SUARA MISTERI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Saya Ina, setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali dengan kisah baru. Kisah pertama saya berkaitan dengan gangguan di rumah sewa. Kini, saya berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Saya mengangka apabila tinggal di rumah, saya sudah tidak mengalami sebarang gangguan lagi. Namun begitu, sangkaan saya meleset. Gangguan tetap berlaku cuma jarang-jarang dan tidak kerap seperti di rumah sewa. Saya membahasakan diri saya sebagai aku di dalam kisah ini. Maaf jika kisah ini tidak seram bagi korang tetapi sangat menyeramkan bagi saya.
Pada suatu hari kira-kira jam 2.30 pagi aku terkejut dari tidur dan terasa ingin membuang air kecil. Aku terdengar bunyi air dibuka di dalam bilik air. Bilik air tersebut berada di sebelah bilik tidur aku sahaja. Aku dapat mendengar dengan jelas bunyi air tersebut. Hal itu bermakna ibu aku sedang berwuduk. Sudah menjadi kebiasaannya ibu aku akan bangun di tengah malam untuk mendirikan solat sunat Tahajjud. Aku terus berbaring sementara menunggu ibu aku selesai berwuduk kerana di rumah aku cuma ada sebuah bilik air. Aku akhirnya terlelap buat seketika. Tiba-tiba aku terdengar suara wanita sedang membaca surah-surah pendek. Pada mulanya aku menyangka itu merupakan suara ibu aku yang sedang mengaji. Aku hairan kenapa kuat sangat suara ibu mengaji pada waktu begini. Kebiasaannya ibu hanya mengaji dengan suara yang sedikit lantang pada waktu petang sahaja. Bunyi air menghempas lantai di bilik air tiba-tiba kedengaran.
“Oh tidak!! ibu aku masih berada di dalam bilik air, jadi itu suara siapa”? Aku berfikir sejenak.
Aku amati suara tersebut, baru aku perasan itu bukan suara ibu aku. Jantung aku bergegup kencang, tubuh aku kaku. Aku hanya mampu memejamkan mata dan peluh mula membasahi dahi aku. Suara wanita mengaji masih kedengaran seiring dengan bunyi air tersebut. Aku terasa wanita misteri itu sedang bergerak menghampiri katil aku kerana aku dapat merasakan bahang panas sangat hampir dengan katil aku. Mungkin dia tahu yang aku sudah dapat mengesan kehadirannya.
“Hihihihi!! Tidur naakkk, mari ibu dodoikaannn…hihihi…”
Ya Allah! terasa hampir tercabut jantung aku, suara wanita tersebut bercakap sinis dan mengilai panjang kedengaran sangat menyeramkan. Aku rasa mahu menangis sahaja pada waktu tersebut tetapi aku cuba kuatkan semangat agar tidak terlalu takut dengan gangguan tersebut. Dia cuma makhluk Allah yang lemah. Aku yakin dengan pertolongan Allah. Untung sahaja aku tidur mengiring di sebelah kiri. Suara tersebut kedengaran dari sebelah kanan.
Aku melaungkan takbir sekuatnya di dalam hati.
“Allahuakhbar!”
Aku lantas menjerit memanggil ibu aku. Aku mengharapkan agar ibu aku masuk ke dalam bilik tidur aku.
“Ibu! mari ke sini cepat!.
“Ibu! masuk ke dalam bilik cepat!.
Suara aku cuma tersekat di kerongkong. Ibu aku tidak mendengar jeritan aku. Aku sangat kecewa kerana aku mengharapkan ibu aku masuk ke bilik tetapi apakan daya, aku hanya mampu menjerit di dalam hati kerana suara aku tersekat di kerongkong. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati. Setelah aku membaca berulang kali baru benda tersebut menghilang. Bahang panas yang aku rasakan tadi semakin hilang. Setelah beberapa minit ganggguan tersebut berhenti, barulah ibu aku masuk ke dalam bilik itu untuk mendirikan solat sunat Tahajjud. Pada waktu itu aku rasa sangat lega. Buat pengetahuan semua, ruang solat yang keluarga aku gunakan berada di dalam bilik tidur aku. Setelah ibu aku selesai mendirikan solat sunat Tahajjud, aku lantas bangun menuju ke bilik air dan berwuduk untuk mendirikan solat sunat Tahajjud. Aku berdoa agar gangguan tersebut tidak lagi muncul selepas ini. Aku sudah tidak sanggup untuk menghadapi gangguan seperti itu lagi.
Mungkin ada yang menyangka aku cuma bermimipi. Tidak, aku langsung tidak bermimpi. Aku dapat mendengar suara wanita mengaji tersebut sangat jelas dan suara tersebut merupakan suara yang nyata bukan suara seperti di dalam mimpi. Hilaian tawanya seakan-akan hampir dengan telinga aku. Terpulang kepada korang mahu percaya atau tidak tetapi gangguan ini memang betul-betul terjadi kepada diri aku sendiri.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
saya pernah terjadi mcmni , tapi saya kena banyak kali sampai dah lali
. suara wanita seakan mengaji quran., suara angin., dgn menguji desing yang didalam telinga individu mungkin berpunca dari saraf saraf tunjang yang berakar dari dirimu sendiri.. full volume speaker or what ever else., stop at few second.. desing akan membuatkan otakmu stuck.. setiap saraf tubuh yang rosak memberi kesan cepat terus ke otak.. penerimaan yg berbeza solusi yang sama .. jaga dirimu lindung keluarga.. intergriti yg kuat pada setiap individu akan membuat kita lebih sihat .