Siapa Tarik selimut…
Terima kasih beri peluang untuk aku kongsi cerita seram yang aku pernah alami 16 tahun lepas.
Kejadian ni berlaku pada tahun 2007. Masa tu aku baru lepas graduate dan bekerja sebagai admin merangkap guru tuisyen dekat satu Pusat Tuisyen Swasta ni bertempat di Shah Alam.
Untuk pengetahuan korang, admin dekat tempat aku ni termasuk aku 3 orang. Kami semua perempuan. Sebelum ni bos aku Cuma buat Perkhidmatan tuisyen rumah ke rumah. Tapi tahun 2007 bos nak buka pusat tuisyen. Jadi nya sewa 1 rumah 2 tingkat dekat Seksyen 19 … rumah ni berdekatan dengan Jalan keretapi.
Kami bertiga ni memang di pertanggungjawabkan lah untuk urus handle susun atur dari A sampai Z untuk jadikan rumah tu sebagai tempat tuisyen. Pada hari pertama kami melangkah masuk rumah tu, sangat suram, gelap walaupun siang hari. Setiap genap rumah tu dilitupi dengan kain putih. Yang aku tak paham kenapa la owner pilih kain putih nak tutup perabot-perabot… warna lain kan banyak… Bos aku cakap rumah ni dah dekat 2 tahun ditinggalkan..
Kami memang akan tinggal di rumah tu, maklumlah semua masih bujang. Jadi dekat tingkat atas ada 4 bilik. Bilik Master memang besar dan ada balkoni, tapi pintu ke balkoni tu berkunci. Dan kita orang pun memang takde kuncinya. Jadi kami bertiga ni akan stay dekat bilik master. Sebab bilik master dah ada toilet sendiri. Dekat Bahagian atas ni lagi lah gelap. Memang sistem pencahayaan rumah ni out. Hehe..so korang boleh gambarkan kan… selesai je letak beg-beg baju semua. Kami pun turun ke bawah semula untuk kemas Bahagian bawah dulu.
Kemudian bermula la operasi kami nak buka semua kain-kain yang menyelimuti perabot-perabot tadi. Perabot dalam rumah ni semua kayu jati. Dekat sudut hujung kerusi ruang tamu tu ada satu jam loceng lama yang dah rosak. Kami semua sepakat tak nak ubah kedudukan perabot di Bahagian ruang tamu. Dan kelas-kelas hanya akan buat di tingkat atas. Selesai je kami mengemas di bawah, jam pun dah menghampiri 7.30pm. Kami stop mengemas dulu, selesai solat kami bertiga keluar makan.
Dalam pukul 9.30pm macam tu kami sampai dekat rumah tu semula. Kawasan kejiranan rumah tu dah sunyi..mungkin semua dalam rumah. Masa kami melangkah masuk, rasa angin lembut je ke pipi. Dan memang sejuk sangat.. aku cakap dekat kawan-kawan,rumah ni sejuk kan malam-malam. Macam ada aircond… lepas je masuk, kami nak naik tangga ke bilik, aku perasan macam ada benda berdiri dekat sudut bawah ruang tamu tu.. cepat-cepat aku tengok balik, tapi memang takde apa pun. Mungkin perasaan je kot. Tapi waktu tu bulu roma aku cepat je berdiri.
Selesai je kemas-kemas baju, kami pun nak tido sebab dah penat sangat. Dalam bilik ni ada satu katil king , aku malas nak tido ramai-ramai atas katil. Jadi aku tido dekat depan pintu toilet sebab dekat dengan aircond..haha..kononnye paling strategik lah tu. Pintu toilet tu aku tutup sebelum tido. Masa aku baru je nak lena, aku dengar bunyi tombol pintu toilet tu . macam ada orang nak buka dari dalam. Ahhh sudah sape kat dalam.. sebab 2 kawan aku tu sedap je tido kat atas katil.
Lepas tu aku pejam mata, bunyi lagi sekali tombol tu dan aku Nampak tombol tu bergerak.. Ya Allah… siap bunyi air dalam toilet macam ada orang buka pili. Masa ni aku masih kuatkan hati. Aku baca doa apa yang terlintas, kemudian terus Tarik selimut sampai ke muka. Zappppppp…selimut aku kena Tarik… Allah… seram sejuk aku…aku tengok memang takde apa..dia Tarik bukan sikit-sikit..terus Tarik sampai selimut tu separuh dari badan aku.. masa tu aku menjerit panggil kawan..dorang tido m**i agaknya. Aku terus melompat atas katil dan cari suis lampu. Kawan aku dua-dua terkebil-kebil tengok aku atas katil.
Aku cakap kat dorang ada orang main selimut dengan tombol. Kawan-kawan aku boleh cakap aku nak main-main. Elok je aku habis citer kat dorang.. bammmm..pintu bilik dekat luar macam ada orang hempas dan dengar bunyi orang berlari… seram gila.. apa lagi kami bertiga terkejut menjerit.
Malam tu kami tido berhimpit atas katil sambil pasang lampu. Dan yang tak bestnye , jam loceng dekat bawah yang aku cakap rosak tu boleh pulak berbunyi ding..ding..ding.. tak henti-henti. Kuat pulak tu.. Memang tak berani nak keluar dari bilik. Esoknya kami ceritakan pada bos kami kemudian dia panggil ustaz. Selepas seminggu kelas berjalan semua Kembali normal. Ustaz tu cakap dia tumpang sekejap sahaja sebab rumah tu dah lama takde penghuni. Itu je la kisah aku ..sekian…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit