Siapakah dia?.

Assalamualaikum FS. Nama aku Nurul. Hari ini aku nak cerita seram yang tak dapat aku lupakan sUemasa aku menuntut di ITM Samarahan, Kuching, Sarawak.

Aku duduk dekat Kolej Gading blok 2A dan bilik aku di ground floor. Jadi beginilah kisahnya, petang tu dalam kira-kira dekat nak maghrib, aku rancang nak cuci pakaian aku tapi cuma sepasang baju kurung yang aku perlu guna untuk esok hari. Jadi agak membazir lah kalau cuci guna machine yang telah disediakan kerana sekali cucian rm5 aku kena bayar. Oleh itu, aku pun ambil langkah berjimati iaitu mencuci menggunakan tangan je sebab nak selesaikan cucian tu sebelum maghrib.

Jadi aku pergi ke bilik ambil pakaian dan baldi serta pewangi. Dalam perjalanan aku nak ke tandas, hati aku tiba-tiba pulak dah mula rasa sesuatu tetapi aku tetap berfikir ianya sesuatu yang biasa sahaja bak kata orang putih think positive. Apabila sampai di tandas, aku melihat keadaan tandas sangat sunyi tetapi aku tetap meneruskan mencuci pakaian di tempat mengambil wuduk sebab senang sikit hehe.

Setelah beberapa minit, tiba-tiba, ada satu suara menegur aku “akhirnya cuci pakaian, sedangkan hari dah nak malam.”. tetapi aku tidak menoleh ke arah suara tersebut seolah-olah aku malas nak layan dia sebab aku terlalu fokus untuk mencuci pakaian aku. setelah dia merasa aku tidak memberi apa-apa respon kepadanya, maka dia terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Sehabis sahaja aku selesai mencuci pakaian, terlintas pulak dalam hatiku tentang orang yang menegur aku tadi sebab hampir nak 15 minit dia dalam bilik mandi tapi tidak ada bunyi air yang dibuka.

Korang tahukan maksud aku iaitu kalau kita nak mandi mestilah perkara pertama yang kita buat buka air kan?.. Jadi aku mula rasa pelik so aku pun angkat dan menuju ke arah bilik mandi . Yang peliknya semua bilik mandi kosong. Aku pun mula rasa takut sebab baru sahaja dalam 15 minit yang lepas dia menegur aku. Dan yang paling buat aku bingung adalah aku langsung tak dengar bunyi tapak kakinya melangkah keluar dari tandas. Jadi tunggu apa lagi aku terus lajukan langkah ku dan berlari keluar dari tandas menuju ke bilik aku dalam keadaan macam orang tak tentu arah. Tercungap-cungap aku bila sampai ke bilik.

Selepas sahaja masuk dalam bilik, roommate aku pun menegur aku dan “kenapa awak macam orang ketakutan dan berpeluh-peluh je masuk dalam bilik?” tanya salah seorang roommate aku dengan nada yang berasa hairan melihat keadaan aku. Aku hanya mampu menjawab “tak ada apa-apa cuma berlari je masuk dalam bilik.”. Sukar untuk aku jelaskan dekat roommate aku. Setelah beberapa minit, aku mula rasa okay dan mengambil langkah seterusnya untuk menjemurkan pakaian aku tadi di tempat ampaian yang telah disediakan. Aku pun keluar dari bilik dan menuju ke tempat ampaian.

Sewaktu aku di tempat ampaian, tiba-tiba aku terdengar satu suara yang sama menyapa aku lagi dengan menanyakan “baru nak jemur ke? Sedangkan hari dah nak malam.”. Aku terus menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menegur aku tadi tetapi tiada siapa pun yang ada disitu. Rasa takut dan seram mula beraja dalam diri. Habis meremang bulu roma. Tanpa membuang masa, dengan sepantas kilat aku menyidai pakaian dan terus berlari tanpa toleh ke belakang kerana ingin cepat sampai ke bilik aku.

Sehingga ke hari ini suara itu masih bermain di dalam fikiran aku dan baru aku perasan yang dia suka menyebut tentang ‘hari sudah nak malam’. Suara itu masih lagi belum aku ketahui siapakah dia. Sampai disini sahaja cerita aku, kalau ada lagi aku akan ceritakan lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

2 thoughts on “Siapakah dia?.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.