Sihir Pemisah

Coretan kali ini berkisar kisah Sihir Pemisah yang terjadi dalam hidupku. Aku sebagai mangsa, pesakit dan perawat. Cuma ada beberapa keadaan aku tidak dapat menceritakan secara lengkap, kerana sukar untuk orang awam memahaminya. Tapi coretanku in aku cuba mudahkan supaya boleh difahami. Ceritaku ini boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat bagaimana kejamnya Sihir Pemisah ini.

Pada tahun 1993 aku pernah bertunang dengan seorang gadis, Az dari Felda Sungai Koyan 2 yang datang bertugas ditempatku sebagai kerani secara kontrak. Aku berjaya menawan hatinya lalu kami pun bertunang. Sepanjang pertunangan nampak bahagia dan elok sahaja. Sehinggalah tiba-tiba pertunangan itu diputuskan secara mengejut.

Selepas 3 hari kebetulan aku menelefon ke kampung, baru la aku tahu pertunangan aku telah diputuskan. Menangis ibu menceritakan kepada aku pihak perempuan telah memulangkan cincin dan wang hantaran.. Sebelum itu aku tidak dapat mencari mereka, tiada di rumah, tiada di kampung, Seri Manjung, merata aku cari tiada dapat dikesan. Rupanya selepas 2 tahun baru kutahu mereka menyewa di Rumah Rehat di Sabak bernam bersembunyi dari aku. Kerana pada masa itu Az telah dapat jawatan tetap di Sabak Bernam. Aku tidak tahu mengapa pertunangan kami diputuskan sehinggalah pada tahun 2018 barulah aku tahu apa yang terjadi sebenarnya. Angkara Sihir Pemisah.

Semasa pihak keluarga perempuan memulangkan cincin, ibu membuat keputusan memakai cincin tersebut. Aku tahu dalam hati ibu pun kecewa dan dia juga sangat suka dengan Az. Itu sebab dia nak pakai cincin tu. Aku pun tak kisah, sebab sudah tiada makna bagi aku lagi dan memaklumkan kepada ibu itu bukan cincin yang aku beri dahulu. Ibu mengatakan betul, tapi aku hanya diam, nak menjaga hati ibu, ia kan sahaja.

Selepas putusnya pertunangan itu aku selalu tidak sihat, tapi aku tidak menghiraukan sangat. Maklumlah anak muda, masih kuat. Tapi lama-kelamaan aku mula rimas tengok orang lain sihat sahaja, duit pun banyak membeli ubat dan sebagainya. Sehinggalah aku membuat kajian di internet tentang Rawatan Islam, aku bertekad untuk mencuba pula.

Banyak tempat yang aku pergi berikhtiar, kebanyakannya mengatakan gangguan. Sehinggalah ibu mengesyorkan aku sendiri belajar dan rawat diri. Mula-mula aku belajar di Selangor, kemudian dalam suatu seminar rawatan yang dianjurkan oleh DM aku muntah semasa latihan diadakan. Aku pun berubat dengan beliau, Santau yang keluar, terasa lega banyak, aku pun ada berguru dengan beliau. Selepas itu aku ada berguru dengan beberapa orang lagi.

Bagi menggelakkan lupa dengan apa yang aku pelajari aku membantu rakan di Pusat Rawatan. Tetapi aku tak tahan, rawat dalam 2 atau 3 orang, aku terpaksa berehat beberapa hari kerana sakit satu badan. Dalam masa yang sama juga aku selalu merawat ibu, kerana setiap kali ibu nak lelapkan mata akan datang lembaga berbulu mengganggu. Semasa aku rawat ibu juga selalu berjumpa lembaga berkeliaran dalam rumah, bagi aku bukan saka, buka sihir, mungkin sesat mencari tuan baru. Selepas ibu meninggal kakak serahkan kembali cincin tersebut kepada aku.

Kakak membawa ke kedai emas tempat aku membelinya dahulu untuk membuat semakan adakah betul cincin itu buatan kedai tersebut. Setelah diperiksa, sah bukan cincin yang aku beli. Aku mengambil cincin tersebut dan membawa balik ke rumah. Aku letakkan dalam laci di hujung katilku. Dalam fikiranku belum tahu lagi nak buat apa dengan cincin tersebut, sebabnya bukan cincin aku.

Pada malam itu aku bermimpi berjumpa lembaga yang mengganggu ibu dahulu, lantas aku bertanya, “kamu yang ganggu ibuku”?, “ kamu dari cincin itu? “pergi jauh-jauh aku tak nak tengok kamu di sini” . terus terjaga, jam menunjukkan pukul 1 pagi. Setelah siang, aku menelefon rakan menceritakan kejadian malam tersebut dan merancang satu sesi rawatan untuk membongkar siapa punya cincin dan apa tujuannya.

Pada hari yang dijanjikan rawatan dimulakan, antara isi dialog dengan Jin tersebut ia dari cincin yang Za berikan pada Az. Ia pun menaruh minat kepada Az. Tetapi Az lebih minat kepada aku. Tetapi silap Az sepatutnya beliau tidak boleh menerima cincin tersebut jika ia minat kepada aku, Walaupun sekadar hadiah, kerana cincin umpama lambang perhubungan.

Sebenarnya cincin itu adalah cincin sihir. Cincin itu digunakan Za untuk memisahkan kami berdua, membisik perasaan benci Az kepada aku. Inilah isi dialog yang paling aku sedih, sebab pernah jumpa 3 kes sebegini, memang menyedihkan. Soal aku “ Perempuan ni kena pukau sampai sekarang”?. “ Ya”, jawapan Jin tersebut. Ini bermakna telah 22 tahun dia dipukau. Menitik air mataku mendengarkannya. Pukau tersebut bukanlah seperti kita lihat di filem, ia boleh hidup macam biasa , makan minum dan sebagainya, Cuma dia tak tahu dan keliru, kebingungan dan dengan siapa dia kahwin sebenarnya.

Menurut Jin itu juga barang sihir untuk aku diletakkan di badan Az. Patutlah aku cari tak jumpa, apabila sihir aku musnahkan serangan sihir, akan ada datang yang baru, rupanya dari badan Az. Setiap kali sihir dihantar aku akan teringat Az. Sahaja Za nak tengok aku gila, alhamdulillah Allah melindungi aku, aku pun tak layan sangat ingatan itu, tapi ia tetap menganggu hidupku.

Apabila kami soal lagi Jin mengaku duduk di perut aku sejak dulu lagi. Patutlah perut selalu sakit. Dalam fikiranku ini bahaya, boleh jadi kanser, kerana Jin duduk dalam saluran d***h sudah lama. Setelah itu kawan aku mentarbiah Jin sebut sehinggalah Jin bersetuju masuk Islam. Sebelum Jin tersebut pergi ia menangis dan tahu kesalahannya yang menganggu hidupku dan ibuku kerana memakai cincin tersebut, kerana menurutnya sesiapa yang pakai cincin tersebut akan kena sihir juga.

Aku berbincang dengan dengan rakan bagaimana hendak mengambil barang sihir aku pada badan Az. Sebabnya tak tahu Az berada di mana. Setelah berbincang minggu depan akan dimulakan misi mengambil barang sihir tersebut. Misi ini berjalan selama 8 minggu. Banyak rintangannya, Jin yang menjaga barang sihir enggan mengalah, ia berkata dia lah Raja, tuannya dah m**i, pengupah pun dah m**i. Akhirnya setelah diserang selama 8 minggu Jin hangus terbakar.

Selepas itu memang rasa badan bertambah baik. Sudah tidak ada lagi barang sihir dihantar. Pada suatu subuh aku cuba pergi meninjau apa jadi pada Az. Aku lihat dia dah selesai solat subuh, duduk di sejadah sambil menangis sampai aku boleh dengar tangisannya. Mungkin dia dah sedar dari pukau, aku tak sanggup melihatnya lalu segera beredar. Pembaca cuba bayangkan bertunang dengan orang lain, bila sedar tengok lelaki lain yang berada tidur di sebelah, Itu yang mengelirukan dan meruntun jiwa. Aku pula yang mengalir air mata di rumah melihat peristiwa tersebut. Dalam 3 hari selepas itu ketika aku nak masuk bilik air muncul wajah berdiri melihat aku.

Dalam hati aku, “siapa ni”? “ bomoh ke”?, sampai sekarang aku masih ingat wajahnya, sedikit botak. Aku pun menelefon rakan, berbincang tentang kejadian sebentar tadi. Setelah rakanku membuat siasatan menurut rakan ku itu mungkin suami Az. Dalam fikiran ku, apakah peranan suami Az ni, adakah dia juga menggunakan sihir untuk mendapat Az? Tinggi ilmunya kerana boleh mencari aku.

Menurut rakanku mungkin barang sihir beliau kami dah terambil sekali. Akibatnya Az telah sedar, telah merosakkan sihir suaminya juga. Bukan semua kami tahu, niat kami mengambil barang sihir yang melibatkan aku sahaja. Rakan aku juga menasihat aku jangan pergi membuat tinjauan lagi kerana dia juga ada belaan untuk menjaga keluarga dia. Inilah nanti jika suami m**i dahulu , belaan ini akan mengganggu anak dan isteri. Selepas itu aku hanya cuba mencari maklumat di internet di mana Az berada.

Baru-baru ini aku terjumpa juga gambar Az dalam internet. Apa yang paling mengejutkan aku, yang datang meninjau ke rumah aku dulu adalah suami Az. Tinggi ilmunya boleh cari aku. Bagi aku sudah tentu ada sesuatu yang telah dilakukannya. Kalau di berniat baik, dia perlu membuang pukau yang ada pada Az, Hati mula tertanya-tanya, adakah beliau juga membuat sesuatu untuk mendapatkan Az. Tidak mustahil juga kalau Az dipukau semula.

Bagi aku sesiapa yang menggunakan sihir untuk mendapatkan isteri, suatu hari nanti isteri itu akan menerima sakit yang berat. Lagilah perasaan ini bertambah sedih. Kalau setinggi itu ilmunya kenapa dia biarkan Az disihir? Kemungkinan dia pun menyihir Az semasa merampas dariku dulu. Aku telah berpakat dengan dengan rakanku untuk memerangkap Jin yang dihantar menyerangku, ia berhasil, memang itu lah tujuannya , supaya Az terus melupakan aku dan membenciku.

Allahuakbar, kenapa sanggup menyeksa isteri sendiri, sudah 27 tahun diperlakukan begitu, apa yang nak dibimbangkan. Az tidak akan kembali kepada aku, sama-sama dah tua, anak dah besar, aku tahu hati budi dia, dia tidak akan membuang anaknya, dia akan berkorban demi anak-anak, walaupun selama ini suaminya menipu, menyihir dan menzaliminya. Sanggup dia meletakkan barang sihir diperut Az. Akibatnya aku selalu mengalami sakit perut, walaupun pemeriksaan perubatan menunjukkan sudah sihat.. Apabila aku memotong ikatan sihir diperut Az , aku termuntah, lalu aku membakarnya.

Dulu aku mengharapkan pilihan Az lebih baik daripada aku, lebih kaya daripada aku , semuanya lebih baik dari aku, tetapi aku melihat suasana dalam gambar tersebut, tidak seperti yang diharapkan. Patutlah suaminya R menggunakan sihir untuk mendapatkannya. Ada 2 orang menyihir kami. Za memisahkan kami kerana supaya sama-sama tidak dapat, R pula menggunakan sihir untuk merampas dari aku. Sudah banyak pesakit yang aku rawat sebelum ini, pada kebiasaannya kalau sudah terlalu lama di sihir, Akan terjadilah kanser, sama seperti yang aku alami.

Aku tidak tahu sampai bila R akan terus menyerang aku. Sampai bila dia harus menyihir Az. Aku berserah kepada Allah. Maaf kan aku Az, 2018 baru aku tahu ini semua permainan Sihir Pemisah. Gambar yang aku lihat nampak air mukanya dalam kesedihan, seperti memohon pertolongan, menahan kesakitan. Aku harap Az dapat baca coretan ini dan pergi berubat segera. Aku mengharap anak Az menunjukkan cerita ini kepadanya, sebab anaknya ada mengikuti Fiksyen Shasha ini.

Hantar kisahda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 114 Average: 4.7]
ZZ

6 thoughts on “Sihir Pemisah”

    • Nak suh dia hantan..mana gentle punya org dia ni..klau gentle dia dah rawatkan dahi..x kisah la klau dia pun dah berumah tangga tp sbg bekas tunang dia..dia sepatut nya rawat si az tu lagi2 bila dah tau hal sebenar…bukan harapkan anak si az tu baca kisah ni..aduii tepok kepala

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.