SPIRIT OF THE COIN

Haa… kalau dah nampak tajuk ni mesti ramai yg dapat agakkan?? Permainan apa kan. Cara permainan dia sama je untuk satu dunia tapi cara pemanggilnye tak sama sebab untuk kat U.S. contohnya kebanyakkanya panggil Charlie Charlie macam tu. Okayla, aku Nurul. Sebelum ni aku ada tulis cerita berkenaan tasik. Alhamdulillah cerita aku di post di Fiksyen Syasya terima kasih banyak-banyak. Ini adalah pengalaman aku semasa berada dalam tingkatan satu tahun 2005.

First time di panggil untuk masuk ke asrama memang teruja sangat sebab belum pernah masuk ke asrama.kan. Aku merupakan pelajat first batch pada waktu tu dan sekolah tu merupakan sekolah elit yang mempunyai trek balapan dia sendiri. Kalau aku bgitau nama daerah mesti ada yang tau. Hahaha. Okay long story short aku ditempatkan dalam dorm sepuluh dalam sepuluh dorm yang ada. Blok asrama perempuan di panggil aspuri manakala lelaki di panggil aspura. Blok asrama lelaki dan perempuan di pisahkan dengan dewan makan di tengah-tengah. Pada waktu pendaftaran memang sangat ramai dalam lebih kurang 500 orang lebih hanya untuk satu batch saja. Pelajar cina dan india pun ada.

Waktu malam pun tiba setelah keluarga balik. Aku namakan pelajar cina ni Ah Kuan. Setelah makan malam Ah Kuan berkenalan dengan pelajar lain dalam dorm tersebut. Ada Faris, Akmal, Syafiq dan Fayyadh. Ah Kuan bercadang untuk bermain game untuk salam perkenalan mereka dan akhirnya mereka bersetuju bermain game “SPIRIT OF THE COIN”. Baru gempakkan! Faris, Akmal dan Fayaddh bersetuju untuk bermain tetapi dihalang oleh Syafiq kerana dia tahu apa kesan disebalik game tu dan dia arif berkaitan hantu ni disebabkan selalu menolong ayahnya menyelesaikan masalah berkaiitan hantu ni.

Jadi tanpa membuang masa dia pun keluar sahaja.
Ah Kuan mengeluarkan papan OUIJA BOARD untuk permainan tersebut yang dibawanya dari rumah. Ada huruf A sampai Z. Kat atas ada Yes dan No, di bawah sekali ada tulisan Goodbye Diorang menggunakan duit syiling sebagai penunjuk game tersebut. Sebelum detik 12 malam tiba Ah Kuan bersuara. “Game takkan jadi kalau kita tak pakai d***h. Baru ekstreme!”.Tanpa melengahkan masa masing-masing menitikkan d***h sendiri ke atas duit syiling yang digunakan sebab masa pun dah nak sampai 12 tengah malam. Sampai sahaja detik 12 malam , Ah Kuan selaku ketua game bersuara.

“Spirit-sprit of the coin, kalau ada roh di sini jom keluar bermain bersama kami!”. Ayat tersebut diulang bersama-sama dan kemudian mereka berhenti. Tak lama kemudian, mereka mengulangi semula ayat tersebut dan dalam beberapa minit menuggu akhirnya syiling yang mereka letakkan jari tu bergerak. Mereka mula bertanya soalan.’Kamu ada berapa orang?” jari mereka mula bergerak.”D,U,A” owh dua okay-okay. Soalan berikutnya “Jahat atau baik?” “J,A,H,A,T”..time ni masing-masing dah mula menelan air liur dan berfikir sama ada nak bermain lagi atau tak. Faris yang tak tunggu lama mula bertanya “M**i macam mana ea?” tak tunggu lama, perlahan-lahan mereka menunggu jawapan dan…“B,U,.N,U,H” jawapan dari hantu tersebut.

Pada waktu ni mereka berasa ttakut dan seriau. Okay cukuplah lagipun jam sudah menunjukakan pukul 2 pagi. Ah Kuan selaku ketua berkata. “Okay, terima kasih. Kami penat nak berehat. Balik lah”. Bila syiling bergerak ke perkataan NO. “BERMAIN LAGI!” Terkejut! Tanpa melengahkan masa mereka semua menarik jari masing-masing tanpa mengakhiri permainan tersebut dan mereka terus naik ke atas katil dan tidur. Tanpa pengetahuan mereka, sewaktu bermain, salah satu dari hantu tersebut terbang mengelilingi blok asrama sepanjang permainan berlangsung. Bukan terbang macam biasa tetapi terbang secara berdiri menegak ye. Ini diceritakan oleh Syafiq sendiri yang keluar dari dorm pada waktu itu.. Hantu tersebut adalah Pontianak berbaju lusuh berwarna hitam dan mempunyai seekor burung hantu di bahu kirinya. Satu di blok Aspura manakala berbaju putih di blok Aspuri. Keesokan harinya, Ah Kuan berpindah ke sekolah lain manakala papan Ouija yang digunakan semasa bermain tersebut hilang!.

Setelah beberapa minggu berlalu di asrama puteri, Aspuri, datang dua orang kawan baik Aqilah dan Fiq. Pada waktu itu, Aqilah tengah demam dan Fiq menemani rakannya itu untuk ke klinik bersama warden. “Qila, kau dok sini dulu kat bilik TV takde orang. Ko kan panas bukakla aircond dalam tu. Aku keluar sat nak panggil cikgu Aini.” Ujar Fiq berlalu pergi. “Jangan lama-lama tau!”“Bereh!”. Laung Fiq dari jauh..Sedang khusyuk Qila menahan kesakitan dan kadang kala menyela air mata yang tak henti-henti keluar.

Tiba-tiba….di sebalik tingkap kaca yang terbuka berjalan secara slow motion Pontianak bertenggek di bahunya burung hantu berwarna hitam. Wajahnya jelas dilihat oleh Qila kerana jarak di antara mereka tidaklah jauh namun Pontianak itu tidak menyedari akan Qila yang berada di dalam bilik TV. Qila hampir pengsan kerana melihat wajah Pontianak tersebut yang diselaputi dengan d***h pekat dengan kulit yang hampir tertanggal tu diikuti dengan nanah-nanah yang banyak..Qila bernasib baik kerana sampai sahaja Fiq ke dalam bilik TV, dia segera menarik tangan Qila dan berkata “ Kita lari ke surau!”

Rupa-rupanya Fiq telah melihat makhluk tersebut dari jauh dan segera memberitahu warden yang bertugas. Warden tersebut tanpa melengahkan masa terus menjerit “Siapa yang ada dalam bilik! Turun! Kita lari ke surau sekarang! Yg non muslim tinggal kat kantin! Cepat!!Cepat! pelar muslim terus grab tudung and turun bawah.tanpa berkata apa-apa mereka terus berlari secepatnya. Sambil berlari tu warden kata “Lari je! Lari!” Jangan pandang belakang! Jangan pandang belakang!” nasib baik pada ketika itu aku berada di masjid. Jarak diantara masjid dan asrama boleh dikatan jauh macam dari hujung ke hujung.

Sampai sahaja di masjid ada beberapa pelajar perempuan yang terus menangis ketakutan. Semasa selesai solat Maghrib dan menuggu kedatangan solat Isyak, kecoh di kawasan tempat mengambil wudhuk di bahagian perempuan kerana ada pelajar perempuan terperangkap di dalam dan pintu terkunci. Apa yang mengkhairankan dan pelik pintu tersebut terkunci dari dalam dan pelajar tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana tombol pintu di luar.dia terperangkap hampir setengah jam dan kedengaran pelajar tersebut tidak berhenti menangis ketakutan.

Kejadian ini disedari oleh pelajar lelaki. Seorang pelajar lelaki membuat keputusan dengan memanjat tingkap dari luar kerana tingkap masjid sangat tinggi. Apabila berjaya masuk ke dam bilik wudhu perempuan, pelajar tersebut segera menendang dari dalam pintu yang terkunci dan berjaya terbuka. Pelajar perempuan tersebut ditenangkan oleh kawan-kawannya dan berjaya dijemput balik oleh ahli keluarganya.

Bulan tersebut kami paggil bulan berhantu kerana terdapat pelbagai kejadian yang kami alami sepanjang bulan tersebut sehingga pegawai PPD datang melawat sekolah kami. Saya rasa dah panjang saya ceritakan pada kali ini. Apabila diterima oleh pihak Fiksyen Syasya dan mendapat sambutan, saya akan bercerita selanjutnya apa yang berlaku sepanjang bulan berhantu ni.Terima Kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 80 Average: 3.5]

3 thoughts on “SPIRIT OF THE COIN”

  1. Permainan itu..yg ber***** tapi stay nak main…kan dh kena akibat nya.. lepas kena baru nak lari tak cukup tanah… padan muka…
    Apapun cerita yang nice dan best… lepas ni awak bolela smbung lagi..😁⭐⭐⭐⭐⭐❤️

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.