SUARA SIAPA TU?

Assalamualaikum dan hai, aku nak kenalkan nama aku Kim. Aku merupakan pelajar ijazah sepenuh masa di sebuah IPTA di Selangor. Aku ingin ceritakan satu pengalaman aku tapi bukannya di IPT tetapi di rumah ibu bapa aku di Terengganu. Cerita ini pernah aku siarkan di group Facebook FS. Namun aku ingin kongsikan pula cerita ini pada warga FS.

Sebelum aku mula bercerita aku nak menerangkan a few things mengenai rumah aku. Rumah aku rumah kampung moden. Jadinya rumah kami ada satu dibahagian atas iaitu bahagian ruang tamu, bilik-bilik dan ruang keluarga. Bahagian bawah pulak dapur, bilik air dan bahagian mesin basuh. Diluar bahagian dapur pula ada ampaian.

Kejadian ni terjadi sewaktu aku berumur lingkungan 4-5 tahun. Kejadian ni masih segar lagi dalam benak fikiran aku. Dari baju aku pakai hinggalah percakapan semua aku masih ingat. Pada ketika itu, merupakan hari Jumaat, hari dimana seluruh keluarga aku cuti dan berehat selepas beberapa hari bekerja.

Nak dijadikan cerita ayah, abang-abang dan kakak-kakak aku semua berada di ruang keluarga di bahagian atas rumah. Mana kala ibu aku berseorang di dapur ketika itu kerana sedang memasak. Nak dijadikan cerita selepas sahaja aku membuat ulang kaji pelajaran (buku tadika) diteamani dua orang kakak aku. Aku pun meminta diri ke tandas. Aku laju berlari anak ke dapur kerana sudah tidak tahan. Ya sebelum itu, aku masih memandang keluarga aku di ruang keluarga itu semua sedang seronok menonton drama.

‘Ma adik nak kencing’ beritahuku kepada ibuku. Ibu aku mengangguk sahaja sambil menyiang ikan. Aku ketika itu masih lagi tak sampai untuk membuka lampu bilik air. Jadi aku redah sahaja masuk bilik air tanpa lampu.

Tiba-tiba kendengaran suara lelaki menyanyi di tandas sebelah. Untuk pengetahuan aku memang selalu buang air dalam bilik mandi sewaktu kecil. Kerana aku takut ke tandas eventho tandas sebelah sahaja.

‘Macam suara abang hanif je’ desis hati kecilku ketika itu. Aku hanya membuat tidak tahu dan terus menjirus air ke lantai semua dan pergi ke arah ibuku. BTW ketika itu pintu dapur menghadap ampaian terbuka. Terasa juga angin sejuk menerpa tubuh kecil aku ketika itu.

‘Ma adik siap doh kencing’ kataku sambil tersengih. Ibuku memandangku dengan muka hairan. ‘kenapa tutup lampu? kan ada orang dalam tandas’ kata ibuku.

Aku mengerdipkan mata berkali-kali sambil berfikir masa aku keluar tadi memang aku tengok pintu tandas terbuka sikit. Takkanlah abang aku nak membuang hajat dengan lampu tak buka dan pintu tak tutup rapat.

‘Mana ada orang. Takdok pun. Abang ade kat atas’ beritahuku. Wajah ibuku berkerut namun dia ketawa kecil ‘kan ada orang laki nyanyi dalam tandas tu. Sape lagi kalau bukan dia.’

Aku masih lagi menggelengkan kepala dan berlari anak bernaikki tangga. Aku melilau ke arah ruang tamu sambil melihat abang hanif. ‘Abang bukan kat bawah ke?’

Abang Hanif membuat muka pelik ‘Doklah duk atas je tengok TV dari tadi. Bakpe?’ soal abangku. Aku hanya menggeleng sambil melihat lagi wajah setiap adik beradikku disitu. Semua yang disitu hanya memandangku dengan pandangan ‘kenapa?’

Beberapa minit selepas itu. Ibuku naik sebentar ke atas untuk solat. Namun aku dengan ibuku hanya mendiamkan diri sahaja. Bukan apa satu tu yelah takut. Satu lagi malas pula berteman bagai nak ke bilik air malam-malam.

KISAH BENAR TAPI TIADA JAWAPAN SEHINGGA HARINI. SUDAH 18 TAHUN.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Si Cenonet

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 38 Average: 3]

1 thought on “SUARA SIAPA TU?”

  1. ayat karangan kau ni boleh diperbetulkan lagi. tak perlu ulang banyak kali tang ‘nak dijadikan cerita tu’. banyak sangat bagi orang konpius ni. dah kenapa plak mak kau tanya kenapa tak bukak lampu ada orang dalam toilet sedangkan kau baru keluar dari toilet? lagipun kau masa tu umur 5 tahun mesti dia pun tau yang tangan kau taksampai. boleh diperkemaskan lagi jalan cerita sebab sekarang kau dah besar bukan 5 tahun lagi kan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.