HOSPITAL SWASTA 2.0
Pencerita : Si Comel
Assalamualaikum semua pembaca dan selamat hari raya aidilfitri !!
Terima kasih korang sudi baca entri sebelum ni. Aku baca komen korang semua. Siap ada keluarga bergaduh dalam tu. Budak wechat ek? Haha. Okay, Kali ni aku nak kongsi lagi cerita HOSPITAL SWASTA yang aku dah janjikan kat korang dari cerita sebelum ni. Korang boleh cari #Hospital Swasta. Untuk cerita kali ni aku dah dapat kumpul sikit dari mak aku masa balik raya haritu. Maklumlah dah menyewa luarkan. So kena tunggu balik cuti baru dapat kumpul cerita. Mak aku seronok dapat kongsi dengan korang kisah kisah pengalaman dia. Sebelum tu aku minta maaf sebab kisah cerita yang aku kongsikan ini adalah dari MAK aku sendiri ketika zaman bekerja dulu. Cerita aku admin tak ada approve maybe tak seram la tu. Haha so aku cerita pengalaman orang je la ye. Kali ini terdapat beberapa cerita yang aku nak kongsi untuk entri ni.
Kisah 1 – Bunga Carnation
Kejadian ni terjadi ketika mak aku shift malam , kena jaga ICU waktu tu. Masa tu ada tiga orang nurse jaga kaunter termasuk mak aku duduk kat kaunter. Ada 7 katil dan 2 je ada orang dalam bilik ICU tu. 1 dari pesakit tu, suami dia duduk berehat dekat bilik menunggu tiap malam. Tapi satu malam ni, pukul 11mlm tiba tiba suami dia pergi kaunter dan bagitahu nurse yang dia nak balik rumah. dorang agak pelik sebab selalu suami dia okay je tunggu dan tidur kat bilik menuggu tu sampai ke pagi.
Tapi kali ni dia nak balik rumah pulak. Kemudian, dorang pun ok je lah. Keesokan hari nya, suami orang tu datang kemudian ke kaunter jumpa dorang sebelum dorang habis shift 9pagi tu.
‘Maaf nurse, nak tanya kamu bertiga’ suami pesakit
‘ye encik, nak tanya apa ?’ jawab mak aku.
‘kamu selama bekerja kat sini tak ada kena gangguan ke?’
Kawan mak aku jawab ‘eh, gangguan tu ada tapi taj lah teruk sangat sebab kami dah biasa encik’
‘hebatnya kamu semua. Saya semalam balik malam tu sebab terkejut bila sekuntum bunga carnation jatuh kat saya, sedangkan keliling saya dan atas tak ada apa apa hiasan bunga pun’ kata suami pesakit tu.
‘eh yeke encik! Iya lah bilik menunggu memang tak ada apa apa hiasan bunga dalam tu. Dari mana bunga tu datang ye. Ishh takutnya’ jawab kawan mak aku.
Terus mak aku cari mak cik yang sapu bilik tu dan tanya ada jumpa bunga tak masa sapu lantai. YA! Memang masa dia sapu lantai ada satu kuntum bunga carnation hidup masa tu. Dia anggap tak ada apa. So,dia sapu dan buang je.
Kejadian tu sekali je tu je jadi. Next day dan berikutnya memang tak ada bunga jatuh lagi. Yang menjadi tanda tanya tu, dari mana datang bunga yang jatuh betul betul atas orang tu sedangkan dia tengah duduk sambal lelap mata tiba tiba je bunga jatuh. Keliling memang tak ada apa apa hiasan bunga termasuk dalam pasu. Orang lalu lalang pun tak ada sebab orang luar memang tak dibenarkan masuk.
Kisah 2 – Rambut ditarik
Masa bertiga jaga kaunter bilik ICU shift malam, pesakit ada sorang mak cik ni. Dia dah sedar cumanya kena duduk dalam ICU sebab kena pantau. Masa tengah ralit berborak nurse nurse ni kat kaunter, tiba tiba bilik mak cik tu panggil. Kawan mak aku pergi lah jumpa mak cik tu.
‘Ye puan, kenapa ye ? ada masalah ke ?’
‘Nurse, ada orang ke masuk sini? sebab saya terjaga bila ada orang tarik tarik rambut saya’ pesakit tu tanya.
‘eh, kami dari tadi jaga kaunter, tak ada sesiapa masuk pun dalam ni. Orang luar pun kami tak benarkan masuk jam begini’ jawab kawan mak aku tu.
Mak cik tu jawab ‘sakit sangat orang tu tarik rambut saya, saya ingat kana da nurse atau sesiapa masuk sini tadi, sebab tu saya tekan bell. Boleh tengokkan saya malam ni? Sebab saya takut nak lelap mata’
‘iye ke puan, pelik juga tu. Tak apa lah saya jaga mak cik malam ni. Saya akan pantau puan depan tu. Puan jangan risau ye’ terus kawan mak aku tu ambik kerusi duduk depan bilik tu sambil buat kerja lain. Mujurlah malam tu pesakit tak ramai dalam ICU, senang dorang nak pantau.
Kisah 3 – Cengkaman kuku
Di kaunter wad, kali ni mak aku tengah duduk sambil nak lelapkan mata 2pagi macam tu. Biasa lah , lepas dah selesai bagi ubat dan check pesakit dalam wad dorang akan take turn lelapkan mata sekejap. Shift malam mengantuk teruk. Tengah sedap mak aku lelap dalam 5 minit macam tu tiba tiba dia terkejut bila kaki dia terasa ada benda pegang betis dia. Dan terasa kuku cengkam makin kuat. Terus mak aku tersentak dan tolak kerusi ke belakang.
Tapi tak ada apa apa pun benda atau orang kat bawah tu. Terus segar mata mak aku malam tu. Dia tanya kawan kawan dia. Dorang pun taka da Nampak apa apa masa tu. Mungkin benda tu nak kejut supaya tak tidur lama lama kot. Hahaha
Kisah 3 – Rambut ditarik
Masa bertiga jaga kaunter bilik ICU shift malam, pesakit ada sorang mak cik ni. Dia dah sedar cumanya kena duduk dalam ICU sebab kena pantau. Masa tengah ralit berborak nurse nurse ni kat kaunter, tiba tiba bilik mak cik tu panggil. Kawan mak aku pergi lah jumpa mak cik tu.
‘Ye puan, kenapa ye ? ada masalah ke ?’
‘Nurse, ada orang ke masuk sini? sebab saya terjaga bila ada orang tarik tarik rambut saya’ pesakit tu tanya.
‘eh, kami dari tadi jaga kaunter, tak ada sesiapa masuk pun dalam ni. Orang luar pun kami tak benarkan masuk jam begini’ jawab kawan mak aku tu.
Mak cik tu jawab ‘sakit sangat orang tu tarik rambut saya, saya ingat kana da nurse atau sesiapa masuk sini tadi, sebab tu saya tekan bell. Boleh tengokkan saya malam ni? Sebab saya takut nak lelap mata’
‘iye ke puan, pelik juga tu. Tak apa lah saya jaga mak cik malam ni. Saya akan pantau puan depan tu. Puan jangan risau ye’ terus kawan mak aku tu ambik kerusi duduk depan bilik tu sambil buat kerja lain. Mujurlah malam tu pesakit tak ramai dalam ICU, senang dorang nak pantau.
Disebabkan aku menaip masa tengah kerja. So sampai sini aku kongsi tiga kisah ni. Aku pun tak pasti cerita ni dapat masuk FS lagi ke tak. Hehe ada lagi pengalaman aku kongsi ye. Cuma nak bagi pesanan dari mak aku, kalau mana antara korang yang baca cerita ni kerja kat hospital. Tiap kali balik jangan lupa bersihkan diri dan solat. Sebab benda benda ni memang suka ikut balik. Lagi yang ada anak kecil tu. Sebelum peluk anak , bersihkan diri dulu ye. Itu je. Assalamualaikum!
Salam lebaran,
SI COMEL
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kenapa kisah rambut ditarik ulang dua kali
into pok pek pok pek. isi seciput. bosan
suka dengan cerita rambut tarik tu ke? hahaha
hehe.. mcm2 cerita kat hospital ni..
Cerita lebih kepada ‘straight to the point’. Kisah rambut ditarik diulang dua kali, tidak pasti sama ada kesilapan teknikal atau penulis tidak menyemak semasa menghantar cerita. Tiada apa yang seram melainkan kisah Bunga Carnation. Suasana hospital adalah agak sejuk, terasa cengkaman adalah mungkin disebabkan kekejangan mengejut. Sekiranya betul dicengkam mungkin penulis boleh ceritakan jika ada kesan cengkaman/lebam. Rambut ditarik juga begitu. Kekejangan urat dikepala dan elektrostatik dari sekeliling (besi).
6/10
kisah rambut ditarik je ke? nape tak ubah satu ceta rambut ditarik tu denganmn topik yg lain plak.. wat ke ‘bulu di tarik’ ke.. kn sedap didengar..
yang kisah rambut ditarik asal jadi double?
bro serius bro..bg tau la p****g rambut korean tutup sebelah mata tu kt mana..
Kut kut ramzi yang tarik rambut makcik tu. Kesian
😜😜
sampah siut citer ko
Haha fikir sejuta kali aku nk keje kt hosp ni…
ak plg suke cter Bunga Carnation tu. walaupun cte part tarik rambut dah jd dabel post, spoil mood kjp huhu. but its ok, cte best!