Siapa Dia

Assalam dan salam satu Malaysia. bertemu kembali bersama Ato.

Kisah ini berlaku semasa aku tahun pertama di tempat baru aku bertugas setelah berpindah dari Pulau Banggi. Kisah berlaku pada tahu 2012. Tempat aku bertugas ni kawasannya berkongsi dengan tanah orang kampung. Jadi kawasan tempat kerja aku ni dikelilingi rumah-rumah orang kampung. Padang bola pun kepunyaan kampung. Pendek kata, tempat aku bertugas ni serba serbi kekurangan. Elektrik pun hanya ada mengikut masa pejabat. Kalau malam, elektrik hanya dihidupkan pada jam 6.30 petang hingga jam 11 malam. Selepas tu pandai-pandailah cari penerang rumah sendiri.

Tempat baru ni dikelilingi hutan dan pokok sawit. Nak masuk dalam tempat ni perlu ada kereta pacuan 4 roda. kalau kereta-kereta kecil, terpaksa parking di luar jalan besar dan kemudian naik bot ke tempat keja. Perjalanan naik bot memakan masa 25 minit menyusuri sungai besar Paitan. Tambang pulak rm10 perkepala perjalanan pergi sahaja. Kalau sewa bot pula, bayaran rm50 dikenakan.

Pada satu Petang, aku ke kantin dan duduk sendiri menikmati kesegaran udara hutan. Kantin kami terletak betul-betul tepi hutan dan anak sungai. Aku suka di skantin santai-santai sorang diri kerana suasan yang mendamaikan dan kekadang tuan kantin temankan aku sembang-sembang. Petang tu aku order nescafee dan maggi goreng telur. Selesai menghantar pesanan aku, kemudian tuan kantin dan isteri meminta izin untuk jalan kerana ada barang-barang kantin hendak di beli. Maka tinggalla aku sorang diri di kantin melayan perasaan. Duduk di kantin sorang diri agak menyeramkan juga walaupun ia mendamaikan kerana suasana dia suram. hanya kedengaran nyanyian unggas-unggas alam.

Lebih kurang jam 6 petang tu, tiba-tiba sorang kawan datang dan lalu duduk tempat aku dan kemudian kami sembang-sembang tentang kerja. Sebelum azan Magrib berkumandang, aku kemudian meinta izin untuk balik dulu. Sesampainya di rumah, alangkah terkejutnya aku, kawan yang bersama aku di kantin tadi sedang baring-baring di biliknya. Aku naik hairan. Laju juga dia sampai rumah sedangkan aku yang dulu balik dari dia.

Aku ketuk pintu dan masuk dalam biliknya. Aku pun sergah dia. ” lajunya jalan, kau terbang ka apa ni”. Dia sepertinya tidak faham apa yang aku maksudkan. Dia minta penjelasan. Aku pun ceritakan perkara sebenar. Dia hanya senyum kambing. Dia kata dia di bilik saja selepas dari kerja tengahari tadi. cuma dia tutup pintu sebab tidur. Pintu bilik dia buka selepas dia bangun dari tidur. Aku sangat-sangat kehairanan. Menurut kawan tu, perkara tersebut memang selalu berlaku sama ada dikalangan staff atau pun orang kampung. . Siapakah sebenarnya lelaki yang aku jumpa dan sembang bersama di kantin tadi. Mungkin jin yang menyerupai manusia atau mungkinkah bunian. Almaklumkanlah kawasan hutan. Wallahu’alam.

Selepas kejadian terseut, aku tidak duduk sorang-sorang lagi di kantin kecuali tuan kantin ada di sana. Tuan kantin bpernah bercerita tentang gangguan yang pernah dia dan keluarga alami selama dia di Kantin. Satu malam, generator dia tiba-tiba m**i sendiri. Dia agak-agak masa tu dalam jam 2 subuh. Oleh kerana tidak mahu anak kecilnya kepasan dan kegelapan, maka dia pun keluar untuk melihat apa berlaku. Dia capai lampu picit dan terus menuju ke arah pondok kecil generatornya. Seyelah siap memeriksanya, rupanya generator kehabisan minyak petrol. Dia pun menyisi minyak dan menghidupkannya semula.

semasa hendak masuk ke kantin, tiba-tiba dia dikejutkan oleh satu bunyi yang sangat garang. bunyi ala-ala serigala. Bila dia toleh ke arah bunyi tersebut, alangkah terkejut dan takutnya dia bila melihat seekor makhluk berbentuk seperti anjing dengan mata menyala dan lidah terjelir keluar Tapi panjang mencecah tanah. Saiznya pula 3 kali ganda saiz anjing biasa. Katanya makhluk tersebut melihat dia dengan penuh nafsu seperti anjing kelaparan yang tidak makan beberapa hari. Dia segera membuka pintu. Tapi oleh kerana terlalu takut, tombol pintu pun dia tidak nampak. dia tolak-tolak pintu sehinnga isteri dia tolong bukakan dari dalam. Isteri dia hairan dengan kelakuannya. Dia tuding jari ke arah makhluk yang dia nampak tadi. Tapi pelik ketika itu, makhluk tersebut telah hilang dan lenyap entah kemana. Peristiwa ini menyebabkan dia demam 2 hari.

Di kampung tempat saya bertugas ni memang selalu berlaku benda-benda pelik. Ada satu kejadian berlaku di rumah kami. Ianya berlaku seminggu sebelum berpuasa Ramadhan. Malam tu aku terjaga dari tidur sekitar jam 1 malam. Aku pelik ada bunyi orang memasak di dapur. Aku memang sangka ianya pasti kawan sebelah bilik. Sebb hanya dia yang rajin selalu memasak. “dia masak kura-kura kali ni knapa dia memasak tengah malam” bisik hati ku. Aku biarkan saja daan cuba untuk tidur semula. Bau masakan dia boleh-boleh pulak membuka selera ku. Bunyi kuali sperti bunyi seseorang sedang menggaul masakan. demikian juga bunyi piggan mangkuk yang sedang dicuci. Memang agak kecoh juga… Saya dah mula hairan, bunyi di dapur dah macam orang sibuk memasak kenduri lagaknya.

Aku bingkas dan pergi ke dapur konon-kononnya hendak menolong apa yang patut. Kesian juga dia memasak sorang dalam kepekatan malam berlampukan lilin. “lahaula wala quwata Illah billahil aliyil aziim” aku terkejut kerana tiada apa-apa yang berlaku di dapur mahu pun orang memasak. aku kembal ke bilik. Bulu roma aku tidak berhenti-henti meremang. Aku teruskan dengan bacaan-bacaan surah-surah lazim kerana tidak ingin jiwaku terganggu. Aku keluar bilik kemudian masuk ke bilik kawan. aku tidur di bilik kawan malam tu.

besoknya kawan terkejut tengok aku tidur d bawah katilnya. Lantas dia kejutkan aku untuk siap-siap kerja. SAelepas dah selesai bersiap, kami kemudiannya sarapan. ketika sarapan ni dia bertanya kepada aku apa yang berlaku sehingga tidur di bilik dia tanpa alas. Aku pun menceritakan apa yang berlku malam tu. Dia sengeh lalu tergelak. Dia sengaja tidak memberitahu aku tentang misteri rumah yang kami duduk. Bunyi orang memasak tu katanya memang selalu kedengaran dari dulu lagi. Oleh kerana sudah terbiasa dengan keadaan tu, maka dia tidak hiraukan. Cuma dia akan cuba elakkan bangun lewat amalam antara jam1 hingga jam 4 kerana katanya ada lembaga perempuan cantik selalu duduk di kerusi meja makan. “Malang sungguh nasib aku ni asyik terkena duduk rumah yang ada penungu. Dari pulau hinggalah ke hutan” aku bermonolog mengenangkan nasib diri di rantauan.

Gangguan Perempuan cantik duduk di daour aku tidak pernah alami. Tapi kalau sekadar gangguan-gangguan bunbung rumah dibaling sesuatu itu sudah biasa. dia akan baling 2 3 kali kemudian senyap begitu saja. Gangguan-gangguan histeria pulak sering berlaku di asrama sekolah. Setiap bulan pasti ada saja kedengaran budak-budak asrama histeria. Di kawsan tempat kerja ku ni terdapat 1 sekolah rendah, 1 sekolah menengah dan klinik. Kawasan berhampiran saja dalam kawasan kampung. Kini, tempat saya bertugas dah pindah ke kawasan Pekan Paitan, Beluran, Sabah. Gangguan-gangguan tetap ada tapi hanya gangguan-gangguan kecil sahaja dan kebanyakkannya gangguan semasa tidur.

Di tempat baru ni kami tinggal di rumah kongsi. rumah bekas pekerja-pekerja pembinaan tempat kerja ku. Kedududkan rumah kami dipenjuru dan bahagian belakang ada belukar dan hutan tebal. Dengar kata, belukar tu adalah tempat melepaskan makhluk-makhluk yang telah dibebaskan dalam upacara perawatan orang sakit. debb tu ianya memang amat menyeramkan. Kalau kawan saya bercuti, aku tidak berani duduk sorang di rumah. Aku akan bertandang ke rumah kawan untuk tumpang tidur. Bekalan elektrik tetap sama seperti dulu di tempat lama. Bangunan menggunakan jana kuasa sendiri dan terpaksa menjimatkan minyak kerajaan. Setiap jam 11 elektrik akan dimatikan. Bekalan elektrik sistem solar SESB tidak dapat menampung keperluan keseluruhan daerah Paitan. Sebb premis kedai-kedai pun tidak dibekalkan elektrik. Hanya rumah-rumah kampung saja yang mendapat bekalan elektrik.

Sekian dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerita dari ato. Moga ketemu lagi di lain hari.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.