Shhh..abah tidur tu~

Hi, assalamualaikum kepada pembaca-pembaca setia fiksyen shasha. Sebelum ini, aku ada share satu cerita dekat sini yang bertajuk “Nenek?”. Kepada yang belum baca lagi kisah ‘nenek’ tu pergilah baca. Kalau tak best jangan marah ya~ Hehe. Okey. Hari ini aku nak berkongsi tentang satu lagi kisah seram yang aku alami sendiri sewaktu arwah mama aku masih ada lagi.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi masa aku tengah bersiap-siap nak pergi kerja. Kalau tak silap aku, masa tu dalam pukul 8 pagi dan ke atas. Atas berapa tu memang aku tak ingat dah. Sebab memori dah penuh dengan benda lain waktu tu. Hahahahha. Okey sambung balik. Masa tu, arwah mama aku tengah buat sarapan pagi dan dalam masa yang sama aku pulak tengah pakai tudung. Abah aku pula tengah bersiap nak mengeteh dekat luar dengan kawan-kawan dia. Abah aku ni memang sejenis kalau keluar rumah, kopiah dia memang tak lari. Tu kira treadmark dia lah dan kitorang sekeluarga dah tau dah kalau pakai kopiah tu mesti nak keluar pergi surau atau pergi mana-mana destinasi yang dia nak pergi. Abah aku ni pun terus keluar rumah dan bermulalah sesi bergossip dengan arwah mama aku ni. Faham-fahamlah gossip pasal apa kalau dengan anak -anak yang dah besar tu. Hahahahah.

Malangnya, sesi bergossip tu bertahan 5 minit je (Cis!Hahahah) sebab secara tiba-tiba abah aku balik ke rumah tapi dalam keadaan yang masam mukanya ibarat baru lepas bergaduh dengan kawan. Aku rasa pelik sebab ayah aku baru je keluar tapi lepas 5 minit dah balik. Aku perasan kopiah dah tak ada dekat atas kepala.

Tapi aku tak ada fikir yang bukan-bukan masa tu. Aku anggap je kopiah abah aku terjatuh dekat mana-mana atau pun abah dah simpan dekat dalam poket seluar. Waktu tu, arwah mama aku masih lagi tak perasan abah aku dah balik rumah dan nak sambung gossip balik tapi aku cepat-cepat tahan sambil buat isyarat tangan dekat mulut suruh senyap. Sebab masa abah aku masuk dalam rumah tu, muka dia macam tak best, kusam dan berjalan terus dekat bilik abang aku. Pintu pula di tolaknya separuh, tak tutup habis dan terus berjalan ke katil sambil menghadap dinding.

Sebab itulah aku buat isyarat senyap dekat arwah mama aku sebab takut nanti abah aku dengar. Aku buat isyarat tidur sambil tunjuk bilik abang aku dekat arwah mama untuk menunjukkan yang abah aku tengah tidur. Nasib baik arwah mama aku ni faham dan dia pun pergi jenguk dekat bilik abang aku untuk pastikan balik info yang aku bagitahu dekat dia tadi. Memang sah ayah aku tengah tidur waktu tu sebab aku pun ikut tengok sekali.

Lepas tu, aku pun pergilah kerja seperti biasa. Dalam pukul 10 lebih tu, aku dapat panggilan telefon daripada arwah mama aku. Aku pun jawablah panggilan tu sebab manalah tau arwah mama aku ada nak pesan beli barang-barang atau makanan ke. Berdesing telinga aku lepas angkat panggilan tu sebab arwah mama aku macam tinggikan sikit suara dia daripada biasa dan aku dapat dengar suara arwah mama macam resah gelisah. Aku pun tanya “Kenapa ma? Macam cuak je? Mama jumpa cicak ke?” sambil gelakkan arwah mama aku sebab arwah mama memang penakut kalau dengan cicak ni. Arwah mama aku tak layan pun gurauan aku tu dan terus cakap pasal benda lain. Perbualan tu macam ni.

Mama: “Ish! Bukan cicak la! Mama nak cakap pasal abah.”
Aku: “Hah? Kenapa dengan abah? Tidur kan tadi?”
Mama: “Haa tulah. Tadi kau cakap abah tidurkan?”
Aku: “Ha laa..kan mama sendiri tengok dengan orang (aku) tadi. Kenapa?”
Mama: “Dayah…jangan buat mama seram Dayah…”
Aku: “Kenapa? Apa yang seramnya?” (Aku dalam talian dah mula pelik dengan arwah mama aku ni.)
Mama: “ABAH KAU BARU BALIK NI??!!
Aku: “HAH?! Tapi tadi orang(aku) nampak abah masuk rumah terus pergi bilik along!” (Bersungguh aku jawab)
Mama: “Mama tanya abah pergi mana tadi. Bukan tidur ke? Abah cakap dia keluar makan. Baru je balik ni. Dah tu mama duduk dengan siapa tadi Dayah? Dah la mama duduk sorang dalam rumah.” (Jelas terdengar keluh kesah suara arwah mama aku tu)
Aku: “Tak apalah ma. Pasang surah dekat TV. Nanti orang(aku) baca ayat pendinding dekat keliling rumah.”

Perbualan tu pun tamat begitu sahaja dan buat aku teringat balik tentang situasi pagi tu. Aku berfikir sedalam mungkin dan aku baru perasan yang abah aku masuk ke dalam rumah tanpa bagi salam terlebih dahulu. Selain daripada kopiah, abah aku ni kalau masuk ke dalam rumah akan ucap salam dulu sampai bergegar satu rumah dengan salam dia.

Tapi, waktu tu abah aku masuk ke dalam rumah tanpa ucap salam dan terus masuk macam tu je. Aku pun baru perasan muka abah aku waktu tu macam samar-samar. Balik daripada kerja, aku terus baca surah 3 kul, ayat Kursi dengan Al-Fatihah dan aku tiup setiap penjuru, tingkap dan pintu
rumah aku.

Nak kata pandai, tak adalah pandai sangat tapi cukuplah sekadar melindungi arwah mama yang tersayang. Lepas daripada tu, dah tak ada dah kena ganggu waktu siang lagi. Tak faham aku. Dah tukar timing ke waktu ‘kerja’ Si HR (Hantu Raya) ni? ‘Kerja’ waktu malam sudah la. Ni pagi-pagi pun nak ‘kerja’ juga. Mungkin Si HR ni majikan dia dah tak ada. So ikut suka dia la nak ‘kerja’ bilakan. Bila ‘kerja’ sendiri tu yang ikut suka hati dia nak pilih timing bila. Hmmm…sabar jelah~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yaya SLM

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 45 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.