#SiPelik – Officeku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga pembaca FS. ini adalah kali ketiga saya ingin mengarangkan cerita buat pembaca sekalian. saya minta maaf kalau cerita saya ni kurang menarik. moga terhibur.

Seperti biasa nama saya ila, dan ini adalah kisah2 yang pernah terjadi pada diri saya ataupun pada rakan2 saya. saya minta maaf jika cerita nya tidak seseram seperti cerita anda semua…

********************************

cerita ini daripada kawan ku bernama im (bukan nama sebenar) ……

Pada tahun 2016 setelah tamat dan bergelar graduasi diploma, aku telah mendapat satu kerja di kuala lumpur dibahagian “customer service”. Seperti yang kita tahu, memang kerja sebagai customer service ni tak semua yang 24 jam, tetapi kebanyakan nya 24 jam.

Ketika kejadian ini jadual kerja aku dikenakan pada waktu malam dimana last shif aku pukul 2 pagi. seperti biasa melayan kerenah customer yang mempunyai banyak ragam, dan ketika ini rakan2 yang bekerja malam tidak lah terlalu ramai, lebih kurang 15 orang sahaja.

ketika ini juga untuk pergi rehat ataupun mengambil “take 5 minutes” tidak boleh berdua. hanya sorang2 sahaja kerana ingin mengelakkan panggilan daripada customer terlalu tinggi. dann…..

jam 12.00am
“im, kau nak pergi mana? take 5 ek? pergi smoking ke? ” ira tetibe memanggil ku setelah aku berjalan dari mejaku dan pergi ke arah pintu. dan aku pun menjawab “haah aku nak pergi tandas jap. tak pergi smoking pun, tak tahan sangat nak membuang.” aku bercakap sambil tergelak.

“im, leklok pergi tandas tu. kau sorang jadi pape jerit jeh nanti tau.” mirul tetibe bersuara dan mengejek seolah2 berfikir yang aku ni akan takut untuk masuk dalam toilet yang suram tu. kalau nak diikutkan memang tandas tu agak suram dan tak semua orang yang berani pergi ke toilet tu sorang diri. tapi nak buat macam mana kerana tak tahan sangat kena gagah juga walau pun hakikatnya takut jgk nak pergi.

setelah masuk dan ketika membuang hadas, tetibe aku dengar nama aku dipanggil “im, kau dalam tandas ke im?” dan pekik iqmal memanggil ku. “ye aku dalam tandas lah ni membuang, kau pehal jerit2. boleh pulak kau keluar?” dan ketika itu bunyi pintu bilik air disebelah ditutup dengan kuatnya. seterusnya aku terus mengomel dan cakap “kau ni mal, tutup lah dengan penuh berhikmah sikit.” tetapi sunyi tanpa dijawab.

setelah habis membuang, aku keluar dan mengadap ke cermin. tengah basuh2 tangan baru aku sedar kedua2 pintu tandas disebelah aku terbuka dan tiada langsung tanda2 orang sudah guna dari bilik air tersebut. untuk pengetahuan, bilik air office aku hanya ade 3 bilik air sahaja. dan aku masuk bilik air tengah.

dengan tak semena2 aku terus meremang dan memikirkan adakah aku bermimpi sejenak tadi dan memikirkan sesiapa yang memanggil ku dan menghentak pintu bilik air sebelah dengan begitu kuat. buluku terus meremang dan aku terus keluar dari bilik air tersebut. setelah pintu tertutup , tetibe aku terdengar suara “iqmal” tu ketawa menyeringai didalam toilet.

“cepatlah lah liff, lambat pulak lif ni.” mengomel aku sendirian memikirkan liff yg agak lambat. untuk pengetahuan lupa pulak nak bgthu, setiap tingkat mempunyai tandas, tetapi ditingkat yang office aku tandas nya rosak. jadi terpaksa turun ke tingkat bawah. tengah dalam keadaan tergesa2 sambil tekan2 punat lif dengan laju, tetibe bunyi tandas itu dibuka dengan perlahan2.

dalam hati nak berlari ke tangga, tapi bila fikirkan balik nak ke tangga tu still kena mengadap toilet tu. nak taknak still kena tunggu lif tu terbuka. dalam hati ku mengomel selalunya lif ni laju, tapi tetibe boleh lambat time2 macam ni pulak. tetibe aku dengar bunyi derapan kaki. aku membuat andaian mungkin betullah kawan ku yang bernama iqmal tu ada tapi saje nak kena kan aku.

“weh iqmal kau jgn memain, aku lempang kau satgi bertalu2.” terjengah2 aku cube nak melihat tapi agak ketakutan. daripada baru sudah membuang, aku mulai terasa nak tercukil akibat ketakutan. tetibe lif terbuka dan aku terus masuk menyelinap ke dalam lif. aku cuba untuk tekan tutup banyak kali tapi boleh pulak tak tutup. dan apabila pintu nak tutup, waktu tulah benda yang menyerupai iqmal tu berlari menuju ke lif untuk masuk sekali.

dan ketika tu baru aku nampak mukanya yang menyeringai dengan matanya merah, baju putih nya lusuh dan berambut panjang. aku terus tekan tutup sehingga lif tu naik. ketika lif tu nak tutup terdengar bunyi sesuatu yang terhempas. aku terduduk dalam lif tu sambil memikirkan kenapa aku yang kena.

sampai2 dimeja “weh im, apesal muka kau pucat lesi gila ni. kau okay tak?” ira bersuara apabila aku duduk dengan keadaan berpeluh2. “kau berlari ke im? rajin sungguh naik tangga. lif kan ade.” mirul masih lagi terus menganjing ku.

“takde ape lah korang. aku ingat tadi dah lebih waktu take 5 aku, so tu aku terus berlari.” berdalih ku kerana tak ingin mencerita pada dorang walaupun ketakutan ku kekal masih lagi tak pudar dalam diri ini.

aku teruskan kerja ku dan habiskan kerja seperti biasa dan ingin melupakan segala ketakutan dirasai, sedang leka membuat laporan customer yang baru lepas aku membantu , tetibe headset aku berbunyi “tikk tikk.” menandakan jika aku tak ingin customer dengar suara waktu aku tak alert time call mereka masuk, pasti aku tekan dan akan dengar bunyi itu.

tetapi ketika tu aku fokus membuat laporan dan tidak memegang langsung headsetku. dan apabila aku lihat headset ku dah bernyala warna merah menandakan aku ‘mute’. untuk pengetahuan korang semua, meja yang aku duduk selang 2 dari ira dan mirul dan meja ku ditepi tingkap. kerana apabila kerja time malam, kitaorang terpaksa duduk berasingan kerana orang yang kerja pagi masih belum pulang dan kitaorang terpaksa duduk ditempat yang ada sahaja.

hati ku mulai berdebar2, dan terasa seperti diperhatikan. tetapi aku biarkan sahaja dan fokus menyiapkan laporan itu agar masalah customer dapat diselesaikan. ketika panggilan masuk, aku tekan untuk jadikan ‘unmute’ dan seperti biasa memberikan ‘greeting’ yang begitu tenang agar customer selesa dengan panggilan yang dirakam itu.

tetapi……. jangkaan ku meleset, aku mulai ‘greeting’ sebanyak tiga kali tetapi tiada jawapan cume hanya ada bunyi nafas sahaja. bila aku mula cakap “cik jika cik dengar suara saya, saya akan tamatkan panggilan cik boleh hubungi semula, terima….” tak sudah aku habiskan tetibe dengar “im…….” dengan suara yang agak menyeramkan.

aku dengan agak ketakutan cuba untuk bertahan dan memulakan ayat “ye cik, ade pape yang boleh saya bantu?” dan ketika tu aku dengar disebalik tu ada suara orang gelak menyeringai dan berkata “saya ada jumpa awak ditoilet tadi. kenapa awak tak tunggu saya?” dengan nada yang sedih tetapi menakutkan.

kalau diikutkan aku takboleh nak end call tu sesuka hati kerana akan melanggar law company. tapi disebabkan takut sangat aku terus drop call tu. dan tetibe aku dengar ketukan dari sisi tingkap aku. pada mulanya aku taknak pandang.

tapi biasa lah manusia, degil tu tetap ade. aku pusingkan kepala ke cermin dan alangkah terkejut nya aku nampak wajah ‘iqmal’ tu disebalik tingkap tu. rasa nak menjerit tapi kerana ego lelaki aku , aku cuba untuk kuat. tetapi aku terus gunakan aux lain dan pergi ke meja team leader ku dengan mengacah untuk membantu team leader ku. TL aku nampak muka aku yang agak pucat tu dan bertanya “im , kau okay tak im?”

“encik, saya taknak jawab call boleh tak? saya tempat encik buat kerja. saya tak larat. migrain.” aku cube untuk memberi alasan dan mengelak agar membuka cerita itu. dan TL aku pun memberi kebenaran untuk aku membantu dia. tiba2, ruang kerja aku blackout dan mula lah wanita2 yang lain terjerit2 ketakutan. tetapi kalau blackout, pasti komputer sekali akan tertutup. sayangnya hanya lampu sahaja komputer masih kekal terpasang.

dengan berpandu kan cahaya komputer, manager kami memberi kami perlepasan awal dan benarkan kami turun ke bawah sebelum waktu kerja habis. aku dan mirul adalah orang terakhir kerana ingin membantu TL kami untuk cek same ade semua orang sudah turun ataupun tidak.

“mirul, im. cube korg cek same ade semua orang dah turun ke belum. saya turun dulu sebab taknak dorg balik awal dekat bawah tu.” terserlah muka terkejut aku bila TL aku beri tugas pada aku dan mirul untuk cek floor tu. kalau ikutkan aku dah kecut perut dah. tapi mirul boleh pulak balas “baik cik takde masalah. kitaorang akan buka lampu diphone kitaorang untuk cek.”

aku rase macam nak tunjal jeh kepala si mirul, tapi aku tahu aku sendiri yang berdegil taknak cerita dengan dorang masakan dorang nak tahu. setelah TL aku bergerak, “weh im, jom lah jalan tengok dkt meja2.” mirul mengajak sambil on kan touchlight di iphone 6 dia. aku dengan teragak2 mengeluarkan phone aku juga untuk buka touchlight. dalam mase yang sama “mirul kau pergi jeh boleh tak? aku tunggu sini.” aku mula nak berdalih.

tapi dengan perlian mirul “kau pehal? tak jantan lah kalau penakut. kalau kau taknak ikut aku aku bagitahu semua orang kau pengecut.” membuatkan aku tercabar. “okay jom tapi kita jalan bersama. dah pukul bpe dah ni takyah rajin sangat nak cek.” aku mula beranikan diri. dan mirul pun “ye kau ingat aku rajin sangat? kita lalu belah sini jeh.”

waktu kitaorang memeriksa setiap tempat sampai disatu tempat kitaorang terdengar bunyi keyboard komputer di taip dengan lajunya. kitaorang pelik sebab dari tadi kitaorang pasti takde satu komputer pun bercahaya dan sudah ditutup. tetibe mirul menegur “sape tu? jom turun. nak balik dah ni. rajinnya kerja, ot ke tu.” sambil tergelak perli.

aku yang ketika itu pandang menjeling pada mirul, rajin pulak dia menegur. “weh mirul dah lah jom lah gerak. takde orang tadi aku suluh.” mengomel aku walhal aku tak suluh pun tadi. dan waktu tu si mirul pun menyuluh pada bunyi yang hadir tu. aku pula ketika itu sedang leka melihat notifikasi di smartphone aku.

dengan tetibe mirul mencengkam tangan ku dengan kuat. rasa macam nak bagi penumbuk jeh sebab sakit gila dia cengkam. “weh mirul, sakit wehh. kau pehal.” sambil suluh touchlight dkt muka mirul. ketika tu aku nampak muka mirul dah pucat lesi dan lantas aku toleh kebelakang nampak si “iqmal” tu menuju ke kitaorang.

dengan lantas aku tarik tangan mirul untuk berlari keluar. ketika aku tampar muka mirul baru mirul sedar dan berlari lagi pantas turun tangga meninggalkan aku. dengan rasa sakit hati aku jerit pada mirul untuk tunggu aku. dan ketika tu aku dengar bunyi helaian ketawa yang agak menyeramkan menyelubungi ruang tangga tu.

sampai di bawah aku dengan mirul tercungap2 dan TL kami dapatkan kami dan bertanya “kenapa dengan korang ni? lambatnya korang turun. dorang nak balik dah ni.”. aku dan mirul memandang satu sama lain dan taktahu nak cerita mcm mane. dan akhirnya kami diam kan sahaja cerita itu tanpa sesiapa tahu.

dan pada hari seterusnya mirul dihinggap demam panas selama seminggu. dan aku pulak demam selama 3 hari. selepas kami masuk floor semula, dan ketika buat meeting. baru lah kami buka cerita kepada team kitaorang. dan sehingga kini kisah si “iqmal” tu akan sentiasa terngiang diminda ku.

Dan untuk pengetahuan korang iqmal tu memang wujud dan dia team kami. tetapi waktu kejadian tu iqmal tu mengambil emergancy leave kerana ada salah sorang ahli keluarga nya meninggal dunia. dan sehingga kini kami taktahu hakikat sebenar tentang bangunan office kami tu.

********************************************

Terima Kasih. Assalamualaikum, D.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
Si Pelik

25 thoughts on “#SiPelik – Officeku”

  1. Oit Ila, yg ko cite aku dapat demam panas pasai apaaa..??? malu ler aku haha adoyai.., apepun maaf ler Im sebab aku tinggal kan ko kerna ko dah tampor aku hidup hidup.. sakit taw.. cukup je la dengan tarik tangan aku untuk berlari keluar yg ko gi tampor muke aku yg nsem ni pasai apa… huwaaaa

    Reply
  2. best2 cite ni..lagi2..tp c Im tu kira kuat jugak ler sbb byk kali bnde tu kacao tp dia xpengsan..kalau y lemah semangat mmg terus pengsan..kipidap ila..more stories!!

    Reply
  3. Knplah x pasang ayat2 suci lpas kena kacau tu.. Apapun cuba amalkan abaca al-fatihah,3qul,ayat qursi,buat pendinding.. Lpastu tawakkal. ALLAH ada ,Allah akan lindungi kita.
    Cuba amalkan doa ne.. Surah yaasin ayat 9

    ā€ Wa ja ā€˜alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ā€œ

    Bacalah ayat ini tiap kali sebelum keluar rumahā€¦.
    InsyaAllah kita ā€˜tidak dapat dilihatā€™ oleh mereka yg ingin berbuat jahat terhadap kita
    terutamanya orang kafirā€¦.
    Wallahuā€™alamā€¦.

    Reply
  4. Im memang berani.boleh dia senyapkan jumpa si “iqmal” sampai si mirul pun tumpang sekaki terkena usikan manja “iqmal” berambut panjang baju putih lusuh.Best citer ni.teruskan kongsi cerita.

    Reply
  5. salu shift mlm mmg kene kacau kan..kat opis akak pun kalo stay lewat2 cmf kene kacau. diorg x sabar nk kerja gak kot.luls..

    Reply
  6. Siot btl si jelmaan Iqmal ni ek. Main2… grrrrrr. Tp, klu aku mmg tak kuasa nak teruskan buat keje. lantak la org nak ckp pengecut ke ape ke.. tak nak aku amek risiko. tak pasal2….. mintak dijauhkan ler…..

    Reply
  7. Kalau iya pun nak buat cerita, guna lah bahasa malaysia yg betul. Jangan la jadi perosak bahasa. Torchlight jadi touchlight, menghidapi demam jadi dihinggapi demam, hilaian jadi helaian. Stress pulak aku baca. Terus xde mood.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.