Sihir Siam Untuk Sekeluarga

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Kisah ini berlaku sekitar 2017. Seperti dijanjikan saya akan berkongsi kisah sekeluarga di sihir siam dan cara bagaimana sihir gangguan itu berfungsi.

Ina dan keluarganya orang kaya. Ina dan suami berprofession sebagai peguam dan mempunyai firma guaman sendiri di Kedah dan ibu negara. Ina mempunyai 3 orang anak yang sudah bersekolah menengah dan mereka sekeluarga hidup dalam kenikmatan kekayaan dunia yang melimpah ruah dr Allah swt. Pembaca kena ingat ye didunia ini kita ada 4 keadaan manusia. Yang pertama nikmat, hikmah dugaan dan istidraj. Tiada siapa pun yang tahu mana satu yang kita akan dapat. Senantiasa bersangka baik denga Allah swt. Semuanya adalah takdir dari Allah swt sama ada takdir mubram atau mu’allaq kita kena redha dan rendahkan diri.

Pada suatu hari rakan kongsi Ina di KL telah berjaya mendapatkan prjek yang dalam skala besar bayarannya. Maka ina serta suami gembira akan berita tersebut. Namun disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rakan kongsi Ina seorang wanita Misha telah membuat keputusan nak split share dan tubuhkan syarikat baru. Namun tanpa persetujuan Ina dan suami yang mempunyai share besar mereka pertahankan syarikat itu dan projek-projek kendalian syarikat. Misha berkeraas hendak rampas segelintir projek tapi mendapat tentangan dari Ina dan suami.

Maka Misha dengan rasa amarah bercuti ke luar negara untuk tenangkan fikiran sewaktu keadaan tegang antara dia dan Ina serta suaminya. Rupa-rupanya Misha telah ke Thailand dengan seorang kawan untuk dikenalkan dengan seorang sami buddha. Misha ingin memporak perandakan hidup sekeluarga dan merampas syarikat itu. Misha bertemu dengan sami berkenaan dan menceritakan masalah dan pertolongan yang diperlukannya. Sami berkenaan meminta bayaran RM 15,000 untuk menjalankan sihir kepada Ina sekeluarga.

Misha berjaya mendapatkan gambar Ina sekeluarga, cebisan helaian rambut di jubah peguam Ina dan kusyen peluk yang digunakan Ina jika di pejabat. Maka kerja khurafat bermulalah, sekumpulan sami mula membacakan zikir-zikir bahasa sanskrit dan menghantar pasukan-pasukan jin dewa taraf tinggi ke rumah Ina. Rumah ina diselubungi jaring ghaib yang meliputi sekeliling rumah. Jin-jin mula menerusup ke fikiran anak-anak Ina dan membuatkan mereka semakin lembam dan lembap dalam apa jua aktiviti dalam kehidupan seharian. Ina dan suami kerap bergaduh dan mereka sekeluarga semakin kurus.

Penampakan kelibat dan gangguan semakin dirasai, perniagaan dan kesihatan semakin merosot. Klien makin menjauhkan diri dan satu persatu projek hilang dari genggaman syarikat Ina. Mereka mula mencari rawatan alternatif setelah pihak hospital gagal mengesan punca penyakit. Sudah berpuluh ribu Ina membelanjakan duit untuk berubat namun tiada keizinan untuk sembuh lagi. Ramai ustaz dan perawat mencuba nasib dan kecundang dengan sihir siam yang sangat kuat ini. Lapisan jaring sangat tebal dan setiap kali diusik jaring secara ghaib sekelip mata jin siam akan datang dan serang perawat dan ustaz-ustaz. Rumah Ina semakin suram dan sugul sehingga baki akaun di dalam bank Ina hanya berbaki kurang RM10,000 sahaja. Duit simpanan habis membayar komitmen tapi projek semakin hilang sebagai sumber pendapatan.

Saya menerima pelawaan dari Ina untuk merawat mereka sekeluarga. Saya dan guru bergerak kesana dengan rakan seperguruan yang lain. Kami bermalam selama 4 hari 3 malam dalam proses perawatan ini. Setiap kali kahdam jin yang ditangkap/dikurung/disembelih akan dihantar lagi makin banyak. Kami terus memohon pada Allah untuk bantuan dalam memerangi sihir siam ini. Seluruh rumah bergema laungan bacaan zikir sanskrit siam. Laungan jeritan dari anak-anak Ina dan dia semakin kuat. Ini tidak boleh jadi kata guru ku.

Tiada pilihan lain kami bermohon pada Allah swt, kami berjaya menangkap ketua jin yang membuat perjanjian dengan sami siam itu untuk mematikan sihir. Malangnya tidak berjaya walau telah diseksa beberapa hari jin itu. Tapi kami  tak putus asa dan terus berusaha. Akhirnya dengan ilham dari Allah, kami menggunakan ilmu cermin dan pulangkan/pantulkan sihir itu pada tuan punya badan. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah daun keladi, limau purut, sireh berwafak, kapur makan dan 7 jenis bunga sebagai asbab sahaja.

Hari terakhir kami diizinkan dan diberi kesembuhan pada Ina sekeluarga oleh Allah swt. Anak-anak Ina kembali normal beransur dalam seminggu. Keadaan rumah makin berseri dan Ina serta suami tidak bergaduh lagi. Misha pula selepas 2 bulan, dia melepaskan share syarikat dan menjadi gila perlahan-lahan, sehingga ahli keluarganya bawa balik ke kampung untuk berubat. Misha meracau seperti orang kerasukan . Kehidupan dan syarikat Ina sekeluarga kembali pulih sepenuhnya dalam masa 4 bulan tak silap saya.

Ingatlah pembaca sekalian, janganlah kita mendekati amalan khurafat dan maksiat. Apa yang didunia ini tidak akan kekal, yang kekal disana akhirat kelak. Dunia hanya medan ujian penuh tipu daya sahaja. Kita kena bijak menilai dan senantiasa patuh pada perintah Allah swt.

Amalkan bacaan ayat kursi dengan cara yang betul, surah at taubah 128-129, yaasiin 9, Al Fatihah dengan betul dan tertib, surah Al Ankabut ayat 57 (untuk berperang dengan jin syaitan), surah Al Baqarah ayat 18 untuk menyerang musuh yang ghaib atau nyata. Boleh amalkan sentiasa dan ketika rasa diri terancam/seram/takut dan niat pada Allah mohon kekuatan dan kemudahan menumpaskan musuh.

Sekian saja perkongsiannya…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

11 thoughts on “Sihir Siam Untuk Sekeluarga”

  1. Lawyer pon dok percaya khurafat syirik bagai…dok mandrem org nak pernaya org…kn blk kt diri sendiri…nasib jd gila…kalo kn kokak ngan jin siam tu kan dh naya…bajang tul

    Reply
  2. Assalamualaikum.saya belum faham mcm mna kegunaan rawatan pantulan ni.saya ingin ajukan beberapa soalan.mengapa pada awal ii rawatan masih belum guna cara rawatan ni?adakah tidak digalakkan utk guna rawatan ini?

    Reply
  3. Dahsyat Sihir ni no …
    Kerja Syaithanirojim dan Para Jin Kuffar …
    Semoga Allah swt sentiasa melindungi Kita,Keluarga dan Umat Islam dari bencana sihir yang merosakkan akidah dan kesihatan Jasmani …
    Insha Allah …

    Reply
  4. Bgs syed ni byk tlg org. Baca awal2 pun dh taw mesti dia yg karang 🤣. Aku rasa mmg style penulisan dia mcm ada “riak” sket tp aku percaya dia ikhlas. Tq share. Teruskan perjuangan anda. Moga setiasa dirahmati Allah n dimudahkan segala urusan.

    Reply
  5. Pulangkan/pantulkan ni rasanya mmg jalan terakhir. Ada rmi jgk mangsa sihir bertahun2 kene dh ikhtiar n akhirnya dipulangkan blk dgn kaedah islam. Cth akk “rumah d13a”, abg “dishir boss n rakan”

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.