Sihir

Assalamualaikum admin fiksyen shasha, saya nak minta tolong dan berharap admin publish kisah saya ini. Saya nak tanya reader-reader fiksyen shasha yang tinggal di Kelantan, ada kenal ke tak dengan mana-mana ustaz yang hebat yang boleh berubat sihir dan pagar sekali kedai dan buat pendinding dekat kami sekeluarga?

Di bawah ini, saya ceritakan secara ringkas apa yang terjadi kepada keluarga kami.

Cerita dia macam ni, mak dan ayah saya pernah kena sihir 16 tahun lepas, masa tu kami adik-beradik kecil lagi. Mak hampir meninggal dan alhamdulillah mak panjang umur setelah berubat dengan seorang ustaz dan buang sihir tu. Ustaz yang ubatkan mak saya sekarang lumpuh. Orang yang hantar sihir kepada mak dan ayah adalah orang yang terdekat dengan kami. Cerita ni adalah hal 16 tahun lepas dan mak dan ayah ingat orang tu berhenti hantar dah sihir.

Tahun 2014, mak ayah ada buka kedai sendiri. Masa mula-mula buka kedai, ramai yang berpesan suruh mak dan ayah hati-hati dan sentiasa beringat. Sekarang kedai tu dah tiga tahun dibuka. Masalah sekarang, dalam pertengahan tahun ni, mak ada jumpa ayam kampung yang telah m**i di bawah kabinet kedai. Mak ambil ayam tu dan buang, tapi dia ada cakap masa nak ambil ayam tu rasa meremang. Lepas kejadian ayam m**i tu, saya pernah bermimpi orang yang hantar sihir dekat mak 16 tahun lepas datang menuju rumah kami, tapi sempat saya halau.
Saya suruh mak dan ayah cuba berubat balik, cari ustaz sebab keadaan kedai dah tak macam dulu, tak ramai orang. Sesetengah kereta yang datang untuk membeli akan memperlahankan kenderaan depan kedai, tapi tak berhenti.

Rupa-rupanya ayah pernah cakap, kalau dia keluar minum dekat kedai kopi, kawan-kawan dia akan tanya bila masa ayah buka kedai, kedai tu tutup je. Sekadar pengetahuan buat pembaca, sebelum kejadian ni berlaku, ayah peroleh pendapatan sebanyak RM1,500-RM2,000 sehari. Sekarang perniagaan ayah sangat jatuh, kadang-kadang dapat RM250 sahaja untuk sehari. Berkali-kali ganda perbezaan daripada yang dulu.

Pada bulan Julai tahun ni, mata mak ada naik ketumbuhan. Kami pergi berubat secara tradisional dan jumpa doktor, semua mengatakan penyakit mata mak adalah katarak. Tubuh mak contohnya lengan jadi gatal-gatal. Sapu ubat tak beri kesan untuk sembuh pon.

Nak dijadikan cerita, ada seorang ustazah ni datang kedai dan bercakap secara berdua dengan mak. Ustazah tersebut sarankan mak dan ayah cuba berubat perubatan islam sebab dia tengok keadaan mak agak pelik, tentang mata mak yang tak nampak dan ada kesan gatal-gatal dekat tangan macam kesan terbakar. Usatazah tu juga kata keadaan kedai kami sangat suram.

Malam tu juga kami sekeluarga pergi jumpa ustaz perubatan islam. Betul la yang mak dan ayah disihir. Ustaz tu cakap ada 367 sihir dalam tubuh mak dan ayah dan sihir tu dihantar paling lama 16 tahun lepas dan paling terbaru dihantar dalam masa seminggu. Ustaz juga cakap mata mak yang tak nampak tu pon turut disihir, iaitu diikat dengan belulang lembu. Banyak lagi sihir yang dihantar contohnya minyak m**i b***h, d***h anjing hitam, debu mayat, kulit b**i, miang buluh dan macam-macam lagi.

Seminggu sekali, mak dan ayah akan pergi ke perubatan islam untuk buang sihir2 yang dihantar. Jika pergi berubat untuk buang sihir, maka ramai lah orang yang datang membeli kat kedai untuk sehari dua, lepas dari tu akan berkurangan balik. Ustaz pernah berpesan yang dia buang adalah sihir yang ada dalam tubuh mak dan ayah sekarang, kalau orang tersebut hantar balik sihir dia tak boleh buat apa. Jadi mak dan ayah kena sentiasa pergi berubat. Mak juga ada berubat dengan bomoh mata bernama Mok Su Hana.

Dua minggu lepas, mak dan ayah pergi jumpa dengan guru pondok sebab nak minta tolong ustaz tu buat hajat untuk kedai kami. Yang terbaru, hari selasa lepas, mak ada bermimpi dia pergi tempat yang cantik dan dia tengok ada orang sakit tengah baring. Mak rasa kesian dan hulur RM10, datang seorang lelaki tua marah-marah. Dia kata, kenapa duduk berubat dengan Mok Su dan guna ubat akar kayu yang datang dari gunung ( ubat akar kayu yang Mok Su bagi ada dua kelebihan iaitu ubat mata dan boleh halang sihir). Orang tua tu cakap dekat mak (dalam mimpi) suruh cari orang yang bernama Haji Samad di Paloh Rawa. Orang tu ulang benda yang sama sebanyak tiga kali, barulah mak tersedar.

Keesokan hari(Rabu), di kedai nasib kami baik sebab ada pelanggan ayah(Hairi) datang untuk membeli dan dia asal dari Paloh Rawa. Ayah minta tolong dia untuk cari orang yang bernama Haji Samad. Hairi minta tolong kepada ayah angkat dia yang berada di Paloh Rawa untuk cari orang tersebut. Ayah angkat Hairi pergi tanya tok imam kg Paloh Rawa tentang orang yang bernama Haji Samad. Tok imam kg Paloh Rawa berasa pelik dan panggil Tok Penghulu, Tok Bilal dan orang2 tua lama di Paloh Rawa untuk berbincang pasal mak yang mencari Haji Samad. Rupa-Rupanya Haji Samad yang dicari mak adalah orang yang telah lama meninggal dunia. Anak cucu Haji Samad yang ada di Kg Paloh Rawa sekarang adalah generasi keempat Haji Samad. Generasi keempat Haji Samad sekarang ialah Ustaz Budak yang pernah terkenal sebelum ustaz Azhar Idrus.

(Jumaat) Nek Hawa iaitu emak sepupu mak datang ke kedai. Mak cerita perihal dia bermimpi dan mak ada tanya jika ada ke keturunan mak yang tinggal di Paloh Rawa. Nek Hawa kata memang ada keturunan mak yang berkahwin dengan orang Paloh Rawa iatu Tok Lebar dan anak hasil perkahwinannya dapat dua orang anak iaitu Haji Samad dan Haji Sudin. Jadi, Haji Samad mempunyai pertalian d***h dengan mak. Yang kami sekeluarga pelik adalah kenapa orang tersebut menyuruh mak pergi berjumpa Haji Samad, orang yang telah lama meninggal? Jika betul hendak menyampaikan pesan, kenapa tidak menyuruh mak mencari anak cucu Haji Samad. Lagipun, nada orang tersebut menyampaikan pesan adalah dengan nada yang garang dan marah.

Jumaat yang terbaru kami pergi berubat dengan ustaz di pusat perubatan islam. Ustaz buang sihir yang ada di tubuh mak dan ayah. Dan yang paling membuat mak dan ayah terkejut adalah orang yang menghantar sihir kepada mak ayah ingin tutup kedai kami buat selamanya. Sekarang kami sedang berusaha untuk halang sihir ini dari terus menganggu keluarga kami dan menganggu perniagaan mak dan ayah.

Untuk pembaca sekalian, saya minta maaf jika tulisan saya banyak kekurangan. Saya hanya meminta pertolongan jika sesiapa yang tahu atau kenal ustaz yang boleh berubat sihir dan datang kerumah dan kedai kami untuk membuat pendinding. Kalian bolehlah komen, insyaAllah saya akan inbox anda secara personal untuk bertanya lebih lanjut. Saya tak tahan tengok mak yang murung dan sedih sebab berfikir masalah ni, lagi-lagi dengan mata dia yang tak nampak. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Sekian, wassalam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rose

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

31 thoughts on “Sihir”

  1. Asslm…nme sy azri…sy ada seorg yg blh direkomenkan tl dye tggl dkt pulau melaka…klau sggup pergi sy akn informkn dkt dye

    Reply
  2. Salam Ros Azwa, apa yg saya faham, mungkin keturunan ibu Ros ada yg mendalami pengajian tasauf. Cuba tanya ahli keluarga belah mak aka Hj Abdul Samad jika ada yg belajar secara mendalam. Ikutilah cara mereka. Agak sukar utk saya terangkan di sini, tapi salah satu kaedah berubat dan mengubati diri sendiri yg berkesan adalah dgn mendalami ilmu tasauf secara praktikal. Mimpi bukan lah sesuatu yg sia sia.

    Wallahua’lam bisawab

    Reply
  3. Assalamualaikum, saya jauh dari negara seberang. apa yg saya boleh bantu d sini, perbanyakkan zikir, jangan berhenti, dalam hati pun boleh walaupun berada dalam tandas (dalam hati). sebelum melangkah keluar rumah baca Al fatihah, 3 kul dan Ayat Qursi tiup kat tangan dan sapukan ke seluruh badan hingga kaki. Saya juga pernah menjadi mangsa sihir, sampai tak dapat berjalan, terpaksa heret jer kaki, muka gelap tak ada vcahaya, kerasukan di ofis dan macam2 lagi. Saya berubat memakan masa dalam setahun lebih, tapi apa yg Ustaz bagitau saya, diri saya sendiri kena lawan, walaupun sihir tu dihantar berkali2. teruskan baca zikir, jika terasa sakit teruskan sahaja kerana maksudnya zikir kita tu berjaya dan barang yang tak baik tu akan terasa panas dan dengan sendirinya akan keluar. dekatkan diri dengan Allah, percaya pada Allah dan mohon perlindungan dariNya, Allah adalah sebaik2 pelindung. baca kisah ketika Nabi Muhammad SAW di kejar oleh Jin Ifrit laknatullah dengan bara api ketika melakukan Isra’ Mi’raj ke langit, Malaikat jibril mengejarkan Nabi doa pendinding hingga Jin Ifrit itu jatuh tersungkur. bacalah:

    “Aku berlindung ke hadapan Allah Yang maha Pemurah dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan tidak ada orang yang baik dan tidak juga orang yang derhaka dapat melampauinya; Dari sebarang kejahatan yang turun dari langit dan dari apa saja kejahatan yang naik ke langit; Dari kejahatan apa yang diciptakan di bumi dan dari kejahatan apa yang keluar dari bumi; Dari fitnah-fitnah di waktu malam dan di waktu siang; Dan dari pada segala bencana di waktu malam dan siang kecuali bencana yang datang dengan kebaikan; wahai Yang Maha Mengasihani”

    Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW juga pernah disihir, anda boleh baca kisah Nabi2 yg pernah terkena sihir. Apa yg saya ingin katakan, di samping anda sekeluarga berusaha dengan Ustaz, anda sekeluarga juga boleh melawannya…Allah ada, minta padaNya, walaupun belum dimakbulkan dengan segera, jangan putus asa, kuatkan niat, banyakkan zikir insya Allah.

    Reply
  4. oh my god ..
    siapa yg dengki gila nihhhh ..
    kepala hotak dia berulat busuk!
    hati hitam !
    celaka betul wei buat family org mcmtu ..
    cerita best

    sorry emosi sikit , sbb mak aku pun pernah kna mcmni

    Reply
  5. arwah mak aku meninggal gara2 penyihir… aku boleh pesan kat hang supaya terus sabar dan tabah jangn ptus asa… :'( aku doakan supaya keluarga hang cepat sembuh

    Reply
  6. Suami saya pernah kena sihir dengan wanita dari sabah.. hampir 4 tahun berubat tapi alhamdulillah skrg dah sihat.. setiap kali lepas solat habiskan surah yassin dan surah al israq ayat 80 – 82 .. suami saya berubat dengan ustaz saiful di bumi hijau.. sihir ni sangat kuat tapi kita ikhtiar dan jangan putus asa…

    Reply
  7. Assalamualaikum.. Awak boleh cuba berubat dengan Ustaz Ja di Kampung Kemuning, Machang… Ustaz ni jiran sekampung saya.. tahun lepas mak saya pun penah disihir smpai keluar d***h melalui hidung non stop. Berubat kali pertama dengan bilal di Kuala Krai, muntah keluar d***h yg berketul2 tu.. Kali kedua berubat dengan Ustaz Ja, muntah d***h dan rambut.. Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas berubat dengan Ustaz Ja mak sihat walafiat. No more d***h keluar melalui hidung @ mulut.

    Reply
  8. Lina biasa dengar Darussyifa’ ni memang terbaik. Awak boleh google kalau nak dapatkan contact dan location yg terdekat. Be strong for your family.

    Reply
  9. Pada masa yang sama sentiasa bukak alunan ayat-ayat al-quran di kedai dan dirumah. Jangan tunjuk kita lemah. Hati kena kental , sebab orang ni dengki dengan rezeki kita. Saya bukan orang kelantan , bagi iktiar dengan cara lain supaya dpat kurangkan sihir.

    Reply
  10. Amalkan Al Mulk Ar Rahman dan Al Jin sehari hari. Ulang ulang ketika sedang berniaga. Semoga berjumpa dengan jalan penyelesaian bagi menyembuhkan mak dan ayah adik. Inshaa Allah. Aamiin

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.