Sixth Sense- Hidu

Selamat malam semua! Aku Adik. Aku nak tanya sesuatu. Siapa ada sixth sense kat sini? Adakah ianya sesuatu yang bagus atau adakah sixth sense ini satu curse ?
ok la, aku nak kasitau korang tentang sixth sense yang aku miliki. Aku tak tau sejak bila aku ada sixth sense ni mungkin masa aku sekolah menengah. Aku sebenarnya dapat ‘hidu’ bau ‘benda’ tu. Eii, satu kelemahan yang sebenarnya memburukkan. Sebab aku kata begitu? Sebab beberapa kisah yang ku alami.

Kisah 1
Ni kisah masa aku masih menengah rendah. Form 2 kalau aku tak silaplah. Untuk pengetahuan korang, sekolah aku ni ada 2 sesi (sesi pagi & sesi petang). Form 4-5 sesi pagi dan form 1-3 sesi petang. Petang tu, masa BI kot, tengah-tengah syok belajar (kononnya), tiba-tiba aku terhidu satu bau yang tidak menyenangkan. Bau tu memang tidak menyenangkan dan sangat meloyakan tekak. Aku tak tahulah macam mana nak describe bau ni… macam bau d***h yang masih fresh + bau bangkai. Dan aku rasa macam ada seseorang yang melintas di tepi aku. Aku jadi tak selesa dengan bau ni tapi yang peliknya cikgu yang ajar masa tu kawan-kawan satu kelas act macam tak ada apa-apa je. So aku tanyalah member sebelah aku,
“Fy, kau ada hidu apa-apa ke?”

“Bau apa?” dia tanya aku balik.

“Bau busuklah,” jawab aku.

“Entahlah, bau kentut kau kot. Hahaha!”

Cilaka punya member, bau kentut aku dia bilang. Aku pun iyakan sajalah.
Fenomena ni berlaku dalam beberapa hari dalam minggu tu. Setiap kali aku terhidu bau tu, aku mesti tanya orang dan setiap kali itulah mereka cakap tak hidu apa-apa bau. Masa tu aku masih innocent, belum mengerti apa2 tentang ‘benda’ tu. Hehe.

Kisah 2
Kisahnya hampir sama juga dengan kisah satu, cuma masa ni aku dah masuk upper form (form 4-5). Setelah kira-kira, setahun setengah aku tak menghidu/terhidu bau tu (lepas aku kejadian dalam kisah 1, aku tak lagi menghidu/terhidu bau tu), aku terhidu lagi bau itu. Kali ni lebih extreme, sampai berdarah hidung aku!

Pada satu hujung minggu dalam bulan April, aku dan beberapa rakan sekelas merancang untuk menghias kelas. Ok semua sudah set, bahan-bahan dah sedia tunggu kami tolong tampalkan dan hias saja. Tiba-tiba aku terhidu bau tu. Bau yang sama, mungkin ‘orang’ yang berbeza. Hehehe. Aku masih dengan innocentnya tanya, “woi korang, ada bau apa-apa ka?”

Their reactions was, “huh? What are you talking about?”

Aku pun, “err… tak ada apa-apalah Hidung aku ada masalah kot.”

Then, kami teruskan menghias kelas sambil bergurau senda. Semua nampak gembira, bergelak ketawa tanpa risaukan apa-apa. Aku? Memaksa diri untuk ketawa meski rasa tidak selesa dek kerana bau busuk yang semakin kuat, seolah-olah si ‘dia’ ada dekat aku. Atau memang dia DEKAT aku! Oh no! Benda tu macam tahu-tahu saja aku tak selesa dengan keadaan tu, makin menguatkan baunya. Huh! Rasa nak tertanggal ja hidung aku. Noooo, aku tak boleh tahan lagi. Bluerkk! Aku termuntah.

“Kau OK ka Adik?” El tanya aku (El tu salah seorang bff aku).

“Wei, hidung dia berdarahlah,” kat salah seorang daripada mereka berkata dalam keadaan cemas.

Aku lap hidung aku dan memang betul apa yang dia cakap. Aku lepas lihat d***h terus pitam (heamophobia). Mereka apalagi, paniklah. Lepas tu, aku tak ingat apa-apa lagi. Pengsan kot… hehe. Sorry guys aku buat korang panik dan risau.

Bangun-bangun aku masih dekat kelas. Aku ingat mereka heret aku balik asrama ke panggil cikgu ke. Huh, rupa-rupanya?! Aku tanyalah mereka tentang kejadian tadi.

“Oh, tak ada apa-apa tu. Tak ada kami buat apa-apa ba. Just biarkan saja. Kau baring dekat sini dan tunggu kau bangun,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Eh, berapa lama aku pengsan tadi?” dia jawablah,” tak lama, dalam 5 minit macam tu kot. Yang 15 minit lagi tu ko guna pakai ko tido”. Sadis betul.

Cukup ka 2 kisah tu ? kalau cukup saya stop kat sini dulu. Letih jari ni nak menaip.

Ehh, tak la. Tak berani aku buat macam tu, kena kecam nanti( jangan marah ). Ok, sambung ke kisah 3.

Kisah 3
Tahun 2016, bermulanya kisah aku sebagai seorang pelajar universiti. Well, aku diterima masuk ke universiti dalam asasi undang-undang. Akhirnya, aku selangkah lagi dari cita-cita ku sebagai seorang peguam.  skip jelah part2 masuk hostel dan orientasi tu erk. Terus ke part final exam untuk sem 1. Malam tu, aku dan roommate aku ( mia, budak account) study sama2 dalam bilik. Yelah, esok exam kot. Kebetulan juga paper kami sama2 esok. Study punya study, tak sedar masa dah berlalu. Nasib la tak ada apa2 mistik berlaku ( you know la typical final exam ghost story ). Kira-kira pukul 2 macam tu, si mia ajak aku pergi toilet. Kami pun pergi ke toilet kat aras bawah walaupun ada ja toilet kat aras kami. Bukan apa, toilet aras bawah ni lebih cantik dan tak scary kata Mia.
Tiba2… belum lagi ba, hehe. Masa kami nak naik tangga, aku terhidu bau tu lagi. Tapi aku tak lagi la macam dulu2, tanya kat orang bau apa sebab aku dah tau dah. So, aku diam ja tak nak takutkan mia. Tapi… ada tapi lagi, tapi si Mia dengan noob nya bertanya “ dik, ko ada hidu bau busuk ka? Macam bau bangkai katak jerr “ uii, celuparnya mulut. “syhh, diam ja”, marah betul aku. Mia seakan-akan tau amaran aku terus diam dan kami pun balik ke bilik dan tido ( tetiba xde mood lepas kejadian tu).
Tiada apa2 yang berlaku selepas tu. Namun, 1 hari sebelum aku seat paper akhir aku ada satu kejadian yang tidak diingini berlku. Waktu kejadian sama, waktu malam. Malam yang suram, aku study seorang sebab Mia dah habis paper dah balik pun petang itu. Tengah syok2 baca nota sambil ditemani lagu TODAY MY LIFE BEGINS oleh Bruno Mars, aku dikejutkan dengan 1 jeritan yang sangat kuat dari aras bawah. Terkejut, aku keluar bilik dan turun bawah. Turun ja dah tengih bawah girls dekat bilik individu yang menjerit tadi.
“ pahal ni?”, aku tanya coursemate aku yang turut berada di situ. “ ain kena rasuk”,kata aisyah. “Eh?? Apasal pulak ain ni”. Sekali lagi, aku terhidu bau tu, kali ni memang aku dapat rasakan dia berada di sebelah aku. Aku lap hidung aku untuk check ada d***h ke tak. “shit, berdarah pulak!”
“ cilaka punya hantu, berdarah hidung aku dibuatnya”, aku menyumpah dalam hati. Dan yang paling cilaka hantu ni makin menyebarkan bau dia dengan lebih kuat. Marah, aku terus terjah masuk bilik Ain. “ woi nenek, ko pahal? x boleh ka kau buat hal esok2” kenapa ko nak malam ni jugak”. Tanpa sedar aku mencarut dalam bilik depan2 ustaz dengan some guys. “ dah lama bau ko busuk, tengok ni ( sambil tunjuk kat hidung) berdarah sebab kau.” Ain pula masa aku tengah mencarut tu, sengih2 ja.
“ best tau bau aku?”, Ain tanya dengan suara garau. “meh sini, aku nak rasa d***h kat hidung kau. Mesti manis kan?” tambahnya lagi. Dan aku yang tadinya dalam keadaan marah2, terus jadi takut. “ nak derma d***h kat hospital pun aku tak sanggup, apalagi nak bagi nenek tu rasa. Free2 lagi, tak nak la aku.
“ maaf ya Adik, boleh kan adik keluar dari bilik ni sekejap. Nanti ustaz panggil, Adik masuk lagi ya ? “, ustaz bagitau aku. “ ok.” Lepas ja aku sebut ok tu, pandangan aku jadi gelap dan…?

Nantikan sambungannya ya? Aku tak dapat teruskan lagi ni, mengantuk sudah.

ADIK
0117 hours
010418

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ADIK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

37 thoughts on “Sixth Sense- Hidu”

  1. Xpyh sambung la..cerita apa ko tulis ni perasan je lebih jgn syok sgt sixth sense tu malang.xde sp nkhidu bau tu kebetulan je bkn sixth sense ak xbc cite ko smpi hbs bosan perasan

    Reply
  2. Tk pyh la kutuk dia pun.. mngkin dia tk tau apa 6th sense.. semua manusia ada 6th sense dik.. klau takder deria ke enam, kita tk akan ada rasa ‘Bertuhan’.. Agama kita Islam, tuhan kita Allah SWT.. setiap kali kita solat, kita tlh mngadakn komunikasi dgn Allah.. komunikasi yg bagaimana..? Sama ke mcm kita berkomunikasi dgn org lain..? Jwpn nya dh tntu la tdk sama skali.. kita berkomunikasi dgn deria ke enam kita.. deria bwh sdr.. deria yg prcaya dgn yakin..

    “Sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang percaya dengan yakin yang mereka akan menemui Tuhan mereka dan mereka akan kembali kepada-Nya.”
    (Surah Al-Baqarah, ayat 46)

    Reply
    • 6ixth Sense merupakan kumpulan gitar rancak yang dianggotai oleh 5 anak muda asal Malaysia dan Indonesia yang mula aktif di persada seni Nusantara sejak 2005. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Tirta di Indonesia. Ia diasaskan oleh Mujahid Wahad, A&R daripada Universal Music. Sejak pengeluaran album pertama pada 2006, kumpulan ini telah berjaya menjual lebih 100,000 unit album fizikal dan lebih 2 juta muat turun secara digital menerusi 4 buah album studio mereka. Kumpulan ini disifatkan sebagai antara artis dengan jualan album terbaik di rantau ASEAN pada lewat 2000an dan awal 2010an. Mereka telah memenangi trofi di Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2010

      Kbye

      Reply
  3. setakat ni bau tu xdelaa,tp kalau mimpi premonition tu salu jgk time kecik2..cuma lps sorg macik tu kata nak rawat sy,kurg dah mimpi2 premonition ni..adakah itu juga part of 6th sense?
    lagi satu,penulis ni mmg lawak,pegi maki benda tu..msti ustaz tu terkejut tgk..hihi

    Reply
  4. booooooo!!!!!

    utk tukang2 kecam yg poyo acah2 bagus..

    ok je cerita dia.. 6th sense tu bukannya benda yg tetap.. apa2 benda yg korang yg normal ni takleh rasa/tau, dikira 6th sense laa.. it can be either a gift or a curse..

    awek cendol atas tu emo sgt kenapa? mcm la ko pandai sgt.. tak suka blah je.. nobody cares kau baca habis ke tak..

    Reply
  5. Ermmm.. Dik.. Kalau boleh elakkan mengunakan perkataan yg tak sopan tu. Bkn apa, pembaca ni terdiri drpd pelbagai usia, so tak manis la klu guna bahasa demikian. Takut nnti menjadi ikutan. Tu je nk komen

    Reply
  6. Aduhhh dik..kata xnk kna kecam tapi buat cita adik main sambung2..hakak baru je nk naik syok adik dah p****g line..hampeh hakak rase

    Reply
  7. Lupe plk nk cakap..walau ade yg xnk adik sambung..walau hakak rase hampeh cita x abis lagi hakak tunggu sambungan cita adik. Kipidap dik hakak sokong adik

    Reply
  8. eiii x suke la.. nyampah style sambung2.

    kalau ngantuk, jgn publish lg. create cte sbg draf dlm laptop/komp pahtu dh hbs cter baru masukkan sini!!!!!

    Reply
  9. kisah 1& 2 tak seram . mula mula tu mcm terpikir ntah ntah adik ade resdung kronik ke kan . mana lah tau. tapi masuk kisah 3 tu baru laa mcm boleh caya sikit sixth sense adik tu,

    Reply
  10. sampai cmtu sekali bende tu kacau awak ek..berdarah tiba2..takut.kerapkanlah baca ayt pendinding diri k. semoga awak dijauhkan dr ganguan yg x elok ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.