siapa yang ganggu?

salam sejahtera and hai kepada pembaca fiksyen Shasha. This is my first time to share kisah seram yang saya pernah alami. First of all, saya minta maaf jika ada salah di dalam cerita saya ini.

Cerita berlaku pada waktu malam 16 November 2019, Sabtu, bertempat di rumah kampong nenek saya. untuk pengetahuan pembaca, rumah nenek saya terletak di dalam hutan. sebenarnya rumah itu adalah rumah kebun arwah atok saya, tetapi diubahsuai menjadi rumah nenek saya. Pada masa itu, saya menonton cerita seram yang disiarkan di televisyen bersama sepupu perempuan saya serta anaknya dan aunty saya serta anaknya.

Cerita pertama yang kami saksikan ialah ‘Ada Mata Memerhati’ . Pada waktu itu, kami menonton televisyen dalam keadaan gelap dan for your information jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami hanya menonton sambil bercakap di antara satu sama lain, tetapi saya berasa gelisah dan takut without no reason. tiba-tiba saya terdengar seperti bunyi tiang besi yang diheret di lantai. Saya pasang telinga dengan teliti untuk mengesahkan arah bunyi tersebut. Lantas saya menanyakan kepada sepupu dan aunty saya tentang bunyi tersebut. Namun, mereka hanya menjawab “tak ada pun.” so, saya berfikir berkemungkinan saya hanya berhalusinasi namun dah mula merasa seram..

Selesai sahaja cerita ‘Ada Mata Yang Memerhati’, ada lagi cerita seram yang akan disiarkan yang bertajuk ‘Oh Nina Bobo’. Saya pernah diberitahu oleh kawan saya bahawa di Indonesia terdapat sebuah lagu yang bertajuk ‘Nina Bobo’. biasanya lagu ini akan dinyanyikan kepada anak kecil semasa menidurkannya. Namun, ada sebalik kisah seram pada lagu ini iaitu lagu tersebut memanggil ‘hantu’. semasa kami menonton cerita tersebut, saya berasa seram sejuk dan degupan jantung saya semakin kencang apabila perlakon tersebut menyanyikan lagu ‘Nina Bobo’. Hal ini disebabkan saya takut untuk mendengar lagu tersebut dan percaya bahawa lagu tersebut boleh memanggil ‘hantu’.

Di akhir cerita tersebut, mereka menyiarkan lagu ‘Nina Bobo’ dan saya terdengar seperti ada suara wanita yang ikut menyanyi. Selesai sahaja lagu itu disiarkan, saya terdengar suara ketawa seorang perempuan dengan perlahan. tetapi, saya cuba berfikir positif bahawa itu hanyalah halusinasi saya untuk menenangkan diri saya sendiri.

Ketika nyenyak tidur, saya terbangun dari tidur kerana saya bermimpi bahawa saya ternampak seorang perempuan menyanyikan lagu ‘Nina Bobo’ sambil menari dengan lembut. Semasa perempuan itu melihat saya, mukanya terus berubah menjadi hodoh dan buruk yang teramat sehingga saya terasa sakit di dada saya. for your information, saya tidur di ruang tamu. Saya terus melihat jam di telefon saya dan menyedari bahawa waktu menunjukkan angka 2.30 am. Pada jam yang sama, anak aunty saya menangis dengan nyaring sambil berkata ‘yaw’ yang bermaksud ‘hantu’. saya menyedari yang dia selalu menunjuk di pintu rumah dan mengulangi percakapannya iaitu ‘yaw’. saya melihat di pintu rumah dan saya ternampak seperti seorang perempuan yang memakai kain putih yang panjang sehingga ke lantai dan berambut panjang. Saya terkejut dan ketakutan sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Tidak berapa lama selepas tu, tiba-tiba ‘perempuan’ itu menghilangkan diri. Ku perhatikan anak aunty saya. Dia dah tertidur semula mungkin kerana tiada lagi gangguan dari wanita misteri yang aku nampak tadi.

Belum reda rasa takut di hati, Tiba-tiba pula saya terdengar bunyi ketukan di pintu rumah. ketukkan pertama adalah hanya ketukkan yang perlahan, namun saya tidak berani untuk membuka pintu. ketukkan kedua semakin ganas dan ketukkan ketiga juga ganas. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku ketika itu. Lalu, saya membaca surah al-fatihah, 3 qul dan ayat kursi. namun bunyi ketukkan di pintu rumah masih ada dan semakin kuat. saya membaca ayat kursi banyak kali sehingga bunyi ketukkan hilang. semasa saya hendak melelapkan mata, saya terdengar seperti ada barang yang dihempaskan di pintu rumah. saya cuba mengendahkannya tetapi saya terasa seperti ada tangan yang membelai rambut saya. saya terus cuba untuk hilangkan rasa takut dengan membaca ayat kursi sehingga saya terlelap.

Pada waktu pagi, saya membuka pintu rumah dan alangkah terkejutnya saya apabila saya ternampak kerusi berada di depan pintu rumah. selain itu, saya ternampak beberapa tompokkan d***h dan beberapa helai rambut di depan pintu rumah. Keadaan ini sepertinya perkara biasa pada aunty saya. mungkin kerana dia sudah lali dengan gangguan-gangguan sedemikian.

Mungkin cerita saya ini tidak menyeramkan tetapi saya yang mengalami sudah berasa seram. untuk pengetahuan pembaca, saya seorang yang lemah semangat iaitu saya mudah nampak ‘benda’ dan sering diganggu oleh ‘benda’. terima kasih kerana sudi membaca kisah seram saya dan saya minta maaf jika awda tidak memahami kisah saya. al-maklumlah, saya bukan orang malaysia. once again, thank you so much!! 作为全世界的朋友,我爱你们!(saya sayang kamu semua sebagai kawan sedunia!)

我是一个丑陋的人

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

2 thoughts on “siapa yang ganggu?”

  1. Hihihi…Sayang kamu juga…😂😁…sejujurnya…aku baca pun dah start serrraammm…aku paling rasa seram bila time ketuk pintu tu…pergghhh..boleh menggigil satu badan…hahahaha…😂😅😅😅

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.