Siapa pendampingmu?

Assalamualaikum.

Kisah ini aku kongsikan bukan untuk manusia taksub dunia misteri. Tetapi belajar sesuatu dari apa yang terjadi.

Tahun 2007.

Aku dah berada di semester ke 5 waktu itu. Boleh pilih duduk di asrama bilik “single”. Duduk bersendirian lebih mudah bagi aku waktu itu memandangkan aku suka belajar di waktu pagi. Mengemas pun mudah. Malahan aku suka buat “part time” bila ada masa lapang habis kelas. Kerja di kedai-kedai dalam pasaraya. Dapat sehari RM20 pon dah cukup buat aku gembira sebab tidak perlulah keluarga hantar duit setiap bulan. masuk kerja jam 10 pagi. Balik jam 10 malam tiap Sabtu Ahad.

Dari intro, dah cukup menyatakan aku seorang yang jarang bercampur dengan rakan sekelas. Jarang sekali keluar dengan rakan lain. Pergi belanja pun seorang diri. Aku pun susah nak terangkan pada mereka. Bukan tidak mahu bercampur. Lebih kepada hati-hati.

Tiada yang tahu apa yang aku sorokkan selama ni. Biar orang kata budak “nerd”. Atau apa saja mereka fitnah aku. Aku maafkan. Ada yang mereka tidak perlu tahu.

Tahun 2003

Aku dah mula merantau. Seorang demi seorang adik beradik nenek aku meninggal dunia. Balik mana yang aku dapat sahaja. Bermulalah episod kehidupan aku yang pelik bagi insan lain tapi tidak bagi aku.

Mulanya aku hanya bermimpi. Dari mimpi jadi realiti. Kerap melihat sesuatu yang bukan dari alam manusia. Petanda apa ini. Aku kerapkan mengaji. Tiada gangguan. Cuma samar-samar pocong munculkan diri sesekali di saat aku masuk tidur. Digegarnya katil aku. Ditindih. Main ketuk tingkap kat bilik asrama aku. Aku anggap ini semua gangguan biasa.

Kembali kepada tahun 2007

Waktu ini aku baru tersedar. Tiada gangguan. Tetapi aku dapat merasakan perubahan drastik berlaku. Tidak boleh solat lewat. Aku kepanasan. Dapat merasakan kemarahan orang lain terhadap aku sampai kesan melecur di dada. Memang ada. Aku terkejut. Aku lebih suka buat hal sendiri. Keluarga seorang pun aku tidak kongsikan kisah ini.

Lama. Hampir setahun baru aku dapat kawal diri sendiri. Baru dapat aku suaikan diri. Abaikan yang mana negatif seperti kepanasan jika lewat solat. Ya memang kena abaikan. Sebab aku nak solat ikhlas dari hati bukan sebab perasaan macam ni. Waktu tu aku menangis. Minta Allah bantu aku. Beri aku petunjuk. Gangguan apa ini.

Aku menghilangkan diri buat seketika dari dunia pengajianku. Aku pulang ke kampung. Terpaksa dedahkan pada keluarga. Ada yang kata saka. Ada yang kata gangguan pihak ketiga. Aku yakin satu sahaja. Ini ujian Allah buat aku. Dia sayang aku. Aku kena kawal diri aku sendiri. Bukan benda lain. Badan aku milik aku.

Amalan tiap malam sebelum tidur 4 Qul aku baca. Perlahan-lahan aku biasakan diri. Alhamdulillah aku tak rasa melecur lagi bila ada yang sakit hati dengan aku. Tak rasa kepanasan lagi. Tapi aku dapat melihat mereka dari alam lain pula. Kembali lagi. Tak apa. Aku lebih senang begitu dari merasakan aura negatif dari insan lain sehingga timbul fitnah di hati.

Penyakit apa ini? Dulu-dulu ada yang membela untuk melindungi anak cucu. Itu yang dilakukan pada aku. Aku redha tapi aku tak mahu. Aku lawan dengan rajin bercakap seorang diri. Korang pernah rasa macam aku?

Tak seram mana. Jangan takut berkawan dengan aku.
Assalamualaikum.
Thank you admin.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

SL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.