Siapakah itu?

Hai dan salam sejahtera pada semua pembaca dan peminat ruangan Fiksyen Shasha, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih pada admin untuk menyiarkan cerita saya.
Tanpa melengahkan masa, saya ingin memulakan cerita saya pada kali ini. Seperti biasa pengalaman saya kali ini pun mengambil tempat di wad yang menjadi tempat saya bekerja dan banyak menimba pengalaman dan pengetahuan. Walaupun banyak pengalaman seram yang saya pernah alami di wad ini, saya tetap melangkah ke wad dengan hati yang gembira setiap hari…

Begitu juga dengan pengalaman kali ini, seperti biasa setiap minggu kita akan berhadapan dengan kerja malam, kali ini juga saya masuk shif malam seperti biasa dan kali ini saya dijadualkan menjaga cubical paling hadapan iaitu dipanggil sebagai sub acute cubical, sejurus masuk kerja, seperti biasa jururawat yang berkerja menjaga cubical hadapan akan di amanahkan untuk mengira dan memastikan jumlah DDA drugs betul, setelah kira dan memastikan semua DDA drugs yang disimpan mencukupi, saya pun terus mengambil repot dari rakan setugas yang bertugas di shif sebelumnya.

Semasa mengambil repot, rakan saya memaklumkan bahawa pesakit katil *** yang bernama *** baru di admit ke wad pada petang itu, sebab pesakit itu telah pengsan ketika sedang menjalani latihan bagi askar di hutan, pesakit itu merupakan seorang perajurit wanita dan beliau ketika itu sedang berada di dalam latihan khas bagi perajurit di dalam sebuah hutan di tempat ini, setahu saya perajurit perlu menjalani latihan ini di dalam hutan bagi beberapa tempoh khas, maaf saya tidak tahu sangat tentang latihan perajurit, saya cuma kongsi sekadar basic yang saya tahu saja.

Mengikut apa yang di pass over oleh rakan saya, pesakit itu dibawa ke emergency department oleh beberapa orang rakan dan pegawai beliau, semasa di bawa ke A&E beliau dalam keadaan separa sedar, mengikut apa yang telah diceritakan oleh rakan – rakan pesakit itu, mereka sama-sama sedang menjalani latihan pada hari tersebut, mula-mula elok saja pesakit tersebut duduk berborak bersama kawan sambil bergelak ketawa pada petang itu lebih kurang sekitar pukum 6-7pm. Tiba- tiba pesakit itu senyap seketika sambil duduk mencankung di bawah di dalam hutan tersebut ( nama hutan tidak disiarkan), hutan ini memang khas bagi latihan perajurit selalu.

Berbalik pada cerita, pesakit tersebut duduk mencangkung di bawah sambil melihat ke bawah dan senyap, berbanding beberapa ketika tadi, dialah yang paling riuh bercerita dan gelak ketawa kata kawannya.
Lalu ini menimbulkan perasaan mushkil dan tanda tanya di kalangan rakan pesakit, lalu ada seorang rakan pesakit menghampiri pesakit dan memanggil nama dia. Malah tiada respon dari dia, malah dia tidak mahu pandang ke arah rakannya itu.

Rakannya juga tidak mengalah lalu menyentuh bahu pesakit dan memanggil nama beliau dengan tone yang agak kuat dan kasar, lalu sepantas kilat pesakit itu terus bangun dari duduk dan mula menjerit seperti orang histeria, kawannya kata suara dia menjerit sangat kuat dan ngeri sehingga rakan yang lain juga takut, malah pesakit itu lari sekuat hati dan masuk ke dalam hutan sambil di kejar oleh beberapa orang lagi rakan dan pegawainya, lalu sampai di satu tempat di dalam hutan itu, rakannya itu mengatakan bahawa pesakit itu telah pengsan dimana dia berhenti.

Tanpa melengahkan masa mereka terus membawa pesakit itu terus ke A&E department, dimana semua perihal pesakit dan kejadian sebenar yang berlaku di ‘ interview’ oleh Doktor di A&E . Malah menurut rakan setugas saya yang tengha pass over pda saya , sewaktu pesakit itu dibawa masuk ke wad multi dicipline wanita di mana saya bertugas, pesakit juga kelihatan amat restless (keadaan di mana pesakit di luar kawalan), sehingga Doktor di wad terpaksa memberi suntikan IM *** sejenis DDA drug bagi menenangkan pesakit tersebut.

Dan tibalah pula giliran saya menjaga pesakit pada malam tersebut, sewaktu saya terima repot dia masih tidur lagi sebab dah pekenan dengan IM *** tadi. Jadi saya pun harap sangat supaya dia okey sampai ke esok pagi, tapi harapan saya tinggal harapan sajalah. Beberapa selepas saya menerima repot, lebih kurang dalam pukul 1am begitu, saya nampak pesakit dah mula bangun dari katil, dan saya tengok dia dah mula meracau-racau, tapi satu habuk pun saya tak dengar apa yang dia kata, tapi dalam kes sebegini kami akan selalu provide katil yang rendah bersama side rail untuk mengelakkan insiden jatuh dan cedera di wad, disebabkan side rail di keliling katil dipasang pesakit cuba nak loloskan diri melalui lubang-lubang pada side rail.

Saya yang tengah menyaksikan insiden tersebut rasa m**i kutu sekejap, lalu saya pun menghampiri pesakit dengan kadar segera serta cuba menenagkan pesakit, saya menyentuh belakang bahu pesakit dan cuba usap perlahan-lahan bagi menenangkan dia, semasa saya menyentuh belakang bahu pesakit pun saya dah terasa lain, rasa tengkuk meremang, tapi sebagai seorang jururawat kita fikir baik-baik sajalah kepada kita dan juga pesakit.

Saya pun dah cuba sedaya upaya saya bagi menenangkan pesakit itu, tapi dia masih lagi meracau, yang saya dengar sepatah saja “aku nak balik”, itu saja yang saya faham, yang lain hancur. Lepas beberapa lama saya rasa memang dah kena panggil Doktor oncall pada malam itu, lalu saya telefon Doktor dan inform, Doktor pun terus datang dan cuba berkomunikasi dengan pesakit itu, tapi nampaknya tak berjaya juga, pesakit makin jadi aggressive.

Lalu doktor minta saya call kawan pesakit tersebut yang menemaninya di emergency petang tadi dan saya pun call kawannya itu, lalu Doktor inform keadaan pesakit pada kawannya itu dan minta kebenaran untuk ikat tangan pesakit , verbal consent diambil melalui telefon, malah Doktor minta kawannya datang ke wad bagi tandatangan consent bertulis untuk mengikat tangan pesakit.

Sementara menunggu kawannya tiba kami pun ikat tangan pesakit vpada side rail di katil,( *kami mempunyai kebenaran untuk mengikat pesakit yang restless dan aggressive, malah di suspek boleh mendatangkan kemudaratan pada diri pesakit dan pesakit lain).

Dalam setengah jam tibalah rakan pesakit seramai 3 orang yang juga merupakan perajurit yang bertugas bersama pesakit, untung ada kawan yang prihatin seperti ini. Sedang Doktor tengah explain pada kawannya tentang keadaan pesakit, kami dikejutkan pula dengan suara jeritan yang kuat , seram juga dengar dia jerit, kami pun lari tengok pesakit itu, alangkah terkejutnya kami bila nampak ikatan di tangan dan kaki pesakit terungkai dan terbuka seperti dibuka oleh seseorang, malah pesakit lain yang sedang tidur di cubical yang sama semua kelihatan terkejut dan takut.

Kami terpaksa tolak pesakit-pesakit yang lain itu ke cubical lain sementara pulihkan keadaan pesakit itu. Pesakit ini pula elok dah terbuka semua ikatan di tangan dan kaki beliau malah dia boleh pula duduk mencangkung atas katil wad yang dia baring tadi, terkejut semua termasuk rakan -rakan pesakit itu. Sebab mereka pun dah nampak macam mana kami lilit kain yang diikat pada pesakit itu sebentar tadi.

Doktor terpaksa memberi IM *** bagi menenagkan pesakit itu sekali lagi, memandangkan dia dah menerima 1st dose petang tadi di emergency, so doktor pun kata bolehlah bagi second dose, selepas memberi injection pesakit pun dah kelihatan nak tidur, malah rakan pesakit meminta kebenaran pada doktor untuk membawa balik pesakit itu bagi tujuan berubat tradisional pula sebab mereka pun suspect mungkin pesakit dah kena kacau atau dirasuk.

Memandangkan pesakit baru diberi ubat penenang, doktor tidak memberi kebenaran bagi mereka membawa pulang pesakit pada malam itu, malah doktor menasihatkan mereka supaya bersabar sehingga esok pagi, dan boleh request untuk AOR discaj, iaitu discaj di atas risiko sendiri. Mereka perlu verjumap pakar dulu esok untuk tandatangan surat AOR itu sebelum membawa balik pesakit tersebut.

Menurut rakan saya yang berkerja di shif pagi keesokannya, pesakit telah di bawa balik oleh rakan mereka selepas di jumpa oleh pakar dan setelah menandatangani surat AOR. Walaupun pesakit tidak dibenarkan discaj oleh pakar, tapi kawan- kawan beliau berkeras juga mahu membawa balik pesakit itu balik. Tapi yang menjadi tanda tanya dalam diri saya sampai sekarang, hanya satu, “siapa yang buka tali yang di ikat pada tangan pesakit itu.
Sekian,
Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Asha Khartik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.7]

1 thought on “Siapakah itu?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.