Suara Dalam Telefon

Salam buat para pembaca FS. Seronok juga membaca kisah2 seram dan aneh yang dikongsi oleh kawan2 di ruangan ini. Aku mohon izin berkongsi juga kisah yang aku tak pasti seram atau tak, tapi bagi aku yang pada masa itu berumur 13 tahun, sudah cukup meremangkan bulu romaku.

Kisah ini terjadi semasa aku bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh di sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pada masa itu aku masih di tingkatan 1, dalam mood yang masih merindui mak ayah di kampung halaman, aku dan telefon awam (telefon yang pakai kad prabayar) memang tak boleh dipisahkan. Asal ada peluang, aku pasti akan ke telefon awam itu untuk menelefon mak ayah aku di kampung, kadang2 meminta mereka mengambilku jika aku dapat cuti balik kampung, meminta wang belanja atau paling kurang sekadar bertanya keadaan mereka (anak manja =P).

Ada satu peristiwa kelakar menurutku, yang membawa kepada terjadi kisah seram ini. Semua pelajar tingkatan 1 dikehendaki memiliki sebuah kalkulator saintifik yang akan digunakan dalam pelajaran matematik. Aku terkeut melihat kalkulator saintifik yang dimilki oleh kawan2ku, kerana bentuknya sangat modern sedangkan di tanganku adalah kalkulator yang biasa orang guna untuk kira2 bil (macam orang buat kira2 di kedai makan- alah yang biasa tu). Aku dah gelabah, membuat keputusan untuk menelefon mak ayahku untuk mebelikan kalukator saintifik yang betul untukku.

Petang itu, telefon awam dipenuhi oleh budak2 aspuri (pelajar perempuan), memang sold out, aku tak sempat nak guna daripada pagi sampai ke malam. Datanglah idea gila aku, untuk menggunakan telefon itu pada waktu tengah malam , kerana pada fikiranku tentulah tiada pelajar lain yang menggunakannya.

Aku dan dua orang teman sebilikku dah berpakat untuk pergi bersama malam itu. Aku namakan teman2ku sebagai Asraf dan Fibo. Dalam pukul 4 pagi , di asrama , aku dah bersiap dengan teman2ku untuk pergi kesana (telefon itu terletak di kawasan sekolah). Fibo beritahu yang dia sakit perut, dan menyuruh aku dan Asraf pergi dahulu tidak perlu menunggunya. Aku mengiakan saja, lalu kami berdua pun pergi.

Sampai disana, kawasan sekitar sangat sunyi dan gelap, hanya ada dua lampu yang menyala, tanpa membuang masa aku mendail nombor rumahku. Senyap, aku tidak mendengar apa2 pun daripada gagang telefon, sepertinya telefon itu rosak. Aku mencuba berkali2 namun tiada bunyi yang keluar. Aku dah mula rasa kecewa, sambil terbayang muka budak2 aspuri, mungkin mereka punya angkara – fikirku. Aku meletakkan semula gagang telefon, sambil mengajak Asraf pulang semula ke asrama, memandangkan telefon itu sudah rosak.

Setelah aku melangkah beberapa tapak, gagang telefon yang telah aku letakkan itu, tiba2 terdengar suara seakan perempuan yang kedegaran suaranya seperti marah2 (sepertinya memaki). Aku memandang Asraf, dia kemudiannya membuat isyarat kepadaku agar segera beredar daripada situ. Daripada berjalan perlahan , kami berdua memecut laju balik ke asrama. Di pertengahan jalan, kami berjumpa Fibo yang terkejut melihat kami berlari dengan muka pucat. Setelah kami menceritakan kepada Fibo , kami bertiga membuat keputusan balik semula ke asrama.

Hebohlah pagi itu, kisah kami diganggu hantu public phone, aku yakin aku tak bermimpi sebab aku boleh dengar dengan jelas suara itu . Ada yang mengatakan kemungkinan operator telefon
yang memarahi kami, tapi teori itu sangat tak logik akal sebab aku dah letakkan gagang itu, sepatutnya tiada lagi sambungan ke mana2 panggilan. Kisah itu kekal jadi misteri kepada kami dan juga pengajaran kepadaku.

Mr A

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mr A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 2.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.