siapa berdiri depan pintu?!

Assalamualaikum terima kasih fs sudi siarkan cerita ni. nama aku nana (bukan nama sebenar) kisah yg akan aku sampaikan ni secara peribadi aku rasa ada kena mengena dgn kisah lampau keluarga aku tapi aku tk pasti kesahihan nya sebab bila aku tanya mak dan nenek aku diorang akan kata takda apa-apa. Tapi jujurnya aku rasa ada..

Kisah ni jadi masa aku duduk rumah flat di klang, rumah aku tingkat dua and kisah ni jadi time aku 17 tahun. Sebelum aku pindah ke rumah tu , kawan aku pernah bgitau yg penghuni sebelum tu kenalan dia and diorang ada cerita yg rumah tu seram but family aku mcm buat taktahu je. So kisah ni start lepas aku duduk rumah tu. Nk dipendekkan cerita ayah aku bawak teksi and selalu keluar waktu pagi kalau weekend. Bilik aku dekat dgn dapur and belakang bilik aku balkoni yg boleh nmpak tempat park kereta, kalau keluar nk ke toilet kena lalu balkoni tu. And kalau berdiri dri depan pintu bilik aku boleh nmpak pintu utama sbb betul2 depan mata (agak jauh dri bilik aku).

So haritu sabtu, aku tidur bilik aku berdua dgn adik perempuan aku. Macam biasalah kalau weekend bagi budak sekolah mcm aku heaven boleh tidur lambat. Jam pukul 1 pagi aku and adik aku still awake otp dgn bf masing2. Masuk pukul 2 adik aku dah pun masuk tidur tapi aku rancak lagi berborak (tak ingat borak pasal apa sampai berejam ni haha) sampai la pukul 4 pagi, aku da mengantuk so aku bgitau bf aku dah nk tidur takut aku bangun lmbat bising pulak mak aku. So sebelum aku tidur aku minta dia tunggu aku nk pergi kencing. Masa aku keluar bilik tu aku nmpak ayah aku siap2 kt ruang tamu (nak keluar da kot) getus ku dlm hati.

Selesai je buang air kecil, aku berhenti dekat balkoni tu nampak teksi ayah aku da hidup, dia da keluar. Mcm yg aku cakap dri bilik aku boleh terus nmpak pintu utama. Kalau duduk flat ni balkoni luar tu akan hidupkan lampu dri pukul 7pm-7am. Sebenarnya mmg rutin aku setiap kali aku nk masuk bilik aku akan usha lubang kecil bawah pintu tu. sbb area rumah aku bnyak kali kehilangan kasut and selipar so mcm kitrg akan susun selipar depan pintu biar nmpak ada lagi tk selipar tu. and sepatut ada cahaya dri luar melalui lubang bawah pintu tu tapi malam tu takde. Mulanya aku ingat adik2 aku susun selipar bertindih sampai tertutup lubang tu tapi bila aku perhati dia punya tertutup tu semacam , mcm sengaja ditutup habis lubang tu. so dalam kegelapan tu aku tenung je lubang tu, sampai la slow2 aku perasan mmg ada “bende” berdiri depan pintu tu!! btw antara ruang tamu and dapur rumah aku ada dinding and ada langsir so masa aku pandang tu dri bawah ke atas slow2 sampai kepala aku terpaksa mcm mendongak nk tengok bende tu and yaa it is. Aku nampak bende tu hitam tinggi sampai syiling, besar sampai tertutup pintu and “dia” membelakangkan aku. Aku sampai sekarang taktahu apa bende tu (menangis)..

Tergamam and terhenti kejap jantung aku, terus aku slow2 masuk bilik and kunci nasib baik dia tk berpaling(klau tak da pengsan). Dalam jantung aku mcm nk gugur tu Aku terus terdiam kt atas katil sambil pegang fon yg bf ku still tunggu, tak mampu aku nk bercakap dlm fon tu, aku diam je takut “dia” dengar sambil mata aku meliar takut2 dia dlm bilik sampai la aku tertidur. Sumpah takboleh lupa kenangan tu sampai sekarang aku takut nk keluar kencing even da pindah rumah. Aku cerita kt mak aku dia ckp padan muka siapa sruh tidur lewat. Haih semoga itu kali pertama and terakhir aku nmpak dia ..
Itu sahaja dripada aku sorry kalau boring sikit , ada masa kita jumpa lagi nk cerita bende lagi seram hehe sekian terima kasih…

hanis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “siapa berdiri depan pintu?!”

  1. Hanis hanis, elok buat karangan dlm bahasa inggeris je kalau mcm ni, lg senang aq nk fhm. Best sgt ke guna bahasa rojak? Sayangilah bahasa ibunda, bahasa melayu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.