Shift Malam di Mall

Shift Malam di Mall

Assalamualaikum buat semua pembaca FS, Alhamdulillah baru tahu cerita saya telah diterbitkan oleh FS ( Perjalanan pulang ke kampung N9-Segamat). Terima kasih FS. Cerita tu dah lama berlalu so dah tak perlu untuk saya ingat balik kisah tersebut. Tidak dilupakan juga pembaca-pembaca yang memberi komen komen murni di FB dan juga kritikan membina untuk saya memantapkan lagi penulisan saya ni (walaupun hanya guna bahasa pasar je ). Huhuhuh hahahah dan heheheh juga akan dikurangkan demi keselesaan pembaca. 🙂

Awal penceritaan ni saya nak kenalkan diri saya semula, since saya dah guna nama pena IZZ so nama samaran iwan dalam cerita sebelum ni sila abaikan. Tu sebenarnya nama kawan saya. Ok untuk cerita kali ni tak berkenaan dengan saya pon tapi berlaku dengan ofismate saya sewaktu saya masih bekerja di salah sebuah mall kat KL. Kisah yang berlaku pada 2016 setahun selepas saya habis belajar. Excited betul bila dapat tawaran kerja buat pertama kali. Mall ni kalau ikutkan bukan berada betul betul tengah KL, cuma kat kawasan pinggiran KL dan bangunan tu dah agak lama juga walaupun berada dengan jalan utama tapi bila malam kawasan parking, kawasan tandas,dan kawasan selling floor sangat mencabar bila lampu utama dah dipadamkan. ( mostly bila shift malam and kena closing mall).

ofismate saya cerita, one day bila dia ditugaskan untuk shift malam and kena closing, actually bukan dia kena closing malam tu tapi sebabkan member dia kena balik awal so dia pon dengan terpaksa rela ganti untuk closing malam tu. Dipendekkan cerita, setelah tepat jam 10.10 malam. Tugas untuk memastikan store bebas dari pelanggan pon bermula. Tiga tingkat punya bangunan nak kena round sambil check store dengan fitting room. Of cos la dia kata tak rasa seram sebab ada guard ikut sekali tapi lama lama dia mula rasa sejuk. Nak kata aircond buka semua dah tutup kecuali aircond ofis je buka takkan sampai selling floor kot. Dia pula jenis yang tak pikir pasal benda alah seram ni semua so dia pon keep going checking everything yang perlu.

Sampai je dia kat tingkat tiga, bahagian yang ada kaunter customer service tu dia perasan ada cahaya macam PC yang belum tutup tapi berkelip kelip. Dia pon laju je jalan pergi kaunter tu and tinggalkan guard dekat escelator. Sampai je dia kat situ PC tu memang dah sedia shut down,time tu dia still boleh control takut lagi yelah terang tang tang depan mata kau tadi ade cahaya pc kelip kelip tp bila dekat pc dah tutup. Tak nak buang masa dia terus gerak dari situ. Time tu la jugak dia dengar ade orang bagi salam belakang dia, taknak pandang belakang terus dia lari sampai kat guard, guard pulak orang Nepal cakap pon tunggang langgang dengan dia sekali berlari turun escelator. Sebenarnya guard tu dah panggil ofismate aku ni sebab dia nampak ade orang atau bayang macam patung mannequin tu belakang dia, guard tu pulak pon penakut gamaknye tak nak pergi dekat ofismate aku tu walaupun pada pandangan ofismate aku kat situ mana ada apa cuma kerusi dengan kaunter je, banyak kali guard tu panggil tapi ofismate aku buat bodoh. Masalahnya memang dia tak dengar apa apa pon sunyi je kawasan tu macam takde apa.

Sampai ofis terus dia ambil beg pastu lari turun bahagian staff entrance. Lock apa yang patut terus hidupkan alarm and berambus dari situ. Dia kata kesian gak kat guard tu, nasib ada lagi sorang guard yang jaga entrance so takdelah guard Nepal tu tinggal sorang sorang. Otw dia keluar dari mall tu pon dia rasa macam ada orang ikut dia, so nak tak nak dia kena lepak somewhere sampai benda tu bosan dengan dia. ( Actually dia lepak kat masjid sebab takut punya pasal huhuhu )Saya ingat lagi dia ada cakap setiap kali dia clossing malam bila dia buat opening pagi mesti kedudukan patung patung mannequin sedikit berubah kadang kadang tangan patung semalam ke bawah esok pagi terpusing ke atas tapi dia tak pikir pon yang mannequin tu bergerak. Bersangka baikkk katanyaa.

Cerita kali ni mungkin tidak seseram seperti cerita cerita yang lain, tapi kita kena ingat walaupun kita menjaga percakapan tingkah laku dan sebagainya tapi kalau setan ni nak mengganggu dia tetap akan ganggu kita. Oleh itu perbanyakkanlah amalan amalan yang boleh menjadi benteng diri kita ni. In Shaa Allah kita akan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Semoga cerita kali ini mampu mengisi masa lapang anda. Itu sahaja. Terima kasih sudi membaca.

IZZ.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

IZZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

9 thoughts on “Shift Malam di Mall”

  1. Saya minta maaf kalau cerita ni tak seram dan tak sesuai dengan cita rasa pembaca. Saya hanya bercerita tentang pengalaman dan tak pandai nak mengolah ayat untuk jadi lebih menarik dan panjang. Apa yg diceritakan oleh ofismate saya, itulah yang saya ceritakan balik. Maaf jika cerita ini terlampau laju bila baca. Akan saya perbaiki lagi. In shaa Allah.

    Reply
  2. Masa keje jadi floor exec Parkson dulu pon pernah jgk la kna closing mlm2 mcm ni, kena tggu org buat kerja sampai subuh…. Tp Alhamdulillah la xde kena bende mcm ni

    Reply
  3. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, saya nak buat pengakuan jujur dan nak minta maaf pada semua yang membaca, semua cerita yang di buat oleh saya iaitu “kisah di universiti”, “shift malam di mall” dan “perjalanan pulang ke kampung N9-Segamat” adalah kisah yang saya reka sahaja. Bukan pengalaman sebenar saya. Saya tahu saya dah membuat salah dan menipu semua orang. Saya minta maaf banyak2 pada semua pembaca. Saya menulis tanpa berfikir dan hanya memikirkan kepuasan saya sahaja . Sekali lagi saya minta maaf sangat2.Terserah pada FS untuk padam kisah2 tersebut. Yang benar IZZ.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.