Salam fiksyen shasha. Nama aku Singkong & Keju. Ini first time aku menulis di sini. Terima kasih approved. Selamat membaca.
RUMAH TERES BIRU
EMPAT BULAN SEBELUM…
Aidil Tensentak. Bunyi tangisan yang mendayu mengejutkan dia dari tidur. Lantas kepalanya menoleh sekeliling.
“Siapa? ”
Masih senyap! Akalnya cuba mencari jawapan tapi sekelilingnya kosong! masih gelap! dia bersendirian di dalam
biliknya. Ruang yang sederhana luas namun selesa.
Merasakan semua perkara hanya mimpi, dia kembali berbaring. Belum sempat mata terkatup rapat, tangisan sayu tadi terdengar lagi. Kali ini, Tangis dan tawa bersilih ganti. Terbuka luas kelopak matanya. Aidil duduk.
“Siapa!!?”. Dalam berani masih ada rasa takut. Nak diikutkan hati mahu saja Aidil berlari keluar dari rumah yang belum cukup sehari dijajah. Tapi dibatalkan niat. Manakan tidak, pagi tadi dia baru bayar sewa untuk tiga bulan.
Rumah teres biru dua tingkat itu agak murah berbanding rumah di kawasan lain. Cantik! Letaknya tidak jauh dari bandar. Cuma lama tidak disewakan. Tapi tuan rumah tu tidak pernah pun memberitahu tentang apa-apa masalah lain. Yang dia tahu, penyewa sebelum ini m**i kerana m******h diri.
Malas untuk mencari lagi, Aidil bersetuju dan ini hari pertama dia duduk sendiri. Biasanya dengan Azman, dan rakannya itu pula bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Terpaksalah dia berpindah rumah.
“Aku tak kacau kau!! jadi kau jangan kacau aku!!.” Aidil diam menanti jawapan. Kalau ikut petua orang dulu-dulu. Bercakap macam tu akan menyebabkan benda halus pergi. Dia sekadar mencuba.
Sebenarnya takut juga kalau bersahut, tiba-tiba, terasa seseorang meniup telinganya. Hembusan angin yang sedikit hangat namun helaan nafas itu terdengar jelas. Bagaikan robot, automatik dia bangun dan berdiri dihujung katil.
Kosong!
Tiada penceroboh. Tiada apa-apa. Hanya dia di dalam bilik bersaiz sederhana tadi.
Hairan! Tapi memang terasa jelas, semua perkara bukan khayalan. Dia menyapu tengkuk dan dada. Kepalanya menoleh sekeliling. Bulu romanya berdiri tegak. Mula terasa tidak sedap menetap di rumah itu.
“Aku penat agaknya. Banyak kerja tadi.” Aidil cuba sedapkan hati. Dia tidak mahu banyak berfikir. Esok banyak perkara perlu dilakukan. Sejak akhir-akhir ini banyak sahaja kerjanya yang tergendala. Rakan baiknya Azman sendiri selalu membebel tentang dia yang cuai.
Ya! Tidak dinafikan. Dia terlalu banyak berfikir soal tunangnya yang mahu itu ini walaupon tahu yang dia sekadar makan gaji. Semua perkara tidak cukup. Semua nampak tidak sempurna. Terhela juga dengusan kasar. Hidup sangat membebankan. Aidil tertekan!
“Aku mahu kau…” sahut satu suara tiba-tiba. Perlahan dan halus namun cukup jelas untuk mematikan amarah Aidil. Kepalanya mendongak,…
Aidil diam. Berdiri tegak bagai patung. mencari-cari. Jantungnya berdetak laju. Terasa dia diperhati. Hangatnya suasana bilik Itu saat ini…
“Aku mahu kau” Kali ini suara itu lebih jelas didengar. Tegas dan tajam. Empunya suara bagai sedang berdiri dihadapannya.
“Siapa kau?Kenapa aku?” terdengar getaran pada suaranya…
“Aku boleh beri apa saja yang kau mahu. Cuma.. kau perlu lepaskan aku dari sini…” rayuannya cukup sayu. Tawanya kecil namun panjang. Dan kini jelas sesusuk tubuh wanita semakin berbayang di hadapannya.
Aidil diam!
“Kau tak mahu??…..” tanya suara tersebut seolah membaca hati lelaki itu saat ini. Dan kini bayangan itu semakin jelas membentuk susuk wanita berambut panjang dengan wajah yang cukup menawan, jelas dihadapan!
Tidak membuang masa, Aidil berlari sekuat hati meninggalkan rumah. beberapa kali tergolek tidak dipedulikan. Hilai tawa wanita tadi semakin jelas.
“Salira abdi kanggo mu….” halus suara itu berlagu, bahasa asing dari pedalaman kawasan Indonesia. Panjang dan menakutkan. Mampu didengar sehingga jelas menyapa di telinga.
“Salira abdi kanggo mu….” Bisikan itu bermain-main di dalam kepala Aidil. “Jiwa dan tubuhmu akan jadi milikku….” Kali ini suara itu semakin terang dan jelas, sekilas angin menyapa wajah dan Aidil terhenti langkah.
Dunia terasa gelap. Kakinya longlai. Pandangannya kabur dan Aidil jatuh pengsan dihalaman
“Salira abdi kanggo mu”
“Salira abdi kanggo mu”
“Salira abdi kanggo mu”
Aidil tersentak. Dia di atas katil bilik tidurnya. Matanya terbuka luas, kipas bilik masih berputar laju, suasana agak terang, berkerut-kerut keningnya cuba mengingati hal semalam.
“Aku mimpi?” Badannya juga terasa penat.
Bunyi jam di sebelah mematikan lamunan. Aidil bangkit. Kedua kaki dijulur menapak lantai. Rambutnya diraup kebelakang. Nafasnya terasa memberat. Dia duduk menampung dagu dengan kedua tangannya.
“Apahal penat ni?” Mahu tidak mahu dia terpaksa bersiap untuk ke kerja. Bangun malas-malas. Panggilan dari tunangnya tidak dilayan. Sekadar menjeling sebelom dia berlalu masuk ke bilik air.
Jam baru menunjukkan pukul 7:30 pagi. Lama Aidil berdiri di depan pintu masuk pejabat. Dia berganjak masuk ke dalam hanya selepas ditegur pengawal keselamatan yang bertugas.
“Letihhh je muka encik Aidil?” Tawa pengawal tadi, namun tidak dilayan. Tidak seperti kebiasaan, Aidil yang akan menyapa pengawal itu, malah dia akan berborak terlebih dahulu. Memang sikapnya peramah! Kemudian, Aidil berlalu masuk. Perginya hanya dilihat oleh pengawal tadi yang terasa hairan
Di mejanya. Aidil bingung. Dari mula matanya celik. semua yang dia lakukan serba tak kena. Entah kenapa lah dia hari ni
“Salira abdi kanggo mu” Sekali lagi bisikan itu bermain ditelinga. Aidil berpaling cepat. mencari dari mana datangnya suara tersebut.
Tiada siapa! Semua pekerja sedang sibuk melakukan tugas. msaing-msing bercakap sesama sendiri dan keadaan pejabat itu tenang. Kemudian Aidil kembali melentokkan wajah di atas meja.
Letih! Cukup letih!
“Malam tadi aku jatuh di halaman…. tapi aku bangun pagi tadi….” Aidil tidak menyambung kata. Dia bingung. Mamai!
Malas-malas, dia bangkit menuju ke bilik air. mukanya yang nampak kusam itu dibasuh. Dia letih tanpa sebab. Usai semua dia kembali ke tempatnya dan terlelap lagi. Tidak ada satu perkara pun yang dilakukan olehnya
KERJANYA terbengkalai. Langsung tidak disiapkan. Malah sejak semalam dia masuk kepejabat, Aidil hanya tidur!
Idham pelik dengan tingkah rakannya. Sudah lebih setengah hari dia perhatikan. Aidil bangkit sekejap-sekejap namun hanya merenung kosong lcd monitor dihadapan. Dua hari! Sudah dua hari perkara yang sama dilakukan. Tiada sebarang bahan bacaan mahupun applikasi komputer yang di buka. Malah apabila ditegur tidak pula dijawab. Sapaannya tidak berbalas. Aidil seperti patung.
Idham memandang Azman. Menjuih bibir ke arah Aidil. Berharap lelaki itu juga perasan. Namun Azman mengangkat kedua bahu. Dia juga tidak tahu kenapa Aidil bersikap aneh.
“Kau pergilah tengok Man…” Kata Idham separuh berbisik. Jarinya mencuit bahu Azman
“Aku takut kalau Cik Ponti tu masuk nanti, tengok si Aidil tu tak buat kerja. Bising dia. Kau pergi la…” Sambung Idham. Pn Sara merupakan majikan mereka. Memang nama samaran cik ponti itu diberi oleh mereka bertiga. Malah hanya mereka bertiga juga yang selalu dimarah oleh majikannya. mereka bersahabat sejak sekolah, kebetulan diterima bekerja di tempat yang sama. Memang sekepala. Antara mereka bertiga, Aidillah paling gila!
Azman bangkit dari kerusi. Perlahan dia merapat ke meja Aidil. Dia bersandar sambil Berpusing-pusing di atas kerusi beroda itu. berbual kosong, mengelakkan janggal.
“Beb! Kau putus cinta ke apa?” Tawa Azman mendekatkan wajah. Aidil sedikit pon tidak menoleh. Hanya bibirnya yang bergerak-gerak seolah membaca sesuatu di skrin komputer. Azman memandang skrin itu, namun tiada apa-apa
“Salira abdi kanggo mu”
“Salira abdi kanggo mu”
“Salira abdi kanggo mu”
Aidil berbisik tapi semakin jelas butir bicaranya masuk ke telinga dan kali ini serta merta bulu roma Azman berdiri tegak.
“Dil” Panggillan Azman tidak bersahut. Masih lagi rakannya membaca butiran bahasa yang dia tidak jelas maksud
“Aidil!” Agak tinggi intonasi
“Aidil!!” Panggilnya lagi. Kali ini dia menepuk kasar bahu lelaki itu. Berniat untuk mengejutkan rakannya yang mungkin sedang berkhayal.
Tiba2 Aidil menoleh cepat. Wajahnya mencuka. Matanya merah dan galak.
“Aku takkan lepaskan dia!! Walau apapun yang jadi. Aku akan bawa dia pergi!! Ini sumpah aku!!” Kata-kata itu dilontar Aidil tiba-tiba, dia memandang tepat ke arah Azman. Suaranya menderam marah. Tengkingannya menyebabkan semua pekerja menoleh. Malah terhenti waktu seketika
“Bro kau dah kenapa?” Azman sedikit gugup. Rasanya dia tidak berkasar tadi. Terkejut dengan tindak balas rakannya, dia menjauhkan diri sedikit
Aidil yang seakan baru sedar dari tidur terpinga. Matanya berkelip laju. Dia menggeleng. Terasa sakit benak otaknya. Semua yang ada di ruang pejabat itu memandang pelik.
“Sorry.. Sorry bro aku tak sengaja” Ucap Aidil kemudian berlalu meninggalkan ruangnya. Azman dan Idham berpandangan. Jelas mereka juga terpinga dengan perubahan Aidil.
Pemergian Aidil tidak diturut. Mungkin lelaki itu memang mempunyai masalah. Azman sekadar bersangka baik. Berharap Aidil akan bersikap normal semula
“Kenapa tu?” Soal Idham saat Azman sudah kembali ke mejanya.
“Dia macam bukan dia” Balas Azman. Terpancar riak risau.
“Maksud kau?” Balas Idham.
“Pandangan mata dia… entah!. Aku rasa ada something yang tak kena pada dia.” Azman yakin dengan apa yang dia rasa.
Aidil merenung diri. Duduk di sofa rumahnya. Cermin yang tergantung di depan di pandang lama. Untuk kesekian kali dia membasuh muka. Pelik dengan tingkah dirinya sendiri. Moodnya mudah berubah drastic sejak seminggu lepas. Tanpa tahu puncanya
“Ini semua kebetulan. Aku tau aku penat. Everything will be ok. All is fine”. Dia mengeluh meraup wajah yang masih basah.
Semalam ibunya menelefon. Mengatakan yang dia langsung tidak menjawab panggilan. Anehnya, Aidil sendiri tidak tahu bila keluarganya menelefon. Petang semalam tunangnya pula mengamuk, katanya dia sengaja tidak menjawab panggilan.
Aidil tidak sedar langsung bila panggilan itu diterima. Sekali lagi dia mengeluh. Hairan dengan dirinya. Tidak mungkin semua berlaku tanpa sedar! Dia sedikit membongkok menampung tubuh. wajahnya serabut, tidak kemas seperti biasa.
Pintu depan rumah dibuka. Azman masuk. Memang hari ini dia yang menawarkan diri untuk mengambil temannya. Sejak Aidil berpindah, pelik betul dia dengan sikap lelaki itu. Kadang kala dia seolah tidak mengenali langsung rakannya. Kalau dulu mereka rapat, sekarang Aidil langsung tidak mahu bercakap. Ditanya sepatah. Jawabnya sepatah. Kadang kala tidak dilayan langsung. Mengelamun entah ke mana. Azman tidak tahu ke mana perginya Aidil yang dikenali
“Dil. Kau ok?” Ringkas soalan Azman.
Aidil mengangguk dan segera meninggalkan ruangan itu. Berlalu tanpa menoleh. Malah pintu rumahnya juga tidak dikunci. Sekadar berjalan dan masuk ke dalam kereta sebelum bersandar melelapkan mata.
Azman tahu ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada Aidil. Dan perjalanan mereka ke tempat kerja hanya ditemani oleh suara radio. Aidil termenung jauh.
Idham perasan cara pandangan Azman yang tidak lari dari Aidil. Sekejap-sekejap Azman menjeling, kemudian menjengah. Kepalanya tertoleh-toleh. Sekejap lagi Azman menahan kepala dengan sebelah tangannya, bermain dengan pen diatas meja.
Butang interkom ke meja Azman di tekan.
“Oiii!! Fall in love ke?” ujar Idham saat panggilannya dijawab.
“Bodohlah kau” Marah Azman menjeling. Dia tiada mood untuk bergurau
“Dah kenapa oi? Aku perati je kau asyik pandang Aidil dari tadi”.
“Kau tengok apa dia buat”. Tuduhan Idham dipatahkan. Tangannya dijulur ke meja rakannya yang tidak jauh. Idham menoleh namun wajahnya tiada reaksi
“Dia macam serabut gila sejak seminggu ni. Selalu tak macam tu. Lagi satu, aku dengar dia ulang2 satu ayat tadi. Bahasa apa dia ckp pun aku tak tau.” Terang Azman.
“Dah tu? Kenapa kau tak tanya? Dah macam gay aku tengok kau pandang dia dari tadi” Sambung Idham ketawa. Nyata dia tidak sepeka Azman. Baginya Aidil tidak bermasalah
Aidil menoleh ke arah rakannya dengan wajah yang sedikit pucat. Seakan dengar apa yang mereka bincangkan. Serta merta kedua lelaki itu mematikan perbualan
“Dil jom la balik. Dah lewat ni” Sapa Azman sebaik melihat Aidil masih tercegat di tempat duduknya. Pekerja lain sudah pulang
“Korang balik dulu la. Aku nak siapkan kerja aku” Balas Aidil tanpa menoleh.
“Dil jom la balik. Cuaca tak cantik sangat petang ni. Tak elok kau duduk sini sorang.” pujuk Azman lagi. Memang kawasan mereka bersebelahan hutan. Dan sudah seminggu juga rakannya akan pulang lewat. Dia tidak suka.
Aidil menoleh. Kali ini, wajahnya serius
“Bro…Aku dah suruh korang blah dulu kan! Aku ada benda nak buat. Kalau korang nak ikut aku, aku tak halang. Selagi aku masih boleh sabar …. Baik kau berdua blah dari sini!!!.” Marah Aidil tiba-tiba
Melihatkan keadaan Aidil. Berdiri bulu roma Azman dan Idham. Panas sejuk tengkuk mereka. Dengan pantas, kaki mereka melangkah meninggalkan Aidil sendirian. sempat lagi Azman menoleh rakan baiknya, melihat lelaki itu masih lagi duduk menegak menghadap skrin komputer yang jelasnya tidak dihidupkan.
“Seram siot senyum dia. Bulu roma aku macam nak tercabut satu badan.” komen Idham. Mana tidaknya tiba- tiba dia ditengking selepas habis jogging tadi. Dia sendiri tidak tahu punca
“Kau kutuk kasut dia warna pink tadi…” Sengaja Azman menyedapkan hati walhal dia pun tidak tahu kenapa. Sudahlah dia diam sedari awal. Tiba-tiba sahaja apabila diajak bergurau. Ditengking!
Memang aktiviti mereka bertiga sebelum ini setiap petang beriadah bersama. Sementara bujang katakan. Tapi sejak akhir-akhir ini Aidil sentiasa mengelak.
“Bro kita kena cari ustaz. Tak boleh biar Aidil sorang-sorang macam tu. Aku tak sedap hati ni.” Azman duduk keletihan. Perangai Aidil dianggap merajuk, lalu dibiarkan lelaki itu pulang dahulu. Peluhnya dikesat dengan hujung baju.
“Kenapa? kau takut dia gila ke? Rilekslah… Lagipun mana nak cari ustaz dekat sini? Dekat masjid banyak lah.”
“Kau jangan bebal sangat boleh tak? Dah tau ustaz dekat masjid takkan nak cari kat pasar malam?” Marah Azman. Bosan dengan lawak Idham yang tidak kena masa.
“Hello bro. Masalahnya kita berdua ni sama je setannya. Kau tau ke masjid kat mana?”
perli Idham. Hakikatnya, kalau bukan solat jumaat.. memang susah untuk nampak muka mereka di situ.
“Aku tak tau! tapi kita boleh google.” balas Azman perli.
“Ceh. Ada masalah baru nak cari ustaz. Baru nak ingat tuhan”
“Dah la! jom cari. Kau bising macam ni tak selesai masalah.” Azman bangkit. Melayan Idham, memang tak akan sudah.
“Salira abdi kanggo mu”
“Salira abdi kanggo mu”
“Salira abdi kanggo mu”
Ayat itu tidak berhenti berlegar di minda, terngiang di telinga. Aidil rimas! Habis semua bantal dan perkakas rumah dibuang, disepak! Berderai kaca pecah. Dia melutut memegang kepala dengan kedua tangannya.
“Kau nak apa?! Aku sumpah akan ikut apa kau nak. Tapi tolong jangan ganggu aku!!!” Rayu Aidil. Keadaan itu membuatkan dia hilang kawalan dalam tingkah laku.
Hilai tawa wanita itu meninggi
“Manusia bodoh!” Wanita itu menjelma. Pandangannya seperti selalu, tajam menikam. Dia sekadar berdiri menjulur tangan. Wajahnya menawan cuma tubuhnya tidak lengkap. Masih ada kulit yang tidak elok dan berulat.
“Tolonglah aku merayu sangat. Tolong jangan buat aku macam ni. Apa salah aku?” Soal Aidil separuh menangis. Dia mencangkung memeluk kedua kakinya yang dirapatkan ke dada.
“Kau tak salah. Cuma aku suka pada kau dan…. aku perlukan nyawa untuk terus kekal di dunia.” Dia menoleh tubuhnya yang hampir siap. setiap satu nyawa akan membuatkan tubuhnya semakin sempurna.
Aidil menangis dalam ketakutan. Dia m**i akal.
“Kalau kau mahu hidup…. Ada syarat untukmu…” Wanita tadi menyeringai
“Apa dia? aku sumpah akan ikut cakap kau dan akan buat apa saja. Asalkan semua ni berhenti” ujar Aidil bersungguh. Dia mendongak. Wajahnya yang pucat itu berpeluh hebat. Serabut betul dia!
Tidak lama itu. Pemilik rumah tersebut datang. Dia terpaksa datang kerana Aidil tidak mahu menetap di situ lagi. Sebaik pintu dibuka, lelaki itu merenung Aidil yang sudah terduduk di sudut dinding
“Bang… saya tak nak duduk di sini lagi.” Ujar Aidil perlahan. Tangisannya mula terdengar
“Tak boleh…” pemilik rumah itu menutup pintu. Tombol dikunci. Dia tidak akan mengizinkan.
Mana mungkin! Isterinya perlu hidup kembali. Kejadian Suzana perlu sempurna dan dia tidak boleh melepaskan peluang ini
“Apa abang cakap ni?!!” Aidil berdiri. Dia hairan dengan tingkah pemilik rumah itu
“Aidil… kau tak boleh keluar.. Suzana perlu sempurna. Dan dia hampir sempurna! Tengok!” Lelaki itu menjulur tangan ke arah arwah isterinya yang hidup dalam keadaan terawang-awangan. Tubuh isterinya hampir sempurna. Setiap nyawa yang diterima akan mengelokkan kejadian sifatnya
Aidil berkerut wajah. Tidak faham!!
“Aidilll…. semua akan berlalu dengan cepat. Kau jangan risau. Tak akan ada rasa sakit. ” Pujuk lelaki itu tadi
“Kau… b***h aku…. untuk hidupkan isteri kau?” Tanya Aidil tergagap. “Ini semua dirancang?” Tanyanya lagi. Dapat mengagak bagaimana penyewa sebelom ini m**i.
“Kau perlu carikan aku tiga nyawa. Dengan itu kejadian Suzana akan sempurna…” Balas pemilik rumah itu tersenyum.
Aidil terdiam.
“Hanya tiga nyawa lagi Aidil…..” Pemilik rumah itu masih memujuk. Dan Aidil tidak akan sesekali menganiaya orang lain demi kepentingan diri
“Kau gila!!!” Aidil berlalu dari situ. Dia mengambil kunci kereta. Dia tidak akan sesekali terlibat dengan kemahuan antara mereka
“Argh!!!!!!!” Aidil menutup telinganya. Belum sempat dia keluar, dia jatuh terjelopok di lantai. Seruan itu kedengaran lagi. Dia menjerit sekuatnya. Terduduk bersandar di dinding rumah
“Kalau kau tak mahu. Kau lah galang gantinya.” Lelaki tadi beredar. Dia tidak peduli. Isterinya harus sempurna. Pintu ditutup kasar
Aidil memejam mata. Seruan itu semakin jelas. Dia keliru. Kepalanya serabut. Antara nyata dan khayal, dia sendiri tidak dapat bezakan
“Salira abdi kanggomu…..”
Aidil membuka matanya luas. Nafasnya kencang. Pandangannya gelap!
Aidil tidak datang kerja langsung! Sudah dua hari masuk hari ini.
“Kita pergi rumah dia…” ujar Azman menarik tangan rakannya Idham. Kerjanya tidak diselesaikan. Malah dia langsung tidak memberitahu majikannya kemana dia mahu pergi
Teriakan cik Ponti tidak dilayan. Azman menuju ke kereta lantas berlalu dari situ. Pejabat ditinggalkan. Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah ustaz yang mereka temu hari itu.
sebaik pintu dibuka, ustaz Amri terkejut melihat kedua lelaki itu dalam keadaan cemas
“Ada apa ni??” Wajahnya menoleh kebelakang, seperti mencari-cari.
“Aidil tak ada…” jawab Azman dapat mengagak
“Ok.. jadinya….”
“Ustaz kene ikut kami juga. Kita kerumahnya.” Pinta Azman bersungguh. Tercengang wajah ustaz tadi. Dia masih tidak mengerti masalahnya. Tempoh hari masa berjumpa, kedua lelaki itu tidak menerangkan apa berlaku dengan lebih jelas. Hari ini sudah terpacak di depan rumahnya
“Errr….”
“Ya! Sekarang ustaz!” Keras Idham berbicara. Dia menarik tangan ustaz tadi
Laci meja dibuka luas. Gunting diambil. Dipegang kemas dalam tangannya.
“Kau takkan rasa sakit.” wanita tadi menyeringai
Dengan gunting tumpul di tangan, Aidil menghiris pergelangan tangannya. Dia berjaya. Kemudian dia mula menghiris anggota tubuh badan yang lainnya
Aidil tersenyum. Sudah banyak luka di badannya tapi tiada langsung rasa sakit. Separuh dari dirinya masih waras. Separuh lagi sudah berpihak pada empunya suara.
Air matanya mengalir, namun perilakunya tidak selari. Sesekali Aidil menangis sayu
“Aku tak sakit langsung” Tawa Aidil memenuhi ruang rumahnya. Wajahnya kusut. Air matanya berlinang.
“Kau kebal. kau takkan m**i walau apa pun cara yang kau buat” wanita tadi memujuk. Aidil mengangguk sambil ketawa dan menangis berselang. Nyata dia tidak langsung mengawal tingkahnya
“Naiklah ke tempat yang paling tinggi. Akan aku tunjukkan maksud kepuasan sebenar.” Sambung wanita itu lagi berselang dengan hilai tawa.
Jam baru pukul 7petang . Suasana jalan sudah sunyi. Hujan turun dengan lebatnya disertai guruh yang berdentum kuat.
Jalan yang lengang itu ada Aidil yang sedang ketawa riang. Tubuhnya berdarah. Dia berpusing-pusing di atas jalan sambil menyanyi, tidak mempedulikan sesiapa. Semakin deras d***h mengalir mengikut aliran air hujan di tubuhnya
Aidil menuju ke pusat membeli belah yang terletak dihadapan bangunan dia berkerja.
“Encik ok?” soal seseorang yang terserempak dengan Aidil.
“Ok.. ok.. saya sangat ok..” jawab Aidil dalam tawa riangnya sambil menepuk bahu lelaki tersebut dan segera berlalu.
“Aku tak pernah rasa sehebat ini!!!!” Kedua tangannya diangkat dan menjerit. Aidil kemudian masuk kedalam perut lif. Mata yang memandang tingkahnya tidak dihiraukan. Dia berhenti di tingkat 12. Suasana di tingkat 12 tidak terlalu sibuk, lalu dia keluar sambil ketawa riang.
Lelaki tadi tergamam dan dia tidak rasa berjalan dengan tubuh yang dipenuhi d***h itu adalah normal. Lantas lelaki yang menegur Aidil tadi mengeluarkan telefonnya.
“Hello polis……” lelaki itu berpaling kebelakang melihat ke mana arah Aidil menghilang tadi
MUKANYA yang pucat dan d***h yang mengalir dari lukanya mengundang ragu pada mata yang memandang. Tapi tiada satu orang pun yang berani untuk mendekati.
Dalam tidak sedar, Aidil mampu untuk panjat dan duduk pada tembok kaca separas dada itu. Malah dia sendiri pon tidak tahu apa yang dilakukannya
Suasana kacau bila saat ada yang melihat aksi Aidil. Berbeza dengan Aidil, semakin bising keadaan disitu semakin dia menggila.
“Terjun Aidil. Kau takkan m**i. Terjunlah! Tunjukkan pada mereka semua yang kau berkuasa” Bisikkan syaitan itu terdengar indah pada Aidil.
Aidil merunduk wajah. Melihat ke bawah. Banyak orang yang melihat tingkahnya dari bawah.
”Aku cabar kau untuk terjun Aidil!!.”
Masuk sahaja ke kawasan shopping complex itu Azman, Idham dan Ustadz Amri terdengar jerit pekik orang ramai.
“Ada orang nak terjun!” Jeritan salah seorang pengunjung itu menambahkan lagi resah mereka.
“Astagfirullahalazim” mata Ustaz Amri bertumpu ke arah pemuda yang sedang duduk di tembok kaca atas bangunan. Atas bumbung! Mereka tidak jadi meneruskan niat. Hanya Azman sahaja yang berlari bergegas mendapatkan kawannya
“Ustaz dia lah yang kami maksudkan” Idham menerangkan dengan pantas. Jari nya menunjuk ke arah lelaki itu yang duduk di tepi bumbung. tersilap langkah. Sudah pasti mengundang padah
Azman berlari pantas menaiki escalator. Dalam nafas yang belum teratur Azman sempat sampai ke tingkat 12. Tercungap-cungap dia. Aidil masih lagi tertawa dalam duduknya. Bercakap yang bukan-bukan sambil menarik rambutnya.
“Astagfirullah Aidil!! Apa kau buat ni?” Soal Azman. Terkejut melihat lelaki itu yang seperti tidak siuman. Tubuhnya luka. D***h memenuhi kawasan dia duduk sekarang.
“Aku nak bawa dia pergi” jawab Aidil dengan senyuman. “Dia akan ikut aku….” jelas bukan dia yang mengawal tingkah dan dirinya sendiri dan Aidil ketawa tidak semena-mena. Nyata bukan dirinya lagi.
“Bawa pergi mana…. Aidil marilah turun….” pujuk Azman sedikit merayu. Dia resah. “Aidil marilah turun……”
Aidil menggeleng sambil ketawa
“Aidil, aku kawan kau…. turunlah sini…” Azman sudah bergenang air mata. Berusaha dia memujuk, tangannya dihulur, langkahnya perlahan mendekati.
Aidil masih sama. Menggeleng laju. Dia bangun dan berdiri. Bermain- main dengan keseimbangan badannya. Sesekali melompat girang.
“Aidil…. kau……”
Belum sempat ayat dihabiskan. Aidil sudah melompat dari tempat duduknya.
“Allahuakhbar!” Jerit Azman kuat. Dia berlari mendapatkan rakannya namun terlewat. Orang ramai menjerit menutup wajah
Idham dan ustaz Amri yang menanti dibawah tergamam. Aidil jatuh betul2 di depan tempat dia berdiri.
Percikan d***h dari tubuh lelaki itu terkena pada wajah dan tubuh badannya.
Tubuh Aidil yang patah riuk dengan kepala yang terbelah dua di pandang kosong. Semangat Idham seakan hilang.
“Allah…….” itu yang terakhir sebelom semuanya gelap. Idham tersungkur pengsan.
RUMAH TERES BIRU
HARI INI….
Seperti biasa tersergam indah. Tiada penyewa sejak tiga bulan selepas kali terakhir penyewanya m**i m******h diri akibat terjun dari bangunan.
“Cantik, murah pula tu.” Tegur gadis manis itu. “Berapa sewanya bang?”
“Murah dikkk…. abang tak ambil banyak.” Penyewa itu tersenyum. rumah teras biru itu dipandang.
Gadis itu memgangguk. Dua orang antara mereka, bekerja di kawasan sekitar.
“Kalau adik sewa sini. Abang bersyukurlahh.”
Hairan kedua gadis tadi
“Duit tu abang nak buat hadiah untuk isteri abang.” Pemilik rumah itu ketawa manis.
“Bagusnya abang.. ok! Kami setuju.” Lantas kedua gadis tadi masuk ke dalam. Meninjau ruang rumah
dan…..
Pemilik itu tersenyum sinis. Dia pasti. Gadis berdua itu, adalah penyewa terakhir….
-Tamat-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First..
ni ke penulis nya? Hehe..br nk baca. Tgk mcm familiar je nama ni di ruang komen terus scroll bawah hehe
iya.. hehe baca la.. bawa orang2 kampung datang baca k..
Hai kong 😂 follback yak
Done..
Omg…. Last skali sakit btol otak nie imagine keadaan si aidil nie… Hbs la gadis² tuh kan,, dimakan sume dgn mmok tuh..
Bawa bertenang.. Kena ada popcorn tu bru otak x sakit sngt nak imagine haha..
kena komen semula ke? adoi.. Aidil tak pakai helmet ke sebelum terjun? haaa kan dah terbelah dua dah kepala tu hmm
*sambung season 2 pleaseee~
Hahaha.. Mekaseh sudi repeat komen..
haa ni mst singkong yg slalu komen dgn kak yulie tu.eh mne pg korg.lme dh i is xkomen sbb tgk korg xde…ermm lgpon lps korg snyp sunyi tu i is pon dh xbce sgt fs sbb msw tu cite tgh xok.skrg bru ok blk cite dlm ni.huhu..welcome back singkong
Aulohh Rockersss ingat lagi kau dgn kitorang ye..
Diorang semua bz latihan mengundi untuk next PRU.. tok sorang je yang takde arah tujuan.. sebab tu tok sempat merepek 1 story..
#Cebak
Akak ke…???
Dah lameee gaakkk x jenguk FS gara2 pop up windows yg x berkesudahan tuuu…
Huhuhuhuuuu…
ingat dekat Singkong & Kak Yulie je ke?? Anak2 buah dorang yang cantik2 & comel2 tak ingat sekali? haha
mst la igt ank bebuah singkong dgn kak yulie semua..hahaha..mari lah memeriahkan balik..alamak terlampau excitd ayat pon dh mcm budk wechat..haha..kak yulie kira ok la popup window..sy ni lg la xbole tgk komen.kalau nk tgk kna bukak satu2 story..
Sian Aidil .. kawan dia lambat ubatkan dia 😥
Sabar k.. Next time tok hidupkan balik si Aidil..
Next season please 🙂 🙂 imagination tergantung..tak sabar..huhu
Imagination tergantung part yg mana?.. Hehe
Huishhh dasar tolll m**i mcm tu je. Ko ke yang imejin benda ni kong??? Mana mata kenyit2 tu
Tak la.. Aku kopipes storyline dr Estro maya hesh di..😌 💅
Dasatnya citer tok ni… awal perenggan ingatkan citer syaitan camelia versi Singkong. Rupanya tak…
sizen 2 plis
Da matey budak tu.. Acaner nak buat sizen 2.. haha
Gadis² tu kan belum m**i lagi..😌💅
Gadis2 x mau setori mereka d masukkan ke dalam fs.. Off record.. Haha
X pe ayah..bagi masuk dalam hati aku je..masi banyak lagi kuota nie.. haha
Cebak
tok buatlah aidil kembali balas dendam.. haha
Dia nak balas dendam kat siapa? Hahaha
Balas dendam kt tuan rumah tu tok… haha
menarik… xsabar2 nak hbskn… mmg best sesangat…
Da abis baca ke? Hahaha
Salira abdi kanggomu.. ambik singkong mkn dgn keju… itulah rangkap terakhir yg kluar dr bicara aidil.. anyway.. lyn plk aku baca citer ni.. apa maksud salira abdi kanggomu tu..? Ndak nemu jakok aku.. akai… akai.. itu bhs iban.. hehe..
Maksud dia “Tubuh aku untuk mu..”
Aidil macam kak yulie.. jawa jerman so dia x makan singkong & keju haha
perghhh..gila seram…tp sedih aidil xdpt diselamatkan
Sabarlah nakn
Dah nasib aidil macam tu.. Haha
Thanks sudi membaca setori tok..
Nice..best setori..tahap keseraman 50/50..tapi yang penting x de typo..haha
Hmm..dah x bole bagi star..
Pape pun.. 5 🌟🌟🌟🌟🌟..kipidap..
Yo maisan wil alwes bi maisan..
Santiki..😌💅
Setori best..cara penyampaian setori bagus & sng paham..
unsur keseraman kurang tp setori ni sedih sbb kwn2 aidil x sempat selamatkn
die wpun da dpt tau ade something kt aidil..cuma terlambat bertindak je..
iols bagi 8/10..kipidap writer..teruskan berkarya..
Bank in dlu la kalau nak next karya.. 😌💅
Habis lah minah2 tu.. jadi mangsa.. huhuhu..
Hahaha.. Halang la drng dari masuk rumah tu
bwt la sambungan weyhhh. sob sob halamakk
Idea nak sambung cerita x datang lagi.. Tok ingt next year kot baru dapat.. Haha
menjadi tok buat cerita… lme menghilang singkong is back.. jalan penceritaan pun tak berat ada selit kelakar dan yang penting ada nilai persahabatan sbb skrang memang kurang nilai tu…
Berkat menghilang dr mengarut kat fs kot.. Tu yg tok bijak sikit.. Haha
Gigih baca dr opis tuari.ni repeat lg.thrill betul
Haha.. Terima kaseh.. Ada masa lapang nnt repeat baca lagi..
test test comment
Test la x de masalah.. Haha
seram jugak :O
Mekaseh.. Muaxxxx
best jugak
Terima kasih..
cehhhh…1st time erk singkong…hehehehe
Auloh nenek ku!!! pestaim la ni nek..
best
Mekaseh peah oii
1st timerr mimer mekkk bce kisah dri sengkong keyjuuu….
Auloh.. Singkong terkedu dalam mentafsir maksud sebenar mek.. Haha
Best dan seram sket
MASEH SUDI BACA HAHAHA.. KALAU BACA DALAM GELAP SURE LAGI SERAM..
Capslock tu pehal tok?? Hahaha
best cite ni…first expectation igtkn ustaz tu dpt ler rawat aidil but plot twist..like..bley bt movie ni..hehe
MASEHHH..
Mana sambungan? Apa jadi pada hantu Aidil?
Sambungan kat pesbuk..
Haha sian orang dalam ni yg takde pesbuk tok tu.
Story yg ni ke tok??
Ye yang ni.. Baca la
Dah baca tok.. Nak sambungan please
Sambungan eh.. Nnt tok fikirkan hehe
Sambung cepat sket tok
Lepas raya tahun depan tok post.. Hahaha
Ye rora one and only..ni je story tok. Sambungan boleh scroll pesbuk..haha
Ahahaha ok jumpa kat pesbuk je lh
Raya tahun ni pun belum,nak kena tunggu raya tahun depan ke tok? Alaaahaii
Best
Maseh.. Haha
Cita apa lu buat ni??
Action story.. Cita ni kalau kau nak tau marvel da nak beli.. Asal?
Pfffft marvel mana lu punya cite?
X bole ckp kat kau..
Eh tok. Baru perasan. Rumah kaler biru kat atas tu ade muka dan tangan. Hahaha
Lepas baca komen maira ni,terus aku skroll atas nak tengok hahaha a’ah lah ade muka dan tangan
Best sgt jalan ceritanya…..😍😍
Alaaa tetiber rindu baca komen dulu” ni