#sicilik – Berhadapan Dengan Peristiwa Hitam

Assalammualaikum,admin dan pembaca semua. First, terima kasih pada admin sekiranya cerita saya dipublish. Ini cerita kedua saya selepas ‘Bahana mencarut’ cerita pasal saya dan aleeya di hotel. Maaf sebab akhir cerita itu ada mengatakan yang itu kisah benar, itu fiksyen sebenarnya. Kawan saya pandai menambah. Baiklah, kali ni nak cerita pasal kisah sebenar benarnya masa umur 4 atau 3 tahun. Cerita ‘Berhadapan dengan peristiwa hitam’


Aku tak berapa ingat pasal ni, tapi aku cuba untuk memerah. Kisah benar ni aku tak tokok tambah perisa ye. Dalam lingkungan umur 3 atau 4 tahun, aku dan keluarga aku ada berpindah kesebuah rumah teres. Aku tak berapa ingat tapi mak aku yang cerita balik, jiran sebelah rumah aku tu ada berpesan katanya hati hati sikit kat rumah tu (camtu lebih kurang).

Sehari, seminggu dan sebulan kami duduk situ. Tak ada benda pelik berlaku tapi jiran kiri kanan depan belakang still kata hati hati. Biasalah, selalunya hijab budak budak tak tertutup sempurna. Malam tu hujan lebat, semua manusia dah tidur dah pukul 2 pagi. Aku tidur dekat tengah tengah, sebelah kanan aku mak aku dan sebelah kiri aku ayah aku. Aku macam terbangun, aku nampak macam benda putih lompat kat depan aku. Tak clear time tu, mamailah katakan. Tiba tiba bila aku pejam mata untuk sesaat dua, muka cik gula gula betul depan muka aku. Lagi 5 inci nak tercium. Muka dia hitam macam mengelupas, mata sebelah terkeluar, bibir takda, busuk and bernanah darah. Aku menjerit sekuat hati terus pengsan. Esoknya, semua tanya aku kenapa, aku ceritalah. Semua gelakkan aku sebabnya first sebelum kejadian tu aku sibuk nak tengok cerita hantu. Mak aku macam pelik ngan aku sebab aku tak demam pun, senyum main sorang sorang adalah. Mak aku tanya jiran sebelah, jiran tu kata rumah tu berhantu dah lama. Kekadang bunyi orang menjeritlah apalah. Seminggu lepas tu terus pindah. Lokasinya di Melaka.


Ini story kedua pula. Ini pasal pengalaman aku juga tapi, takut aku aib kan orang. So aku terpaksa ubah nama watak asal,rumah dimana. Yang tahu pasal cerita ni diminta diam, terutama kakak aku.
Kakak aku minat FS so kemungkinan besar dia mungkin terjumpa cerita aku ni. Cerita ni pasal satu family. Puan Azila mempunyai 4 orang cahaya mata, dia telah bercerai dengan suaminya sejak 8 tahun lalu. Adalah satu hari tu, dia terjumpa seorang duda anak 3 di majlis reunion sekolah puan azila, orang tu ialah encik mustaqim bekas pelajar yang sama sekolah dengan puan azila. (Malas nak cite pasal mustaqim ni. Sakit hati je)
Setahun berlalu, azila dan mustaqim telah berkahwin hampir setahun. Mereka tinggal dirumah mak mustaqim(opah ). Anak puan azila yang bongsu(alyn) itulah kerap menjadi mangsa ejekan opah tirinya bila mustaqim dan azila keluar bekerja.

Jika Alyn duduk di luar, dia akan kunci pintu tak bagi masuk rumah. Jika sedang tidur, ditutupnya kipas. Makanan hanya dimasak untuk cucu kandungnya sahaja. Jika Alyn dalam tandas mesti ditutup lampu dan mula keluar bunyi benda cakar dinding. Alyn menjadi seorang yang pendiam, adik tirinya dan kakak tirinya jahat. Adik tirinya itu selalu pukul alyn dan kakak tirinya selalu curi barang alyn. Abang tirinya pula (aku taknak cerita). Lama alyn berdiam diri, sampai dia jadi pemberontak,kurang ajar,pendiam tak hormat orang. Alyn melihat ibunya iaitu puan azila dipukul oleh si mustaqim, dengan perangai nauzubillah adik beradik tirinya tambah dengan opah tirinya yang tak sedar dah tua kereput, sekali tolak dah tumbang.

2013
Alyn tengah sikat rambut dekat depan cermin,dari hujung ekor mata alyn ni alyn nampak budak kecil serba hitam tengah mengitai disebalik pintu. Alyn toleh je hilang. Kejadian aneh mula berlaku, kadang kadang dia nampak budak tu berlari kat meja makan, tengah syok tengok tv tetiba nampak burung yang lagi besar dari alyn terbang masuk bilik opah. Orang lari atas atap dan banyak lagi. Puan azila apa kurangnya, tengah malam nak pergi tandas nampak orang tua rambut putih panjang kelantai tengah pandang, budak kecil duduk atas gulungan karpet yang ditegakkan sampai jatuh karpet tu. Satu hari tu,adik tiri alyn kena sampuk. Setiap kali dia tengah tidur, pukul 11 ke 10 malam camtu dia akan bangun bertepuk tangan and lari kesana sini. Alyn senyum je.

2014

Opah tiri alyn memang tak berkenan dengan anak anak puan azila termasuklah dia sekali. Haritu adik beradik mustaqim berkumpul pakat nak tidur rumah opah tu, semua berkumpul kat ruang tamu tengok tv, bilik azila dan mustaqim kat ruang tamu tu. Opah berjalan kearah pintu yang tengah tertutup tu, dia renjis air apa entah sambil baca baca. Habis je dia renjis, dia terpandamg alyn yang tengok dia. Opah tu hanya menjeling bila terbit senyuman sinis kat muka alyn. Hairan. Ramai kot kat depan tu tapi diorang macam tak nampak apa apa.

2015

Puan azila lari membawa alyn satu satunya anak dia. Lagi 3 orang belajar universiti. Mereka tinggal di rumah cik mah kawan baik azila. 2 bulan alyn tak sekolah, azila yang buat keputusan muktamad untuk bercerai dengan mustaqim kerana tak tahan dipukul akhirnya goyah dan kembali kepada mustqim. Alyn hanya tersenyum sinis sahaja pada mustaqim bila lihat azila berpelukan dengan mustaqim. Tapi, seauatu terjadi bila mustaqim tarik alyn kedalam pelukannya. Alyn jadi sebak gila tanpa sebab dan tak nak lepaskan langsung. Alyn dan azila pulang ke rumah cik mah untuk ambil balik barang mereka untuk pulang semula kat rumah mustaqim itu. Azan asar terdengar dari radio kat dalam kereta. Automatik alyn macam pelik, kenapa dia jadi sebak bila peluk lelaki tu? Alyn pandang azila, nampaknya azila lagi teruk terkena sihir lelaki tu.

Ye, jangkaan alyn betul. Lelaki itu sihir azila. Alyn tahu sebab kawan azila yang cerita dan mengaku bahawa dia lah yang bawa muataqim jumpa bomoh. Sejak itu, mustaqim macam selalu nak pegang tangan alyn macam nak salam. Alyn mengelak.

Pada tahun akhir tahun 2016 mereka bercerai. Itu pun hasil daripada mandi limau dengan pakteh alyn yang sememangnya tahu mengubat orang yang terkena sihir ke apa.

_____________________________________________the end______________________

Cukup sampai situ dulu. Kejap lagi nak tengok cerita dolce amore. Haha. Btw, alyn tu aku sebenarnya. Nanti aku sambung lagi kalau admin sudi.

BERHADAPAN DENGAN PERISTIWA HITAM.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sufi Sofea

Unofficially 13๐Ÿ˜ƒ
Dunia dicipta untuk rosakkan hati kitaโ˜บ

rate (4.5 / 4)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

37 Comments on "#sicilik – Berhadapan Dengan Peristiwa Hitam"

avatar
sophia

sian alyn.. patut alyn kunci nenek tu dlm toilet~

ู‡ุงฺฝ ุงู†ุณุงู† ุจูŠุงุณุง
ู‡ุงฺฝ ุงู†ุณุงู† ุจูŠุงุณุง
rate :
     

BEST! ๐Ÿ˜€

Teruskan berkarya!

ู‡ุงฺฝ ุงู†ุณุงู† ุจูŠุงุณุง
ู‡ุงฺฝ ุงู†ุณุงู† ุจูŠุงุณุง

SOFEA
Cerita yang menarik!Gaya bahasa yang bersahaja membuatkan cerita Sofea mudah untuk difahami.Jangan risau!Walaupun umur Sofea belum genap 13 tahun, penggunaan ayat dalam cerita Sofea tidak berbelit dan teratur.Just nice!Sofea kalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi!Teruskan usaha.Chaiyok! ๐Ÿ˜€

Oh ya!Sofea tabah ya dalam mengharungi onak duri kehidupan.๐Ÿ™ƒ
Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Sofea dan ibu sofea diuji kerana Allah tahu yang Sofea kuat!Walau apapun terjadi,Sofea kena tetap tabah dan kuat!!Allah yubarik fiika.๐Ÿ˜Š

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS!๐Ÿ˜ฌ
Assalamualaikum

Izul

dolce amore tu cerita ape?

DeluStar

cerita la..maksud dolce amore tu sweet love..cheh

Izul

ko gi cari kat google translate ke? Haha

DeluStar

org dah tau lame..lagipon aku mix aku paham la..kahkahkah..(ajet)

cikbambam

mix jawa je kottt..

**tangan kt bahu..mata pandang ceiling

DeluStar

Atotototooooo~ korek mate koooo

MEDICAKK

kena sawan ke bam?

DeluStar
rate :
     

oklah.

InspNrlaa
rate :
     

Ok best

Cik Aurora

Sambung lagi nanti ye dik sofea

jom tengok dolce amore sesama hehe

kranberizstore
rate :
     

Jika Alyn duduk di luar, dia akan kunci pintu tak bagi masuk rumah. Jika sedang tidur, ditutupnya kipas. Makanan hanya dimasak untuk cucu kandungnya sahaja. Jika Alyn dalam tandas mesti ditutup lampu dan mula keluar bunyi benda cakar dinding. Alyn menjadi seorang yang pendiam, adik tirinya dan kakak tirinya jahat. Adik tirinya itu selalu pukul alyn dan kakak tirinya selalu curi barang alyn. Abang tirinya pula (aku taknak cerita). Lama alyn berdiam diri, sampai dia jadi pemberontak,kurang ajar,pendiam tak hormat orang. Alyn melihat ibunya iaitu puan azila dipukul oleh si mustaqim, dengan perangai nauzubillah adik beradik tirinya tambah dengan opah tirinya yang tak sedar dah tua kereput, sekali tolak dah tumbang.

part ni aku baca rasa nak emmm bagi muay thai pun ada weii..
ei geram pulak aku !
cerita menarik walapun tak berapa panjang~

cikbambam

komen ko lg panjang dr cerita..hehehe

miszmujahidah

Best2…tp klau cite lg detail lg tambah feel nk ganyang opah scara berjemaah. Geram btul hiks

kipasFS

acik rase kuar asap kt hidung acik bace part perangai anak beranak mustaqim ni…. #aciktakisaprokok

wpDiscuz