assalamualaikum aku amy (bukan nama sebenar) berasal dari terengganu umur 22 . aku dah nikah pada 2019 tapi belum ada anak lagi . cerita dia macam ni
Bermula jam 5 pagi aku dan suami terjaga dari tidur untuk bangun solat subuh sementara tunggu subuh aku membancuh 2 cawan teh untuk aku dan suami dan minum air di luar sambil mengadap sungai dan menghirup udara pagi yang sangat nyaman!!
Tiba-tiba datang seekor pelesit berterbangan di ruang tamu kat luar ni, orang cakap pelesit ni biasanya kiriman orang , aku pun teringat pesan ayahku ‘kalau ada pelesit datang rumah jangan b***h , halau atau tangkap letak dalam tabung’ aku pun pesan kat suamiku supaya tidak membunuhnya suami aku dah stanby dah sebatang penyapu kat tangan untuk b***h pelesit itu tapi hasratnya gagal .
Tak lama tu pelesit tu hilang aku dan suami macam biasa duk sembang2 jam menunjukkan dah hampir pukul 6 terdengar sayup2 suara orang mengaji di masjid . Tiba masuk waktu subuh terdengar laungan azan , tiba2 aku rasa tak sedap badan badan aku rasa meremang dan seriau aku lekas bangun dan tutup telinga aku masa tu aku menangis dan nak termuntah aku berlari masuk ke bilik , suami tak syak apa2 dia ingat aku nak muntah dia fikir aku pregnant dengan senang hati dia masuk ke bilik .
‘sayang… sayanggg kenapa ni , sayang sakit perut eh ? aku hanya diam dan menangis , lepas selesai menangis aku ketawa , hihihiiiii kepala ku hanya menunduk sahaja. Suami aku pun apa lagi terkejut dia sampai lari lintang pukang panggil umi dan abah , terdengar hentakkan kaki nya di tangga dummm dumm dumm , takut sangat dia waktu tu. Lupa nak bagitahu aku menumpang di rumah mil , rumah mil 2 tingkat , aku tidur di bawah dengan suami , kat atas mil kakak dan adik dia
Tak lama kemudian datang abah dan umi nya kebilik aku , kiri kanan telinga aku di azankan makin kuat di baca makin kuat aku menangis badan aku menggigil dan sangat panas!!!! masa tu aku memang sedar apa yang jadi cuma aku tak boleh nak kawal badan aku sebab ‘benda’ tu dah kawal badan aku 80% . selesai di azankan abah baca beberapa ayat Quran , dan baca ayat untuk orang2 yang terkena sihir , sambil abah baca tiba2 terhenti dan lidahnya seakan disekat untuk dibaca.
Tiba2 aku ketawa hihihihi hahahahahaa . berdekah aku ketawa . abah lihat aku dan tersengih seolah2 ‘benda’ dalam badan aku mencabarnya ! abah teruskan baca lagi dan badanku terasa sangat panas!!! aku menangis meraung lagii . (aku namakan suami aku han supaya senang aku bercerita ) han memegang tangan aku dan aku menepisnya dengan kuat kau orang bayangkan lah tenaga lelaki boleh kalah dengan perempuan betapa kuatnya benda yang berada dalam badan aku masa tu . Hampir 1jam lebih abah ubatkan aku barulah aku betul2 sedar dan di bagi nya air yang dah di bacakan ayat suci al Quran . aku menceritakan apa yang jadi , abah cakap mungkin terkena sihir , aku tak percaya sangat sebab aku tak ada musuh
Aku cuba call ayah dan beritahu apa yang jadi dan mintak dia datang ke sini Allahuakbar , subhanallah ! ayah terkejut . sebab ni bukan pertama kali aku kena , tapi yang ni paling teruk . Ayah aku memang pandai berubat sejak muda lgi dah merata tempat dia ubatkan orang , sekarang dah tua dah tak ubatkan orang macam dulu
jam 9 pagi ayah sampai ayah ubatkan aku mulut terkumat kamit membaca ayat al Quran dia berdiri di belakangku sambil menepuk belakangku . dia mengengam tangan nya dari atas kepala aku sampai hunung kaki seperti membuang sesuatu sebanyak 5 kali , korang bayangkan betapa banyak nya benda tu dalam badan aku tu . Dah selesai semua ayah cakap dah tak de pape benda dekat2 sini je tu ganggu , ayah aku ni susah nak cakap jujur dia taknak aku takut… Sekian..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
BEST LH CITE NI, TAPI……. NK CITE KELAKAR
Dahtu ape yang sihir pemisahnye? Ayah tt cakap benda dekat2 situ je yang ganggu.
macam pernah baca.. jalan cerita sama tp cara penceritaan je lain..
Mana part pemisahnya? kok ngak disebut.
element suprise die dasyat.. tau2 je dah abes cite.. hmm
Cerita budak tadika. Apa yang sihir? Mana pemisahnya? Cuba lagi ye. Jalan cerita yang tidak menarik. Kalau selalu menulis, insyaAllah akan jadi lebih baik.
Tumpang tanya, mil tu apa? Nama org? Ukuran mililiter?
Mil tu mother’s in law !