Suatu Pagi Bersama Si Badut

Suatu hari aku scroll Twitter lalu terbaca satu satu posting tentang “Fobia”. Apa yang buat korang Fobia dan apa “punca” Fobia korang tu. Rata rata di situ banyak memetik tentang ketakutan mereka berdepan dengan BADUT. Bila cakap pasal badut automatik aku teringat akan satu peristiwa semasa aku dalam tingkatan 3. Sampai sekarang tak tahu siapa punya kerja.

Hi semua nama aku Ariana sememangnya bukan nama sebenar. Aku nak cerita satu pengalaman yang buat aku fobia teruk pada badut. Filem yang ada scene badut pun aku tak mampu nak tengok. Fobia aku pada badut memang dasyat. Dalam pukul 6:45 aku sepatutnya dah gerak dari rumah untuk ke sekolah. Untuk ke sekolah memang jauh. Sebab tu kena bangun awal untuk berjalan kaki jauh jauh tu.

10 tahun yang lalu.

Pagi tu hujan lebat sangat. Memang terkandas la aku nak pergi sekolah pagi tu. Selalunya aku pergi sekolah dengan sepupu aku. Tapi hari kejadian sepupu aku cuti sebab demam panas. Transport? Parents aku kerja luar dan aku stay rumah nenek aku. Sepupu aku pun duduk sama dengan nenek aku. So hari tu aku kena pergi sekolah seorang diri lah jawabnya. Bila hujan dah reda sikit aku pun memulakan langkah untuk ke sekolah yang jauh nak mampus tu.

Budak budak sekolah yang mana jalan kaki tu mesti akan lalu kat suatu kawasan terpencil ni. Kawasan tu memang sunyi dan banyak semak samun di sekeliling. Kawasan tu membelakangkan kedai runcit yang tiada penghuni. So sepatutnya pagi tu mestilah ada dua tiga budak sekolah yang nak ke sekolah jugak.Tapi malangnya tiada sorang pun yang aku nampak. Mungkin budak budak tu naik kereta atau tumpang rakan rakan yang lain.

Tapi dalam pada masa yang sama aku berharap sangat sangat ada budak sekolah lalu kawasan tu untuk teman aku pagi tu. Sebab aku penakut orangnya. Dah la kawasan tu sunyi dan jauh dari orang. Sekeliling aku ada semak samun. Ada pun tokong cina jauh ke depan menghadap jalan raya. Tu pun dalam kawasan berpagar. Kat situ banyak gila anjing dengan angsa. Pantang nampak aku lalu mesti kena sound dengan anjing tu. Yang angsa tu pulak menggila kejar aku bagai nak rak.

Kalau dah lepas tokong cina tu baru lah akan nampak satu kawasan taman perumahan orang cina ni. Dah sampai situ pun masih rasa sunyi sepi je. Satu hal pulak bila lalu shortcut ni. Nak tak kena lalu jugak kawasan tu sebab kawasan tu je yang dekat kalau nak cepat sampai ke sekolah. Ada benda lain pulak kita orang kena hadap kalau dah sampai kawasan perumahan orang cina ni.

Kita orang kena lalu belakang rumah uncle cina sorang ni dan pasang papan kat longkang untuk seberang ke kawasan perumahan tu. Aku geram betul part ni. Menyusahkan aku yang tengah pakai kain sekolah. Lepas aku dah pasang kayu kat longkang tu dan dah selamat menyeberang, aku kena cabut balik papan tu dan letak ke tepi.

Celaka betul apa salahnya biarkan je papan tu kat longkang tu. Motif kena cabut balik pun sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Dijadikan cerita masa aku tengah jalan nak ke sekolah pagi tu, aku perasan ada orang berjalan dari arah belakang aku.

TAPI….

Bukan budak budak sekolah yang sepatutnya saing dengan aku ke sekolah pagi tu. Aku buat buat pandang ke belakang tapi tak nampak jelas sangat sebab orang tu berjalan dalam kawasan semak. Aku cuma boleh positif je pagi tu padahal aku dah menggelabah teruk. Kalau kena apa apa kat aku kat situ, aku jerit sekali pun takkan ada orang dengar.

Sebab kawasan tu sangat jauh dari orang. Kau nak test suara kau sedap ke tak pagi tu pun kau buatlah. Takkan ada orang dengar. Aku cuba berlagak biasa, jalan perlahan macam tak ada apa. Dalam pada masa yang sama orang tu dok baling batu batu kecik kat belakang kaki aku. Aku apa lagi tahap menggelabah aku dah tahap maksimum.

Tapi aku diamkan je. Aku lajukan lagi kaki untuk cepat sampai ke sekolah. Makin aku laju dia pun makin laju dan makin dekat dengan aku. Aku fikir apa tau kalau aku pecut ni memang aku terus panjat pagar tokong cina tu. Aku tak kira apa nak jadi jadi lah. Ini kalau kena gigit dengan anjing pun aku rela, dan kalau diberi pilihan aku sanggup kena kejar dengan angsa dari dikejar orang yg kita tak tahu apa niat dia kat kita.

Hah kau sekali betul betul angsa tu keluar dari pagar kawasan tokong cina tu dan terus kejar aku. Celaka betul angsa tu. Tapi dia tak kejar aku terus pun. Aku dah jauh elok je dia stop kejar aku dan sambung kejar orang yang kejar aku tu. Dari aku berjalan laju aku terus pecut dengan singsing kain sekolah aku. Kau bayangkan kelam kabut aku macam mana pagi tu.

Makin aku lari makin orang tu kejar pulak aku kat belakang. Memang berjurai la air mata aku pagi tu. Dah lah kena kejar dengan angsa kena kejar dengan orang psiko pulak tu. Berpeluh jangan cakaplah. Aku berlari laju sampailah nak dekat dengan rumah orang cina tu, orang yang kejar aku tu dah berada betul betul kat belakang aku.
Korang tahu apa dia buat kat aku?

Dia terus peluk aku dari belakang dan sempat ramas p******g aku. Terkejut punya pasal dengan tindakan orang gila tu, aku yang ketakutan pejam mata dan terus menjerit sekuat hati aku. Orang dengar tak dengar belakang cerita. Tapi aku berharap sangat akan ada orang yang dengar.

Tapi memang kuat aku jeritkan sampai dia lepaskan pelukan dan terus mencicit lari. Celaka punya orang. Dah la aku ada asthma. Dengan penat berlari pagi tu memang terus semput aku dibuatnya. Menangis jangan cakaplah. Masa dia lari tu aku cepat cepat toleh ke belakang untuk tengok siapa punya kerja.

Dia tak lalu kat kawasan semak samun yang sunyi sepi tu sebaliknya dia melencong ke kiri. Kiri tu kawasan bukit. Kalau naik atas bukit tu dan bila turun bawah, ada banyak kawasan perumahan melayu yang ada kat area tu.

Dekat atas bukit tu aku nampak sebuah basikal elok park kat tepi. Apa yang aku nampak, orang yang dok kejar aku tu seorang lelaki gemuk pendek lengkap berpakaian kostum badut. Dia berlari pergi kat basikal tu. Paling best apa tau? Ada geng dia dah menunggu kat area bukit tu. Geng dia pun berpakaian kostum badut tapi berlainan gaya. Geng dia ada 2 orang dan termasuk dia jadi 3 orang.

2 orang geng dia tu tak gemuk pendek macam dia pun. Dia sorang je gemuk pendek. Mungkin dia tu ketua dalam geng dia. Aku kembali seram sejuk bila geng dia yang 2 orang tu dok berdiri kaku sambil perhatikan aku dari jauh. Kaku je berdiri sambil perhatikan gerak geri aku.
Kostum badut yang dorang pakai tu kau jangan cakaplah. Memang menyeramkan. Nampak gaya geng dia dua orang tu seperti tunggu masa nak kejar aku je.

Aku memang dah menangis teruk masa tu. Nak tak nak aku kena lalu ke depan sikit untuk seberang longkang rumah cina tu. Dah lah kawasan perumahan orang cina tu majoritinya orang orang tua. Lalu Ariana Grande yang dalam perasaan seram sejuk ditambah kegigilan yang melanda memasang papan untuk seberang longkang tak guna tu. Aku yang tengah sesak nafas ketika tu berjaya memasang papan tak guna tu dan terus berlari ke seberang.

Papan tu pergi mampus. Takde masa aku nak cabut balik untuk letak ke tepi. Aku biarkan je papan tu kat situ. Selesai menyeberang longkang tu, sepantas kilat aku berlari. Once aku dah seberang longkang tu aku dah kira selamat jugak la sebab aku dah berada dalam kawasan taman perumahan. Kesian betul aku kat diri sendiri bila teringat moment moment dasyat tu.

Sampai je sekolah aku terus meraung depan cikgu disiplin. Semua pandang aku pelik. Memang kena sesi soal jawab lah pagi tu. Dah lah aku semput non stop. Cikgu disiplin pun bawaklah aku pergi pejabat dia. Memang rutin cikgu disiplin tiap pagi dah terpacak depan pagar sekolah. Bila cikgu disiplin tanya aku dah kenapa?

Aku cakap lah aku jumpa badut. Badut tu kejar aku. Tapi aku tak cakap yang aku kena raba. Sebab aku malu. Cikgu tu boleh tergelak dan cakap badut tu saja saja je tu nak takutkan2 aku. Dalam hati aku tak guna punya cikgu disiplin. Silap silap dia rupanya badut tu.

Lalu aku pun disuruh berehat seketika. Bila dia tengok aku macam nak mampus semput pagi tu, dia tawarkan untuk hantar aku balik rumah tak lama tu. Petang tu mak aku balik kerja, aku cerita kat mak aku. Memang kecoh kampung melayu masa tu. Ada yang tak percaya cakap aku. Ada yang kata aku nak menakutkan anak dorang la apa lah. Entahlah. Bila banyak masuk campur tangan saudara mara yang lain, keluarga aku pun tak jadi nak buat report polis. Katanya tak nak membesarkan hal. Pelik kan?

Sehingga kini aku tak tahu siapa punya kerja. Adakah mereka bertiga kenal aku? Entahlah. Esok lusa sampai ke sudah aku tak pernah jejak langsung kawasan tu. Walaupun pergi sekolah dengan sepupu aku sekalipun aku sanggup jalan laluan yang 3 kali ganda jauh dari kawasan tu.

Nak buat macam kan. Nak tak nak kena menapak la jauh jauh tu walapun kena lalu tepi jalan raya laluan utama lori lori besar yang 24 jam non stop lalu. Aku memang takkan sesekali singgah situ lagi. Aku jadi trauma dengan badut, trauma dengan kawasan tu sekali. Itu saja yang dapat aku ceritakan. Terima kasih semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
ARIANA

5 thoughts on “Suatu Pagi Bersama Si Badut”

  1. Kesian kamu…faham perasaan tu. Sy pun penah kena raba dgn lelaki bermotor yg buat2 tanya arah jalan. Time tu umur 11 tahun. Tergamam nak jerit pun tak mampu.

    Reply
  2. Yelah, aku pun penah kene macam tu…tapi dalam bas. Balik rumah nangis2 sekali kena marah dgn abang sbb x jerit. Padahal kita menggigil2 ketakutan.
    Silap x cter ngan guru disiplin. Tapi aku paham mase tu kau tgh trauma. Patut report polis ms tu. Kena cabul. Ngeri seyy

    Reply
  3. Eee… jahatnya manusia… lagi seram kalau jumpa manusia perangai gini daripada hantu setan… semoga si pelaku terima balasan atas apa yang di buat pada cik…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.