Sumirah dan Kasyaf Anugerah

Assalamualaikum pembaca setia fs.

Seandainya cerita aku ini bersiar, Alhamdulillah dan terima kasih bagi team #fiksyenshasha. Biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku adha, usia aku di awal 30an. Kisah yang bakal aku ceritakan ni agak panjang berkisarkan kehidupan sebenar aku, jadi aku minta maaf awal awal. Akan terdapat banyak watak dan harap korang dapat fahami isi cerita aku. Jom ikuti kisah pengembaraan mencari hidayah di samping mendapat anugerah.

Segalanya bermula ketika usia aku mencapai 16tahun. Ketika ini aku temani aunty lyda dan uncle memancing di pantai minyak beku. Kami mancing jam 11malam. Sepatutnya kami mancing atas bot, tapi di sebabkan cuaca tak berapa elok, tekong ajak mancing di gigi air saja. Sedang leka mereka memancing, aku sempat kerling jam di tangan menunjukkan 12malam, tiba tiba datang seekor burung entah dari mana terbang sangat rendah anggaran 2kaki dari kepala kami kesemuanya ada dalam 10 orang . Burung itu berkicau teramat lah kuat sampai timbul rasa seram. Aku dan aunty lyda yang sedang leka mencari sipot di celahan batu di bantu cahaya bulan (takde keje kan cari sipot tengah malam) terdengar tekong berbisik pada orang lain, “die da datang !! cepat ajak dorang balik”.

Bagaikan tersentap , semua pon bergegas naik melangkah celahan batu. Dalam perjalanan balik aku terpandang sehelai kain selendang terbang dari pokok ke pokok lain. Ini serius , aku tak tipu. Betul selendang terbang bagai di kawal. Aku yg budak hingusan mase tu tak pikir ape ape, terus tunjuk pada mereka yg terdekat dengan aku, “‘eh cube tengok selendang terbang”.

Aunty lyda dan yg lainnye bertukar cuak riak muka mereka. Aku pon berdekah ketawa.

“Haaa.. takot ke, bukan hannn….” tetiba ade sorang kawan aunty lyda tekup mulut aku.
“Baik ko diam sebelom apa-apa jadi”. Awasnya pada aku.

Sejak peristiwa itu, aku tak lagi berani tunjuk apa2 bila ‘ternampak’ apa2. Sebab lepas balik rumah aku tak boleh jalan dengan betul. Pinggang aku sampai ke lutut sakit ya amat musamad(ayat penyedap nak bagitau sakit tak terperi). Aku di bawak berubat kepada bomoh ‘menurun’. Bomoh tu kata ade 7 ekor anak bajang bergayut kat pinggang. Patutlah tak boleh jalan, kurang asam anak si bajang tu, taapii bajang tu jenis mahluk ape pon aku tak tahu. Paling tragis, bomoh tu suruh aunty lyda ludah pinggang ke kaki aku pakai air kunyahan sirih. Malu beb makcik aku tengok punkok. Ape lah nasib. Tak lama lepas tu Aku pon pulih seperti biasa.

‌7 tahun kemudian….

Jam di dinding 7pm, aku mula berdebar. “uwekkk…uwekkk..uwekk” seperti yg sudah aku jangka, anak sulung aku amri pasti menangis. Aku masih dalam pantang. Dengan keadaan emosi tak stabil, aku resah , takut , risau seandainya amri ‘jadi’ lagi. Amri menangis sampai hilang suara dan timbul kebiruan di muka nya akibat tangisan terlalu lama. Mata amri terpejam namun tangisan tak berhenti , jam bertukar ke pukul 8, pukul 9..dan amri tetap menangis, tak mahu susu tak mahu di pujuk. Aku yg sedari tadi menahan amarah di dada, aku bangun dan angkat kaki nak pijak amri. Aku tertekan, aku stress, aku buntu. Telinga aku berdesing mendengar tangisan amri.
‌”Assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim..” aku tersentak, seorang pakcik tua datang sambil telunjuk jari tuding ke arah aku dan berterusan membaca ruqyah. Yang aku ingat setiap ayat quran ada selitan surah al baqarah, surah yassin, surah insyirah dan surah dhuha. Amri terus diam apabila sampai pada surah insyirah. Aku pula berasa tenang. Badan aku yg tadinya berat umpama memikul beban menjadi ringan.Selesai pakcik tua itu ruqyah tiba tiba ..”hoooii..pergi kau..pergi kau”..jeritan yg terlalu kuat hadir dari mulut mertua aku. Aku tersentak. Siapa yg di halau mertua aku?, kenapa die menjerit tiba tiba?

Rupanya amri di ganggu oleh mahluk. Sebelum pulang, pakcik tua itu pesan pada aku , “adha.. pergilah berubat..semoga jumpa dengan orang yg betul”. Aku pon mengangguk je.

Tapi kenapa aku yg kene berubat? Aku sihat je. Cuma stress sikit sebab tak pernah lagi jaga anak sendiri..mungkin.

Akal aku tak henti henti berfikir perihal pakcik tua itu. Tetiba aku terimbas kembali kenangan sewaktu bertandang di rumah pengantin lelaki. Aku ketika itu sedang dalam rombongan kompang, tiba tiba ada sekeluarga yg sudah pon berada dalam kereta memanggil aku,
” hai pengantin baru, mari sini salam pok..pok ni poksedara toklaki awok, dok kuantan. Cantik pengantin ni, pok nak balik da ni..Awok da jadi bini kene hormat suami, lagi satu pok nak pesan..awok g la berubat,takut nanti melarat..k bbai” …. masa ni aku tak terpikir apa apa pon, fokus nak sanding dan makan beradab je. Raja sehari wei, giler tak eksaited. Selesai majlis, masih ada lagi sedara belah laki aku duduk2 di ambin ambil angin. Aku pun ‘join’ sekali, maklumlah nak beramah mesra. Ada 3 orang pak sedara laki aku berborak rancak, aku pun p****g ‘line’, selit selagi boleh. Dah la aku cakap loghat selatan , lawan dengan loghat pantai timur, melopong la aku tak paham sepatah habuk. Hujung hujung aku cuma angguk angguk geleng geleng je la. Sebelum 3orang pak sedara berundur, sempat lagi salah sorg dari mereka tinggalkan pesanan penaja buat aku.
“Cikdha, kalau ada masa nanti g berubat ye. Di mana ada cikdha di situ ada ‘die'”.
“Sejak cikdha nikah, perempuan dalam rumah metua awak tu ada 3 orang, sedangkan adik beradik laki cikdha semua lelaki. Cikdha faham kan maksud pakteh”.
Aku fikir fikir, aku dan mak metua aku je perempuan. Aku tak nampak pon lagi sorang perempuan. Pelik. Biarkan jela tergantung sepi benda ni. Malas nak fikir, seronok aura pengantin baru tak hilang lagi. Haha gataii.

Lepas 2 minggu pantang kat rumah metua, aku balik rumah mak aku kat selatan pula , nak bg adil. Nenek nenek nak timang cucu. Segalanya elok dan lancar. Sehinggalah suatu malam, jatuh pada sabtu malam ahad. Ketika usia amri cecah 2 bulan. “kreeekk” bunyi robok baju yg selang 2 langkah dari katil aku berbunyi seakan2 tikus menari dalam robok. Aku diamkan, dalam hati dah mula memuncak rase takut yg muncul tiba tiba. Tak lama lepas tu “gedebum!” bunyi seperti nangka busuk jatuh tapi bunyi tu dr dalam robok. Pandangan aku tertangkap pintu robok yg terbuka sendiri dan sepasang mata merah , rambut berjurai, dalam keadaan mencangkung ‘dia’ memandang aku. Akal aku hilang pertimbangan, aku terus lari keluar bilik dan menjerit pada mak ayah aku “takut..takut..tolong takut!!”
Mak ayah aku yg sedang leka menonton terkejut, mak aku terus bangun capai air bacaan yasin(kebetulan pejabat ayah aku buat kenduri anak2 exam) terus curah pada tubuh aku dan paksa aku minum. Aku di paksa untuk solat dan wudhu.Masa aku ambil wudhu, satu lembaga gemok gedempol dengan rambut kusut masai, muka hitam rentung datang belakang aku, ‘die’ bisik “aku akan bagi kau sesuatu kalau kau ikot aku”….
Serta merta aku bagai di rasuk. Mata aku dapat melihat tetapi mulut dan pendengaran aku di ikat. Aku menjerit , menangis, ketawa berdekah. Aku kenal mereka siapa(ahli keluarga) tapi aku bagai di salotip mulut. Adik beradik aku termasuk laki aku ikat tangan dan kaki aku dan baringkan aku kat tengah2 atas tikar sejadah. Mereka duduk mengelilingi aku baca yasin umpama orang meninggal. MasyaAllah, serius masa tu, telinga aku berdesing, aku menjerit dalam hati (lepaskan aku, aku adha la) tapi di mulut aku berbunyi “dia ni aku punya” aku peluk tubuh aku. Tapi sebenar nya ‘dia’ yg peluk aku. Dekat jam 1pg baru lah aku terlepas dari gangguan itu. Malam itu aku, laki aku, amri, tidur dalam bilik mak ayah aku, mereka takut aku kene lagi. Mak ayah aku cuak jugak sebab ini pertama kali berlaku, tak pernah ada pengalaman macam ni.

Keesokan nya mereka carikan bomoh indon untuk ubat aku. Sampai di rumah bomoh indon itu, die terus selubungkan aku pakai kain hitam dan ada tulisan jawi warna emas, bomoh tu kata kain tu mimbar kaabah. Yang hairan nye, aku boleh ketawa lepas tu aku jeling bomoh tu, aku ludah muke die. Maka keluar lah ayat “kau tipu” dalam suara garau padahal suara aku comel comel ayu je (ok ok nak perasan kejap). Suara aku tak macam tu. Tapi seluruh tubuh aku di kawal. Aku jerit ajak balik. Bomoh tu tak sempat nak apa2 kan aku sebab bomoh tu kata die pon takot sebab aura mahluk dalam badan aku ni kuat. Bukan lawan bomoh tu la.

Sampai je rumah, aku g panjat tingkap, dah la rumah mak ayah aku 2tingkat, aku rase badan aku ringan nak melayang. Cepat dan tangkas laki aku rembat badan aku, terus kaki tangan aku di ikat lagi. Amri?? Amri jaga diri sendiri di sebab kan keadaan aku yg tengah menggiler ni. Yg ajaib nya amri tak nangis langsung dan tak menyusu. Padahal Amri bf sepenuhnya. Jadi mak aku takut amri tak menyusu dari semalam, mak aku letakkan amri kat pangku aku. Mak aku suruh aku susu kan amri, dari jauh mak aku dukung aku nampak amri, makin dekat pada riba aku,Aku bercakap dalam nada garau “ini batu nisan”, aku nak balingkan nasib mak aku sempat tangkap. Mereka ajar aku mengucap, dalam hati aku ikut apa mereka cakap tp lidah aku kelu tak boleh mengucap.
‘Dia’ kata “kau ,aku punya, aku akan bagi ilmu pada kau, ikot aku”.
Bila bisikan itu sampai pada telinga aku, aku pasti akan menyebut “sumirah, munirah, tumirah”. (mohon pembaca jangan menyebut nama2 ni, aku takot aku kene tanggungjawab bila korang kene jugak).
Malam hari ke2 aku histeria, aku di bawak berubat dengan ustad. Ustad suruh aku mandi air limau + tanah mekah , dengan pengeras rm150 (mandi sahaja) tak termasuk air tawar. Kami tak tahu ape2 ikut je yg penting aku sihat balik. Siap semua, aku cakap kat ustad tu, tolong kembalikan anak saya. Ini batu nisan, bau hanyir dan taknak susu. Anak sy ada dalam robok ustad. Keluarga aku semua terkejut dengar penjelasan aku. Ustad tadi tu ruqyah pada amri dan tunjuk air dalam cawan sambil sebut “aku seru roh amri kembali” 3x ustad sebut yg sama. Aku bg amri minum air tawar tu, habis je die telan air tu, serta merta amri menangis kuat kuat , tubuh die yg sejuk ketung bertukar suam suhu badan normal dan paling sebak , amri cari susu. MasyaAllah macam orang lapar die menyusu hampir 2jam dan terus tidur.

Ustad itu sempat berpesan, solatlah ajak suami solat bersama. “Saya tahu siapa yang tak solat dalam keluarga kamu, tengok keris keris tu..” keris tu betul2 berada sebelah aku sebakul rotan penuh, keris nya banyak. Ada satu keris terapung, tanpa sokongan apa2.
“Keris terapung tu jembalang paling degil, sejak duduk dengan saya, tuan keris tu baru boleh mengucap dan solat, tu die terapung tu nak tunjuk belang la tu sebab kau(aku) datang. Tak serik serik, nanti malam siap la kau”.
Habis je ustad bercakap keris yg terapung tadi terus mendarat perlahan lahan dan masuk bakul rotan itu. Macam mimpi pon ada jugak bila melihat keadaan itu. Sebelum undur diri, ustad itu sempat bagi aku ayat pendinding. Caranya baca ‘laa illa ha ilallah’ 33x senafas. Eh masa ni aku bisik dalam hati, giler ke ape. Mane boleh aku baca ayat tu senafas. Kalau salah sebut dan makna jadi lain, naye aku.

2 tahun selepas kejadian..

Keadaan aku makin tak terurus. Aku cuba solat tapi bacaan aku lain. Aku cuba mengaji tapi lidah aku kelu. Setiap malam aku akan mimpi ular hitam naagin duduk bawah bantal kepala aku dan mimpi jatuh dari tingkat tinggi berselang seli. Aku dapat anak ke dua. Aku semakin agresif bila mendengar tangisan budak. Automatik , aku akan marah, mengamok dan paling tragis aku hampir2 te-tak amri. Tinggal sejengkal parang p****g ayam dekat kepala amri. Mujur masa tu aku teringat Allah. Iman senipis kulit bawang. Masa tu aku terus menangis peluk 2 org anak aku, amirah dan amri. Amirah bayi lagi baru berusia 4bulan. Terkadang aku bagai orang gila. Aku bercakap sorang2 seolah2 ada yg teman aku. Aku mula berimaginasi bun-uh diri. Tiba tiba aku terpandang al quran. Aku sentuh dan aku menangis, air mata laju keluar, aku menyesal sebab tak pernah sentuh quran sejak habis sekolah. Aku pasang niat dalam hati ” Ya Allah, aku nak berubah..bantu aku Ya Rahman..tunjukkan jalan ku Ya rahim”. Aku selak 5helai muka surat secara rawak atas niat aku tadi. Dan aku dapat ,…;
1. ayat mengenai hijrah
2. ayat mengenai sihir. “Bersabar lah kamu atas muslihat(tipu daya) iblis, sesungguhnya perbuatan ‘sihir itu syirik.
3. ayat mengenai kewajipan taat pd ibubapa.
4. ayat mengenai berbakti pada tanah.
5. ayat mengenai kehilangan anak, perlu sabar tawakal ,redha.
Lepas je dapat petunjuk itu aku ajak laki aku berhenti kerja dan pindah di pantai timur. Aku buat keputusan tak terburu2 sebab aku paksa diri aku buat solat hajat, buat istikharo benda ni soal masa depan aku sekeluarga. Akhirnya sampai la aku dekat pantai timur sehelai sepinggang berteman kan suami anak2 dan kereta buruk yang banyak jasa.

Setahun berlalu dengan rasa beban di hati aku. Aku menggiler mintak laki aku lepaskan aku. Masih sama apabila ‘die’ sentiasa ikut aku ke mana saja aku pergi. ‘Die’ beria sangat nak bagi aku ilmu, yg penting aku ikot die. ‘Die’ ni muka nya kelabu asap baju kelawar compang camping. Kuku panjang tak terurus. Aku jadi keliru dengan keputusan yg aku buat. Suatu hari aku teman mertua aku berubat dengan seorang ustad asal kedah. Aku mase tu bodo bodo ikut sebagai peneman. Mertua aku di dudukan menghadap kiblat di atas sejadah warna hijau sambil kaki melunjur tangan di letakkan di atas lutut. Sebelum ustad kedah itu memulakan ruqyah, dia akan calit wangian kasturi hitam di sendi pergelangan tangan. Apabila ruqyah mula di baca kan , tangan kanan ustad itu memegang kepala pesakit. Ayat ruqyah yg sangat tenang dan sedap di dengar dengan bait bait ayat quran yg jelas kedengaran, campuran surah al baqarah , al mukminun, yasin ,ayat qursi banyak lagi la. Habis berubat mertua aku, aku cuba2 tanya kan perihal aku. Direct terus ustad cakap awak ni depression tapi masih boleh di ubati, awak tak boleh kawal amarah, hubungan dengan suami tak elok, awak suka menyendiri. Mendengar kata kata ustad , aku tersentap. Baru aku ingat, sebelom aku pindah sini aku g klinik dan ceritakan perihal aku pd doctor. Aku di bg surat rujukan ke hospital besar bahagian psikologi. Doctor kata terdapat simptom2 minor depression , kalau tak di kawal akan teruk. Aku tak bagitahu sape2 pasal tu , sebab aku fikir orang akan cakap aku gile. Alang alang ustad tu cakap kene batang hidung aku, aku terus set tarikh nk cuba rawatan die. Tapi banyak nye barang yg perlu aku sediakan, antaranya kelapa,limau purut, asam keping, garam, cuka, daun bidara, daun sirih, air mineral.

Selesai semua bahan yang di perlukan , aku terus hala ke pondok ustad kedah tu berubat. Kebetulan tak ramai pesakit. Aku pun duduk atas sejadah. Perasaan aku masa tu kecut perut, cuak semua ade. Mula di ruqyah aku ok lagi, sampai je ayat
“Yaaa ma’sharal jinni….yaa ma’sharal jinni…” ustad kedah tu picit jari kaki yg tengah2 , aku jadi marah telinga aku rasa terbakar aku menjerit nak lari dari atas sejadah, tapi tak boleh kerana aku nampak diri aku di ikat sedangkan menurut mata normal tak ade sebarang ikatan pun pada tubuh aku. Aku jadi tak sedar kan diri. Aku mengamok menjerit meracau.
Ustad tanya , ” yaa ma’syaral jinni..siapa kamu? kenapa kamu masuk dalam badan adha? “.
“Aku nak die…aku nak die sorang” suara aku bertukar garau
“Kamu tiada hak ke atas hamba Allah ini wahai iblis, keluarlah kamu atau aku akan bakar kamu!!”
“Aku bukan islam …ha ha ha arghhh sakit!!!”
“Kalau kamu bukan islam ,mari aku ajar kamu mengucap dengan lafaz ‘laaa ila ha ilallah’ ” .
“Aku nak dieeeee sorang faham tak ?!”

Ustad kedah terus hulur tangan ke tengkuk aku dan buat lagak nak sembelih, bermula di sini la mata aku dapat lihat jelas ‘die’ patah tengkuk, tubuhnya berasap dan lari keluar dari pondok. Habis sesi sembelih, perut aku menggelegak , tak sempat aku bercakap, ustad kedah tu minta laki aku hulur plastik pada mulut, bukak je mulut terus muntah banyak hampir separuh plastik. Leganya aku rasa. Di akhir ruqyah ustad minta aku berdoa dengan doa yg die ajar dan hembus kuat kuat. “Ya Allah ampunilah dosa hamba mu ini, buangkan lah segala penyakit seperti bisa badan seandainya terdapat santau ,sihir ,saka,pendamping kembalikan lah kepada tuan nya”. Tahan nafas dan hembus.

Selesai semua aku di suruh mandi air limau 6hari berturut2. Selepas waktu asar sebelom maghrib. Setiap asar aku akan tak sedar diri, aku meracau aku akan cakap , ” die aku punya “. Setiap hari sepanjang tempoh mandi limau. Aku di minta untuk berubat 3x berturut kerana itu yg afdal sebagaimana wudhu perlu di ambil 3x setiap cucian begitulah jika nak berubat. Aku cuma turuti segala apa yg ustad kedah suruh. Kes aku , aku berubat 4x , kali ke 4 ‘die’ menangis airmata d***h depan aku . Aku keliru ,siapa ‘die’ ni. Kenapa ‘die’ nak aku?. Selesai ustad ruqyah, ustad pegang kepala aku ustad sembelih pakai tangan , nafas aku terhenti dan tubuh aku lembik, bila ade percikan air terkena muka aku , aku buka mata..aku berada di pantai, macam kenal pantai ni. Aku dapat rase deruan angin dan pasir pantai. Tiba tiba ustad kedah cakap “Assalamualaikum”, aku terus tersedar automatik aku nampak syiling dan bilik dalam pondok. Eh kenapa tadi aku berada kat tempat lain?.

Bila di jelaskan barulah aku faham. ‘Die’ yg ada pada aku adalah sumirah. Munirah dan Tumirah adalah sahabat baik sumirah. Sumirah dah berdamping dengan aku selama hampir sedekad. Sejak aku tunjuk selendang terbang itu, sumirah ingat, aku suka die. Sebab tu kalau nampak benda2 pelik di kawasan hutan, pantai tak perlu tunjuk dan tegur. Sumirah rasa terancam bila aku mula bernikah sebab tu aku mula mendapat gangguan dan makin terancam bila aku beranak. Sumirah nak kan aku sorang sebab selama aku single, aku jaga die dengan baik. Jaga die bermaksud aku mengagung kan die berbanding Allah. Asbab sumirah jugak lah aku tak boleh mengucap, tak boleh mengaji. Sumirah kawal tubuh aku. Dan dia tinggalkan ilmu hijab terbuka pada aku. Ustad kedah suruh aku di ruqyahkan untuk tutup kembali hijab kerana takot akan memudaratkan aku untuk jangka masa panjang. Aku setuju dan aku pun di ruqyahkan untuk buat sekatan hijab. Alhamdulillah, laki aku da solat fulltime sama dengan aku. Depression aku automatik pulih. Hubungan lakibini jadi aman tenteram. Syukur aku jumpa dengan ustad kedah ni. Allah hantar aku kepada ustad kedah ni sebab ustad kedah ni orang yg benar dapat pulihkan aku. Aku di ajar pendinding diri untuk kekuatan dalaman. Mudah je mula mula fatihah, ayat qursi, annas, al falaq,al ikhlas, dan surah al baqarah ayat 1-5 alif lam mim tu. Perlahan lahan aku mula berubah ke arah kebaikan. Syukrann.

Tak lama lepas berubat , aku bawak jiran aku berubat dengan ustad kedah. Jiran aku ni dah hampir 40tahun kene santau. Perkara tak di sangka tak di duga berlaku. Masa di ruqyahkan jiran aku ni, aku nampak beribu ribu ulat sampah keluar dari tubuh jiran aku. Aku boleh nampak daging busuk pada belakang tubuh jiran aku tempat yg di santau. Oh parah, kenapa pulak mata aku ni. Aku pon tanya ustad ape yg aku nampak tadi tu khayalan je ke? atau betul ade ulat, reaksi ustad kedah agak terkejut. Tapi ustad kedah cuma cakap ‘no komen’.

Ada sehari tu, aku berjumpa orang kampung, bila orang tu menyapa aku, aku nampak muka die bertukar muka harimau putih. Mase tu rase macam nak cabut lari je, kencang habis jantung aku. Aku tak kuar rumah 2 hari. Lepas tu mula lah aku nampak nenek bongkok 3 follow orang jalan kat kaki 5. Ade orang kg yg tak sedar harimau ikot je ke mana pon dorg pergi. Aku boleh nampak si pemakai cincin yg batu cincin nye berpenghuni. Paling rare, aku tak sangka tak duga , ade sorang lelaki datang jumpe aku ceritakan perihal die sakit bahu. Sakit yg tak boleh di rawat perubatan modern. Lelaki tu cerita, die pernah jatuh dan bahu terseliuh. Tapi tibe tibe macam ada wayang kat depan mata aku ni boleh nampak lelaki tu pergi mancing waktu malam naik boat dan lelaki tu tersepak benda kat tepi bot masa tu la ade sekor lembaga betina kecik mata beso warna merah hidung ala2 vavi hinggap pd bahu lelaki tu.

Bila aku tengok lelaki tadi muncul lah lembaga kecik tu hinggap di bahu die. Aku juga lihat lelaki ini ada menyimpan batu cincin di dalam kotak yg berwarna seakan2 biru gelap gitu. Bila aku minta, lelaki ini terkedu. Die mula mencari semula batu cincin nye kerana dah lama tinggalkan hobi kumpul batu cincin. Dah jumpe, kotak itu warna biru baldu. Bertambah kaget la lelaki tadi dengan aku. Macam2 di persoal,dari mana aku belajar, mana aku tahu, bila aku kata kan die pewaris saka pon die terkejut sebab nenek die pernah tinggalkan utk die. Aku?? aku tak tahu dari mana aku tahu. Aku tak belajar. Benda tu datang sendiri. Macam ada wayang di mata aku. Di tunjukkan batu cincinnya padaku, dan aku ambil satu batu, ini berpenghuni. Aku tak boleh nak ubatkan jadi lelaki itu minta bantuan dari darul syifa, bila di ruqyah..batu itu terpelanting sendiri. Bila di tabur garam, batu itu mengigil bergerak sendiri. Akhirnya kaku. Lepas kejadian itu, aku menyepi. Aku keliru, kenapa dengan aku ni.

Jiran aku yg pernah aku teman berubat dulu datang kembali padaku, tolong tengokkan menantu die , ada apa dengan menantunya. Kulit menantunya yg sawo matang bertukar kehitaman, mata melilau serba tak kene, kejap demam kejap elok semua jadi serba tak tentu arah. Untuk pengetahuan, menantu jiran aku itu pengamal perubatan. Menuntut dengan 3 orang guru. Bila aku pandang muka menantu nya aku dapat rasa aura negatif, menantu nya tunjukkan wajah guru2 die, berhenti pada satu gambar , aku kata org ni bela saka. Sesekali wajah menantu itu bertukar rupa beruk mata merah, sesekali pocong, sesekali penanggal. Aku pon pelik. Aku cadangkan supaya die berubat dengan ustad kedah. Mana tahu boleh baik.

Tak lama lepas tu dapat berita jiran sekampung aku meninggal dunia. Arwah ni pernah ubati aku masa aku ‘sakit’ dulu. Nak taknak aku kene pergi melawat. Aku naik atas rumah arwah bersalaman dengan tetamu tiba2 lidah aku bercakap bahasa thailand, mulalah wayang di mata aku ternampak tokong dan patung buddha beso warna emas , automatik kepala aku sakit teramat sangat. Aku rase nak menjerit, lalu cepat cepat aku keluar dari rumah arwah kebetulan orang kampung bersiap nak mandikan arwah. Sampai bawah aku masih menunggu di hdapan rumah, melihat persiapan mandi jenazah, paip getah di tarik naik ke atas melalui tingkap rumah kayu. Apabila tingkap di buka, melompatlah satu lembaga beso ya amat terus ke bumbung. Allahu, makin sakit kepala aku bagai di tekan tekan. Aku minta diri, sampai di rumah terus hilang sakit kepala. Kenapa dengan aku ni? 2minggu berlalu dengan pergaduhan aku dan laki aku. Kerana menolak ajakan laki aku. Aku hilang nafsu 100%. Badan aku rase letih dan kami tak nak antara satu sama lain. Aku rase ada benda tak kene. Takkan lah aku monopos?. Aku pergi klinik untuk minta pendapat doctor, semua bentuk ujikaji di masukkan seperti ultra sound, ujian air kencing, cek os, dan ujian bertulis. Doctor simpulkan aku sihat, tak ada masalah mungkin stress. Eh ini tak boleh jadi, ni soal rumahtangga. Aku pon terus g kat pondok ustad kedah. Bila di ruqyah, aku mengganas meracau aku jadi seperti dulu. Kalini bila ustad tu belah limau aku, berdarah. Oh my Allah, bermaksud ada orang hantar santau pemisah padaku. Aku teruskan berubat sampai 3x dan sekarang semua pulih seperti biasa. Mengenai aku kerap sakit kepala apabila ternampak benda yg beraura negatif, rupa rupanya orang yg menghantar santau pada aku hantar sekali khadam supaya aku berpisah dengan laki aku. Hasad dengki manusia. Memang aku nak marah , nak hamun. Tapi ustad kedah pesan, buangkan rasa dendam dalam hati kerana iblis ni datang dari pelbagai sudut, biarkan aja orang buat kita. Aku pula terpaksa di ruqyah untuk buat sekatan hijab lagi sekali kerana melihat benda yg menjadi aib seperti mana aku boleh melihat pada arwah si m4ti itu. Panjang cerita arwah itu, tapi aku perlu tutup kerana aib. Maaf ye. Selesai semuanya, aku baru rasa happy sebab aku akan jadi manusia normal. Seminggu , due minggu sebulan ok. Aku lapangkan kepala dan dada terima takdir yg aku dah tak boleh melihat sempadan had manusia normal.

Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku mula bergaul semula dengan orang kampung, erkkk kali ni lagi teruk. Kenapa muka orang tu penuh asap hitam2, kenapa orang tu berseri? yg berseri tu adalah orang yg taat pada Allah, yg penuh asap hitam2 itu samada pendamping atau saka. Air pula, aku ikuti orang kampung buat solat hajat dan bacaan yaasin, di letakkan air dan di buka tutup nya, selesai majlis air itu bertukar kilauan menjadi sangat indah. Tak nampak suram lagi. Ha aku da giler balik la niii. Mampos. Ade pulak sorang makcik bawang datang kerumah bertanya khabar aku, tapi hati aku tak sedap daaa, aku pon cuba baca fatihah, sampai ayat iyya kana’ budu waa iyya kanasta’im…(hanya padaMu aku memohon dan hanya padaMu aku meminta) baca 7x dan niat ‘Ya Allah seandainya makcik ini ada niat tak baik, bawalah dia pergi’ sambung fatihah tadi sampai habis dan hembus kat muka makcik bawang tu. Tengah rancak makcik tu membawang terus tersedak sedak batuk tak berhenti terus minta diri nak balik. Aikkk menjadik pulak harini aku buat? selama ni tak jadi. Haa aku kene mohon untuk di jauhkan dari penyakit riak.

Aku pergi balik refer pada ustad kedah. Kalini aku rasa nak marah lah sebab apa yg jadi pada diri aku ni, ustad kedah taknak komen. Aku merayu kalini supaya ustad kedah berterus terang pada aku.

Kenyataan ustad kedah adalah, setelah banyak kali buat sekatan hijab dan ruqyah, awak pun bertambah baik tapi mata awak masih boleh melepasi sempadan manusia itu tanda anugerah. Anugerah kasyaf nama nya. Anugerah ini tak semua orang dapat, ada yg yakin die mendapat anugerah kasyaf sedangkan mata die itu akan membawa mudarat seperti makin jauh dengan Allah makin terpesong dan makin bongkak, itu adalah perbuatan iblis, iblis bagi penglihatan yg memudaratkan. Tapi bila penglihatan itu adalah anugerah dari Allah, orang itu akan bertambah taat dan makin tekat dengan Allah, orang itu akan mencintai Allah lebih dari segalanya. Itu bezanya anugerah kasyaf datang dari Allah dan dugaan kasyaf datang dari iblis. Menurut ustad kedah itu, soal aku pula mungkin ada kebaikan dan hikmah yg tak terungkai lagi, bantulah orang berdekatan sebaiknya sekiranya nampak tanda2 pelik pada orang sekeliling seperti sakit di santau, ada pendamping, ada yg mengikut. InshaaAllah aku akan cuba cuma aku rasa terlalu kerdil dengan semua yg aku dapat ini. Aku bukan perawat, aku tak boleh merawat. aku cuma boleh nampak.

Dan petunjuk dari pilihan rawak 5helai mukasurat al quran itu aku da faham. Allah Maha Mengetahui apa yg bakal berlaku, hijrah…pindahnya aku ke negeri ini membawa seribu rahmat , bilamana aku bertemu dengan orang yg dapat ubati sakit aku.
Berbakti pada tanah… sekarang aku kerja bercucuk tanam. Alhamdulillah cukup makan pakai.
Berbakti pada ibubapa..ye aku ada krisis dengan orang tua aku. Tapi kini lebih bahagia kerana saling memahami.
Sihir…rupanya Allah dah atur yg aku akan di sihir, kunci nya sabar sahaja. MasyaAllah bila kita nak berubah, Allah tolong buka kan jalan dan temu kan dengan orang yg baik baik.
Kehilangan anak…yang ni sedih, aku gugur 2x 4ulan dan 2minggu.

Aku nak bagitahu bila aku berpandukan quran, umpama setiap kejadian berhikmah dengan hikmah yg baik baik. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Ni je yang dapat aku kongsikan setelah banyak kenangan pahit manis maung. Mintak maaf banyak2 seandainya ada yg terasa dan ade yg tak suka dengan nukilan aku. Sesungguhnya Allah yg terbaik. Aku hamba pendosa yg terburuk. Maaf sekali lagi. Mohon undur diri. Assalamualaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

achik adha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

17 thoughts on “Sumirah dan Kasyaf Anugerah”

  1. Assalamualaikum, I love what you wrote and I understand. Adakah saudari mempelajari ilmu tasauf?

    Tiada satu pun ujian Allah SWT sia2. Cuma cara kita menanganinya.

    Reply
  2. Alhamdulillah, hidayah Allah maha besar, terharu dengan pengakhiran cerita saudari, semoga kita semua akan peroleh hidayah Allah aaminn.

    Reply
  3. Mintak sambung lagi cerita. Tertarik pasal air bacaan yasin, sebelum ni tak percaya fungsi buka tutup botol tu. Ingatkan simbolik sahaja.

    Reply
  4. Assalam saudari.. Anugerah saudari seakan2 sama dgn wanita yg membantu saya mengenal pasti sakit arwa bapak saya dulu dalam cerita Jawapan Pengakhiran. Mmg sebijik sbb anugerah org sebegini mmg dia akan tgk kta mcm wyg gambar. dr mula dan seterusnya andai diizinkan Allah. Kisah silam, sifat kita yg sebenarnya semua lah mmg takde harapan nak bermuka2 apabila bertemu dgn org sebegini.
    Saya doakan saudari memanfaatkan anugerah kasyaf ini sebaik2nya, bantulah mereka yg perlu. yg menemui jalan buntu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.