lot parking……

    Reply
  18. kat ioi mall tu mmang de bnde2 mcm tu.xkire la ioi ke tau mne2 mall pon mmang de bnde2 mcm tu…….dlu sy prnah jd guard kt ioi tu….mmang de bnde2 halus kt situ…lbeh2 lg kt lot parking……

    Reply
  19. Bab waze bawa ko pergi jalan m**i tu teringat massa aku kena pedajal dengan waze. Dah la malam 2 buta aku nak balik rumah adik aku area nilai guna waze. Dah la sorang 2 dia pedajal aku bawa pergi jalan m**i aku masuk satu kawasan tanah lapang ada banyak lalang. Dah la gelap gila. Yang ada cuma satu rumah pelik ber lampu malap dan menghasilkan asap hitam. Bila aku teliti betul 2 rupanya kemotarium. Setan punya waze!

    Reply
    • Allahu ! dasyatttt sampai jumpa krematorium. tapi area ioi city mall, memang kadang waze tu betul kadang tak betul, time tu boleh pulak dia bawak pergi jalan m**i masa tengah panik. dahla panik sampai tak ingat jalan balik, memang bergantung dengan waze. hahahaha. apaapapun, thank you for reading !

      Reply
  20. Walaupun saya tak pernah sesat kat mana2 mall, tapi saya percaya cerita awk. Yelah. Kalau dah kena kacau tu, mcm2 ‘benda’ tu blh buat kat kita. Kita bknnya thu org lain tu nmpk x apa yg kita nmpk. So, teruskan share cerita akak lg ok. Insya Allah saya baca πŸ™‚

    Reply
  21. Aku pun penah la sesat kat parking lot ioi putrajaya tu..huhu..masa tu baru2 buka, lepas tgk wayang jugak.. pusing2 kereta tak jumpa pintu keluar! EXIT tu nampak tp jalan dia tu ntah ke mana, kitorang pusing tempat sama.. hadehh..

    Reply
  22. Sabar ya penulis. Ada hikmah sesuatu perkara itu berlaku. Kita nampak makhluk halus ni pun dengan izin Allah gak..tu ja kata orang tua2..

    Reply
  23. ek eleh sape2 yg komplen x logik tu relax sudah penulis ni pun bukan suruh korang wajib percaya apa yg dia cerite…..

    Reply
  24. Nak tanya 1 soalan.
    Kata dah bayar parking.
    Then masa keluar tu pukul 2?
    Bukan ticket parking bg tempoh max 15min ke untuk keluar?

    Reply
  25. tabah lah qis….dah byk kali ko sesat kat parking …kesian pun ada …jangan jadi lagi udah berhuhu la jawapnya nanti ….. aku slalu buat mcm tu ingt apa tanda tpt aku parking disebabkan over confident byk kali gak aku sesat huhuhu

    Reply
  26. baca semua comment. letih la nak ulang benda yang sama banyak kali. sy tahu kewujudan mesin cari kereta hilang, ambik gmba tempat parking and so on. boleh berhenti tak sebut benda yang sama, sy dah explain, and ada jugak orang sebut benda sama. haihhh. apaapapun, thankyou for reading everyone πŸ™‚ i’m not going to continue my story anymore πŸ™‚ thanks for your support :* <3

    Reply
  27. phm mek rasa ktk ya Qis. haha.. kmk pnah xnemu jln klua dr parking ioi ya.. berpusin2 dlm parking crik cne jln klua.. hahaha… nk follow keta lain xnemu keta lain masa ya.. lepas ngga wayang juak masa ya.. tp area dlm ya dh gelap bah masa kol 12am.. mek tauk la sbb kmk salu ngga wayang sia mlm2.. hehe.. ngek juak org mdh ktk bulak ya.. haha

    Reply
  28. Saya pon pernah mengalmi kejadian yg sama; sesat kat parking ioi citymall. Tak jumpa kereta.. Masa tu hangout ngan kengkawan gak.. Balik dlm pkul 7, tak jumpa kereta.. Padhal memasing dh hafal no tempat parking tu.. Cari pusing2 , pastu start balik dri atas.. perasaan saya sama gak, dah baca ayat kursi 3qul sume dlm hati. Muka cover lagi sbb depan kawan. Haha.. Alhamdulillah last2 jumpa gak..

    Reply
  29. Lah. Bukan ke kat ioi mall putrajaya tu ada tempat cari kereta? Just key in plate number pastu nnti keluar kat screen. Sebelah escalator blkg watson tu jugak. Haha apalah 🀣

    Reply
  30. Saya pun ada pengalaman sesat dalam parking kereta ioi city mall. Kalau nak cerita mmg seram la. Masa tu balik dari tgok movie juga cerita Justice League midnight habis dalam pukul 12:45 lepastu pergi parking basement kereta (masa tu ada beberapa buah kereta lg parking). Otw nak pergi kt kereta tu mmg tk nampak kelibat langsung kereta saya. Pusing punya pusing kereta takde pergi level lain pun sama. Last2 saya ingat balik rupanya saya naik motor. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    Reply
  31. Pakcik selalu kena kalau tgk midnight:-
    Jusco Bukit Tinggi
    Mid Valley
    Sunway Piramid
    Yang paling teruk I-City, tobat x nak pgi lgi
    Harbour Place Klang parking kat tepi jalan ngan bawah, parking atas keras la ramai2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.