Siapa Yang Mengikuti?

Salam sejahtera kepada semua pembaca dik FS. Cerita ini betul-betul terjadi kepada kami sekawan cuma nama pada watak tu saya ada tukar la untuk menjaga privasi. Cerita ini terjadi semasa cuti perayaan hari gawai masa tu. Sudah menjadi lumrah para pelajar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, tidak bagi aku, Esther, Maldini, Jubin dan juga Anne. Kami berlima memilih untuk bercuti di sebuah rumah panjang orang Iban untuk mengenali aktiviti masyarakat perkampungan tersebut semasa perayaan hari gawai. Kami berlima memilih untuk bertolak dari kolej pukul 08:00 malam kerana nak mengelakkan kesesakkan dijalan raya lah katakan. Dalam perjalanan tu, seronok lah juga bercerita perkara yang lawak sehingga tak sedar jam sudah pukul 11.24 malam. Dalam keseronokkan bercerita, tetiba pulak si Esther buka topik cerita hantu dimana jalan yang kami lalui malam tu merupakan jalan yang penuh dengan mistik.

Tak semenanya suasana yang penuh gelak tawa tadi bertukar menjadi sunyi sepi. Aku dan Maldini sukakan cerita seram apalagi terus fokus la akan apa yang disampaikan oleh Esther. Anne yang duduk dikanan cermin pintu tanpa segan silu meminta duduk ditengah diantara aku dan Maldini kerana dia jenis yang penakut bila berkaitan perkara yang seram sebegini. Dalam memecahkan kesunyian malam dijalan raya, Esther menanyakan kami berempat:

“Eh, korang! Korang tau tak jalan yang kita lalui sekarang ni banyak orang yang eksiden? Ada yang jatuh ke gaung, ada kereta yang dipandu mereka dirempuh oleh lori. Bukan itu saja, dijalan ini juga sering kali melihat kelibat sesuatu. Sesuatu tu aku takyah la sebut sebab korang tau kan. Kan?” Tanya Esther.

Jubin yang sedang rancak menghisap rokok “Vape” nya langsung sahaja berhenti dan terus menutup cermin keretanya.

“Uishh..!! Tak guna la kau ni Est! Malam begini kau pula bercerita hantu. Tukar topik lain boleh tak? Kita sekarang ni berjalan diwaktu malam bukannya pagi.” Ujar Jubin kepada Esther.

“Alaaa.. Bukannya ada apa-apa pun kan. Pengecut la korang ni. Korang tau tak, makin korang takut, makin benda tu nak kacau tau tak?” Jawab Esther kepada Jubin.

“Ermm.. Korang berceritalah. Aku tak nak masuk campur.” Sampuk Anne lalu memasang ‘earphone’ ke telinganya sambil memasang lagu di telefonnya.

Jauh disudut hati Anne, dia memang tak sabar untuk sampai ke destinasi yang ditujui kerana nampak wehh mukanya takut betul masa tu. Haa, ngam la pulak masa tu hujan renyai-renyai ditambah dengan dengan kilat sekali sekala menerangkan kawasan jalan raya. Dalam perjalanan kami menuju ke rumah panjang tersebut, kita guna jalan ladang sawit sebab jalan tu memang jalan pintas ke kawasan rumah panjang tersebut. Dek kerana hari hujan, segala bau air dari ladang sawit mula menusuk kedalam hidung kami walaupun cermin sudah ditutup. Ada pulak kawanku sorang ni si Maldini agak celupar sedikit orangnya.

“Eww.. Baunya. Bau apa ni?” Tanya Maldini dengan nada agak kesombongan sedikit.

“MALDINI!!” Teriak Jubin dan Esther.

Aku yang dengar Maldini kata macam tu langsung sahaja menutup mulutnya sambil tangan sebelah ku mencubit telinga kirinya.

“Eh Mal, ko boleh tak jaga sikit mulut tu? Kang benda tu ikut nanti baru ko tahu.” Marahku dengan nada yang agak tinggi.

Anne yang terkejut dengan tindakanku tadi langsung menarik ‘earphone’ miliknya sambil bertanya;

“Weh, sudah-sudahlah korang. Takyah la cerita pasal hantu lagi. Tukar topik lain boleh tak?” Teriak Anne. Haa, semuanya diam seribu bahasa dan buat kerja masing-masing.

Lebih kurang 5 minit kitorang diam, si Anne pasang la lagu di HP nya ke player yang sudah disambungkan menggunakan pelayar ‘Bluetooth’. Habis jer dua buah lagu dimainkan tak semena-mena satu lagu seram seperti di filem Indonesia “Kuntilanak” (Pontianak keluar dari cermin) mula berkumandang di speaker.

“Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
Ojo Tangi nggonmu guling
Awas jo ngetoro
Aku lagi bang wingo wingo
Jin setan kang tak utusi
Jin setan kang tak utusi
Dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet”.

Kita semua memandang sesama sendiri dan menyuruh Anne tukar lagu tersebut. Haa, start dari itu bermulalah gangguan pertama kitorang. Tengah leka bermain permainan di telefon, bahu kiriku macam ada tangan jer menyusup kedadaku. Tergamamlah juga masa tu. Bila cari kepastian, yang sibuk dok meraba tadi hilang begitu saja. Ku melihat semua buat kerja masing-masing cuma Esther dan Jubin sedang rancak berbual.

Dalam perjalanan kitorang yang masih setengah jalan tu, tetiba si Jubin menghentikan keretanya dalam keadaan cemas. Katanya, dia melihat kelibat perempuan dalam lingkungan 40 lebih tetiba berlari dari bahu kiri jalan ke kanan. Bila kereta dah stop tak nampak lah pula kelibat perempuan tu. Masa tu, dah berpeluh dah Jubin. Belum sempat dia tafsir, Maldini terus beri konklusi cuma lamunan jer dan meminta dirinya untuk membawa kereta. Perjalanan ke kawasan rumah panjang masih jauh lagi dan ku lihat semua tidur cuma aku, Esther dan Maldini sahaja masih terjaga. Tidak lama lepas tu, si Esther tetiba saja memekik beritahu yang dia ternampak seorang perempuan berdiri diatas batu jalan raya. (Batu jalan yang menunjukkan berapa batu lagi untuk sampai ke destinasi)

Kami berempat dengan suara Esther terus melihat kebelakang namun semuanya gelap gelita. Sejak kes tu tadi, si Esther menanggis sahaja. Adala si Anne cuba tenangkan Esther namun gagal. Lama juga kami menenangkan Esther nasib la dia berhenti menanggis. Dia pun melekatkan kain di cermin pintunya kerana tak sanggup lagi kot-kot ternampak sesuatu. Semasa membuka cermin kereta, kami terdengar bunyi helaian ketawa begitu halus sekali. Kitorang tersentak. Kata orang kalau dengar bunyi ketawa sayup jer bunyi, bermakna benda tu dekat jer dengan kita, kalau kuat pula bermakna dia jauh dari kita. Haa.. Itula cik ponti. Kitorang apa lagi, semua kaku la.

Masatu, kenderaan mula terasa berat padahal bukannya naik bukit pun. Okay, masatu bermulalah gangguan cik ponti ni. Kitorang dah takut betul masa tu. Bila pandang cermin belakang depan nampak la satu kain putih terjurai tapi mukanya tak nampak sehingga si Maldini menaikkan lampu tinggi. Masatu tersuluh lah mukanya. Mukanya? Tak payah cerita la. Masih cantik lagi yang dekat dalam TV tu. Yang satu ni, Astaga! Tak mampu nak describe. Dia mengilai tak henti-henti. Pelbagai cara dia ganggu kitorang. Sampai satu saat kitorang ternampak satu rumah berdindingkan daun nipah dan ada lampu kitorang terus menghentikan kenderaan disana. Punyala berlari lintang pukang kerumah tu. Masa tu memang masuk redah jer tanpa minta salam. Sekali nampak seorang nenek duduk diruang tamu sambil menuangkan air teh di lima cawan serta menjemput kitorang duduk. Dia seperti tahu akan kedatangan kitorang.

Sekali aku dan Anne melihat keluar cermin. Jelas terpampang cik ponti melihat kitorang melalui cermin. Berderau d***h kitorang. Sambil tu nenek tadi terkumat kamit seperti membaca sesuatu yang tak jelas. Barulah gangguan tadi hilang. Si nenek tadi terus menjelaskan bahawa cik ponti ni datang sebab ada yang memanggilnya. Kami semua terkedu dan melihat Anne sebab masa perjalanan tu dia terpasang lagu permujaan tersebut. Barulah kitorang faham. Dengan masa tu juga Anne terus delete lagu tersebut. Nenek tersebut mempelawa kitorang untuk bermalam dirumah usang sementara hari sudah jauh malam. Kitorang bersetuju. Kitorang bergumpul tidur diruang tamu. Dalam jam pukul 03:00am kalau tak silap, aku terbangun la sebab nak kencing, aku tengok Jubin dan Maldini nyenyak punya tidur m**i. Aku kejutkan untuk temankan aku pun tak sedar juga. Masa tu baru aku sedar si Esther dan Anne takda disamping kitorang.

Aku pun apalagi, pergi seorang la ketandas. Masa perjalanan tu aku dengar ada orang menanggis kecil jer bunyi didalam bilik. Bunyinya memang kenal dah, memang suara Anne dan Esther. Aku cuba cari lubang kecil dan tengok apa yang berlaku. Kulihat Anne dan Esther menanggis teresak-esak ingin melepaskan diri. Aku pun apa lagi berlari la mendapatkan Jubin dan Maldini untuk bantu melepaskan mereka berdua. Kitorang ambil kata sepakat untuk tinggalkan rumah tersebut. Semasa nak balik tu tetiba nenek tersebut menyapa kitorang.

“Nak meninggalkan rumah nenek ni ker?” Tanya nenek tersebut.

Esther dan Anne terus mencegah kami bertiga daripada melihat nenek tersebut. Si nenek tadi pun bertanya lagi. “Tak suruh tengok, ke dah tahu?”.

Masatu suara nenek tadi bertukar menjadi garau sambil ketawa mengilai. Kitorang berlari tanpa mengambil barang kitorang yang tertinggal. Lebih kurang lima minit kitorang berlari nampaklah rumah panjang yang kami ingin pergi. Kami disambut oleh ketua kampung dan bertanya kenapa kami sampai lewat begitu. Kami menjelaskan yang kami diganggu oleh cik ponti dalam perjalanan dan si nenek dirumah berdindingkan daun nipah. Ketua kampung terkejut dan beritahu rumah tersebut sudah lama tidak berpenghuni dan sudah lama hangus. Kami tergamam seketika. Ketua kampung bertanya lagi pukul berapa kami memulakan perjalanan kesini dan kami menjawab dalam pukul 08:00 p.m. sebegitu. Ketua kampung terperanjat dan memberitahu sepatutnya kami sudah sampai dalam pukul 10.00 p.m. sebegitu. Kami hanya memandang sesama sendiri dan menggelengkan kepala tidak tahu dimanakah kami semasa perjalanan tersebut. Setiba waktu pagi, ketua kampung menemani kami untuk mengambil semula barang yang tertinggal di rumah tersebut. Terkejut lah juga kami berlima. Mana taknya, rumah tersebut habis dijilat api dan sudah ditumbuhi rumput dan daun lalang.

Kami mencari barang kami yang tertinggal. Ketua kampung membawa kami untuk melihat kawasan sekeliling. Memang jelas sekali kawasan tersebut memang sudah lama hangus. Kami berlima pun pulang ke kawasan rumah panjang tadi. Belum sempat kita melangkah kaki, kitorang nampak lima cawan teh semalam masih ada di meja kecil yang hangus setengah, yang lebih peliknya, cawan tersebut masih panas lagi. Kitorang pun tanpa berfikir panjang terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa melihat belakang… Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rey Gurn

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

1 thought on “Siapa Yang Mengikuti?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.