Simbol Misteri Segi Tiga

Salam sejahtera kepada semua peminat2 Fiksyen Shasha .Ok sini aku nak kongsikan lah sikit kisah seram yg baru2 nie yg aku dh alami , sampai aku kena buat research sendiri pasal ada ‘something’ yg agak misteri terjadi dekat aku baru2 ini . Sini aku cuba lah nk share dgn korang pasal pengalaman yg aku tak rasa korang suma alami , atau Mungkin segelintir yg pernah rasa.

Ok benda ni, masa 25 Feb 2020 terjadi kat aku, masa tu aku baru balik dari outstation dari Miri,          Sarawak . Aku dapat call , dari family aku ade bgitau uncle DO ( nama gelaran ) telah pun baru sahaja meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi buah pinggangnya yang dh rosak .
Sebelum ni dia memang tak bagitau apa apa pon pasal kesihatan dia, rupanya dia sengaja sembunyikan .Uncle aku ni dlu kerja oversea di pedalaman Romania sebagai driller oil rig ..umur dia 35 tahun tpi apakan daya ajal di tangan Tuhan .. rasa sedih tu mmg susah lah nak gambarkn bila kite kehilangan orang yang kita sayang , sebab dia lah yang selalu sembang2 , gurau2 dengan aku. . Sedih dohh ..umur masih muda lagi ..

Jadi, aku mintaklah cuti dengan boss sebab ada family aku yg telah meninggal dunia , masatu tepat hari aku memang dah balik dri outstation dah kat Miri, patutlah aritu hati aku asyik tak senang hati , macam ada sesuatu yg akan terjadi..
Hati aku dah boleh teka dah macam ada perkara yang tak bagus akan menimpa .

Pendekkan cerita, time aku dah tiba kat kampung rumah panjang uncle aku, jadi aku duduk lah dengan mak aku kat belakang sikit dari jarak mayat arwah tu, sambil tengok2 banyak orang ramai yang datang menjenguk arwah . Macam kawan rapat lah , kawan sama sekolah dengan dia dulu . Dengan suasana yang sedih menyelimuti seluruh keadaan . Tiba-tiba , masa tu tergerak hati aku, nak pergi depan sikit nak duduk, jadi aku duduk lah dengan sorang mak cik ni..tanpa rasa malu .. Orang m**i kot takkan ko nak halau dia yang dah duduk kat situ .

Tiba-tiba, masa aku tengah duduk tu, aku rasa macam gelisah dan berpeluh. .Macam ada sesuatu yang gigit paha kiri aku.. Memang tak fikir benda lain dah. Sebab masa tu aku sibuk tengah berbual dengan mak cik sebelah aku tu.. Just think positif mana tahu sebab peluh kan , gatal2 . Lepas beberapa minit tu tiba-tiba paha aku ni rasa panas , macam ada sesuatu yang ukir kulit aku ni dengan jarum..Aku dah dapat rasa dah macam ada sesuatu yang ganggu aku .. Masa tu, aku dah fikir benda lain dah.. Rasa tak sedap hati pulak kan .. Jadi aku bawa lah mak aku ni balik rumah, sebab jam dah pukul 11.25 pm jauh malam dah tu .

Masa dah sampai kat rumah tu, aku tengok lah apa benda lah yang sibuk sangat gigit paha aku nie .. Seriously ! Memang terkejut bila aku tengok ada bentuk ‘triangle’ seperti sengaja diukir pada paha kanan aku .. Bagi aku, benda ni memang rare lah terjadi dekat sesetengah orang .. Jadi aku ambiklah ubat angin dan sapu supaya benda ni tak melekat macam tatoo kat badan aku .. Memang misteri .. sebab benda ni masa uncle aku meninggal dunia .

Nak cari kepastian kan, tiba-tiba aku pandai buat research pulak, sebab sebelum ni aku memang pernah tengok bentuk tu yang memang sama sekali seperti simbol Freemason triangle. Bila aku dah jumpa dah satu simbol , memang sebijik betul simbol tu sama seperti yang ada melekat kat paha aku tu.. Iaitu simbol “Freemason Triangle”@ Illuminati. Masatu aku dah tak tau nak cakap ape dah.. Mungkin syaitan tengah menguji aku.. Cepat- cepat aku pergi sembahyang bila dah tengok tu.. Lagipun sebelum ni, aku memang suka dengar-dengar lagu latin daripada penyanyi terkenal dan agak misteri seperti Tekashi69, Anuel AA, Lady Gaga, Beyonce dengan liriknya yang penuh berbaur pemujaan.. Aku ketepikan lah maksud dia, lagipun lagu mix spanish mana lah ko faham sangat kan.. So its no wonder lah bagi kite.. Just kite cuma suka dengar jer lagu mereka.

Persoalanya ? Mungkin adakah itu caranya syaitan mengambil pengikutnya ? Melalui multimedia? Apa- apa pun semuanya kita serahkan kepadaNya yang lebih mengetahui . Semoga kita tidak jauh tersesat daripada ajaranya. .Pengajaran juga buat semua umat manusia di dunia. Jangan sesekali tinggalkan solat/sembahnyang. Lebih-lebih lagi dunia akhir zaman ni. Setakat ini biar sampai disini dulu cerita yang aku kongsika…Terima kasih fiksyen shasha…

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

Maya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

2 thoughts on “Simbol Misteri Segi Tiga”

  1. Mmg mcm tu, dan pd yg selalu tgk simbol tu juga akn membuatkan mindanya selalu memikirkan simbol tersebut sehingga dlm solat pun tak nmpk sejadah, nmpk simbol segi tiga bermata. Yg pndai buang in shaa Allah boleh. Ramai ank muda skrg kena. Malah masa stress diorg nk lukis simbol tu shj seolah olah terpikat. Itu sihir wafaq

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.