SIHIR DARI SEBERANG

SIHIR DARI SEBERANG

Assalamualaikum FS and silence readers, Ingat saya lagi tak? Saya Firdaus. Saya pernah share cerita pasal RESTORAN MEWAH. kali ni saya nak share pasal sihir pulak. kisah Ni saya dapat dari pengalaman kawan saya.
=
Kisahnya bermula apabila…

“Ingat ye, saya hanya ambil pekerja indonesia beragama islam dan keturunan kerinchi. Selain dari itu saya tak nak” Aku memberi ingatan pada setiap pekerja ku

“Dan lagi satu, rehat pukul 10 di mansuhkan. Pukul 1 rehat, solat lepas tu tidur sekejap sambung kerja balik pukul 2.30 petang” sambung ku lagi

“Bos, kawan saya mau kerja sama bos”

“Dari mana?”

“Sumatera”

“No!. No!. No!.”

Pantas aku meninggalkan perjumpaan dengan pekerja ku yang berjumlah 10 orang. Tubuh ku menggigil sendiri, masih teringat lembaga berbulu tersenyum menyeringai beberapa minggu lepas yang mengganggu kehidupan seharian ku
Singkat Cerita,
Pada Tahun 2010

“Saya dah kata polisi syarikat kerja harus cukup sebulan baru saya bayar penuh. Kalau kerja sampai 15 haribulan, saya bayar separuh. Kakak faham tak?” Soal ku melihat Kak Nano Sugitawo yang berasal dari Sumatera, Indonesia

“Kak Daro Suini, pun sama. Saya tak akan bayar sesen pun, kakak ingat saya tak tahu apa yang kakak buat?. Kenapa perlu mencuri!. Ini menjejaskan polisi saya!. No Salary, Tiada Gaji untuk kakak sebab memburukkan nama syarikat saya!” Aku sedikit tegas pada Kak Daro memandangkan bukti dari kamera jelas menunjukkan Kak Daro mencuri RM500 yang di letak atas meja pemilik.

Kak Daro dan Kak Nano merupakan pekerja baru yang mula bekerja. Kak Daro berasal dari Medan, Kak Nano berasal dari Sumatera. Kedua dua nya memakai tudung litup sama seperti pekerja lain. Mereka menjeling ku tanda tidak berpuas hati dengan layanan ku.

“Bos, sepatutnya jangan cari pasal dengan mereka” bisik Kak Nana pembantu ku

“Kenapa pula?. Dah buat salah kenalah tanggung dan terima” aku sedikit melenting

“Bos, mereka bukan islam. Jangan ingat mereka pakai tudung mereka islam”

Aku tersentak terus melihat ke arah Kak Daro yang berjalan seorang diri di tepi jalan. Kak Daro melihat ku dan tersenyum sinis. Bas express melalui hadapan Kak Daro, saat Bas mula bergerak Kak Daro tidak kelihatan. Tiba tiba, bulu roma ku meremang sendiri. Pantas aku berjalan memasuki pejabat

******

“Kamu tahu ngak, Kak Daro ada pendampingnya. Dia ada ilmu hitam”

“Kalau kamu cari pasal dengan Kak Daro hati hati, bahaya mungkin menanti”

Terngiang ngiang kata kata Kak Nor semasa berborak dengan Kak Nana. Aku hanya mendengar dari jauh. Peluh mula membasahi dahi ku. Aku menggeletar sendiri, aku tak tahu apa yang mungkin menyusul tiba.

******

Aku meletakkan kereta di perkarangan rumah. Dan terus memasuki rumah, aku melihat isteri ku tersenyum dan terus memasak. Aku melelapkan mata seketika di atas sofa. Lega rasanya.

“Abang bila pula balik?”

Aku hairan sebab dengar suara isteri ku atas tangga. Aku buka mata dan kelihatan jelas isteriku memakai telekung tanda baru saja selesai solat.

“Tadi bukan ke sayang ma..”

Kata kata ku terhenti bila aku melihat dapur kemas dan tersusun. Tiba tiba bulu roma ku meremang, Isteri ku melihat ke arah pintu yang sedikit terbuka tergamam melihat kelibat makhluk putih seperti memeluk bayi melangkah masuk ke dalam rumah. Isteri ku pengsan di atas tangga tengah. Aku cemas, aku pantas membawa isteri ku menuju ke klinik. Perlahan lahan isteriku sedar dari pengsan

“Abang hantar sayang balik kedah ye.. Abang kena uruskan hal penting”

Apabila isteri ku di benarkan pulang, aku terus membawanya ke kedah. Sementara aku terus kembali ke kuala lumpur.

******

Aku terbaring letih di atas sofa yang berada di ruang tamu. Keadaan sunyi sepi, kedengaran bunyi kipas yang berpusing laju. Saat aku hampir melelapkan mata

PAMM!!

Aku tersentak terdengar sesuatu dari arah dapur, saat aku membuka kan mata aku melihat Kak Daro tersenyum sinis memandang ku!.

“Allahuakbar!”

Aku bingkas bangun dari atas sofa dan melihat di sekeliling tapi tiada apa apa. Peluh membasahi dahi ku, terasa panas membahang di dalam rumah walaupun aku sudah buka kipas selaju yang mungkin. Tekak ku terasa kering, aku menuju ke peti ais mencapai botol air untuk di minum.

Ssccreetthh!!

Bulu roma ku meremang!. Kerusi yang betul betul berada di belakang ku seolah di tarik. Aku terus berpaling untuk melihat, Kak Daro tersenyum menampakkan kedua dua matanya yang serba kemerahan duduk di atas kerusi melihat ku. Aku berlari menuju ke tingkat atas.

“Pergi!. Pergi!. Aku tak kacau kau!. Pergi”

Aku meronta di atas katil. Tubuh ku terasa kejang, terdengar pintu rumah ku di ketuk kuat. Larian dari tangga menuju ke bilik semakin deras.

“Ii..ssaa!. Tolong aku!”

*****

“Assalammualaikum, Isa kau datang rumah aku cepat. Aku minta tolong, kalau boleh malam ni juga”

“Waalaikummussalam. Sekejap lagi aku sampai”

Aku menelefon Isa semasa dalam perjalanan dari hentian sebelah behrang ke kuala lumpur. Badan terasa tak sedap bagai ada sesuatu tak kena

*****

“Astaghfirullahalazim!”

Isa beristighfar saat melihat aku terketar ketar melawan asakan satu ekor makhluk berbulu lebat yang berdiri atas tubuh ku. Dada ku terasa bagai di himpit terasa sukar bernafas, aku cuba meronta tapi tak berhasil bagai ada bebanan seberat berat nya atas tubuh ku. Aku hampir berputus asa, menyerah kalah dengan apa yang di hantar oleh Kak Daro.

Isa membaca ayat bismillah 5, melibas libas kain serbannya. Pantas makhluk belaan, beralih ke arah Isa. Aku hanya mampu terbaring lemah melihat bagaimana Isa bertarung dengan Makhluk Belaan.

“Kenapa kau kacau dia!” Tegas Isa

“Dia tak suka tuan aku!. Dia patut dapat pengajarannya!”

“Kau siapa?. Kau bukan tuhan, hanya Allah SWT memberikan hukum. Nyah kau dari sini!”

“Aku tak nak!” Tegas makhluk menyerupai Daro

“Aku terpaksa guna kekerasan untuk kau pergi dari rumah orang ini!”

Makhluk hitam berbulu lebat pantas cuba melakukan serangan ke arah Isa. Pantas Isa menepis dan mengelak serangan pantas makhluk berbulu. Kelihatan gigi taring makhluk berbulu seolah geram dengan gerak lincah Isa. Isa tetap kelihatan tenang.

Isa terus menyambung membaca ayatul kursi dan al baqarah. Raungan makhluk jelas kedengaran bagai menjerit kesakitan yang amat sangat. Matanya kelihatan bagai terkeluar dari rongga saat Isa membaca ayat Al Baqarah, d***h hitam kelihatan mencurah curah bagaikan air yang melimpah ruah. Bau hangit terbakar memenuhi ruang rumah. Perlahan lahan Isa bagai menarik makhluk hitam ke arah luar rumah, Isa pantas menepuk lantai di bahagian luar rumah.

“Allahuakbar!”

Saat telapak tangan Isa jejak ke tanah, tubuh makhluk itu menjulang ke udara sebelum meletup kecil. Yang kelihatan hanya serpihan kecil bertaburan sekitar luar halaman rumah. Perlahan lahan Isa menuju ke penjuru halaman rumah, mulut Isa terkumat kamit membaca sesuatu sebelum terlihat kain kuning timbul dari permukaan tanah di pagar hujung rumah. Kain kuning di pegang dan di genggam, sekali lagi mulut Isa membaca ayat al quran sebelum kain kuning berubah menjadi abu.

“Alhamdulilah, dah selesai Yan. Nak buat macam mana pekerja tak puas hati di hantar benda bukan bukan. Nasib baik dia tak kacau isteri kau, kalau tak lagi susah nak urus” senyum Isa

Itulah pengalaman yang paling aku tak boleh lupakan. Sekarang aku jadi pekerja kepada seorang majikan dan masih menguruskan tentang pekerja asing tapi aku akan buat pemilihan pekerja hanya asal dari kerinchi. Sebab aku serik dengan yang lain.

Tamat.
Jumpa lagi jangan lupa vote tau. Supaya saya semangat nak share Cerita lagi

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Firdaus Muzammil

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 4.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.