Sewaktu praktikal di Sabak Bernam

Aku kenalkan diri aku sebagai Meya..di sini aku nak ceritakan pengalaman ‘manis’ aku sepanjang praktikal di sebuah hospital kerajaan di Sabak Bernam..tapi bukan paasl hospital yang nak diceritakan..tapi rumah angker yang disediakan utk kitorang sepanjang praktikal..a

Sebelum tu aku gambarkan sikit persekitaran rumah tu..taman perumahan kitaorang dalam kawasan yang agak terpencil dan dikawasan perumahan majoriti bukan islam..kebanyakannya india dan cina..melayu cuma 2 3 rumah sahaja trmasuk rumah yg kami duduki..dan sebelum masuk kawasan perumahan tu perlu melalui jalan yang agak kecik dan jauh kedalam..yang sebelah kirinya adalah hutan manakala kanan adalah kuil besar yang ada lampu jalan pon hanya 2 3 shja di sepanjang jalan kecik tu..rumah kitaorng memang jauh dari kedai2 makan mahupun runcit..senang cakap susah dari semua kemudahan..even kalau ke hospital pon perlu jalan kaki sepanjang praktikal.

Sorry mcm panjang pulak mukadimah..selama seminggu stay sebenarnya takde gangguan..tapi bermula selepas kitaorang buat prosedur LO(last office)..dipendekkan cerita selesai je uruskan mayat kitorang dihantar oleh CI kitaorang dengan kereta dsebabkn time tu dh mlm..takkan nk balik jalan kaki pulak kn.

Kisah 1
Malam tu selepas selesai je bersihkan diri, masing2 ada yang dah terlelap ada yang main henfon ada yang otp..tp tetiba trdengar bunyi lesung batu macam org tumbuk sambal belacan. Bila tengok jam dekat henfon pukul 4 PAGI.!!! Terfikir isteri mithali mana plak pagi2 buta sebelum subuh bangun masak..awal betul..tapi masih buat tak peduli sebab sebelum ni tak penah dengar..tapi memang lama betul last2 trtidur mcm tu je. Bila esoknye tanya semua housemate pasal bunyi tu, yang pelik cuma bilik 2 dan 3 je yg dengar..master room langsung takdengar..husnudzon lagi. Tapi benda ni berlarutan sampaikn budak bilik 3 dh mula tak sedap hati. Jadinya minta izin nak tidur ramai2 dlm bilik kitaorang dan yang peliknya bunyi ni memang sharp pukul 4 je berbunyi..

Satu malam ni, lepas hampir seminggu si dia asyik mengetuk, kawan aku sorang ni boleh pulak gatai mulut pegi tegur..’eh sape tengah-tengah pagi ni rajin sangat tumbuk smbal belacan ni’ sambil dia mamai2 sebabnya asal budak ni dah tido tapi trjaga sebab bunyi tu..jadinya kitaorang yang belum tidur ni maki dalam hati berbakul2 sebab pergi tegur. Jadinya kitaorg yang tengah main fon terus off..tarik selimut tapi smpai kepala pura2 tidur..kawan aku yang menegur tu pulak baru sedar dia trslah tegur. Tapi kitaorg buat bodoh.. Lastnye dia tido sendiri..esoknye memang kena mrh la dengan kitaorg..dan .selepas ditegur benda ni lagi agresif mengacau..

Kisah 2
Budak bilik 3 cuma ada 2 penghuni. Jadi 1 hari ni, kawan aku yang nama Nita terlelap smpai maghrib. Kawan aku yang sorg lagi pulak Fifi keluar kejap dari bilik untuk ambil baju dekat ampaian luar rumah.. c Nita tetibe trjaga sebab bunyi azan, buka je mata nampk c Fifi tengah ambik penyangkut baju satu perstu. Dan yang buat dia seram c ‘Fifi’ ni tak ikat rambut dia dan dibiarkan menggerbang berbaju merah serta buat muka masam je.. So Nita tegur dia ‘Fifi nak buat apa degan penyangkut tu’ tapi Fifi ni cuma senyum tak jawab pon soalan yang Nita tanya..pastu terus keluar dari bilik tak smpai 5 minit begitu, tetiba Fifi ni masuk bilik tapi pakai baju hijau dan rambut berikat smbil bawa baju-baju yang diangkat ampaian..pastu Fifi tegur Nita..bangun lah dah maghrib ni tak elok la tidur..on the spot c Nita menagis terus lari masuk bilik kitorang (lemah semangat dan sangat-sangat penakut)..Lepas tu Fifi pun pelik la ikut ke bilik kitorg.. Lepasstu c Nita pon cerita la dr A-Z.. lagi brtmbh takut kitaorg sbb makhluk tu dh mula menyerupai..

Kisah 3
Ada satu malam tu kitaorg nk tidur..tapi sebelum tidur tu mcm biasa berborak dulu..tengah seronok gelak tiba-tiba paip air sinki dalam toilet bilik kitaorang terbuka sendiri..terus terdiam semua..lastnye salah seorang dri kitaorg bangun pegi tutup paip tu lepas tu cepat-cepat lari semua terus tarik selimut pura2 tidur smpai betul2 trtidur..oh ye btw bunyi bising pukul 4 pagi tu masih berterusan smpai mlm last kitaorg disitu..

Kisah 4
Disebabkan c Nita ni memang paling penakut n lemah semangat benda tu mmg suka mengusik dia..Satu hari tu Nita tertidur awal dlm pukul 9 mcm tu. Dia punya tabiat pula memang jenis dengar lagu sumbat kt earphone..bila lagu jlo on the floor je tetiba dengar orang mengilai..trkejut dia dan terus bangun, fikir tengh mimpi sekali dia dgengar betol2 memang panjang suara mengilai tu, sedangkan selama ni dengar sikit pun tak penah ada suara tu…

Kisah 5
Lepas semua benda yang terjadi taktau kenapa cuma budak2 bilik 2 3 je yang kena..budak masterbedroom memang tak penah kena usik disebabkn tu dorg pon jadi berlagak tuduh kitorg buat2 cerita sambil gelak2..Jadi kisah ke 5 ni adalah kisah yang terjadi dekat budak masterbedroom. Jadi malam tu 3 org sekawan ni yang aku namakn As, Wiyah dan Ara nak ke kedai nak beli brang untuk dimasak esok..yang peliknya apa kejadah la memalam ni jugak dorang ni cri pasal , dah la beli bahan mentah (ayam mentah) dah la kawasan yang dorang nak lalu tu hutan..tapi tak apala dh dorg riak sangat kn..hoho.. Jadi benda ni dalam waktu prjalanan dorg balik..tengah sedap dok jalan kaki smbil menikmati keindahan malam tu tetiba dorg rasa seram dan sejuk semacam, waktu tu jugak tetiba kepala ayam yang dok dlm plastik tetibe terjulur keluar dan masa tu jugak dorg ternmpk  ada benda melintas atas kepala (cik Lang)..)..apalagi lari tak ckup tanah dorang smbil menjerit..smpai kan pagar pintu semua tak tutup. Tu la ckp bsr lg..orang dulu-dulu ckp malam-malam kalo beli bahan-bahan mentah (ayam daging ikan) jangan lalu kawasan hutan..menarik perhatian cik Lang..tapi tak tau la sejauh mana kebenaran tu..

Kisah 6 (last episode)
Hari terakhir..kitorg fikir dh lega sebab nak keluar dari rumah ni tapi tak semudah itu..dia nk main jugak buat kali terakhir..salam perpisahan mungkin..ditutupnya bekalan air kitaorg..masa nk mndi tu bising la memasing. Ingatkan kawasan perumah tu kena stop air..bila tnya jiran kanan kiri ada je air..nak tak nak tumpang la rumah jiran mndi, tak kan la dah balik rumah tak mandi kn. Mulanya ingat pihak kolej tak bayar bil tapi fkir takde pula smpai bil trtunggak ke apa ke..tak apala husnudzon je..

Oh btw..sebelum kitorg gerak saja la korek rahsia dari untie2 india jiran kanan kiri ni ada history ke rumah kitaorg duduk ni..rupanya2 YE.!!!!! Nasib tau time hari lastn dah. Ok menurut cite untie ni..sebenarnya dekat belakang rumah kitaorg ni ada 1 pokok besar sangat..dan tak boleh ditebang. Dan dulu ada 1 family melayu baru masuk rumah ni..ada ank kecik 3 org..tapi tiap malam msti ank2 menagis. Jadi disebabkn tak tahan dorg pon pindah..tak smpai sebulan duduk..kata untie tu..disebabkn pokok belakang rumah tu la..sbb ada penunggu..patot la pntu belakang tu berkunci..yang aku bengang tak tahu la apa masalah dengan pihak kolej memang jenis tak brtgungjwb langsung sebab dengar citer dari senior-senior hampir semua rumah yang disewakan untuk pelajar di setiap tempat praktikal memang dorg ambik rumah yang bermasalah sebab murah kn.. Tapi tak fikir bahaya untuk kitaorg..kalo korng nak tau setiap tempt kitorg praktikal mmg ada ceritanya sendri..dan semua bnda ni jadi bukan dekat hospital yang kitaorg praktikal tapi rumah yg ditempatkn utk pelajar..kejam bukan..bukan setakat kes pecah rumah dan pukau..pasal org minyak pun ada..

Oh sebelum terlupa..janji ni last..hihi..psl lesung batu tu pon kitorg ada tnya jugak kt untie-untie ni..kot2 dorang yang bangun pergi masak..tapi untie2 ni jawab ‘aiyoo dik untie memang bangun awal masak untuk suami dan anak-anak tapi bukan pukul 4 pgi..pkul 6 atau 7 la..sapa mau bangun masak pkul 4 pagi..dlm mimpi lagi ‘haha kalo fikir secara logik memang ye la kn, takkan juga hampir setiap hari pukul 4 pagi memasak dan asik tumbuk lesung je..hahaha..k la akhir kata dari saya maaf kalo tak seram dan tak best sekadar berkongsi pengalaman dan dijadikan bahan bacaan..Assalamualaikum.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Meya

4 thoughts on “Sewaktu praktikal di Sabak Bernam”

  1. hahaha.. bangun 4 pagi kalau bulan puasa xpe jugak.. bangun sahur.. tapi sapelah yang tumbuk sambal belacan pagi2 buta kalau nk bersahur pun.. hahaha.. panas2 lauk jelah pagi2 tu..

    Reply
  2. Mil sy mmg sbelum subuh da msuk dpur wat sarapan.dekat2 subuh g msjid,jemaah..pas subuh da keluar g kje.mungkin Ade jiran awk yg sepesen mil sy..tp klo menumbuk smpai 1-2jam tu,lain da tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.