Spirit of the Coin Ku Seru Dikau

Assalamualaikum hye pembaca FS. Terima kasih sebab siarkan lagi kisah aku kali ni. Sebelum ni aku pernah siarkan kisah “Main Polis And Thief Kat Kubur “ tu. Kali ni aku nak share kisah aku dgn sepupu aku dua orang yang tak serik lagi join bebudak laki ni main ‘ spirit of the coin ‘. Aku nak nyatakan kisah ni benar dan memang berlaku dan tinggalkan kesan yang agak lama nak hilang dari kita orang. Panjang sikit ye kisah ni sebab malam yang aku lalui benda tu pun rasa panjang sangat.

Kisah dia bermula bila aku dengan sepupu aku yang Ayra tu yang sebelum ni kononya hantu kebun pisang ni tengok video pemujaan hantu dalam youtube. Video tu memaparkan bebudak sekolah puja hantu melalui duit syiling. Jadi aku dengan Ayra ni tunjuk la video ni kat sepupu kita orang Lisa. Yang si Lisa ni pun gedik pergi tunjuk kat bebudak lelaki. Mula dari tu aku nampak macam kita orang ni mula obses dengan benda ni, setiap hari ulang tengok benda yang sama sampaj da pasang niat nak main benda ni.

Nak dijadikan cerita hari khamis malam jumaat, padang depan rumah aku ada forum perdana tapi aku tak pergi pun sebab sibuk melepak tengok tv dengan Lisa dan Ayra. Masa tu ibu aku tak ada kat rumah pergi kursus jadi lagi seronok la aku bermaharajalela kat rumah. Lagi panjang la langkah tu lagi teruk la perangai nya ..

Tengah syok tengok tv tetiba bebudak laki ni datang rumah kecoh dok panggil aku keluar. Bengang betul la. Sekali bebudak ni tunjuk duit syiling petak lama dari zaman apa pun tak tau. Memang epik betul duit syiling tu hahaha. Aku pun macam jakun jap tengok. Tetiba yang si Wan ni gatal sangat mulut ajak kita orang main spirit of the coin. Ehh yang si Lisa ni pun gatal offer diri nak lukis papan tu.. Dan aku pun gatal nak main jugak hahaha..

Lisa mula lukis papan tu, muka dia memang excited gila la nak buat benda tu. Dah siap papan tu, kita orang nak mula main ni tapi rasa macam tak kena. Wan dengan Ipan bertikam lidah, suasana rasa macam tension la senang cakap. Kita orang mula main jam 11.00 malam. Ayra memang orang pertama duduk belakang sebab dia penakut sikit masa ni. Yang mula main 4 orang Wan, Lisa, Ijat, Paksu.

4 penjuru papan tu kami letak lilin tapi masa tu lilin ada 2 batang je kami patah dua hahaha. Benda ni kena seru, ayat dia ‘spirit-spirit of the coin dari dunia kegelapan ku seru dikau ‘.

Permulaan main memang tak gerak sampai aku cakap tipu la benda ni, haa masa ni mulut aku pun mintak cili gamaknya. Tetiba syiling tu gerak beb, ak terpegun lah kejap siap suruh tanya nama, bila tanya tu ehh merepek pulak nama yang dia kasi kejap huruf A kejap lagi huruf P, geram pulak aku.. Tetiba si Ijat ni gelak cehh dia yang gerakkan rupanya. Memang menyumpah habis la masa ni.

Aku da fedup sangat aku mintak nak main pulak sebab first round tak ada effect beb. Yang kali ni main aku, Apis, Ipan dengan Paksu. Paksu ni muda sebenarnya tua aku setahun je tapi sebab dia pangkat pakcik member aku jadi aku pun panggil la dia paksu. Okay yang second round ni kita orang start puja balik. Jangan mintak ulang ye sebab aku meremang bila ingat ayat tu. Yang kali ni memang syiling tu gerak tapi aku marah bebudak ni tak payah nak gerakkan ye tapi masing-masing nafi kata dorang letak saja tak tekan pun syiling tu. Jadi aku main peranan aku nak tanya apa nama benda ni.

Aku tanya siapa nama kau? Syiling bergerak beb menunjukkann nama G.A.G.A.N jadi aku assume nama dia Gagan. Aku tanya lagi berapa umur kau ehh gerak lagi pergi kat nombor 85 jadi mungkin umur dia baru 85 atau m**i masa umur 85. Tapi bila aku tanya asal dia memang seriau sebab dia pergi kat huruf L.A.N.G.K.A.S.U.K.A !! Langkasuka weh bukan langkawi. Langkasuka tu nama sebelum langkawi, okay jadi dia m**i umur 85 dan dia m**i sebab d*****h ye. Yang bebudak laki ni nak mintak nombor semua jadi sebelum jadi lagi teruk baik aku hantar balik.

Kita orang start balik puja “spirit-spirit of the coin pulanglah dikau ke tempat asal mu” tapi dia tak nak weh syiling tu berlegar-legar je kat atas papan. Dia tak pergi kat home jadi aku buat keputusan untuk tanya lagi sekali. Aku tanya kenapa dia tak nak balik dan dia kata B.U.N.U.H okay aku dah seram dan aku beranikan diri tanya kenapa mesti b***h dan nak tau dia buat apa syiling tu bergerak laju ulang HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Masa ni Lisa dah menjerit dan dia lari ke pintu dan masa tu yang aku rasa keadaan dalam rumah ibu aku sangat lah kecoh dan tetiba Lisa ni kena sampuk menggelepar atas lantai macam orang kena sawan. Terlepas terus jari kita orang kat atas syiling tu sebab yang penting sekarang ni Lisa. Masa ni yang kami mampu buat tenangkan Lisa dan mintak tolong Paksu ni buat apa yang boleh sebab Paksu ni pandai sikit ilmu agama tapi yang aku pelik kenapa dia ni tak halang masa kami nak main tadi haihh Paksu ni..

Yang si Ayra dah menjerit nangis dah sambil pegang surah yassin. Masa ni aku tak fikirkan dia pun lupa pulak dia ada masa ni. 5 orang weh 5 orang yang pegang Lisa masa tu. Tetiba Ipan pun kena sama sampai nak lari keluar rumah, nasib baik ada yang halang. Jangan tanya kenapa tak ada orang kat luar rumah sebab kau faham je la atas jam 11 malam kawasan kampung ni memang jarang orang nak merambu ramba macam kat bukit bintang.

Paksu tolong Ipan dulu, nasib baik hantu yang dalam badan Ipan tak degil mau keluar. Tapi yang si Gagan ni degil sangat aku rasa. Sampaikan si Predator ni ambil bawang putih dia letak kat depan muka Lisa sambil cakap ‘ keluar kau sekarang ‘ hahaha dia ingat hantu dalam badan lisa tu vampire kot.

Aku skip je la ye sebab kisah yang jadi ni panjang sangat dan benda tu lama jugak duduk dalam badan Lisa sebab dia pandai berlakon kejap okay kejap tak. Aku skip sampai part jam dah pukul 4.30 pagi dan aku rasa semua dah penat nak pegang Lisa jadi aku cuba inisiatif lain dengan cara slow talk dengan dia.. Ni perbualan aku :

Aku : apa yang kau nak dari kami?
Gagan: kenapa ganggu tidur aku?!!!!
Aku : kami minta maaf kami tak tau. Tolonglah keluar, kesian dia ni sakit kau buat macam ni..
Gagan : mulakan balik permainan tu kalau nak aku balik..

Jadi kami start balik benda tu semata-mata untuk hantar dia balik. Alhamdulillah memang dia keluar tapi selepas dari tu lisa macam tak senang duduk jugak la. Maaf la aku skip sikit sebab memang panjang sangat kalau nak cerita detail dia. Selepas dari tu memang kerap kami kena ganggu. Dan kerap jugak Ijat kena rasuk. Rupanya-rupanya Ijat lemah semangat lepas dari malam tu.

Last aku nak cakap tolonglah lepas ni fikir dulu sebelum nak buat apa-apa. Kami dah kena dan serius menyesal beb. Tapi bila ingat balik time Predator letak bawang putih depan muka lisa tu memang aku berdekah. Sorry jugak sebab banyak nama merepek, biasa la budak kampung confirm la ada gelaran dia. Aku tau cerita aku tak sehebat novel tapi ni cerita aku yang nak aku kongsi, sila ambil iktibar walaupun cerita aku tak seram mana pun dan panjang je yang lebih. Jangan korang cuba pulak ayat yang kita orang puja benda tu.

Lagi sekali terima kasih ada masa dan rezeki nanti aku share pulak kisah Ijat dan kami ni kena kacau tu pun kalau lulus laa.. Assalamualaikum selamat hari raya..

Inkigayo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 thoughts on “Spirit of the Coin Ku Seru Dikau”

  1. seram. dulu masa kecik2 pernah teringin nak main menda alah ni. tp x jadi. bila kau cerita ni, tringat kt sepupu2 aku wehh.. disebabkan semua penakut la tak jd main. bayangkn klau jd main, mgkin aku akn alami mnda sama yg kau alami. huhu..

    Reply
  2. part ni ‘ si Predator ni ambil bawang putih dia letak kat depan muka Lisa sambil cakap ‘ keluar kau sekarang ‘ hahaha dia ingat hantu dalam badan lisa tu vampire kot.’

    tak menahan. . . hahaha banyak sangat tengok movie ke dia tu.

    Selamat Hari Raya Juga 🙂

    Reply
  3. dlu masa skola rendah, pernah main jg.. Alhamdulillah, mnde tu nk blah bila suruh blah.. syukur..
    tp mmg xnk main dah.. bdebarnye semacam..haha

    Reply
  4. Kawan aku citer, kakak dia penah gi main benda ni sorok2 dgn kawan2 dia. Nak dijadikan citer, bapak kawan aku ni jenis nampak. Masa kakak dia balik rumah tu, bapak dia terus libas kakak dia dgn getah paip, sebab benda tu ikut balik, dan bapak dia marah bebenor anak dia main2 dgn syaitan. Kui3 kan dah mendapat

    Reply
  5. Aku tak penah main benda ni masa sekolah..tp kawan kelas aku bernama Noriza (masa tu aku form 2) suka main spirit of the coin ni…dia cita dia penah tanya hantu tu sapa pelajar sekolah paling cantik utk sesi persekolahan petang…(form 1-form 2)…hantu tu gerakkan tangan kawan aku dan eja nama aku….huhuhhuhu…nasib baik hantu tu tak cari aku….

    Reply
  6. Masa zaman “spirit of the coin” ni tgh top, aku pun x terlepas peluang utk mencuba… maklumla budak² sekolah rendah bkn tau fikir apa.. kitorg main kt tangga surau sblm kelas ngaji mlm bermula.. mmber bentang kertas dr buku tulis skolah siap dh lukis sendiri abjad abc tu.. masing² mcm bangang sebut “spirit² of the coin” ulang²… dr jauh nmpk ustaz smpi dgn moto, masing² terus kelam kabut kemas “benda pemujaan” tu… roh x sempat masuk kt duit syiling tu lg kot.. hahahahaha… zaman kanak² yg menyeronokkn..

    Reply
  7. Bangga ke dapat main benda tu?
    Itu syirik la. Baik bertaubat dengan sebenar2 taubat. Puja benda lain selain Allah tu kira menduakan Allah.

    Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik. Bukan aku yang cakap. Tapi dalam AlQuran dah ada. Tak caya, cuba cek. Benda ni pun ada belajar masa tingkatan² dulu la seingat aku. Maaf kalau salah.

    Reply
  8. Dulu ade jugak sekali aku main ngan kawan2 kt skolh mnengah..yang peliknya, kawan aku yang xmain tu nampak bnda tu bergerak kat bangunan lama..

    Reply
  9. scary weyy game ni . kawan cik panda penah tau main game ni n dorang seru princess diana . dia cakap hantu or jin setan whatsoever tu bgtau details macam mana princess diana m**i . news kt tv, internet semua tu sikit je betulnya . wallahualam . Allah knows best

    Reply
  10. kawan ko kene rasuk mcm kene sawan tu sama mcm video ouija board gone wrong kat utube. benda ni syirik. jgn main. yg diseru tu bukan semua baik n mcm2 levelnya. ada yg stay huru harakan hidup ko.

    Reply
  11. kwn aq pernah main spirit nih.. dia akn bawak ank patung perempuan yg botak.. dh puas main, time nak tutup tu, dia sruh bnda tu jaga ank patung dia smpai tumbuh rambut😂 klau dh tumbuh rmbut, baru boleh benda tu kcau dia @ keturunan dia.. huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.