Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian pertama….
Mereka dilihat berjalan mengarah kehujung jalan, aku masih lagi menunggu tindakan lanjut Pak Seli. Kami masih lagi menanti dengan tenang dibawah bahang matahari yang kian naik, dipayungi pokok manggis ranum..
“Baik! Aku dah jumpa!” Kata Pak Seli memecahkan kebuntuan..
Pak Seli berjalan beriringan dengan bapak menuju ke belakang rumah, melalui bahagian tepi, dan terus ke belakang..
Di penjuru kiri di belakang rumah, berlatar belakangkan reban ayam dan sedikit kawasan berumput yang didirikan khemah memasak, kami melihat Pak Seli mengali tanah..
Ada dua tiga pakcik tukang masak yang cuma memerhatikan tindakan Pak Seli.
Tanah yang digali terletak dikawasan yang sedikit tersorok, betul-betul ditepi tiang belakang rumah, bucu yang membelakangkan matahari naik, mungkin ada pantang larangnya yang tersendiri semasa ditanam, memang berniat jahat pada tuan rumah atau pengantin..
Tanah digali sebentar, separas buku lali, ada sesuatu timbul, berupa seperti kain perca berwarna kuning kusam, Pak Seli meneruskan usaha mengali hingga keseluruhan rupa ‘benda’ tu terdedah..
Kain yang digumpal membentuk seperti patung, berupa dengan tangan dan kaki, macam patung permainan kanak-kanak perempuan, dan ada gambar Kamal dan Isteri di semat dengan pin di dada patung.
Pada gambar Kamal ada carikan-carikan dari dakwat kekal, ada rajah-rajah tulisan seperti huruf arab yang tiada titik, macam tulisan parsi pun iye jugak.
“Tadi diatas rumah sihir lain, ni sihir yang lain pulak.. Memang berdendam sungguh yang buat ni pada Kamal suami isteri..” Keluh Pak Seli sambil mengeleng-gelengkan kepala. Aku dan Uda hanya mengangguk-angguk sahaja.
Aku cuba untuk ambil dan sentuh, tapi ditegah Pak Seli. Pak Seli menanggalkan kain sampin yang dipakai dan dengan menggunakan kain tersebut, gumpalan kain yang dibentuk menjadi patung diangkat. Bergumpal didalam kain sampin Pak Seli.
Pak Seli berjalan meninggalkan kami tanpa apa-apa arahan, berjalan menuju ke kebun kelapa sawit yang berada nun jauh di belakang rumah, melepasi kawasan khemah memasak yang dah tersedia di belakang rumah.
Aku, bapak dan Uda hanya mengikut langkah Pak Seli yang laju..
“Kemana bang?” Sapa pakcik tukang masak dengan ramah
“Tak kemana.. nak tengok-tengok kebun kepala sawit dibelakang je..” kalis bapak aku dengan senyuman. Pandai bapak aku merahsiakan perkara sebenar, rasanya kalau diberitahu perkara sebenar, semua orang lari agaknya..
Pak Seli berhenti di pokok yang ketiga, dikelilingi sedikit rumput nipis dan agak lapang, bunyi hinggar binggar manusia juga sudah kurang kedengaran, sebab agak jauh dari rumah pengantin tadi..
Agak sejuk suasana dibawah pokok kelapa sawit ni, merimbun diatas kepala kami, walaupun jarak setiap batang hampir sepuluh kaki, tapi berbeza kehangatannya berbanding didepan rumah pengantin tadi.
Aku nampak Pak Seli letakkan patung, disandarkan pada pokok kelapa sawit, dibiarkan begitu..
Pak Seli berdiri tegak, dan melepaskan sembatan dengan tangan kanan perlahan-lahan, membuat bentuk ‘lam’ diudara..
Bergilit kekiri, dan bersilang kaki, melepaskan lagi sebiji demi sebiji buah pukul kiri dan kanan, depan dan belakang, membentuk empat mata angin. Sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu
“APA MAHU MU?” Suara yang tiba-tiba muncul dari balik pokok, selang tiga baris dari tempat kami berdiri. Serentak kami semua menoleh ke arah suara tersebut.
Sekonyong-konyongnya muncul lah ‘seseorang’ dari balik pokok, berpakaian jubah berwarna kelabu asap, dengan janggut dan rambut pendek yang putih, kemas caranya berpakaian, bertongkat, dan matanya terpelohong kedalam seakan-akan buta kedua-dua belah..
Dari kedua-dua bahunya nampak seperti keluar aura kehitam-hitaman, seperti bahang diatas jalan bila cuaca terlalu panas..
“Itu jin yang menjaga patung, jangan terpedaya dengan rupa parasnya, dia diperintahkan untuk membuat kekacauan” Cuit bapak pada aku dalam berbisik..
Uda cuit aku pulak, sambil angkat-angkat bahu, bermaksud ‘kenapa?’
Aku bisik pada Uda
“Jangan tengok anak dara orang, Da….” Kata aku sangkut-sangkut, menahan nafas dan ketawa. Terhinggut-hinggut bahu menahan ketawa, walaupun depan mata, nun jauh disana, ada jin ataupun syaitan yang menyerupai manusia sedang cuba berinteraksi dengan kami.
“Eh, Jilaker betul lawak engkau ye?” Uda balas, kali ni dia putus asa untuk bertanya lagi pada aku.
“Takdelah, bapak aku kata tu jin penjaga, jangan terpedaya pada paras rupa dia, hmmmmmm….” Kata aku
“Hhhhhmmmmmmm….” Uda mengangguk..
“Aku mahu kamu kembali ke tuanmu, dan lepaskan mangsa kamu!” Pak Seli tiba-tiba bersuara bersahaja..
“TIDAK! Aku dah diperintahkan tunggu ‘disini’, dan aku akan kekal disini! Tiada sesuatu pun yang dapat menghalang aku!” Balas susuk tersebut. Bau busuk mula hinggap ke hidung kami, entah datang dari mana..
Aneh pada perkiraan aku, badannya ‘disana’ dibalik pokok ketiga, tapi suaranya datang seperti berhampiran dengan kami, lebih tepat lagi suaranya datang dari patung yang Pak Seli sandarkan dipokok. Bau busuk yang menerpa juga seolah datang dari patung yang sama..
Patung yang tadi disandarkan dalam keadaan seperti berdiri, tergolek diatas rumput, seperti ada tangan yang menolaknya.
“Baik! Kalau kamu berdegil, aku akan musnahkan kamu!” Pak Seli mula mengugut..
Susuk tubuh tadi kembali berselindung dibalik pokok sawit yang besar, hilang begitu sahaja.
Dan Pak Seli mula berdiri tegak, tangan di naikkan dan membuka langkah-langkah silat, seperti persembahan silat untuk pengantin..
Tangan kanan dibuka sepenuhnya mengadap ke arah patung.
HAAAAAA!!
Suara Pak Seli membentak separuh keras..
AAAAARRRGHHHHHHHHHHHHHHHHH
Serentak ada suara orang menjerit dari kejauhan. Jauh didalam kebun kelapa sawit yang seolah tiada penghujung.
Aku nampak patung terbakar dengan sendirinya. Mungkin mudah bagi Pak Seli untuk kali ni..
Patung terbakar habis, hingga tiada kesan langsung, hanya debu hitam yang tinggal, dipijak-pijak apinya dari merebak membakar semak kebun kelapa sawit..
“Sudah! Mari kita pergi! Alhamdulillah, sudah selesai..” Kata Pak Seli
Kami mula berjalan beriringan meninggalkan kebun kelapa sawit, dan kembali kerumah pengantin, duduk di kerusi yang disediakan dibawah khemah pengantin..
Kamal dan isteri serta ahli keluarga terdekat kembali ke rumah..
Haji Ismet menerpa Pak Seli, bersalaman dan mengucapkan terima kasih..
“Saya sangkakan abang bergurau pada mulanya tadi, tapi selepas berpindah tempat, dengan sekali lafaz, semuanya lancar.. Alhamdulillah, tapi boleh kah saya tau, sihir apa yang dikenakan pada anak saya? Dan bagaimana untuk membuang sihir ni dari rumah saya?” Kata Haji Ismet bertalu-talu..
“Alhamdulillah, Haji tak perlu risau, sebab ‘kawan’ saya dah tolong dari jarak jauh, sudah dibuang kan dari rumah Haji..” Pak Seli menolak dari mengambil kredit..
“Hmmmm.. Kalau begitu, terima kasih saya ucapkan buat tuan, dan juga kawan tuan tadi.. Terima Kasih..” Balas Haji Ismet, mereka dilihat saling bersalaman dan berpelukan sambil mengucap selawat keatas junjungan besar.
Tamat upacara ijab dan qabul Kamal dan Nina, tetamu dijemput makan dengan sedikit juadah ringan sementelah menanti dengan sabar sedari pagi tadi.
kami kembali semula kerumah, dan datang kembali untuk majlis persandingan mereka pada pagi keesokkan hari..
Pak Seli masih segak bergaya dengan baju batik jawa yang baru, Uda pakai baju tee berkolar, warna biru. Dan aku dan bapak juga memakai baju tee berkolar, tapi berbeza warna.
Kami sampai awal, dan menunggu dengan sabar hingga rombongan pengantin lelaki datang untuk upacara resepsi. Bapak dah bilang sebelum bertolak, lepas silat pengantin, kita makan, lepas tu baru kita balik.. Kami semua bersetuju sahaja dengan bapak.
Pak Pak Pung
Bunyi kompang mula dipalu dihujung jalan memasuki kawasan rumah pengantin, seketika kemudian meriah suasana, menandakan pengantin akan diarak sebentar lagi, melalui sepanjang jalan, menghala ke rumah pengantin perempuan.
“Kau masuk tak nanti silat pengantin, Rip?” Uda bertanya pada aku
Aku cuma mengangguk-angguk..
‘Seru’ gendang ni, adakalanya sampai boleh naik ‘gerak’, kaki dan tangan bergerak-gerak mengikut alunan gendang dan kompang, punyalah syok dengar kompang dipalu dengan penuh semangat, sambil lagu marhaban Ya Rasullullah dilaung-laungkan..
Kamal nampak kacak dan bergaya, dengan baju songket melayu tenunan Kedah, dengan warna kuning susu keemasan dengan keris yang aku kira sepanjang lima lok berhulu kepala helang, diiringi pengapitnya yang hanya berbaju melayu warna hijau. Jalan perlahan-lahan, dengan cermin mata hitam ala-ala ‘M. Sharif’, berhati-hati mereka melepasi tol demi tol, dengan gelak ketawa anak-anak kecil yang mengusik, meminta duit tol lebih dari sekali.
Kamal sudahpun melepasi ‘tol-tol’ yang dilakukan oleh anak-anak dan saudara mara tuan rumah, disediakan satu kerusi khas untuk beliau duduk, sebelum mula naik ke anjung rumah dan disandingkan dengan Nina yang dah sedia menanti di atas pelamin. Sambil menanti tarian silat ‘selamat datang’ bersulamkan alunan kompang
Kamal duduk dengan tenang, dan aku masih ingat salah satu pakcik tanpa berlengah masuk ke tengah gelanggang, selipar diletak ke tepi dan hanya berkaki ayam, mempersembahkan tarian sendeng. Kemas dan bergaya, permainan sembahan ‘Raja Sehari’. Tamat pakcik tadi bermain sendeng..
Uda tolak aku dengan sepontan ke tengah gelanggang, berdiri ditengah kerumunan orang, aku ‘dikenakan’ Uda sebagai membalas dendam tindakan aku semalam.. haha
Sungguh mantol perangai kau, Uda!
Aku berdiri tegak, memberi sembah hormat kepada pengantin, dan membuka tapak kuda-kuda yang besar, tangan dinaikkan dan di tari kiri ke kanan, dua tiga kali aku tepuk peha, sebagai ‘isyarat’ kerana tendangan tidak boleh dilepaskan dalam silat pengantin, itu dikira kurang sopan..
Nanti kan sambungannya esok gais, charachter limit dah sampai.. bhahaha.. Ada lagi 3 episod sebelum habis, gais!
Masih ada yang pm aku tanya macam mana nak beli ‘pusaka’, korang kena pm book mesh, gais.. orite?
p/s : so kali ni, aku nak korang komen ‘k’ jangan komen ‘f’, banyak sangat komen f, naik runsing aku… haper ke bendanya f ni? hahahaha
#donejadipembaris
Terima kasih..
xoxo
#Pusaka
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
f ke k ke…cepat sikit sambung
K