Siapa di situ…?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan followers Fiksyen Shasha. Pertamanya, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak FS kerana sudi menyiarkan kisah seram pertama aku di layar media. Boleh ikuti kisahnya di sini…
https://fiksyenshasha.com/buat-apa-tu/. Untuk kali ini aku akan ceritakan pengalaman di mana terjadinya kisah yang belum terungkai sehingga kini ketika aku berada di kampung kerana pabila tibanya musim raja buah tempatan, pasti aku akan mengingati pengalaman ini. Okay, jom…
.
Beberapa tahun lepas, sewaktu arwah mak aku masih hidup, kami sekeluarga telah pulang ke kampung sebelah arwah mak dan negeri kelahiranku iaitu di Perak. Opah dah berkali-kali menelefon suruh balik, dan memang setiap kalinya tiba musim buah durian pasti opah akan memanggil anak menantu cucu untuk balik ke kampung…

Kami bertolak dengan menaiki 2 buah kenderaan iaitu abah, arwah mak dan adik bongsu aku 1 kereta. Aku pula bersama dengan 2 orang anak lelakiku yang ketika itu berusia lebih kurang 5 dan 3 tahun agaknya (aku tak ingat tahun bila terjadi). Mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih, kami akhirnya tiba ke kampung halaman. Menghirup udara yang bersih, dengan bunyi cengkerik dan line telefon yang tidak berapa nak clear. Almaklumlah, kawasan kampungku jauh sikit di pedalaman, line Celcom boleh gagah laaa…

Seusai melepaskan penat, makan-makan dan berehat di waktu petang abahku menyatakan pada opah dan arwah atok mahu ke kebun di hujung kampung untuk melihat durian jika ada yang telah gugur. Sebenarnya, belakang rumah opah aku pun banyak pokok-pokok durian sehingga ke tebing sungai. Tapi, disebabkan arwah atok aku kata durian di kebun hujung kampung tu lagi sedap dan tak berbuah banyak. Makanya, abah aku teringin nak pergi untuk melihat mana tahu rezeki ada buah yang gugur….

Aku pun dengan excited nak pergi juga, sebab pertamanya aku belum pernah pergi ke kebun tersebut sedari kecil sehinggalah dewasa. Anak-anak aku pun nak ikut jugak, haishhh laa anak! Arwah mak aku melarang dari membawa anak, tetapi abah aku kata takpe bawak je budak-budak tu sebab nak pegi sekejap je. Dan, selepas solat asar kami menuju ke kebun di hilir kampung dengan menaiki kereta abah seramai 5 orang iaitu abahku, seorang sepupu lelaki, aku dan 2 orang anak aku…

Perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan melalui jalan yang sempit dan rumah-rumah kampung di kiri kanan. Namun, banyak yang telah ditinggalkan tiada berpenghuni kerana anak-anak kampung ramai yang berhijrah ke luar bandar dan hanya pulang ke kampung untuk berkumpul semasa musim cuti sekolah dan perayaan. Sesampainya, di kebun… Sambil memandang sekeliling, baru aku tahu rupanya hanya ada beberapa batang pokok durian sahaja di sini dan terletak di tengah kawasan kebun kelapa sawit yang bersebelahan tebing sungai Perak dan aku anggarkan tidak beberapa jauh dari melihat persekitaran kebun…

Seusai aku menapakkan kaki di tanah kebun kelapa sawit, secara spontan aku mendongak ke langit di depan aku kerana secara tiba-tiba angin bertiup kencang menggoyangkan pokok tinggi dan pokok buluh yang berada berdekatan pokok durian yang jalannya sedikit tinggi di depan. Tapi, yang aku berasa musykil kenapa daun pelepah pokok sawit yang di bawah ni tidak ada bergoyang kuat. Hmmmm… Hati aku masa ni tak berapa nak sedap, tapi aku hiraukan sebab takda apa kot. Sebab dalam fikiranku hari dah petang, tebing sungai kan dekat, pastu pokok ni tinggi sedikit sebab macam ada bukit tanah merah. Tu yang bergoyang kuat… Husnuzon

Aku terangkan dulu kedudukan pokok durian yang limited ni yaa. Terletak di tengah-tengah di antara kebun kepala sawit dan pokok buluh tinggi tadi. Pokok durian ni dikelilingi lalang yang semak dan agak tinggi dari aku yang berketinggian 163cm. Dengan tak membuang masa, sepupu lelaki aku bergerak ke kanan manakala aku, abahku dan anak-anak bergerak ke sebelah kiri kebun. Pokok durian yang kami nak tengok buahnya berada di tengah-tengah. Pembaca mesti tertanya kenapa anak-anak ikut jugak nak masuk dalam semak? Aku dah larang dan nak tunggu aje di kereta sebab masih berdebar, tapi biasalaa budak-budak merengek memberontak nak ikut tok ayah depa jugak. Masa ni aku dah geram, dah laa hati dok rasa tak tenang…

Then, anak-anak aku berjalan dengan abahku dan aku mengikut dari belakang. Sebelah kanan aku semak lalang tinggi dan ada sebatang pokok durian di tengahnya. Dari situ, aku boleh je mendengar suara sepupu aku dok bercakap di sebelah semak sana. Abah aku juga melihat kot ada buah yang gugur, tapi nampaknya tiada rezeki dan kemudian sepupuku muncul dari sebelah semak dan menyatakan pokok durian yang lain pun tiada yang gugur. Aku mencadangkan supaya balik sahaja kerana aku betul-betul tak sedap hati memandangkan angin masih lagi bertiup dan abah aku masih dok buat relax jaaa… Anak-anak aku biasalaa terkinja-kinja tak tau nak rasa apa. Yang tau rasa seronok sebab boleh dok masuk hutan…

Kami pun berpusing balik berjalan menuju ke kereta. Sepupuku berjalan di depan, diikuti oleh abahku… Kemudian, tetiba anak sulung aku takmau bergerak dan aku menyuruh dia supaya cepat jalan. Dia pulak boleh dok buat perangai masa ni jugak. Nak suruh dukung dan dok buat bebai. Semakin laju jantung aku masa ni, sebab kedudukan anak aku berdekatan dan membelakangkan semak lalang tinggi. Aku saja nak buat suasana bising dengan memanggil abah aku suruh tunggu dan ambil anak kedua aku.

Sambil aku memujuk, menarik tangan anak sulung aku dan berjalan, tetiba aku terdengar bunyi berdehem di dalam lalang di sebelah kiri. Aku terkejut, terus berhenti berjalan dan menoleh ke arah lalang tersebut dan cuba mengamati suara apa sebab aku takut salah dengar kerana angin masih lagi bertiup. Kemudian, secara tetiba suara tu berdehem sekali lagi secara jelas dan nyata supaya aku lebih dengar barangkali. Kali ni aku dah tak tunggu, terus sahaja aku mencempung dukung anak aku dan berlari laju menuju ke abah aku yang dah sampai ke kereta. Buka pintu jaa, aku lempaq anak aku dan aku melompat masuk terus senyap. Hahaha… 

Masa tu aku rasa dah nak terburai urat perut dan nafas menjadi sesak. Jantung aku berdegup laju ibarat sudah berlari pecut 100 meter. Kemudian, abah aku cuba menghidupkan enjin kereta namun yak berjaya. Cliche gilaaa time ni.!!! Abah aku kata, eh awat pulak niiii??? Aku punya laaa berdoa siap tutup mata ketaq! Rasanya setelah beberapa kali mencuba baru boleh hidup enjin kereta. Ya Allah! Time ni rasa lega taktau nak habaq! Aku secara spontan melihat jam di tangan menunjukkan pukul 6 petang lebih Dan rasanya lebih kurang sejam kami berada di situ. Aku mendiamkan diri tidak menceritakan lagi peristiwa tadi sambil beristiqfar sepanjang jalan menuju ke rumah opah…
.
Sesampainya di rumah opah, kelihatan semua penghuni masih berada di luar rumah sambil berborak santai. Turun dari kereta dan selepas berasa lega aku pun dengan tak berlengah lagi bertanya pada abah aku, sedar tak perkara pertama yang terjadi masa baru sampai ke kebun? Abah aku berfikir seketika dan  berkata takda apa… Aku berkata abah tak perasan ke angin kuat dan pokok tinggi depan tu bergoyang teruk macam kena tiup angin ribut. Abah aku kata dia tak perasan dan memang tak nampak… Yang dia perasan hanyalah suasana berangin aje.

Kemudian aku ceritakan peristiwa suara berdehem di dalam lalang semak dekat pokok durian tu. Abah aku kata dia tak dengar apa pun masa tu… Aku kata suara tu kuat, yang aku boleh berhenti kali kedua tu sebab aku nak pastikan betul ke tak apa yang aku dengar. Opah dan arwah atok aku yang mendengar cerita aku kemudiannya mengeluarkan arahan keras melarang supaya aku jangan pergi lagi ke kebun tu. Jangan pergi deme kata… !

Tapi, deme tak cerita pulak sebab ape… Abah aku kemudiannya berkata, dia pun tersilap dan terlalai… Tak peka seperti selalunya… Tak membaca apa yang sepatutnya seperti selalu. Dan ini mungkin pengajaran untuk beliau supaya lebih berhati-hati lagi di kemudian hari. Maka, dari pengalaman ini benarlah seperti apa yang diperkatakan, benda-benda ini semua akan terjadi takkala umat manusia berada di dalam keadaan yang terleka dan terlupa… Syukur alhamdulillah, kerana tiada perkara yang buruk berlaku dan selamat semuanya…
.
Itu sahaja perkongsian cerita dan sebahagian dari pengalaman hidup aku. Ampun dan maaf dipinta jika ada salah tersilap bahasa di dalam posting kali ini kerana ianya memerlukan perungkaian yang agak panjang untuk memahami jalan ceritanya. InshaaAllah, jika diberi kesempatan yang lain akan ada kisah benar lagi untuk aku kongsikan. Dikesempatan ini, dapatlah para pembaca menyedekahkan Al Fatihah untuk arwah mak dan arwah atok aku yang telah berada di alam abadi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih dan assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Pelangi Sukma

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.1]

1 thought on “Siapa di situ…?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.