Si celupar

Hi dan Assalamualaikum. Nama saya Lin. Actually ni cerita pertama yang Lin kongsikan dan Lin rasa kisah ni seram bagi Lin. Lagi satu Lin ni sebenarnya pembaca tegar Fiksyen Shasha, tu tergerak hati nak kongsi kisah Lin dekat sini. Sebelum tu Lin nak ucapkan terima kasih kepada pihak FS kalau sudi publishkan kisah Lin yang tak seberapa ni dan Lin nak minta maaf kalau kisah ni tak seram bagi pembaca di luar sana. Oh ya!dalam kisah ni Lin akan bahasakan diri Lin sebagai aku.Hopfully korang enjoy baca cerita ni okay! (eh eh baru intro dah panjang berjela jela)

Kisah ni berlaku bulan lepas. Aku pergi ke Perak bersama kawan kawan bertemankan ibuku. Setelah sampai di tempat penginapan, seperti rutin di rumah, kami akan pilih bilik masing masing, mandi,dan bersiap siap untuk keluar makan malam. Aku memilih untuk tidur bersama ibuku sepanjang berada di sana.

Setelah melantak sampai kenyang di restoran kami pulang untuk berehat. Pada mulanya, tiada apa yang berlaku tetapi selepas pulang dari dinner, salah seorang rakanku Nana menegur benda tu “weh Lin aku rasa  rumah ni macam ada penghuni je sebelum kita”.”Pammm”seusai nana berkata begitu tiba tiba bunyi segala periuk dan barang keluli jatuh umpama budak-budak bermain masak- masak. Bunyi tersebut datang dari dapur rumah. pada mulanya tiada rasa apa-apa cuma seram sikit je. kami berlari bergegas mendapatkan bunyi itu. Alangkah terkejutnya kami. masing-masing mulu melopong dan mula berpandangan antara satu sama lain. Tiada sebarang periuk atau kuali mahupun pinggan mangkuk dan pisau di situ. Aku hampir pitam melihat apa yang berlaku. Rasa seram mulai merasukiku. Untuk pengetahuan semua semangatku memang lemah kerana aku pernah dirasuk suatu ketika masih disekolah rendah. Aku nampak kelibat hitam disekeliling dapur. Aku tidak dapat melihat rupanya tetapi aku nampak mata merahnya semerah d***h sedang menenungku. Habis kesemua ayat kursi dan surah lazim aku baca. Tetapi nasibku malang bacaan berterabur itupun dalam hati. Kerongkongku seperti disekat dengan sesuatu. Kakiku pula seperti di kunci pada waktu itu. Keadaan ku menjadi semakin tidak terkawal.

Mereka (ibuku,rakanku) tidak melihat apa yang ku lihat. tanpa berlengah, Serta merta rakanku meminta bantuan penduduk setempat untuk membantu. Setelah diazan di setiap penjuru tempat barulah keadaan menjadi reda sebentar. Mujurlah rakanku, Nina memanggil orang yang betul. Orang tersebut adalah ustaz yang bekerja di pusat perubatan islam. Setelah diubatkan dan dipulihkan semangat, aku berasa lebih lega dan tenang. Namun,aku masih rasa tidak sedap hati semasa tinggal disitu walaupun sudah dipagarkan. Rasa seram dan kejadian yang menimpa aku masih teru menghantui ku. Tidur pun tak lena. dengar ada bunyi sikit je pasti terjaga. aduhai la nasib diri.

Kisah 2.😣

Kisah ni berlaku semasa hari terakhir kami disitu. Sewaktu insan-insan berdosa lena diulit mimpi ,tiba tiba tingkap bilik yang ku diami itu diketuk secara bertalu talu. ‘tuk tuk tuk’ kejap kuat kejap perlahan. Bulu romaku mula berdiri. (tingkap itu menghadap depan rumah). disebalik rasa takut, aku beranikan diri menuju jendela lalu menyelak lasir tingkap tesebut. “Allah” Terkeluar kalimah Allah kerana terperanjat dengan apa yang aku lihat. Aku menjerit sekuat hati bila melihat lembaga yang muncul di dapur memandangku sambil tersenyum sinis. kalau hensem tak pa juga, tapi wajahnya sangat menggerunkan dan menakutkan. Arghhh, kali ini aku ternampak wajahnya yang amat hodoh! Aku seakan histeria. jeritan-jeritan menyebabkan semua ahli dalam rumah itu terjaga dan lanta bergegas mendapatkanku. Mereka cuba menenangkan ku lalu membaca surah yasin beramai ramai di ruang tamu yang berlapikkan sejadah. Keadaan ku menjadi pulih namun masih diselubungi rasa takut.  Setelah Subuh kami bersiap siap lalu terus bertolak ke pusat perubatan islam. Setelah itu,tiada apa apa lagi berlaku padaku.Alhamdulillah😁

-Malang sungguh nasibku.  Nana yang celupar,aku yang kena!Tetapi mungkin benda itu tidak mengganggu Nana kerana aku yang lemah-
Sekali lagi aku minta maaf jika kisah ini tidak seseram yang disangka.
Dari aku
-LIN
Assalamualaikum!

Lin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

4 thoughts on “Si celupar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.